::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

30 December 2010

Suami Aku Ustaz?! 1

“Mak dengan ayah dah bincang dengan Mak Long dengan Pak Long.” Baru aku nak menyuap nasi ke dalam mulut, mak dah mulakan intro yang tak berapa sedap nak di dengar.
“Bincang apa mak?” Sengaja aku menyoal bagaikan tidak tahu apa-apa. Walhal aku ada terdengar mak dengan ayah berbual masa dekat ruang tamu minggu lepas.
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah,” jelas ibu.
Perit aku nak menelan nasi yang macam nak terlekat dah dekat kerongkong ni.
“Mak... kan Lisa dah cakap Lisa boleh jaga diri. Mak tak percayakan Lisa ke?” soalku geram.

Merepek betul sampai nak kahwinkan aku dengan Abang Hafiz. Sudahlah dia tu mengajar dekat sekolah aku. Mengajar kelas aku lagi. Subjek yang dia ajar pulak tu aku lemah. Nak tahu subjek apa? Pendidikan Islam. Huh, aku tahu ramai yang gelakkan aku bila dengar. Nak buat macam mana? Dan tentang Abang Hafiz. Ya, Abang Hafiz itu ustaz dekat sekolah aku. Ustaz yang popular pulak tu! Aduh!

“Sebab tak percayakan kamulah kami nak minta si Hafiz tu jaga kamu. Kamu ni bukannya boleh percaya sangat! Sedangkan kami dekat rumah pun kamu tu tak lekat di rumah. Keluar entah ke mana, entah dengan lelaki mana. Balik pula lewat malam. Kamu ingat kami tak risau?” bebel mak.

Aku hanya diam mendengarkan bebelan mak. Laju je nasi yang berbaki aku habiskan. Nasib baik memang ambil sedikit. Malas mahu duduk lama-lama dekat kerusi ni. Bukan setakat punggung je yang panas, telinga pun panas sama dengar bebelan mak.

“Hah, tengok tu? Baru kita cakap sikit laju je dia nak larikan diri. Lisa? Kamu dengar tak apa yang cakapkan tadi?” marah mak.
Ayah hanya menggelengkan kepala. “Sudah sudahlah tu emaknya. Nanti nantilah pulak kita berbincang. Depan rezeki ni.” Kata-kata yang keluar daripada mulut ayah mematikan kata-kata mak.
Aku tersenyum dalam diam.

***

“Setuju atau tidak, kamu mesti terima!” tegas ayah.
Aku mengeluh. Ingatkan ayah diam masa makan tadi sebab dia nak backing aku. Rupa-rupanya dia diam sebab malas hendak bertekak dengan aku depan rezeki.
“Orang baru form 5 lah ayah? Takkan dah nak kahwin?” marah betul aku dengar cadangan merepek mak ayah aku ni. “Kalau nak sangat suruh abang Hafiz je jaga orang, mintak tolong ajelah dia tengok-tengokkan orang,” usulku. Merepek, tak masuk akal!
“Sedangkan mak dengan ayah yang tengok kamu 24 jam pun tak terkawal, inikan pulak nak suruh abang sepupu kamu tu? Lagilah tak terkawal!” betah mak.
Aku mencebik. “Kalau macam tu, tak payahlah suruh.” Geram je aku membalas.
“Eii kamu ni! Menjawab aje mulutnya! Apalah nasib mak dapat anak macam kamu ni? Sudahlah tak mahu mendengar kata orang tua,” kesal mak.

Aku terdiam. Kata-kata mak bagaikan menusuk ke hati. Aku diselubungi rasa bersalah. Teruk sangat ke anak macam aku? Rasanya tak adalah teruk mana. Mak bebelkan aku tak lekat dekat rumah tu memang betul. Duduk rumah, bosan! Sudahlah tak ada kawan nak berbual. Mak dengan ayah dua-dua kerja dekat JB. Berulang hari-hari dari rumah ni. Malam sampai dekat pukul 8 ke 9.

