::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

04 January 2012

[EDITED] Suami Aku Ustaz?! 10

Ada sikit je perubahannya pada bahagian permulaan sebab nak kasi terang lagi jelas dan nyata [kot]...
Bab-bab seterusnya, kalau tak silap saya sama je cuma berubah dari segi bahasa dan ejaan. (^^,)
Minta doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aminn. (^^,) v


Suami Aku Ustaz?! 10
PAGI-PAGI Subuh lagi, aku sudah dikejutkan oleh Abang Hafiz untuk menunaikan Solat Subuh berjemaah. Bukan berdua, tapi berlima. Eh, campur aku berenamlah jadinya. Selepas menunaikan solat, Abang Hafiz tiba-tiba memanggil aku masuk ke bilik semasa aku tengah curi makan rendang yang umi masak semalam di dapur. Sedap pula aku rasa semasa tengah masak malam tadi. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, aku ingatkan Abang Hafiz hendak bagi duit raya. Rupa-rupanya...
“Ada call,” kata dia.
Hancur harapan aku hendak menambah duit poket. Tak apa! Kita tunggu raya puasa nanti, dia bagi ke tidak. Abang Hafiz menghulurkan telefon ke arah aku. Tidak berbunyi pun? Dia dah angkat ke? Telefon bertukar tangan. Aku tengok skrin telefon. 1 missed call. Wah! Bagus betul ustaz ni tak tolong angkatkan! Ceh! Sempat aku mengutuk dia di dalam hati.
Sebaik sahaja mata memandang nama pemanggil, serta- merta muka aku berubah. Ok, sekarang aku rasa bersyukur gila sebab dia tidak tolong angkatkan tadi. Tidak sampai seminit, telefon sekali lagi berbunyi. Laju aku keluar bilik. Tak mahulah aku menjawab panggilan depan ustaz ni. Pintu dapur aku buka, selepas itu aku lepak dekat belakang rumah.
“Assalamualaikum. Hah, kau! Ada apa?” terus aku bertanya pemanggil selepas dia menjawab salam aku.
“Dahlah angkat lambat. Lepas tu terus terjah je. Anak dara siapalah ni?” Joe di hujung talian sudah bising.
Aku hanya ketawa tatkala mendengar dia membebel. “Yelah, sayang, intan payung. Kanda call adinda pagi-pagi ni ada apa? Orang sembahyang raya pun belum tahu?” aku sudah mula bising. Apa tidaknya, baru pukul tujuh pagi dia sudah telefon. Tahulah sudah tiga hari tidak berjumpa.
Joe ketawa besar bila mendengar ayat yang keluar daripada mulut aku. “Kau beraya kat mana? Seorang je ke?” Dia bertanya bila ketawa dia sudah reda.
Wah! Ambil berat juga mamat ni dekat aku. Aku senyuman aku melebar. “Taklah. Aku balik rumah Mak Long akulah. Kan dekat je?”
“Oh...” Itu je jawapan dia.
“Kenapa tiba-tiba tanya? Kau rindu aku eh?” sengaja aku menyakat.
Joe ketawa. “Ha’ah. Rindu! Rindu gila wa cakap lu!”
Aku ketawa lagi. Ada sahaja bahan untuk budak ni melawak.
“Aku ingatkan kau beraya seorang. Baru ingat nak ajak datang rumah aku beraya,” dia berkata bila aku diam je tadi.
“Ohh! Terharunya! Ada juga orang ingat dekat aku, si anak perantau ni eh?”
Joe ketawa je. “Ada-ada jelah kau ni, Lisa. Kat sana ada siapa je?”
“Kat mana?” Aku terpinga-pinga sekejap.
“Kat rumah Mak Long kau tu lah! Isk budak ni... tahulah rindukan aku, tak payahlah blur sangat bila dapat cakap dengan aku.” Sempat dia mengutuk aku. Kemudian, dia ketawa lagi.
Aku mencebik. Bila masa entah aku rindu dia entah! “Perasanlah kau. Lain kali cakaplah terang-terang.”
“Kat sini mak ayah aku jelah yang tak ada. Mak mentua dengan pak mentua, ipar duai semua ada!” jawabku spontan.
Joe ketawa lagi. Mesti dia ingat aku buat lawak. Aku menepuk dahi sendiri apabila tersedar aku terlepas cakap. Nasib baik jugalah dia tidak fikir apa-apa. Aku pun entah kena sampuk apa entah tiba-tiba terkeluar ayat tu. Ini mesti Ustaz Hafiz ada baca doa apa-apa masa dia bagi aku telefon ni. Hahaha! Selepas habis berbual, aku bangun untuk masuk ke dalam rumah. Baru aku hendak memusing tombol pintu, umi terlebih dahulu membuka dari dalam.
