Bab-bab seterusnya, kalau tak silap saya sama je cuma berubah dari segi bahasa dan ejaan. (^^,)
Minta doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aminn. (^^,) v
Suami Aku Ustaz?! 09
ABANG Hafiz bangkit untuk mengambil Al-Quran di rak. Aku pula duduk diam sambil mata memerhatikan langkah dia. Walhal, dalam hati punyalah meronta-ronta menolak. Aduh! Sungguh aku tidak ada semangat hendak membaca depan dia. Okay, itu satu perkara. Seperkara lagi, aku sebenarnya tak mahu mengaji dekat rumah umi ni. Seganlah aku, kalau umi dengan walid boleh dengar aku mengaji. Mesti banyak yang salah.
Amboi, Alisa? Depan orang tahu malu, depan Allah tak rasa malu pula mengaji main langgar je semua hukum? Wah! Tak sangka aku dah pandai menasihatkan diri sendiri. Ini mesti sebab banyak sangat duduk dengan ustaz ni. Sampai aku pun terpengaruh untuk menjadi baik sikit.
Aku ni sebenarnya bukan tidak pernah mengaji langsung. Selalunya selepas solat Maghrib, paling tidak pun aku akan membaca sehelai muka surat walaupun tidak faham langsung makna dia. Sebab orang kata, mengaji ni membersihkan hati kita. Tapi, itu aku mengaji sendirian berhad. Ini dengan ustaz pula ni. Malunya! Dulu masa kecil memanglah mak dengan ayah hantar aku pergi kelas mengaji dekat rumah Ustaz Awang. Selepas dah khatam, tak adalah aku pergi lagi.
Selepas membaca Al-Fatihah, Abang Hafiz menyuruh aku mulakan daripada surah Al-Baqarah. Aku merungut-rungut di dalam hati. Sepatutnya aku mengaji sampai surah Ad-Dukhan dah! Sepuluh ayat pertama aku baca tanpa masalah. Ayat ke sebelas, fokus aku hilang.
“Lisa, panjang dekat situ kan? Mad Wajib tu.”
Aku mengeluh.
“Ulang balik daripada awal ayat.”
Dan aku pun menurut.
“Jangan baca laju sangat. Kan ada dengung dekat situ.”
Aku terdiam sekejap. Kemudian kembali menyambung bacaan. Kalau sepuluh ayat pertama tadi aku dapat membaca dengan elok, kali ni aku bacaan aku sudah mula tersangkut-sangkut. Apa tidaknya, asyik kena tegur je memanjang. Dahi aku sudah berkerut-kerut. Geramnya! Tapi tidak tahu hendak geramkan pada siapa. Pada diri sendiri? Ataupun pada Abang Hafiz yang banyak sangat menegur? Argh! Aku memandang Abang Hafiz dengan hujung mata. Tak puas hati? Tak boleh! Sebab apa yang dia ajar semua benda yang betul.
“Lisa,” Abang Hafiz memanggil. Aku mendongak dengan muka yang tidak puas hati.
“Sakit perut ke?” Dia bertanya apabila ternampak muka aku yang sudah berkerut-kerut.
Aku memejam mata rapat-rapat. Menahan geram didalam dada. Isk! Lisa tak sakit perutlah! Sakit hati je!
Aku menggeleng.
“Kalau macam tu, teruskan. Dapat habiskan satu muka ini pun dah ok.” Dia memujuk.
Mata kembali melihat Al-Quran yang terbuka. Bacaan diteruskan. Baru tiga suku muka surat, aku sudah menutup Al-Quran apabila kesekian kalinya ditegur.
“Sadaqallahul 'Azim.”
Abang Hafiz terkejut melihat aku bangun dengan Al-Quran di tangan. Bukan niat aku untuk berkurang ajar. Tapi, aku sendiri yang sudah tidak dapat menahan perasaan. Ada daripada elok aku rasa ingin mengaji, terus aku menyampah apabila selalu kena tegur.
“Sorry.” Aku meminta maaf apabila Abang Hafiz berdiri di sebelah untuk menyidai sejadah.
Dia memandang aku tidak beriak.
