::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

25 November 2013

E-Novel: Oh My Prince! 09



Saya update lebih awal daripada biasa sebagai hadiah. Hehe. Percayalah, tanpa sokongan anda semua saya rasa cerita ni akan tergantung kerana tiadanya semangat untuk saya terus menyambung, Terima kasih semua. (^^,)v

Oh My Prince 09
            Hairi memberhentikan kereta di pintu masuk Quake. Sebaik saja kami turun daripada kereta, Hairi menyerahkan kunci kereta kepada valet service untuk memakir kereta. Aku dan Hairi berjalan ke arah pintu masuk. Dari luar aku sudah boleh mendengar dentuman bunyi muzik yang kuat. Aku sudah tersenyum sendiri. Tak sabar rasanya hendak menari di dalam nanti.

            Aku dan Hairi tidak terus menari sebaik saja menjejakkan kaki di Quake. Sementara mengambil mood, kami sama-sama duduk di bar terlebih dahulu. Dua gelas coke kami pesan untuk membasahkan tekak. Apabila deejay mula memutarkan lagu yang baru, aku menarik tangan Hairi, mengajak dia untuk ke lantai menari.
            Lama kami menari bersama. Fikiran aku terasa kosong dan lapang tanpa memikirkan apa-apa. Sesekali ketawa aku lepas apabila sempat Hairi membuat lawak dalam bunyi muzik yang kuat. Bila terasa penatnya menari, aku mencuit bahu Hairi dan menunjukkan ke arah tempat duduk kami tadi. Menandakan aku ingin berehat.
Duduk di kerusi, mata aku memerhatikan Hairi yang ligat menari. Sesekali dia bertukar pasangan dengan orang lain. Aku menggeleng perlahan. Mujurlah aku bukan jenis yang cepat melatah. Cuba kalau dia? Pantang ada orang lain usik aku, mesti dia angin. Tambah pula bila orang yang sahamnya lebih sedikit daripada dia. Lagi cepat dia naik angin. Siapa je orang tu kalau bukan Putera Danial. Heh.
Aku berpusing memandang ke arah bartender yang ligat menyediakan minuman pelanggan. Tangan mencapai gelas berisi ais dan coke. Dengan tenang aku bawakan ia ke mulut. Sesekali kepala aku goyangkan perlahan mengikut rentak muzik. Nikmatnya dunia...
“Hrm... kamu tak cemburu ke boyfriend kamu menari dengan gadis lain?”
Mendengarkan suara garau itu menyapa gegendang telinga aku, aku menghela nafas perlahan. Putera Danial sudah mengambil tempat di sebelah aku dengan tangan memegang gelas berisi minuman. Aku mengecilkan mata. Cuma memastikan warna minumannya itu. Merah ke tu? Takkanlah red wine? Putera ni ambil alkohol? Aku tersenyum sinis. Tolak satu mata daripada aku. Sekalipun aku dengan Hairi selalu ke sini, belum pernah lagi kami sentuh, minum air-air macam tu.
            Why? You want some?” soalnya tanpa bersalah.
            Aku mencebik sebelum menggeleng. Kemudian aku kembali fokus dengan minuman aku.  Tidak mahu lagi menghiraukan kehadiran Putera Danial. Namun begitu, tindakan aku tidak mengikut kehendak hati aku. Mata aku tetap menjeling-jeling ke arah Putera Danial yang relax menyandarkan badannya ke kaunter dengan mata memerhatikan orang ramai sambil menghabiskan minuman di dalam gelasnya. Apabila gelasnya kosong, dia meminta lagi segelas daripada bartender yang terdekat.
            Strawberry soda?” soal pelayan itu, meminta kepastian.
Putera Danial mengangguk manakala aku tergamam. Strawberry soda? Aku tergeleng perlahan. Tak sangka rupa-rupanya putera seorang ni suka sangat dengan rasa strawberi.
Favourite tuanku, ya? Strawberi?”
Putera Danial memandang aku apabila mendengar aku bersuara. Bibirnya tersenyum dan kepalanya dianggukkan perlahan.
