::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

17 December 2013

E-Novel: Oh, My Prince! 14


Oh My Prince 14
            Abang Hadi meminta aku masak makanan untuk dimakan tengah hari. Sempat dia berpesan kawannya yang bernama Adib tu akan datang sekali. Entah kenapa aku rasa gelabah. Macam ada sonething fishy je. Teringat kata-kata Abang Harith semalam. Perkara yang Abang Hadi kata nak uruskan ni melibatkan masa depan aku? Air muka aku berubah. Jangan cakap...

            “Aduh!” aku terjerit sendiri.
Jari telunjuk kiri dah menjadi mangsa bila fikiran melayang masa potong bawang. Laju aku ke singki. Paip air aku buka dan jari yang terluka sebab terkena pisau aku lalukan bawah air. Aduh, pedihnya! Nak minta tolong orang lain siapkan barang memasak, semua tak ada kat rumah.
            Aku menutup luka dengan handyplast sebelum kembali menyambung kerja-kerja memasak. Tapi hati aku tetap tak tenang. Betul ke apa yang aku fikirkan tadi? Ayah dengan Abang Hadi nak aku kahwin dengan kawan Abang Hadi tu ke? Jangan nak buat kerja gila. Kalau betul apa yang aku fikirkan, mahu aku lari dari rumah malam ni juga.
            Jam menunjukkan pukul dua belas suku tengah hari sewaktu aku siap memasak. Tanpa berlengah, aku mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Dah bau bawang, bau ikan dan segala macam bau yang melekat. Kata Abang Hadi, nak makan tengah hari dalam pukul satu setengah. Jadilah setengah jam bersiap mandi, setengah jam lagi nak hidangkan makanan untuk abang-abang aku tu.
            Aku mengenakan jubah labuh berwarna hitam dipadankan dengan selendang berwarna maroon. Kalau ikutkan, nak je aku pakai t-shirt dan seluar dan tutup kepala dengan tudung instant. Tapi segan pula dengan kawan Abang Hadi yang nak datang nanti. Aku rasa mesti dia stok-stok Abang Hadi juga. Entah-entah belajar dekat kolej Islam juga. Sekali bakal ustaz. Err...
            “Auch!” aku terjerit bila jari telunjuk yang sama tercucuk jarum pin. Tadi masa masak, terkena pisau. Ini nak pakai selendang, terkena jarum. Apalah nasib aku hari ni. Ada saja buat kerja tak kena.
            Abang Hadi pulang daripada madrasah tepat jam satu setengah seperti yang di janjikan. Bukan dia seorang yang ada dalam kereta. Ayah dan tiga lagi abang aku yang lain turut bersama. Tidak lama kemudian, sebuah kereta masuk ke laman rumah dan parkir di sebelah kereta ayah. Berdebar dada aku melihatkan seorang lelaki turun daripada kereta itu. Aku menelan air liur. Betul ke macam yang aku fikirkan tadi? Hairi... apa aku nak buat ni?
            “Assalamualaikum!” Abang Hadi terlebih dulu memberi salam sebelum membuka pintu. Aku yang mengintai mereka daripada tingkap berdiri kaku melihatkan Abang Hadi sudah melangkah masuk. Abang Hadi memandang keseluruh rumah macam mencari seseorang. Apabila dia menoleh ke arah aku, riak wajahnya kembali tenang.
            “Dah siap makan tengah hari?”
            Aku mengangguk.
            “Pergilah dapur. Hidangkan nasi lauk semua. Kami dah solat di madrasah tadi.”
            Mendengarkan arahan Abang Hadi, aku terus melangkah ke ruang makan. Tudung saji yang menutup makanan aku buka. Nasi aku cedokkan ke dalam pinggan. Terasa menggigil tangan sewaktu meletakkan pinggan-pinggan ke atas meja.
            Ayah, abang-abang aku dan lelaki yang aku yakin nama dia Adib sudah masuk ke ruang makan. Aku menggigit bibir. Rasa macam tak mampu lagi berdiri kat sini. Bila melihatkan isyarat Abang Hadi menyuruh aku duduk, aku mengambil tempat di sebelah Abang Harith, berhadapan dengan Abang Hakim. Adib duduk di antara ayah dan Abang Hadi. Makan tengah hari diselitkan dengan perbualan antara ayah, abang-abang aku dan Adib. Tapi kenapa entah aku rasa perbualan tu lebih kepada supaya aku kenal Adib ni.
