::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

04 January 2012

[EDITED] Suami Aku Ustaz?! 11

Ada sikit je perubahannya pada bahagian permulaan sebab nak kasi terang lagi jelas dan nyata [kot]...
Bab-bab seterusnya, kalau tak silap saya sama je cuma berubah dari segi bahasa dan ejaan. (^^,)
Minta doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aminn. (^^,) v


Suami Aku Ustaz?! 11
“BANYAKKAN bersabar, Fiz...”
Aku terdengar umi berbual dengan Abang Hafiz semasa aku hendak mencari Abang Hafiz di dapur. Apabila terdengar umi bercakap macam tu, terhenti terus langkah aku daripada terus memasuki ruang dapur. Telinga aku pasang, mahu mencuri dengar.
“Didik isteri ni, memang kena banyak sabar. Bukan mudah nak membentuk buluh.”
Erk! Didik isteri? Akulah itu!
“Hafiz yang dah buat pilihan, Hafiz banyakkan sajalah bersabar. Cuba perlahan-lahan. Jangan sampai buluhnya patah, Hafiz pun terluka!” Mendalam sekali nasihat umi. Aku menelan air liur.
“Insya Allah umi...” Itu sahaja aku dengar Abang Hafiz membalas. Hai? Macam dah habis berborak je? Ah! Ruginya aku tak datang sini awal-awal! Apa lagi agaknya ya, yang umi bualkan dengan Abang Hafiz?
“Eh? Lisa? Buat apa berdiri dekat sini?” Baru aku hendak memusingkan badan, jantung aku pula macam hendak melompat keluar apabila ditegur Abang Ipin. Laju tangan aku mengurut dada. Abang Ipin sudah memandang aku pelik.
“Lisa nak ambil barang tadi. Bila dah sampai sini, terlupa pula apa yang ambil tadi.”
Abang Ipin ketawa mendengar jawapan aku. “Apalah budak ni...”
Aku sengih. Rasa seperti orang bodoh pula berdiri dekat sini. “Oklah. Lisa nak masuk bilik dulu. Nak kemas barang.” Risau pula aku kalau tiba-tiba Abang Hafiz keluar dari dapur ni. Habis aku kena tangkap sebab mencuri dengar perbualan orang.
“Bila balik? Petang ni?”
Aku mengangguk.
“Awalnya balik?” Pelik agaknya Abang Ipin dengar, apabila dia dapat tahu kami balik awal. Iyalah, rumah sikit punya dekat. Bukannya macam Abang Ipin yang duduk KL nun. Dia pun balik selepas Maghrib nanti.
“Biasalah bang. Student...
Abang Ipin hanya mengangguk tanda faham. Bibirnya tersenyum.
“Oklah tu Lisa... sekarang ni zaman Lisa belajar. Zaman abang dah lama lepas. Belajar ajelah elok-elok.” Dia memberi semangat. Kemudian dia ke tepi, memberi aku laluan.
Sebaik sahaja masuk bilik, aku mengemas baju untuk dibawa balik. Cuti Hari Raya Aidiladha di Johor cuma sehari je. Cadangnya, pukul enam petang nanti hendak bergerak pulang. Esok sudah mula sekolah balik. Kerja sekolah aku masih banyak yang tidak tersentuh. Walaupun selalunya cikgu tidak minta, aku risau juga kalau tiba-tiba ada yang nak. Kalau Abang Hafiz tahu, habis aku kena dengan dia nanti dekat rumah.
“Dah siap kemas?” Abang Hafiz bertanya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik.
“Baju Lisa yang last dah ni.” Aku menunjukkan t-shirt di tangan.
“Tinggal baju abang jelah belum. Abang kemas sendiri kan?” Aku bertanya. Masa ke sini, dia yang kemas baju dia sendiri.
Dia buat muka tidak faham. “Eh, apa guna ada isteri kalau baju kena kemas sendiri?”
“Lah? Masa datang sini kan abang kemas baju abang sendiri?” Aku mengingatkan.
“Itu masa datang.” Selamba je jawapan dia.
Aku mengetap bibir. Cis, dia ni! Nak suruh aku kemaslah tu. Nak tak nak, selepas aku zipkan beg baju aku, beg dia pula aku capai. Satu persatu baju dia aku lipat dan aku masukkan ke dalam beg.
“Buat kerja tu biar ikhlas. Daripada elok-elok dapat pahala, jadi sia-sia je nanti.”
Aku memandang muka Abang Hafiz. Macam tahu-tahu je aku merungut dalam hati. “Lisa ikhlas lah ni!” balasku geram.
Abang Hafiz ketawa. “Ikhlas tu tak payah nak cakap Lisa. Lagipun macam mana Lisa tahu Lisa ikhlas? Lisa lupa ya? Ikhlas tu kan ibarat semut hitam, yang berjalan di dalam batu hitam, dalam malam gelap gelita?” Panjang pula dia bercakap.