“Masa tuanku paksa saya ikut tuanku, tuanku offer saya air strawberi juga?” kataku lagi.
“Hrm... nampaknya kamu sudah mula memerhatikan kami, dan menilai diri kami, ya?”
Berubah terus air muka aku apabila ditegur sebegitu. Malu aku jadinya. Seolah-olah setiap apa  yang dia lakukan, aku perhatikan segala-galanya.
“Tak ada maknanyalah!” balasku laju.
Putera Danial ketawa. Daripada perlahan menjadi kuat. Mujurlah bunyi muzik yang berdentum dentam membuatkan orang sekeliling tak ambil pusing.
“Kami mencari kamu tadi. Kami ingat nak ajak kamu keluar. Tapi, rupa-rupanya kamu dah ada date.
Putera Danial mula membuka cerita. Aku hanya mendengar sekali lalu. Malas rasanya hendak memanjangkan perbualan dengan putera raja kegilaan remaja ni bila dah terkena tadi. Mujurlah aku dah boleh di kira belia – kot? Jadi tak adalah nak tergilakan dia.
“Saya memang selalu keluar dengan Hairi setiap malam. Jadi tak payahlah tuanku berharap nak ajak saya keluar lagi,” kataku dengan senyuman yang dibuat-buat. Faham-faham sendiri sudah.
Putera Danial sekadar mengangguk mendengarkan kata-kata aku. Kami sama-sama diam. Dia leka memerhatikan gelagat manusia yang sedang menari manakala aku bermain-main dengan gelas yang separuh penuh.
“Itu boyfriend kamu dah puas menari tu.”
Aku memusingkan badan. Hairi aku lihat sedang berjalan dengan wajah yang cukup tegang. Pasti dia marah bila Putera Danial duduk di sebelah aku ni.
“Penat dah?” tegurku apabila Hairi melingkarkan tangannya di bahu aku.
“Tak nak kenalkan ke?” soal Hairi tanpa menjawab soalan aku. Matanya tajam merenung ke arah Putera Danial yang tersenyum.
“Oh ok. Sorry. Sayang, ni Putera Danial. You tahu kan, dia pindah U kita baru-baru ni?” soalku manja. “Tuanku, ini bakal suami saya, Hairi. Dialah  yang saya ceritakan tadi,” sambungku pula.
Aku menjeling manja ke arah Hairi. Ingin menunjukkan kepada Putera Danial kemesraan kami. Ingin menunjukkan bahawa aku benar-benar mencintai Hairi dan bahagia apabila bersama dengan dia. ‘Adele, kalau memang betul bahagia, tak ditunjuk pun orang boleh nampak,’ gumamku sendiri.
Mendengarkan kata-kata aku, Hairi menjeling wajah aku sekilas. Bibirnya menguntum senyuman sinis. Dalam pada itu, kedua-dua lelaki ini tetap bersalam sebagai tanda perkenalan. Entah kenapa, bagaikan ada aura menolak di antara kedua-dua lelaki ini.
“Beta gembira dapat berkenalan dengan awak,” Putera Danial terlebih dahulu berkata-kata.
Riak wajah aku dan Hairi sama-sama berubah. Aku terkejut kerana kata ganti namanya berbeza dengan apa yang dia gunakan semasa dengan aku. Nampak lebih formal. Manakala Hairi, aku tak pasti apa perasaannya.
“Saya juga tuanku,” dingin balasan Hairi.
Aku mengetap bibir. Makin lama aku tengok dia orang berdua ni, makin sakit kepala aku di buatnya. Tak mahu keadaan semakin tegang, aku terus menarik tangan Hairi kembali ke lantai menari.
Hampir dua jam aku dan Hairi menghabiskan masa di dalam Quake. Dua jam yang kami penuhkan dengan menari, minum, bersembang dan menari lagi. Rasa sekejap sangat masa berlalu bila Hairi mengajak aku untuk pulang. Aku menyandarkan badan ke tempat duduk. Walaupun seluruh badan terasa letih, tapi keseronokan yang dirasai menyebabkan kepenatan aku terbang pergi.
“Penat?”
Aku hanya  tersengih mendengarkan soalan Hairi. Hairi menjeling dengan senyuman di bibir.
“Nak balik rumah kau ke, rumah aku?” Hairi menyoal lagi. Pelik aku mendengarkan soalan dia. Takkanlah baru satu malam kenalkan aku dengan keluarga dia, dia dah nak ajak aku sleep over dekat sana? Macam melampau je.