Aku apa lagi lepak ajelah kat luar. Bukannya pergi mana pun. Lepak tambak, minum-minum dengan si Joe dengan Pa’an. Siapa lagi kawan yang aku nak ajak keluar malam? Si Wati memang tak adalah mak bapak dia nak bagi. Macam mak ayah aku jugak. Tapi iyalah, aku nikan degil. Takkan nak menghadap laptop, mengahadap tv 24 jam!

Kadang-kadang kalau si Joe dengan Pa’an mancing pun aku join sekaki. Bukan jauh mana, dekat tambak tu jugak. Cuma ada sekali je aku balik dekat pukul 2 pagi sebab ikut diorang mancing. Bukannya sengaja aku balik lambat, dah masa tu ada pesta memancing dekat sana. Orang pun ramai. Aku pun tumpang sekakilah. Eh, bukan sekali... 2 kali! Alah, lagipun bukannya buat benda pelik apa sampai mak dengan ayah nak risau sangat. Cuma malam ni je aku tak keluar sebab mak dengan ayah dah warning awal-awal jangan keluar.

“Sorry, mak.” Perlahan je aku menuturkan kata.
Mak terdiam memandang aku. Memang dah menjadi kebiasaan kalau aku ada buat salah aku akan minta maaf. “Hrm. Iyalah!”
“So, cancellah ye rancangan tu?” soalku tersengih. Muka kembali ceria. Selamat hidup aku! Ini nak kahwin dengan abang sepupu aku. Ustaz aku pulak tu. Apa kes?
Mak dengan ayah memandang sama sendiri. “No!” tegas ayah.
Aku rasa macam nak cair dah duduk dekat ruang tamu ni. “Alah... tak payahlah. Mak? Ayah? Kalau dah memang mak dengan ayah tak percayakan Lisa, biar Lisa je duduk rumah Mak Long. Habis cerita,” aku mengusulkan cadangan kedua apabila cadangan pertama ditolak.
“Bukan tak boleh, tapi nanti apa orang cakap kamu dengan Hafiz duduk serumah? Sebelum apa-apa lebih baik kamu disatukan. Lagipun Hafiz dah setuju dah pun. Dah, mak tak nak dengar apa-apa. Sebelum kami berangkat bulan depan, kamu menikah!”
Aku mengerutkan dahi. Ada sahaja alasan sampai aku dah tak boleh nak fikir apa-apa lagi. Last-last memang tak boleh nak buat apa. Argh! Geramnya!

05 December 2010

Akhir Yang Ku Mahu

“And they lived happily ever after...” Mama mengakhiri ceritanya untuk malam ini. Buku cerita ditangannya di tutup. Aku yang sudah mengantuk terus sahaja meletakkan kepala diatas bantal. Mama membetulkan selimut sebelum keluar dari bilik. Suis lampu ditutup.
“Good night sayang,” ucap Mama sebelum keluar.
“Night ma,” balasku perlahan.

Mata sudah tertutup. Malam itu aku pula yang bermimpikan putera raja datang menelamatkan aku dengan menaiki kuda putih. Oh, indahnya perasaan itu! ‘Semoga satu hari nanti aku turut menjumpai cinta yang sebegitu dan hidupku akan terus bahagia selama-lamanya,’ doaku di dalam hati.

19 September 2010

Demi Dia

Perbincangan berakhir tepat jam 4.30 petang. Azan sudah dilaungkan dari surau berdekatan dengan kafe yang mereka duduki. Syakirah melemparkan segaris senyuman kepada ahli kumpulan projeknya sebelum dia melangkah ke surau perempuan. Lim memandang daripada hujung mata. Tanpa sedar, hatinya mula tertarik dengan peribadi Syakirah. Syakirah dipandang sehingga hilang daripada pandangan.

“Tak nak balik ke, Lim?” tegur satu suara. Rashid.

Lim hanya mengangguk. Kemudian fail plastik di atas meja di capai sebelum dia meninggalkan meja yang diduduki tadi.

“Fikirkan apa?” Rashid menegur tatkala melihatkan Lim yang hanyut di dalam dunianya sendiri.

24 August 2010

No Other

Langit hitam yang dihiasi bintang-bintang dipandang tak berkelip. Bas daripada Larkin dan menuju ke Lumut itu bergerak dengan kelajuan yang sederhana. Sesekali suara orang yang duduk dibelakang yang sedang berbual dapat didengari meskipun telinga sudah di’plug’ dengan headphone yang hampir sama besar dengan cuping telinganya.

Aku memejamkan matanya sebentar. Perit. Aircond yang keluar betul-betul di atas kepala mengeringkan matanya. Kemudian pandangan dihalakan ke luar tingkap. Baru sampai Skudai. Perjalanan masih jauh. Paling cepat pun aku akan sampai lebih kurang 5.30 pagi. Pandangan dihalakan pula ke arah lelaki yang duduk disebelah. Mata lelaki itu terpejam. Hai? Baru bergerak dah tidur ke?

Handset di dalam kocek jaket hitam yang berlogo universiti itu dikeluarkan. Laju aku membaca mesej di bahagian ‘inbox’’. Mesej yang membuatkannya tak dapat tidur malam seminggu lepas. Aku tersenyum senang.

‘Congratulation! You have been choosen to be a facilitator. Please reply your availability asap.’

Peristiwa 2 bulan lepas kembali terlayar difikiran.

23 June 2010

Semanis Kurma

“Kamu ni bila nak mula cari kerja? Dah dekat 3 bulan macam ni ajelah kerja kamu, makan tidur. Malam keluar dengan dengan kawan, balik lewat. Bangun lambat. Macam mana rezeki nak masuk?” Mak Bedah dah memulakan leterannya. Anak lelakinya yang sedang berbaring di atas sofa di pandang.
Azhar menarik nafas panjang. Dia dah mula dah. “Nanti-nantilah mak. Az kan baru je habis belajar. Tunggu lah sebulan-dua lagi,” mata masih tak lari daripada memandang skrin televisyen. Tom tengah laju mengejar Jerry.
“Sebulan dua?!” suara Mak Bedah dah meninggi.
Azhar menutup telinga kirinya dengan jari telunjuk. Nyaring jugak suara mak aku. Kalau dia masuk kelab koir kat universiti aku dulu mesti mantap. Memang koir universiti tu jadi johan je lah kalau masuk pertandingan apa-apa. Azhar dah ketawa di dalam hati.

17 April 2010

Ku Serah Cinta

Persiapan terakhir sebelum program esok pagi di perkemaskan. Jam sudah hampir ke angka 1 pagi. Nasib badanlah dah kena jadi ketua department majlis dan protokol. Setelah selesai rehearsal, Ayu menarik nafas panjang. Lega. Kalau malam ni dah uruskan semua, esok petang tak adalah kelam kabut masa program berlangsung.

Ayu membuang pandang ke arah keseluruhan dewan. Tiba-tiba dia terasa bahunya disentuh sesuatu. Spontan Ayu menoleh. Afiq disebelah hanya tersenyum menayangkan giginya yang tersusun. Iyalah! Baru je lepas tanggalkan ‘braces’. Senyumnya sampai ke telinga.

“Penat?” tegur Afiq.

02 April 2010

Aku rindu sayang kamu.

Arina menanggalkan kasutnya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Beg sekolahnya di letakkan di atas sofa. Kemudian dia menyalami tangan Puan Hamidah yang berdiri di hadapannya.

“Abang mana, Ina?” soal Puan Hamidah apabila kelibat anak lelakinya tak kelihatan.
Arina tersenyum. Mesti mama lupa ni. “Abang ada kelas ma. Kan dia dah cakap pagi tadi.”
“Habis? Ina balik seorang je la ni? Beraninya... Kenapa tak tunggu abang?”
Arina menggelengkan kepala perlahan. “Bukannya jauh sangat, ma. Lagipun kelas abang habis pukul 3. Tak laratlah Ina nak tunggu kat sekolah sorang-sorang.”

Puan Hamidah menggeleng melihat telatah anak daranya seorang itu. Sifat keibuannya membuatkannya sentiasa ingin melindungi. Meskipun Arina bukanlah darah dagingnya.