“Kalau buat kerja dengan muka berkerut macam tu... nampak sangat tak ikhlas.” Dia menambah lagi
“Mana abang tahu Lisa tak ikhlas?” Sengaja aku pulangkan balik soalan yang sama.
Abang Hafiz terpinga-pinga.
“Ustaz Lisa cakapkan, ikhlas tu ibarat semut hitam, yang berjalan di dalam batu hitam, dalam malam gelap gelita. Macam mana abang tahu Lisa tak ikhlas? Abang nampak ke semut tu? Abang tengok semut tu tak ada, ya?”
Abang Hafiz mengetap bibir. Dia mengatur langkah ke arah aku. Aku membuat muka selamba apabila melihat dia. Tangan laju menghabiskan lipatan yang terakhir.
“Manalah tahu muka Lisa berkerut sebab sakit perut ke.. pelik cari baju abang tak jumpa ke? Fikir macam mana nak susun baju abang yang berlambak ni ke?” aku bersuara lagi. Sebenarnya baju Abang Hafiz ni sikit je. Bila tengok tidak ada balasan daripada Abang Hafiz, aku mendongak. Serentak dengan itu, hidung aku kena tarik. Maaak!
“Sakitlah!” marahku apabila dia melepaskan hidung aku. Tidak perlu menunggu lama, aku sudah terbersin. Hidung aku ni sudahlah sensitif yang amat.
Abang Hafiz mentertawakan aku. Jahat je bunyi dia ketawa. “Itulah, lain kali jangan banyak menjawab. Orang ingatkan dia, dia kenakan kita balik.”
Aku pandang dia tidak puas hati. Pangkal hidung aku urut dua tiga kali..
“Sakit ke?”
“Tak!” geram je aku menjawab.
“Kalau tak, abang tarik lagi. Biar lepas ni beringat sikit.” Dia dah mengacah, mahu menarik lagi sekali. Spontan aku tolak tangan dia.
“Tarik lagi, abang kemas sendiri,” ugutku.
Abang Hafiz ketawa. “Macamlah abang takut.”
Dia mendekatkan tangan dia ke muka aku. Aku mengelak. Mata aku tutup. Tiba-tiba terasa hidung aku bersentuh dengan sesuatu yang sejuk. Eh? Eh? Sebaik sahaja aku membuka mata, mata Abang Hafiz betul-betul di hadapan mata aku. Tersedarkan sesuatu, laju aku memalingkan muka daripadanya. Tidak sanggup hendak membiarkan hidung aku berlaga dengan hidungnya. Abang Hafiz tersenyum, muka aku terasa panas. Wargh! Kenapa jantung aku macam baru lepas marathon 5 kilometer?
***
TEPAT pukul enam, kami bertolak ke rumah. Umi dengan walid tidak cakap apa sewaktu Abang Hafiz bersuara untuk balik awal. Kelam-kabut umi menyiapkan makanan untuk dibekalkan kepada kami. Risau betul dia, kalau anak dia seorang ni tak makan. Duduk di dalam kereta, suasana hanya diriuhkan dengan lagu-lagu nasyid koleksi Abang Hafiz di sebelah. Sesekali aku menguap. Bukannya mengantuk, tapi bosan sebab duduk diam je dari tadi.
“Abang?” Akhirnya aku memanggil Abang Hafiz apabila sudah terasa bosan duduk diam.
“Ya?” Dia menjawab dengan mata masih fokus dekat jalan raya.
“Kenapa kita kahwin?” Aku tidak tahu kenapa aku teringin sangat nak bertanya perkara ni.
Abang Hafiz menoleh sekilas. Kemudian dia kembali menghalakan pandangan ke hadapan.
“Kenapa?” Dia bersuara tiba-tiba. Ingatkan dah bisu tadi. Lama betul nak menunggu dia mengeluarkan sepatah perkataan.
“Kenapa?” kening aku bertaut. Aku pula yang disoal kembali.
“Lisa menyesal ke kena kahwin dengan abang?”
Aku terdiam.
Still can’t accept me as your husband?
Aku diam lagi. Waahhh! Kenapa masa-masa sekarang ni mulut tidak pandai hendak menjawab?
“Lisa, kalau tak sekarang pun, satu hari nanti kita kahwin juga. Apa bezanya?”
Terpinga-pinga aku mendengarkan ayat yang baru keluar daripada mulut dia.
“Kenapa abang cakap macam tu? Lepas tu, orang tanya satu soalan, sepuluh soalan dia tanya kita balik. Soalan orang, dia tak jawab-jawab juga.”
Tidak puas hati betul aku. Abang Hafiz hanya tersenyum. Isk! Satu benda yang aku tidak suka pada dia ni, suka sangat buat aku tertanya-tanya sendiri. Cubalah cakap sampai habis.
“Yang Lisa tanya tiba-tiba ni kenapa? Memang betullah menyesal ni?”
Aku menggeleng. Apabila tersedar ustaz di sebelah ni tengah memandu kereta, laju aku menjawab. “Tak adalah. Cuma... Lisa rasa, Lisa tak ready lagi kot nak kahwin?”