“Balik rumah akulah. Apa kata auntie dengan uncle baru kenal dah nak tumpang tidur.”
“Dia orang tak kisah.”
“Tak apa... belum masanya lagi.”
Kami sama-sama diam apabila tiada apa yang hendak dikatakan lagi. Hairi memandu tenang untuk menghantar aku pulang. Aku pula hanya menikmati suasana malam dan sesekali aku menggosok lengan yang terdedah dek kerana kesejukan.
“Adele...”
“Hrm?”
“Aku suka bila kau panggil aku sayang. Apa kata kalau kita guna terus panggilan tu?” lembut dan menggoda aku dengar nada Hairi. Bibir aku menguntum senyum. Teringat saat  aku memperkenalkan dia dengan Putera Danial tadi.
“Kalau aku panggil kau sayang, kau nak panggil aku apa?”
“Panggil nama kaulah. Nak panggil apa lagi?” usik Hairi.
Aku mencebik. Ceh! Tak romantik langsung!
“Kau panggil aku sayang dulu, then kau dengar apa yang aku akan panggil kau.”
“Ok, sayang...”
Hairi menggeleng. “Tak menjiwai. Tak ada perasaan. Kosong. Cuba lagi.”
Aku sudah menarik muncung. Dia nak aku panggil macam mana? “Sayang... you nak I panggil you macam mana?”
Nope. Belum menjiwai lagi. Belum ada rasa sayang dalam panggilan tu.”
Aku mengeluh. Ada saja Hairi ni lah! Aku memejamkan mata. Entah kenapa, wajah Putera Danial sewaktu dalam kelab tadi tiba-tiba muncul di fikiran aku.
“Sayang...” kataku perlahan bersama dengan helaan nafas yang cukup berat.
Yes, budak gemok?”
Aku tersedar daripada khayalan tatkala mendengarkan perkataan ‘gemok’ daripada mulut Hairi. Aku menarik muncung. Laju tangan aku menampar lengan Hairi berulang kali.
“Jahatnya! Kita panggil dia macam tu, dia panggil kita gemok! Eh, kita tak gemok tau!” marahku. Hairi terkekeh-kekeh ketawa. Kemudian dia meminta maaf berulang kali. Sensitif tau cakap aku gemuk!
Yes, my love? Amacam? Romantik tak?”  Hairi tersenyum. “Aku suka masa kau panggil aku sayang tadi. Rasa macam ada terselit kasih sayang kau setiap kali kau sebut nama aku.”
Aku sudah ketawa besar mendengarkan kata-katanya. Masakan dengan panggilan pun dah terasa kasih sayang? Ketawa aku mati apabila telefon aku berbunyi menandakan mesej masuk. Aku membuka mesej yang baru tiba itu.
-Baru bakal suami, belum suami lagi. See you tomorrow, love. Take care. Hugs and kisses.    -
Aku mencebik di saat membaca mesej daripada Putera Danial. Dia panggil aku love? Hugs and kisses? Euw... pervert juga tuan putera seorang ni!
“Siapa, Adele?” soal Hairi secara tiba-tiba. Aku cepat-cepat memadamkan mesej tadi sebelum terbaca dek Hairi. Tak pasal-pasal hubungan kita orang bermasalah disebabkan Putera Danial tu.
“Iklan. Tambah nilai sebelum tujuh belas haribulan untuk dapatkan masa berbual percuma selama tiga puluh minit,” balasku selamba. Entah kenapa, sejak berjumpa dengan Putera Danial, aku sudah pandai memutar belitkan cerita. Rasa benci dengan perubahan aku yang satu ni.

5 comments:

eija said...

btul2.. br bakal blm suami lg.. msi ada pluag kn..kn..

Basyirah Abd Rahman said...

Semakin nekad tuan putera tu. Hihi.. Hairi mst tercabar. Xpe.. Let the prince play the game slowly to win future princess's heart :)
Mcm cerita dlm tv dh. Hihi.. Xsabar nk tunggu update berikut.

elfa said...

nekad nih tuan putera eh???

Unknown said...

Bgs jgk tuan putera nk amik adele ni dr hairi,abb hairi ni blm da ikatan sah dh cium adele,xsuka la

Anonymous said...

best cita ni..tpi terasa x best kalo ada bab2 yg pergi menari2 dgn lelaki yg bkn muhrim..siap dh kiss pipi..sorylh tu pendpt saya..