“Lisa tak boleh nak baca lagi tadi. Tiba-tiba rasa menyampah.” Aku meluahkan apa yang aku rasa. “Geram pun ada sebab banyak sangat kena tegur.” Aku menambah.
Abang Hafiz hanya tersenyum sewaktu mendengar aku merungut. Aik? Dia ni tidak marah ke aku cakap macam tu?
“Mula-mula Lisa. Memanglah banyak salah. Sekurang-kurangnya Lisa ada usaha juga nak belajar kan?” lembut dia dia bersuara.
“Lisa tahu? Orang yang belajar mengaji ni beruntung tau.”
“Tak faham?”
Aku dengan Abang Hafiz sudah berdiri berhadapan. Tangan dia memegang kepala aku.
“Orang yang mengaji biasa, dia dapat satu pahala je. Pahala membaca Al-Quran. Itupun kalau bacaan dia bertartil.”
Kening aku bertaut.
“Kalau orang yang belajar mengaji ni pula, dapat dua pahala. Pahala membaca dan pahala belajar. Kan untung tu?” Dia tersenyum lagi.
Aku menghela nafas perlahan. Sejuk sikit rasa hati apabila dipujuk begitu. Ah! Pandai ustaz ni mengambil hati ya? Baru aku hendak melangkah keluar bilik, tiba-tiba Abang Hafiz memanggil lagi.
“Apa dia?” tanpa sedar aku membuat muka.
“Apa ni buat muka bila abang panggil?” wajahnya mencuka.
Aku menelan air liur. Wajah kembali dimaniskan. “Sorry.... Ada apa?”
Muka Abang Hafiz kembali normal. “Lisa, nanti bila Abang Ipin sampai, jangan lupa pakai tudung. Ok?” pesannya lembut.
Aku menggaru kepala. “Alaahhh.. selama ni Lisa tak pernah pakai pun kalau dengan sedara-mara ni.” Masa dengan dia pun, mana pernah aku pakai tudung pun kalau dia datang ke rumah.
Abang Hafiz menggeleng. “Sepupu bukannya adik-beradik, sayang.”
Aku menelan air liur. Sayang? Dia sedar tidak apa yang dia cakapkan? Ke dia tidak sedar?
“Kalau sebelum ni tak pernah, mulai hari ini pakai. Ok?”
“Lecehlah pakai tudung dekat dalam rumah. Lagipun, Abang Ipin seorang je pun. Tak boleh ke kalau tak pakai?”
“Jangan tanya abang, Lisa. Susah sangat, tanya Allah. If yes, then do it. If no, then follow it. Faham?” soalnya sambil mengangkat kening.
Hah! Ambil kau, Lisa! Sekali dia balas, terus tidak terjawab dibuatnya! “Iyalah... iyalah!”
Abang Hafiz sengih. “Good girl!”
“Abang?”
Abang Hafiz menoleh.
“Depan abang nak kena pakai juga ke?” sengaja aku ingin menyakat.
Abang Hafiz memandang aku dengan geram. Tidak perlu menunggu dia membuka mulut, aku sudah berlari keluar dari bilik. Nanti entah apa pula yang dia bebelkan dekat aku. Hahaha!
***
“EH! Lisa?” tegur Kak Suraya sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah.
Aku hanya tersengih kemudian tangan dihulur untuk bersalam.
“Eh? Siapa ni?” Abang Ipin pula yang bertanya. Elok sahaja aku mendongak, dia menepuk dahi dia.
“Lah... pengantin baru! Abang ingatkan siapalah tadi.” Dia mengusik.
Muka aku panas. Ceh! Pengantin baru apanya.
“Hah, ini ada lemang sikit. Tadi kami singgah di Alor Gajah. Lisa tolong bawa masuk boleh?” Abang Ipin menghulurkan beg plastik kepada ku dengan lemang yang dibalut dengan kertas. Wah! Dah macam beraya je dah! Walhal, Aidiladha lagi dua hari.
Tanpa banyak soal aku menyambut. Kemudian, aku melangkah ke dapur. Rendang pedas daging aku salin ke dalam mangkuk. Selepas itu, lemang pula aku keluarkan daripada bungkusan surat khabar. Elok aku hendak mencari orang untuk tolong belahkan, Abang Hafiz melangkah masuk ke dapur. Tepat pada masanya!
“Need help?” dia bertanya.
Aku tersengih jahat. “Yup!” Parang aku ambil di belakang almari, dan aku hulurkan kepada dia.
Abang Hafiz nampak terkejut. “Eh? Lisa nak bunuh abang ke?”
Aku termangu sekejap. Mata memandang ke arah parang yang berada di tangan. Isk dia nilah! Sejahat-jahat aku ni, tidak adalah sampai nak bunuh orang! Lagipun aku bagi dengan cara elok ni kan?
“Mana ada! Daripada bunuh abang, baik bunuh nyamuk.” Aku ketawa. Dari mana pula datangnya nyamuk entah.
“Sayang juga Lisa dekat abang eh? Habis tu yang tiba-tiba hulur parang ni kenapa?”
Muka aku panas. “Bluek!” aku menjelirkan lidah.
“Perasan je orang sayang dia. Ni, Abang Ipin beli lemang. Dah kebetulan abang masuk dapur, abang tolong bukakkanlah eh?”
Abang Hafiz pandang je parang yang aku hulur tanpa tanda ingin menyambutnya.
“Tak nak.”
“Apahal pula?”
“Sebab Lisa cakap abang je yang perasan Lisa sayangkan abang?”
Aku ketawa. “Sengal betul lah dia ni. Baik belah cepat. Kalau umi tanya Lisa tak nak bertanggungjawab.” Terus aku keluar dapur sebaik sahaja habis bercakap. Dapat dia tanya soalan pelik-pelik, mana aku nak korek jawapan?
***
“BEST tak kahwin dengan Hafiz, Lisa?”
Terus aku tersedak rendang, bila mendengar soalan Kak Suraya. Sudahlah rendangnya pedas. Rendang orang negori! Nasib baik Abang Hafiz tolong hulurkan air suam.
“Ada tanya soalan macam tu, Kak Su ni pun.”
Abang Hafiz tolong selamatkan aku. Aku tersenyum pada dia yang duduk dekat sebelah. Thank you my ustaz!
Kak Suraya tergelak. “Manalah sangka dia nak tersedak.”
“Lepas SPM ni, Lisa nak sambung mana?” Abang Ipin menukar topik.
Aku diam sekejap. Berfikir. “Hrm... Cita-cita tu nak apply MARA. Lepas tu terbanglah pergi mana-mana. Boleh jalan tempat orang.” Wah! Cita-cita... tinggi melangit!
“Nak ambil kos apa?” tanya engineer yang tidak berapa nak muda itu lagi.
“Mula tu ingat nak ambil Medic. Tapi bila fikir-fikir balik, macam tak layak je nak jadi doktor. Ada mati pesakit dibuatnya.”
Abang Ipin ketawa.
“Jadi ingat nak ambil engineeringlah. Boleh jadi engineer macam abang!” aku mengangkat kening pada dia.
“Oh! Bagus juga tu. Mana tahu dapat KMS ke. Sekali akak yang ajar Lisa nanti.”
Laju aku menggeleng mendengarkan idea dia. “Tak naklah. Akak dengan adik nanti dua-dua jadi cikgu Lisa nanti.”
Kak Suraya hanya ketawa mendengarkan jawapan aku. Bercakap pasal belajar, tiba-tiba aku teringat pada ustaz di sebelah.
“Err... Abang kisah ke kalau Lisa study abroad?” Tiba-tiba terasa ingin bertanya.
“Eh? Pandai minta izin suami rupanya ye?” Sempat dia mengenakan aku.
Aku mengetap gigi. Dia ni lah... teringat kes aku keluar tidak ada izin dialah tu.
“Depends pada keadaan. Tapi ada syaratnya...”
Aku menunggu kata-kata yang bakal keluar.
“A1 for my subject. Tak nak B macam masa trial hari tu.”
Semua dekat meja makan sudah gelakkan aku. Kureng betul! Dah memang-memang kalau hendak ke luar negara kena A1 untuk Agama Islam. Itu berdasarkan apa yang ustaz aku cakap masa kat kelaslah. Tapi... siapa lagi ustaz aku kalau bukan dia!
No comments:
Post a Comment