            Baru aku tahu Adib ni lepasan Universiti Yarmouk, Jordan. Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Usuluddin daripada universiti itu. Bakal menjadi pensyarah di Universiti Awam Alamin bulan depan. Universiti Awam Alamin?! Mendengarkan fakta itu aku terus tersedak. Dah nampak ke mana arah perbualan mereka. Semua yang ada di meja makan memandang aku terkejut.
            “Hani, ok tak?”
Abang Harith menghulurkan gelas berisi sirap ais. Dengan gelojoh aku minum. Tak fikir apa lagi dah. Bila tekak rasa normal, aku terus berhenti makan. Pinggan aku bawa ke dapur dan aku terus berjalan ke bilik meninggalkan mereka yang masih makan di meja makan.
Aku menghenyakkan punggung di atas katil. Tak boleh jadi. Ini gila. Abang Harith kata, perkara yang nak diuruskan melibatkan masa depan aku. Dan Adib pula akan mengajar di universiti aku sana. Apa lagi urusannya kalau tak disatukan aku dengan Adib. Adib? Bakal pensyarah ataupun sama je dengan gelaran ustaz kalau dekat universiti sana. Dan aku nak kahwin dengan dia? Dengan kehidupan aku dekat Amanjaya yang seratus lapan puluh darjah berbeza dengan hidup aku dekat sini? No no no! It will never happen!
Aku mengemaskan beg pakaian yang masih berisi dengan baju-baju aku. By hook or by crook, aku kena tinggalkan rumah ni seorang diri sebelum aku tinggalkan dengan suami. Perasaan marah aku dengan ayah dan Abang Hadi terasa meluap-luap. Kalau rasa tak boleh nak jaga aku seorang, buang je aku terus daripada hidup dia orang. Kenapa mesti nak aturkan hidup aku begitu begini?
***
            “Hani...”
Abang Hadi memanggil aku sewaktu aku sedang melipat baju-baju yang baru diangkat daripada ampaian. Tengah hari tadi, selepas menjamu selera, mereka kembali ke kolej dan madrasah. Aku keluar dari bilik hanya selepas mereka semua keluar. Naik gila rasanya memikirkan macam-macam kemungkinan.
Aku mengambil tempat di sebelah Abang Hadi. Ayah duduk di depan kami dengan mulut berkunci. Macam inilah selalunya. Abang Hadi lagi banyak bercakap dengan aku berbanding ayah.
“Tadi tengah hari tadi, kawan Abang Hadi. Adib.” Abang Hadi memulakan intro. “Umur dia tak jauh beza dengan Abang Hadi. Tua dia dua tahun,” sambung Abang Hadi lagi. “Sebenarnya dia datang tengah hari tadi bawa hajat, Hani.”
Aku menelan air liur. Perkara yang aku jangka akhirnya berlaku juga. Aku dah rasa gelisah. Macam mana reaksi yang patut aku tunjukkan? Marah? Diam? Memberontak?
“Dia berhajat nak jadikan Hani yang halal buat dia. Jadi, ayah dengan Abang Hadi dah setuju untuk...”
“Hani tak setuju!” bantahku keras. Aku membalas renungan Abang Hadi dengan berani.
“Hani tak setuju kalau nak kahwinkan Hani dengan Adib. Hani tak habis belajar lagi.”
“Dia akan mengajar di universiti Hani juga. Apa salahnya kalau Hani kahwin dengan dia? Sekurang-kurangnya ada orang yang boleh jaga Hani.”
“Tak. Hani tak nak. Selama dua tahun ni Hani dekat sana, tak ada sesiapa pun yang kisah? Kenapa? Ayah dah tak sanggup sangat nak jaga Hani sampai nak kahwinkan Hani? Macam tu?” aku memandang ayah geram.
Ayah menggeleng perlahan. “Bukan macam tu, Hani. Dah menjadi tanggungjawab ayah carikan jodoh yang baik-baik buat anak perempuan ayah. Ayah tengok Adib tu baik budaknya. Agamanya pun bagus. Masa depan pun ada.”
“Tanggungjawab?” Aku tersenyum sinis.
“Selama dua puluh satu tahun Hani hidup, ayah tak pernah laksanakan tanggungjawab ayah pada Hani. Tiba-tiba baru sekarang ayah nak bertanggungjawab? Bertanggungjawab dengan lepaskan tanggungjawab ayah pada lelaki lain? Macam tu?” sindirku.
“Hani!” Abang Hadi sudah berdiri di depan aku. Suaranya keras memberi amaran.
“Kalau ayah rasa nak jalankan tanggungjawab ayah, senang je. Jadi ayah untuk Hani. Bukan layan Hani macam Hani ni bukan anak ayah.”