“Lah... Lisa ke? Umi ingatkan siapalah tadi duduk bersembang dekat belakang rumah,” dia bersuara tatkala ternampak muka aku.
“Siapa yang call pagi-pagi raya ni?” Umi bertanya.
“Kawan Lisa, umi...” Aku menggaru pipi yang tiba-tiba terasa gatal. Kena gigit nyamuk agaknya tadi.
“Lelaki?” tanya umi lagi. Macam tahu-tahu pula yang aku bercakap dengan Joe.
Aku mengangguk. Tapi aku rasa tidak sedap hati. Kenapa umi tengok aku semacam je ni?
“Mesra betul berbual?”
Soalan umi buat aku rasa macam kena hempap dengan batu bata dari atas. “Err, kita orang memang rapat.” Aku menjawab. Tapi tergagap sikit. Aduh! Kenapa gaya macam orang bersalah je ni, Alisa? Bertenang, bertenang...
Umi hanya mengangguk tanpa memberi apa-apa komen. Selepas itu, aku meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Duh! Nafas aku tarik dalam-dalam. Pandangan umi menakutkan!
Elok aku masuk ke dalam bilik, Abang Hafiz pula yang pandang aku semacam. “Siapa call?” soalnya sambil menggosok baju Melayu untuk dipakai nanti. Abang Hafiz menjadi orang kedua yang bertanya selepas umi.
“Anak orang.” Malas aku nak menjawab soalan yang dia sudah tahu jawapannya.
Abang Hafiz diam. Dia pandang aku sekejap lepas tu dia kembali menggosok pakaian dia.
“Perlu ke sampai angkat call dekat luar bilik? Kenapa? Takut sangat dengan abang?” Daripada nada suara Abang Hafiz bertanya, ala-ala orang terasa hati je dengan aku.
“Kenapa pula tiba-tiba ni?” Peliklah aku dengan dia ni.
“Tadi tu Johan kan?”
Aku mengangguk.
“Ada apa pagi-pagi lagi dah call?”
Aku tersengih. Kenapa aku rasa ustaz ni tiba-tiba macam cemburu? “Dia ajak beraya dekat rumah dia. Dia ingat Lisa seorang je tadi.” Semangat aku bercerita.
“Habis? Tak cakap Lisa beraya sini?”
“Eh, Lisa cakap. Siap cakap lagi Lisa beraya dengan mak mentua.”
Abang Hafiz pandang aku tidak percaya. “He knew it?
Tergelak aku apabila melihat Abang Hafiz tiba-tiba bersemangat. “Of course not!
Muka dia kembali seperti serius.
“Dia ingat Lisa melawak. Siap ketawa-ketawa lagi masa Lisa cakap.”
“Siapa Johan pada Lisa?”
Terkejut aku mendengarkan soalan terakhir daripada Abang Hafiz.
“Apa jenis soalan tu?” keningku bertaut.
“Budak zaman sekarang, bukannya boleh percaya sangat!” tiba-tiba dia menuduh. Geram pula aku mendengar ayat yang keluar daripada mulut dia. Menuduh tanpa usul periksa!
“Heh, macam mak ayah tak percayakan Lisa, kan? Sebab tu kena kahwin dengan abang! Macamlah kita ni teruk sangat!” aku dah mula marah.
Benda kecil pun boleh jadi hal besar. Aku menjeling ke arah Abang Hafiz. Dia pula pandang aku macam nak telan. Tiba-tiba perasaan bersalah menggigit hati. Ah! Susah betul jadi aku ni! Baru buat salah sikit, sudah bersalah bagai nak apa. Cuba keras sikit hati tu!
Sorry.” Sebaik sahaja meminta maaf, aku terus keluar bilik. Lemas!
***
SELEPAS menunaikan Solat Sunat Aidiladha di surau kampung ni, kami bersalam-salaman memohon maaf. Bukan hari raya puasa je yang bersalam pagi raya dekat rumah ni. Raya Haji pun sama. Tapi aku tengok, tidak lah sedramatik kalau bersalam masa hari raya puasa. Hari Raya Aidiladha dekat sini pun, tidak adalah semeriah mana. Adalah juadah istimewa sedikit untuk membezakan hari biasa dengan hari kebesaran ni.
Aku pernah terdengar orang bercerita, Hari Raya Aidiladha di pantai timur lagi meriah macam Hari Raya Aidilfitri. Berbeza pula dengan kawasan lain yang lagi meriah Hari Raya Aidilfitrinya. Dulu, aku ada juga pasang impian untuk merasa meriahnya beraya dekat sana. Tapi sekarang tidak dapatlah sebab dah terkahwin dengan ustaz ni. Kalau tidak, ada peluang aku cari calon suami dari kawasan sana.
“Senaraikan dosa Lisa pada Abang. Kalau tak, abang tak nak maafkan.”
Haaah....? Ternganga aku dengar arahan dia. Aku buat muka. Tolonglah. Tolonglah faham ini bukan dekat rumah kita.
“Kata, dosa yang sebelum ni abang dah maafkan?” aku bertanya. Iyalah, aku inikan jenis cepat minta maaf kalau terasa bersalah. Tangan aku masih dia tidak lepaskan lagi.
Abang Hafiz mengangkat kening ke arah aku.
“Hari ni tak ada ke? Pagi tadi ke?” Sengaja dia hendak memprovok aku.
Aku sengih geram. Kes pagi tadi tidak selesai lagi ke? Ok, silap aku yang terus je keluar bilik. Pergi surau tadi pun, Abang Hafiz tidak tegur aku langsung.
“Apa pun dosa Lisa, Lisa minta maaf daripada hujung rambut hingga hujung kaki.” Kalut aku bersuara. Akhirnya itu yang terkeluar daripada mulut aku.
Abang Hafiz ketawa melihatkan muka aku. “Iyalah, abang maafkan.”
Tangan aku dilepaskan. Ceh! Sengajalah tadi tu mengenakan aku. Mood dia dah ok agaknya. Nasib baik dia tidak buat hal kat sini macam masa dekat kelas hari tu. Sebenarnya aku risau juga dengan kes pagi tadi. Dia memang terasa hati betul ke dengan aku?
***
“WALID?”
Walid mengalih pandangan daripada kaca televisyen ke arah aku. “Ye, Lisa?”
“Kenapa ye dekat Malaysia raya Haji lambat sehari daripada Mekah? Bukan ke sepatutnya kita raya sepuluh Zulhijah?”
Walid senyum je tengok aku. “Lisa rasa kenapa?”
Aku termangu. Ceh! Aku juga yang kena tanya balik. Baik tidak payah. Akhirnya, aku hanya mengangkat bahu. “Entah?”
Senyuman walid masih tak hilang. “Sebab, kita kan awal lima jam dari Mekah?”
Aku tidak faham. Kemudian, aku mengalih pandangan ke arah Abang Hafiz yang duduk di sebelah. Muka tidak faham aku tayangkan. Tolonglah terangkan sikit, Ustaz!
Abang Hafiz pandang aku, buat tidak faham. Selepas itu, dia tersengih nakal sambil menaikkan kening dia. Ceh!
“Tak fahamlah, walid?”
“Kan kita awal lima jam dari Mekah. Kan Raya Haji mesti di sambut selepas jemaah haji wukuf di Arafah?”
Otak aku ligat berfikir. “Maknanya?”
“Maknanya, walaupun kita dah masuk sepuluh Zulhijjah, dekat Mekah masih sembilan Zulhijjah. Takkan kita beraya dulu baru Mekah? Kan raya haji disambut lepas wukuf?” baru Abang Hafiz membuka mulut.
Aku hanya mengangguk. Tapi fikiran masih ligat berfikir. Cuba mengaitkan satu persatu keterangan yang aku dapat. Isk! Apa ni lambat sangat nak faham? Kata nak jadi engineer?
“Nanti satu hari nanti, abang nak pergi sana.” Perlahan je dia berbisik di telinga aku.
Aku terpinga sekejap. Hilang sudah semua benda yang aku sedang aku fikirkan tadi.
“Apa dia?” aku bertanya sebab tidak dengar apa yang dia cakap tadi.
“Abang cakap, satu hari nanti abang teringin nak pergi sana.”
Dahi aku berkerut. “Sana tu mana?”
“Mekah.”
“Oh....”
“Oh je?”
Aku pening kejap. Ada masalah ke dengan jawapan aku? “Kenapa?”
“Ingatkan Lisa nak tanya abang. Tak nak bawa Lisa ke?”
Aku ketawa. “Lah... siapa lagi nak bawa Lisa pergi sana kalau bukan orang tu.”
“Orang mana?” Dia senyum mengusik.
“Suami Lisalah!” aku sudah naik geram. Ada sahajalah dia ni hendak mengenakan aku.
“Manalah tahu kalau Lisa maksudkan orang lain. Mengaku juga, abang ni suami Lisa ye?”
“Orang lain?”
Abang Hafiz hanya mengangkat bahu. Isk! Banyak sangatlah berahsia ustaz seorang ni. Tak faham aku!

No comments: