::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

05 January 2012

Blurb/Sinopsis: Suami Aku Ustaz?!

Assalamualaikum. ^^,
Sedikit update ringkas dan sangat sikit tentang SAU.
Rasa seronok nak berkongsi dengan peminat-peminat SAU. =) Baru-baru ni, pihak penulisan2u emel minta saya minta hantar blurb/sinopsis tentang SAU. Bila baca je emel rasa err... sudahlah tak tahu macam mana nak buat. Maka dengan blur-blur merangka ayat, akhirnya terhasillah blurb/sinopsis yang simple pada saya.
Soalan mengenai bila terbit, syarikat mana, etc... Maaf. saya tak ada jawapan lagi. ^^
So... here it is! --->



Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
‘Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.’
Yang menjadi masalah buat Alisa adalah, apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah sampai hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
‘Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab dia masih belum berpunya lagi. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ kalau kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa iya, tak? Aduh! Tidak pasal-pasal dia menjadi kepunyaan aku pula.’
Macam mana agaknya apabila Alisa yang perangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang mesti hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehingga besar?
‘Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.’
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Bagaimana pula suaminya hendak mendidik dia menjadi muslimah yang cerdik? Dan bolehkah dia terus hidup dengan penuh terdidik?
“Hai kamu ni, Alisa. Leka! Baru sehari Hafiz tak ada, dah jadi bukan-bukan. Agaknya kalau mak dengan ayah tinggalkan kamu seorang, macam manalah gayanya?”

Komen anda macam mana pula? ^^

13 comments:

Anonymous said...

xsabarnyer nk baca seterusnya....

Unknown said...

ermm... friendly ckap.. kite suka sangat jalan cerita SAU nie.. tapi sinopsis dia mula2 ok jugak baca.. tapi yang ujung2 tu ada rasa macam lain skit laa. pandangan peribadi nie

kleo said...

best sangat! i think it is perfect enough for this novel! tak sabar nak grab dkt popular nanti. hhuhu ;)

Yaya Nufariya said...

best betul ar SAU ni. tak sbr nak tunggu dia dalam versi cetak.

aku_dia said...

Misshikin, lain macam mana tu ye? Boleh share? =)

others, tq. =)

Anonymous said...

saya rasa sinopsis tu ok... cuma ayat yang bawah tu rasa tak perlu kot.... just tambah skit ayat... " mampukah ustaz hafiz meraih cinta Alisa?...
biar ia menjadi tanda tanya dan menarik minat pembaca.... itu pendapat peribadi sayalah.... terima kasih, jangan ambil hati ya penulis.

Unknown said...

saya rasa cara describe ustaz tu tak menarik.. watak ustaz tak ditonjolkan sangat. lebih kurang macam nie. Kadang2 kita bile baca sinopsis kita nak tau kekuatan watak yang ada. Jadi ustaz nie dalam diam2 dia nakal ke apa ke. lebih kurang yer. jangan ambil hati yer

Rohaida Rahman said...

rasanya dialog yg last tu tak perlu. maybe boleh ganti dgn satu soalan yg gempar sikit, like 'bertahankah jodoh dan terbitkah cinta seiring dengan cita-cita diri yg hendak dicapai? perlukah seseorang berkorban atau dikorbankan?' sumting mcm tu la :-) ...
so sapa2 yg dah follow kat blog, bila baca blurb mesti ala2 kecut perut takut yg buruk akan jadi...

aku_dia said...

terima kasih semua ye atas komen2 yang membina tu. rasa terharu sangat sebab sudi menekan huruf-huruf atas keyboard ni. don't worry, no hard feeling here. ^^,
saya dah buat sedikit penukaran pada part yang last tu. harap oklah kut. and dah sent emel. kalau ada perubahan lagi, tak boleh buat apa dah. hehehe. (^^,")

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Anonymous said...

takde butang like ke??hehe...
part bawah yg dh dibaiki ni best...x sabar rse nak beli n khatam SAU..nnt dh publish bg thu ya..salam ukhuwwah :)

Ciputchiapp said...

waaa...suke nye... x sabar nk tggu SAU kuar..dah lame sgt x bace cite hafiz n alisa..

eyn said...

warghh..x sbrnyerr nk bce cter nie,,

kalu n0vel nie kuar lam versi cetak,,sah aq akn pecahkn tabung kacang s0ya 2, haha
I LUV SAU VERY VERY VERY MUCH!!!!!!!!

thanx penulis c0z wat cter y bez gler nie,, arap2 jln cter ye nanti still bez n x mcm n0vel2 y lain 2..hehe

Virgo Gurlz said...
This comment has been removed by the author.