“Tapi dah kahwin dah pun kan?” Dia sengih mengusik.
“Hrm... tapi tak adalah terfikir secepat ni...” separuh hati sahaja aku menjawab. Selepas itu, aku leka memerhatikan suasana kampung orang sementara hendak sampai rumah.
“Maksudnya, Lisa perlukan masa lah nak prepare sebelum kahwin?”
Aku mengangguk. “Lebih kurang.”
“Masa macam mana?” dia bertanya.
Aku diam. Masa untuk menerima dan berkenalan dengan bakal suami sebelum berkahwin. Kalau budak-budak zaman sekarang ni, boleh dikatakan bercinta dan bercouple sebelum kahwin. Tetapi, kalau aku cakap macam tu, memang sah-sah aku kena balun dengan ustaz kat sebelah ni. Aku ingat lagi dia suruh kami sekelas berjanji tidak akan bercinta sebelum menikah masa awal-awal tahun dulu. Punyalah risau Wati dibuatnya.
“Masa bercinta ke?” Dia serkap jarang.
Kening aku terangkat. Hai? Abang Hafiz ni macam boleh baca je fikiran aku.
“Kan di antara kebesaran Allah tu apabila Dia menciptakan suami isteri untuk berkasih sayang. Apa masalahnya?”
“Maksud abang?”
“Iyalah, kita bercinta selepas bernikah. Apa masalahnya?”
Muka aku panas. “Bila masa Lisa cakap, Lisa nak bercinta dengan abang?” Wah! Nak ais.. nak ais!
Abang Hafiz ketawa.
“Lisa, abang tak pernah minta apa-apa pun daripada Lisa. Just focus on your study and capai cita-cita Lisa.” Dia kembali bersuara apabila kami berdua sudah terdiam sebentar tadi.
“Persediaan itu Lisa, bukannya esok nak kahwin, hari ni baru nak bersedia. It takes time. Lisa kahwin awal, mungkin Lisa tak bersedia. But, at least you still have a lot of time to improve yourself, Lisa. Even though seseorang dah berkahwin lama, masih banyak perkara yang dia kena belajar. Ilmu perkahwinan tak terhenti bila dah menikah. Dan antara suami isteri pula, berkenalan bukan hanya masa sebelum berkahwin, Lisa. Selepas berkahwin pun, kena sentiasa bertaaruf,” panjang lebar dia berkata.
“Abang bercakap macam dah lama kahwin!” ujarku sedikit kagum.
Abang Hafiz tersenyum mendengarkan komen aku. “Abang bercakap berdasarkan apa yang kawan-kawan abang, ustaz-ustaz abang bercerita. Berdasarkan pembacaan...” jelasnya.
“Macam Afrina, bercouple dengan Farhan beriya-iya. Sepuluh tahun lagi belum tentu dia bersedia nak kahwin dengan Farhan. Kalau mereka berkahwin pun, sepuluh tahun lagi belum tentu dia kenal betul dengan Farhan. Itupun kalau memang Farhan jodoh dia. Kalau tidak? Sia-sia sahaja, Lisa. Dosa pun bertambah.”
Terkejut aku bila dengar Abang Hafiz cakap macam tu. “Abang tahu?”
“Tahu apa?” dia menyoal kembali.
“Wati dengan Pa’an?”
“Wati?” Dahi dia sudah berkerut.
“Afrina dengan Farhan.” Aku membetulkan sebutanku.
Dia mengangguk. “Biasalah dekat bilik guru tu. Ada sahaja yang bercerita.”
Oh! Bahayanya jadi anak murid ni. Sentiasa menjadi perhatian cikgu-cikgu. Ini kalau aku rapat sangat dengan Abang Hafiz, mesti ada juga cikgu yang membawa cerita. Agaknya sebab tulah yang dia nak sangat beritahu kepada semua. Wah... tak nak, tak nak. Aku tidak sedia lagi. Selepas ini, aku akan buat tidak kenal je dengan ustaz masa dekat sekolah.
“Jadi, janganlah risaukan sangat pasal hal Lisa tak bersedia tu. Insya Allah kita ada banyak masa lagi. Kita sama-sama belajar. Abang yakin, satu hari nanti Lisa akan jadi isteri yang abang boleh banggakan.”
Berkerut dahi aku mendengarkan ayat terakhir dia.
“Amboi? Sekarang tak banggalah?”
Abang Hafiz tersenyum. Kemudian dia menggeleng.
Wah? Sampainya hati! Kalau iya pun tidak bangga, janganlah jujur sangat!
“Bukan tak bangga. Tapi, abang nak bangga macam mana? Seorang pun tak tahu kita dah kahwin kecuali saudara dekat?”
Ceh! Aku menarik nafas dalam. Kemudian mata memandang rumah Ustaz Awang yang telah mengajar aku mengaji masa kecil dahulu. Terpandangkan Isteri dia yang tengah menghantar anak dia nak balik agaknya, membuatkan aku terfikir. Isteri macam mana yang dibanggakan Ustaz Hafiz ni ye?

No comments: