05***
“She is not the right person for you, Alex...”
Sayup-sayup aku mendengar mama Alex berkata-kata. Walaupun suaranya tidaklah begitu kuat, namun boleh ditangkap setiap kata-kata mamanya. Aku merapatkan diri ke dinding lagi, mengelakkan ada mata yang ternampak aku mencuri dengar perbualan mereka.
“She is a nice girl, ma. Try to get to know her first...” pujuk Alex.
“Alex, we can read a person personality from the way they dressed. You might say she is a nice girl, but for me as she does not dress properly as what her religion taught her, she is still not that good.”
Aku menelan air liur. Eh? Kenapa pula mama Alex yang beriya menolak. Bukan ke sepatutnya dia tak boleh kata apa? Bukannya dia Islam pun. Lagipun... aku menunduk, memerhatikan pakaian yang aku pakai. Tak adalah over mana pun. Biasa je aku rasa. Sopan jugaklah walaupun bukan baju kurung.
“Your brother has shown me, how a Muslim really is, Alex. If you really serious about this, find someone who can help you...” kata mama Alex lagi.
Aku dah tak sanggup hendak berdiri di sini. Kalau ada jalan lain yang boleh bawa aku keluar, aku sudah keluar daripada restoran makanan Cina Islam ini. Dada terasa sebak. Kenapa dunia sekarang mesti hendak judge orang berdasarkan pemakaian? Bukannya diaorang tahu macam mana kehidupan aku sehari-hari. Bukannya dia nampak kalau aku baca Quran sepuluh muka surat sehari. Oklah, hiperbola contoh yang aku bagi. Tapi, betul apa? Pemakaian tak melambangkan apa-apa pun. Ramai je orang-orang macam Syed Farhan tu, yang bila buat kerja tak pernah buat aku puas hati.
“She can change, ma. Just give her some times and support,” pujuk Alex kemudiannya.
Aku ke hadapan sedikit, hendak mengintai muka mama Alex. Sedihnya rasa bila kali pertama berjumpa sudah dicop yang tidak elok.
“It is all up to you. But as for me, mama is not going to approve her...” tegas mama Alex.
Aku menahan air mata yang sudah bertakung daripada terjatuh di pipi. Kemudian, aku kembali melangkah ke bilik air. Tisu di dalam kocek jeans aku keluarkan. Mengesat air mata yang tumpah juga akhirnya. Hampir lima minit aku cuba untuk mententeramkan perasaan aku, akhirnya aku melangkah keluar bilik air. Dengan kepala menunduk, aku tak sedar apabila aku terlanggar seseorang.
“Sorry...” ujarku perlahan.
“Maria, are you okay?” soalan yang dikeluarkan insan itu berjaya menarik kepala aku ke atas. Mata aku melekat kepada muka abang Alex yang sedikit sebanyak membuatkan aku terasa segan sendiri. Dia taklah begitu menunjukkan ke-Islaman dia. Pakaiannya sama sahaja seperti lelaki-lelaki lain yang aku jumpa. Jeans dan collar tee. Bukannya jubah dan kopiah sepanjang masa. Tapi kenapa mesti mama dia hendak judge aku bukan-bukan hanya dengan pemakaian aku?
“I am okay...” balasku pendek sebelum kembali ke meja makan dengan senyuman di bibir. Tidak mahu mereka sedar perbualan mereka anak beranak aku dengar tadi.
“WHY are you so quiet?” soal Alex sewaktu kami di dalam kereta untuk balik ke kampus.
Aku tersenyum tawar. Fikiran sudah melayang mengingatkan peristiwa di restoran tadi. Nafas dihela perlahan. Mengeluh. Kalau sudah mama Alex sendiri tak approve hubungan kami berdua, apa lagi yang aku hendak katakan?
“Maria?” tegur Alex apabila aku masih mendiamkan diri. “Tadi dekat restoran you rancak je berbual dengan parents I, kenapa tiba-tiba on the way back you bertukar mood?”
Aku menyandarkan badan ke kusyen. Mata memerhatikan tiang-tiang lampu di tepi jalan. Memanglah aku rancak bercerita, bertanya itu ini. Semua tu sebenarnya nak menutup perasaan aku daripada terus-terusan terasa dengan kata-kata mama dia tadi.
“I am okay. Terfikir macam mana penerimaan parents you.”
“Mereka ok je. They can accept you as who you are,” kata Alex lembut.
Aku diam. Tipu! Alex menipu hanya sebab hendak memujuk aku. Bukan aku tak dengar bagaimana tegasnya mama Alex tidak mahu menerima aku. Walaupun Alex sudah meminta mamanya memberikan aku masa, dia tetap berkeras. Apa salah aku sebenarnya? Kalau kerana perbezaan agama, aku yakin itu bukan penyebabnya.
“Your brother has shown me, how a Muslim really is, Alex. If you really serious about this, find someone who can help you...”
Apa yang dimaksudkan seorang Muslim sebenar, ya? Macam yang Alex pernah ceritakan dulu, abangnya cakap Islam itu cantik. Apa yang cantiknya? Aku tengok, ramai je orang Islam yang kononnya bagus dalam agama tapi tak hebat dalam bidang lain. Macam mana pulak tu? Kalau setakat cara pemakaian aku sudah hendak dipertikaikan, mana boleh. Itu tak adil untuk aku. Aku rukun Islam yang lima tu tak pernah tinggal. Selewat mana pun, aku tetap akan menunaikan solat. Sebab aku akan rasa bersalah bila papa dengan mama tanya nanti.
Nak salah papa dengan mama aku yang tak pernah ajar pasal Islam? Tak boleh juga. Papa dengan mama sendiri sibuk dengan kerja. Kerja pun, untuk aku jugak. Bukan salah mereka. Tapi, tak ada seorang pun yang pernah cuba nak terangkan Islam sebenar dekat aku. Jadi bukanlah salah aku pun kalau tak faham. Ah, Maria. Sedangkan orang baru hendak membuka mulut bercakap pasal Islam pun, kau dah kata bising. Tapi, bukannya apa pun. Dia nak bercerita masa aku tak ada mood nak dengar. Salah timing.
“Maria?”
Aku tersentak. Hilang sudah segala debat-debat yang bermain di fikiran. Aku memandang ke sekeliling. Sudah sampai di hadapan hostel aku rupanya.
“Thanks, Alex...” kataku terus membuka pintu kereta. Handbag yang aku letakkan di tempat duduk belakang aku ambil sebelum terus melangkah ke arah tangga. Tanpa sedikit pun memandang Alex, mengucapkan kata-kata selamat malam seperti kebiasaannya.
***
Hari yang baru, semalam tinggal memori, akan datang masih menjadi misteri. Aku berjalan mengelilingi tasik buatan buat kali kedua. Entah kenapa, sejak semalam aku masih memikirkan kata-kata mama Alex yang aku dengar. Kata-kata yang mampu membuatkan hati aku terhiris setiap kali mengingatkannya. Jadi, pagi ini aku mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran dengan memandang alam sekitar.
Mata terpandangkan kerusi batu yang tidak diduduki sesiapa. Tanpa bertangguh, aku melangkah ke arah kerusi batu itu. Iphone di dalam kocek aku keluarkan, boleh aku ambil gambar tasik yang terbentang ni.
“Seronokkan pagi-pagi macam ni, berjalan keliling tasik.”
Aku tersentak. Siapa agaknya, ya? Suara dia jarang aku dengar. Perlahan-lahan aku menoleh ke arah insan disebelah. Dia tersenyum, dan aku turut membalas senyumannya. Akhirnya insan itu mengambil tempat di sebelah aku.
“Awak ada masalah ke, Maria?”
Aku diam. Patut ke aku menceritakan masalah aku pada dia? Dia bukannya siapa-siapa. Akhirnya bibir aku tetap tertutup rapat. Seolah-olah dia tidak wujud di sebelah aku.
2 comments:
pendeknya! hehe! but, sokay! take your time! mesti tu Syed Farhan, kan? cant wait for the next entry! terima kasih kak! :)
farhan ke yg tnye tu....huuu
Post a Comment