Saya update lebih awal daripada biasa sebagai hadiah. Hehe. Percayalah, tanpa sokongan anda semua saya rasa cerita ni akan tergantung kerana tiadanya semangat untuk saya terus menyambung, Terima kasih semua. (^^,)v
Oh My Prince 09
Hairi memberhentikan kereta di pintu
masuk Quake. Sebaik saja kami turun daripada kereta, Hairi menyerahkan kunci
kereta kepada valet service untuk
memakir kereta. Aku dan Hairi berjalan ke arah pintu masuk. Dari luar aku sudah
boleh mendengar dentuman bunyi muzik yang kuat. Aku sudah tersenyum sendiri.
Tak sabar rasanya hendak menari di dalam nanti.
Aku dan Hairi tidak terus menari
sebaik saja menjejakkan kaki di Quake. Sementara mengambil mood, kami sama-sama
duduk di bar terlebih dahulu. Dua gelas coke
kami pesan untuk membasahkan tekak. Apabila deejay
mula memutarkan lagu yang baru, aku menarik tangan Hairi, mengajak dia untuk ke
lantai menari.
Lama kami menari bersama. Fikiran
aku terasa kosong dan lapang tanpa memikirkan apa-apa. Sesekali ketawa aku
lepas apabila sempat Hairi membuat lawak dalam bunyi muzik yang kuat. Bila
terasa penatnya menari, aku mencuit bahu Hairi dan menunjukkan ke arah tempat
duduk kami tadi. Menandakan aku ingin berehat.
Duduk
di kerusi, mata aku memerhatikan Hairi yang ligat menari. Sesekali dia bertukar
pasangan dengan orang lain. Aku menggeleng perlahan. Mujurlah aku bukan jenis
yang cepat melatah. Cuba kalau dia? Pantang ada orang lain usik aku, mesti dia
angin. Tambah pula bila orang yang sahamnya lebih sedikit daripada dia. Lagi
cepat dia naik angin. Siapa je orang tu kalau bukan Putera Danial. Heh.
Aku
berpusing memandang ke arah bartender
yang ligat menyediakan minuman pelanggan. Tangan mencapai gelas berisi ais dan coke. Dengan tenang aku bawakan ia ke
mulut. Sesekali kepala aku goyangkan perlahan mengikut rentak muzik. Nikmatnya
dunia...
“Hrm...
kamu tak cemburu ke boyfriend kamu
menari dengan gadis lain?”
Mendengarkan
suara garau itu menyapa gegendang telinga aku, aku menghela nafas perlahan.
Putera Danial sudah mengambil tempat di sebelah aku dengan tangan memegang
gelas berisi minuman. Aku mengecilkan mata. Cuma memastikan warna minumannya
itu. Merah ke tu? Takkanlah red wine? Putera ni ambil alkohol? Aku tersenyum
sinis. Tolak satu mata daripada aku. Sekalipun aku dengan Hairi selalu ke sini,
belum pernah lagi kami sentuh, minum air-air macam tu.
“Why?
You want some?” soalnya tanpa bersalah.
Aku mencebik sebelum menggeleng.
Kemudian aku kembali fokus dengan minuman aku.
Tidak mahu lagi menghiraukan kehadiran Putera Danial. Namun begitu,
tindakan aku tidak mengikut kehendak hati aku. Mata aku tetap menjeling-jeling
ke arah Putera Danial yang relax
menyandarkan badannya ke kaunter dengan mata memerhatikan orang ramai sambil
menghabiskan minuman di dalam gelasnya. Apabila gelasnya kosong, dia meminta
lagi segelas daripada bartender yang
terdekat.
“Strawberry
soda?” soal pelayan itu, meminta kepastian.
Putera
Danial mengangguk manakala aku tergamam. Strawberry
soda? Aku tergeleng perlahan. Tak sangka rupa-rupanya putera seorang ni
suka sangat dengan rasa strawberi.
“Favourite tuanku, ya? Strawberi?”
Putera
Danial memandang aku apabila mendengar aku bersuara. Bibirnya tersenyum dan
kepalanya dianggukkan perlahan.
“Masa
tuanku paksa saya ikut tuanku, tuanku offer
saya air strawberi juga?” kataku lagi.
“Hrm...
nampaknya kamu sudah mula memerhatikan kami, dan menilai diri kami, ya?”
Berubah
terus air muka aku apabila ditegur sebegitu. Malu aku jadinya. Seolah-olah
setiap apa yang dia lakukan, aku
perhatikan segala-galanya.
“Tak
ada maknanyalah!” balasku laju.
Putera
Danial ketawa. Daripada perlahan menjadi kuat. Mujurlah bunyi muzik yang
berdentum dentam membuatkan orang sekeliling tak ambil pusing.
“Kami
mencari kamu tadi. Kami ingat nak ajak kamu keluar. Tapi, rupa-rupanya kamu dah
ada date.”
Putera
Danial mula membuka cerita. Aku hanya mendengar sekali lalu. Malas rasanya
hendak memanjangkan perbualan dengan putera raja kegilaan remaja ni bila dah
terkena tadi. Mujurlah aku dah boleh di kira belia – kot? Jadi tak adalah nak
tergilakan dia.
“Saya
memang selalu keluar dengan Hairi setiap malam. Jadi tak payahlah tuanku berharap
nak ajak saya keluar lagi,” kataku dengan senyuman yang dibuat-buat.
Faham-faham sendiri sudah.
Putera
Danial sekadar mengangguk mendengarkan kata-kata aku. Kami sama-sama diam. Dia
leka memerhatikan gelagat manusia yang sedang menari manakala aku bermain-main
dengan gelas yang separuh penuh.
“Itu
boyfriend kamu dah puas menari tu.”
Aku
memusingkan badan. Hairi aku lihat sedang berjalan dengan wajah yang cukup
tegang. Pasti dia marah bila Putera Danial duduk di sebelah aku ni.
“Penat
dah?” tegurku apabila Hairi melingkarkan tangannya di bahu aku.
“Tak
nak kenalkan ke?” soal Hairi tanpa menjawab soalan aku. Matanya tajam merenung
ke arah Putera Danial yang tersenyum.
“Oh
ok. Sorry. Sayang, ni Putera Danial. You tahu kan, dia pindah U kita
baru-baru ni?” soalku manja. “Tuanku, ini bakal suami saya, Hairi. Dialah yang saya ceritakan tadi,” sambungku pula.
Aku
menjeling manja ke arah Hairi. Ingin menunjukkan kepada Putera Danial kemesraan
kami. Ingin menunjukkan bahawa aku benar-benar mencintai Hairi dan bahagia
apabila bersama dengan dia. ‘Adele, kalau memang betul bahagia, tak ditunjuk
pun orang boleh nampak,’ gumamku sendiri.
Mendengarkan
kata-kata aku, Hairi menjeling wajah aku sekilas. Bibirnya menguntum senyuman
sinis. Dalam pada itu, kedua-dua lelaki ini tetap bersalam sebagai tanda
perkenalan. Entah kenapa, bagaikan ada aura menolak di antara kedua-dua lelaki
ini.
“Beta
gembira dapat berkenalan dengan awak,” Putera Danial terlebih dahulu
berkata-kata.
Riak
wajah aku dan Hairi sama-sama berubah. Aku terkejut kerana kata ganti namanya
berbeza dengan apa yang dia gunakan semasa dengan aku. Nampak lebih formal. Manakala
Hairi, aku tak pasti apa perasaannya.
“Saya
juga tuanku,” dingin balasan Hairi.
Aku
mengetap bibir. Makin lama aku tengok dia orang berdua ni, makin sakit kepala
aku di buatnya. Tak mahu keadaan semakin tegang, aku terus menarik tangan Hairi
kembali ke lantai menari.
Hampir
dua jam aku dan Hairi menghabiskan masa di dalam Quake. Dua jam yang kami
penuhkan dengan menari, minum, bersembang dan menari lagi. Rasa sekejap sangat
masa berlalu bila Hairi mengajak aku untuk pulang. Aku menyandarkan badan ke
tempat duduk. Walaupun seluruh badan terasa letih, tapi keseronokan yang
dirasai menyebabkan kepenatan aku terbang pergi.
“Penat?”
Aku
hanya tersengih mendengarkan soalan
Hairi. Hairi menjeling dengan senyuman di bibir.
“Nak
balik rumah kau ke, rumah aku?” Hairi menyoal lagi. Pelik aku mendengarkan
soalan dia. Takkanlah baru satu malam kenalkan aku dengan keluarga dia, dia dah
nak ajak aku sleep over dekat sana?
Macam melampau je.