Abang-abang aku yang lain keluar dari bilik mendengarkan suara kami bertingkah. Aku sudah bangun meninggalkan ayah dan Abang Hadi. Hati terasa puas lepas luahkan apa yang aku rasa. Tapi kenapa dalam rasa puas tu ada rasa sakit dalam dada? Kenapa dalam aku melepaskan geram, ada rasa bersalah dengan kata-kata aku? Aku terduduk di tepi katil. Kenapa ayah susah nak faham diri aku?
Aku memandang jam loceng di atas meja cermin. Dah pukul sembilan malam. Rasanya bas terakhir ke Amanjaya pukul dua belas tengah malam. Masih sempat kalau aku nak keluar malam ni juga. Tapi, nak minta tolong siapa hantarkan ke stesyen bas Tanjung Besar? Teringatkan aku masih ada tiga orang abang, aku mencapai telefon di atas katil. Nombor Abang Harith aku cari. Harap dia boleh tolong aku sekali ni saja.
“Hani nak pergi mana?” garang Abang Hadi bertanya sewaktu aku keluar siap berjubah dan bertudung litup. Beg baju yang aku pegang, aku letakkan ke lantai.
“Hani nak balik Amanjaya. Kalau ada apa-apa, Abang Hadi tahu macam mana nak call Hani.”
“Balik Amanjaya?!” suara Abang Hadi meninggi. “Baru cuti, baru balik sini dah nak balik sana? Eh? Apa yang Hani fikir ni?”
“Hani nak balik sana. Sama je duduk sana dengan duduk sini. Tak ada siapa yang kisah pasal Hani kan? Sudahlah Abang Hadi. Hani penat. Kalau Abang Hadi suruh Hani balik sini semata-mata nak suruh Hani kahwin dengan Adib, Hani tak nak. Sampai mati pun Hani tak setuju.”
“Hani, jangan jadi kurang ajar. Abang Hadi nak Hani masuk bilik, bawa sekali beg Hani. Pergi tukar baju, pergi tidur. Jangan nak buat kerja gila balik tengah-tengah malam macam ni!”
Aku tersenyum sinis. “Kalau Hani kurang ajar pun, sebab ayah tak pernah ajar Hani. Daripada Hani kecik sampai Hani besar ayah suruh orang lain yang ajar, yang jaga.”
“Hani!” serentak dengan nama aku dipanggil, penampar sulung Abang Hadi melayang ke pipi aku. Aku tersentak. Cepat-cepat aku menggigit bibir, memberi amaran pada diri untuk tak menangis.
“Hadi... Hani...” terdengar suara ayah memanggil nama kami berdua. Aku tak mengendahkan panggilan ayah.
“Itu je cara Abang Hadi boleh buat untuk ajar Hani? Sudahlah. Tak cukup dengan satu penampar untuk ajar apa yang ayah tak ajar selama dua puluh satu tahun ni. Hani balik dulu, Abang Hadi. Hani balik dulu, ayah.”
Aku terus melangkah keluar daripada rumah. Seisi rumah terdiam melihatkan apa yang berlaku. Abang Harith turut sama keluar sewaktu aku sedang menyarungkan kasut.
“Tak boleh ke tunggu esok Hani? Dah malam sangat ni? Tiket pun belum tentu ada lagi...” Abang Harith cuba memujuk. Aku mengeraskan hati. Kalau Abang Hadi tak tampar aku tadi, mungkin aku boleh pertimbangkan. Tapi...
“Makin lama Hani duduk sini, makin Hani sakit hati. Tak apalah Abang Harith, kalau abang tak boleh tolong hantarkan, Hani cari teksi.”
“Jangan! Tunggu sekejap Abang Harith ambil kunci kereta.”
Abang Harith sudah masuk ke dalam rumah. Aku mengeluh. Tangan memegang pipi yang masih terasa kebas. Makin tawar hati aku untuk balik ke sini. Biarlah. Aku janji dengan diri sendiri, aku tak nak balik ke sini lagi.

8 comments:

Unknown said...

Hmmm...sedihnye,...

Basyirah Abd Rahman said...

I just miss my prince..

eija said...

fuhyoo cian kt hani.. seksanya bila idup tnpa kasih syg kuargaa.. hani sruh lah putera dtg ambik ambk..

Anonymous said...

egolah hani ni.. ohoii

Unknown said...

SIAN HANI....

Unknown said...

Btl kata hani ni,21 thn ayah dia bg org lain ajar,bila kurang ajar bru nk marah

Anonymous said...

Seram sejuk bila abang dia cakap "dia berhajat nak jadikan Hani yang halal buat dia." Bukannya apa tapi macam mendadakkan, Hani/Adele pun mestilah terperanjat. Memang betul dia kurang ajar tapi Ayah dengan abang2 dia pun kena tahu juga perasaan dia. Thanks for the update. Teruskan menulis, suka sangat dengan cerita ni. Unik =)

Anonymous said...

kesian hani.. kenapa la abang dia ni cepat marah.