21 March 2010

Atas Nama Cinta

“Macam mana?” aku menongkat skuter dan berjalan menuju ke arah Afiq yang bediri di muka pintu. Dada rasa berdebar-debar menantikan kata-kata yang bakal keluar daripada mulut Afiq. Afiq yang setahun lagi muda daripada aku, baru sahaja mendapat keputusan SPM setelah beberapa bulan menanti. Cuti yang hampir 3 bulan dihabiskan dengan membantu Abang Man berniaga di gerai menjual burger.

Afiq hanya memandang ke arah aku yang berjalan ke arahnya. Entah apa yang difikirkannya pun aku tak tahu. Aku mengambil peluang memerhatikan wajahnya sepuas-puasnya. Lama tak jumpa budak. Semakin matang, semakin handsome! Masa sekolah dahulu wajah Afiq nampak sangat muka budak-budak. Sekarang? Terasa satu perasaan halus menyelinap ke dalam hati.

20 February 2010

Ana uhibbuka!

Mataku tercantap pada seorang pelajar lelaki yang sedang berjalan seorang diri. Pelik. Sudah banyak kali aku perhatikan dia. Selalu berseorangan. Jarang aku nampak dia berteman. Biasanya orang kalau tak berjalan beramai-ramai, mesti ada seorang teman di sebelah. Tapi terbalik pula dengan lelaki ni. Kalau nak kata mengejar masa, macam tak logik pulak. Jalannya sama seperti orang lain. Tak nampak pula gaya mengejar masa.

Aku memerhatikan lelaki itu berjalan sehingga dia hilang dari pandangan. Tiba-tiba rasa tertarik pulak nak kenal dengan lebih dekat. Nama dia? Kos apa yang dia ambil? Umur? Nak kata senior, macam tak sebab blok yang dia pergi digunakan untuk budak batch aku. Tak apalah. Mungkin satu hari nanti aku tahu juga.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi sebelah Aina. Sementara menanti lecturer, aku menyelak-nyelak nota semalam. Cuba mengingati kembali apa yang aku belajar. Baru nak baca perkataan pertama, mataku terperasankan pelajar yang aku jumpa pagi tadi. Biar benar? Dia coursemate aku?

31 December 2009

Kerna ku sayang kamu

Seperti kebiasaan aku sampai di rumah awal malam. Sewaktu kereta masuk ke laman rumah, mak sudah terjenguk-jenguk dari tingkap. Mesti dia sudah lama tunggu. Maaf ya, mak! Aku mengunci kereta sebaik sahaja keluar daripada kereta. Di tangan terjimbit beberapa paperwork yang perlu disiapkan segera.

“Baru sampai Nurul?” soal mak sebaik sahaja menyahut salamku. Tangannya kucium.
Aku tersengih. Mak ni. Dah nampak lagi mahu buat-buat tak nampak pulak.
Kemudian, aku mendapatkan abah yang sedang menonton Buletin Utama. “Pergi siap salin baju. Kita makan sekali,” arah abah.

Aku hanya mengangguk. Otak ligat berfikir kenapa mak dengan abah tak makan malam lagi. Selalunya aku makan seorang je. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, aku meletakkan paperwork yang penuh di tangan ke atas meja. Tuala yang tersangkut di ampaian aku ambil lalu berjalan masuk ke bilik air.

“Banyak sangat ke kerja kamu, Nurul?” Abah memulakan bicara.
Aku mengunyah nasi di dalam mulut sebelum menjawab. “Banyak jugaklah. Tu yang terpaksa buat OT. Lagipun, ada 2 orang arkitek je kat company. Nurul dengan seorang lagi. Macam mana tak banyak kerja.”
Mak hanya menggeleng mendengar. “Esok kamu boleh balik awal sikit, Nurul?”
Aku diam sejenak. Berfikir. “Tengoklah mak. Nurul tak boleh janji. Kalau boleh siapkan kerja cepat, dapatlah balik awal. Kenapa? Ada orang nak masuk meminang ke?” usikku.