“Balik
rumah akulah. Apa kata auntie dengan uncle baru kenal dah nak tumpang tidur.”
“Dia
orang tak kisah.”
“Tak
apa... belum masanya lagi.”
Kami
sama-sama diam apabila tiada apa yang hendak dikatakan lagi. Hairi memandu
tenang untuk menghantar aku pulang. Aku pula hanya menikmati suasana malam dan
sesekali aku menggosok lengan yang terdedah dek kerana kesejukan.
“Adele...”
“Hrm?”
“Aku
suka bila kau panggil aku sayang. Apa kata kalau kita guna terus panggilan tu?”
lembut dan menggoda aku dengar nada Hairi. Bibir aku menguntum senyum. Teringat
saat aku memperkenalkan dia dengan
Putera Danial tadi.
“Kalau
aku panggil kau sayang, kau nak panggil aku apa?”
“Panggil
nama kaulah. Nak panggil apa lagi?” usik Hairi.
Aku
mencebik. Ceh! Tak romantik langsung!
“Kau
panggil aku sayang dulu, then kau
dengar apa yang aku akan panggil kau.”
“Ok,
sayang...”
Hairi
menggeleng. “Tak menjiwai. Tak ada perasaan. Kosong. Cuba lagi.”
Aku
sudah menarik muncung. Dia nak aku panggil macam mana? “Sayang... you nak I panggil you macam
mana?”
“Nope. Belum menjiwai lagi. Belum ada
rasa sayang dalam panggilan tu.”
Aku
mengeluh. Ada saja Hairi ni lah! Aku memejamkan mata. Entah kenapa, wajah
Putera Danial sewaktu dalam kelab tadi tiba-tiba muncul di fikiran aku.
“Sayang...”
kataku perlahan bersama dengan helaan nafas yang cukup berat.
“Yes, budak gemok?”
Aku
tersedar daripada khayalan tatkala mendengarkan perkataan ‘gemok’ daripada
mulut Hairi. Aku menarik muncung. Laju tangan aku menampar lengan Hairi
berulang kali.
“Jahatnya!
Kita panggil dia macam tu, dia panggil kita gemok! Eh, kita tak gemok tau!”
marahku. Hairi terkekeh-kekeh ketawa. Kemudian dia meminta maaf berulang kali.
Sensitif tau cakap aku gemuk!
“Yes, my love? Amacam? Romantik
tak?” Hairi tersenyum. “Aku suka masa
kau panggil aku sayang tadi. Rasa macam ada terselit kasih sayang kau setiap
kali kau sebut nama aku.”
Aku
sudah ketawa besar mendengarkan kata-katanya. Masakan dengan panggilan pun dah
terasa kasih sayang? Ketawa aku mati apabila telefon aku berbunyi menandakan
mesej masuk. Aku membuka mesej yang baru tiba itu.
-Baru
bakal suami, belum suami lagi. See you
tomorrow, love. Take care. Hugs and kisses.
-
Aku
mencebik di saat membaca mesej daripada Putera Danial. Dia panggil aku love? Hugs and kisses? Euw... pervert juga tuan putera seorang ni!
“Siapa,
Adele?” soal Hairi secara tiba-tiba. Aku cepat-cepat memadamkan mesej tadi
sebelum terbaca dek Hairi. Tak pasal-pasal hubungan kita orang bermasalah
disebabkan Putera Danial tu.
“Iklan.
Tambah nilai sebelum tujuh belas haribulan untuk dapatkan masa berbual percuma
selama tiga puluh minit,” balasku selamba. Entah kenapa, sejak berjumpa dengan
Putera Danial, aku sudah pandai memutar belitkan cerita. Rasa benci dengan
perubahan aku yang satu ni.
5 comments:
btul2.. br bakal blm suami lg.. msi ada pluag kn..kn..
Semakin nekad tuan putera tu. Hihi.. Hairi mst tercabar. Xpe.. Let the prince play the game slowly to win future princess's heart :)
Mcm cerita dlm tv dh. Hihi.. Xsabar nk tunggu update berikut.
nekad nih tuan putera eh???
Bgs jgk tuan putera nk amik adele ni dr hairi,abb hairi ni blm da ikatan sah dh cium adele,xsuka la
best cita ni..tpi terasa x best kalo ada bab2 yg pergi menari2 dgn lelaki yg bkn muhrim..siap dh kiss pipi..sorylh tu pendpt saya..
Post a Comment