::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

18 December 2013

E-Novel: Oh My Prince! 15


Oh My Prince 15
            Aku berlari sekitar Tasik Nona bagi meredakan perasaan. Masuk pusingan ni, sudah dua pusingan aku berlari mengelilingi tasik. Penat berlari, aku berjalan perlahan sebelum berlari lagi. Buat masa sekarang, jogging saja yang boleh aku fikir untuk tenangkan fikiran. Nak keluar dengan Hairi, dia pun tak ada dekat Alamin. Hari tu kata at least dua hari sekali nak telefon. Tapi dah masuk hari keempat cuti, mesej pun tak ada.

            Hampir setengah pusingan untuk masuk pusingan ke tiga, kaki aku mula terasa letih. Aku berjalan perlahan-lahan sebelum merebahkan badan di atas rumput. Ipod yang terpasang aku matikan, earphone aku tanggalkan dan sunglass yang aku pakai, aku tarikkan ke atas kepala. Mata memerhatikan langit terang berwarna biru. Bila mata terasa penat, aku memejamkan mata. Telinga masih dapat menangkap suara kanak-kanak yang riang bermain di playground.
            “Are you okay, Adlina?”
            Mata aku terbuka tatkala mendengarkan suara Putera Danial menyapa telinga. Aku bingkas duduk. Putera Danial sudah mengambil tempat di sebelah aku. Seperti hari tu, hoodie, topi dan cermin mata dikenakan untuk tidak dikenali orang.
            “Baru empat hari cuti, kamu sudah berada di sini? Sekejapnya kamu pulang ke kampung?”
            “I don’t want to talk about it.”
            “Nampak macam tak bagus,” sempat lagi dia memberikan komen. Aku menurunkan kembali sunglass ke pangkal hidung. Rambut yang terasa serabut aku kemaskan kembali ikatan dia.
            “Tuanku buat apa dekat sini?”
            “Jogging. Tapi kami lebih tertarik melihat kamu yang jogging tak berhenti sejak tadi. Kami di sebelah pun kamu tak sedar.”
            “Oh ya?” soalku sekali lalu sebelum kembali merebahkan badan ke atas rumput. Tanda tidak mahu meneruskan perbualan dengan tuan putera. Tapi lain yang aku harapkan lain yang terjadi. Putera Danial tiba-tiba sama berbaring di sebelah aku. Tangannya digawangkan ke udara.
            “Cuba tengok awan tu, macam bentuk arnab, kan?”
            Aku melihat ke arah yang dia tunjukkan.
            “Yang itu telinga dia, yang bulat comel tu ekor dia.”
            Aku sedikit tersenyum dengan imaginasi dia. Kelakar. Macam budak-budak pun ada. Ada juga masa tuan putera ni melayan benda-benda macam ni, ya?
            “Yang itu pula. Bentuk dia macam... hrm...” Dia diam sekejap, berfikir
            “Macam bentuk dolphin,” kata aku perlahan.
            Yes! Macam dolphin tengah melompat keluar daripada air.”
            Aku masih tersenyum. Banyak pula bentuk awan yang menarik. Selama ni aku tak pernah kisah dengan alam sekitar ni. Mata aku tercantap pada satu bentuk yang betul-betul menarik minat aku. Aku menjeling ke arah Putera Danial yang berada di sebelah. Dia tengah tengok ke tak awan yang aku tengah tengok sekarang?
            “Love.”
            Aku menutup mulut rapat-rapat. Tak mahu dia tahu aku pun tengah tengok awan yang sama dengan yang dia tengok. Awan yang mirip bentuk hati. Cantik. Kalau dengan Hairi mahu aku ajak dia bergambar berdua berlatarbelakangkan awan tu.
            “Tuanku.”
Suara seorang lelaki yang tiba-tiba muncul mematikan khayalan aku. Aku dan Putera Danial sama-sama bangun daripada pembaringan. Kami menoleh ke arah Joe, salah seorang pengawal peribadi Putera Danial.
            “Ini dia barang yang Tuanku pesan tadi.”
            Joe menghulurkan sebuah beg kertas kepada Putera Danial. Aku di sebelah hanya menjadi pemerhati. Putera Danial mengambil beg kertas itu dan tangannya menyeluk ke dalam. Kemudian, sepapan besar coklat, sebungkus aiskrim dan seplastik kecil chocolate chips cookies dikeluarkan dan dihulurkan ke arah aku. Dahi aku dah berkerut melihatkan tindakannya.
“Kami minta Joe belikan tadi. Coklat dengan aiskrim membantu mengurangkan stres.”
            Ketawa aku mendengarkan kata-kata Putera Danial. Makanan yang dia hulurkan aku sambut juga.
            “Dan kami tak sangka kami pun boleh membantu kamu mengurangkan stres,” ucap Putera Danial dengan senyuman.
            Ketawa aku mati. Amboi! Macamlah aku ketawa sebab dia. Tapi bukan sebab dia ke kau boleh tersenyum dan ketawa hari ni? Aku membuka aiskrim kon yang dibelanja Putera Danial. Tanpa mempelawa dia, aku menikmati aiskrim perisa strawberi seorang diri. Mentang-mentang dia suka strawberi, dengan aku-aku kena makan apa yang dia suka.
            Thanks, Your Highness.” Kataku ringkas. Putera Danial sekadar memerhatikan tingkah aku tanpa sebarang kata. Matanya tajam merenung aku yang sedang makan. Selepas makan aiskrim, aku buka pula biskut coklat cip yang dia belikan. Sedap! Aku tersenyum sendiri.
            “Jadi apa rancangan kamu sepanjang cuti ni?”
            Aku terhenti daripada mengunyah biskut. Soalan Putera Danial sedikit sebanyak menganggu mood aku yang baru nak elok. Aku mengeluh.
            “It’s okay if you don’t want to talk about it,” laju dia memotong sebelum aku menjawab.
            Aku menghabiskan biskut yang berada di pegangan. Kemudian, aku berdiri. Tangan membersihkan rumput dan tanah yang melekat di seluar, baju dan rambut.
“Saya nak balik dululah, tuanku. Terima kasih untuk ini, ini dan ini.” Aku menunjukkan satu persatu makanan yang dia belikan tadi. Termasuklah kertas pembalut aiskrim yang bakal dibuang sekejap lagi.
“Tunggu dulu Adlina. Kita balik sekali.”
Aku hanya melemparkan senyuman kepada Putera Danial. Kepala aku gelengkan perlahan. “Cukuplah. Hari tu balik dari salon pun tuanku hantar. Balik dari tasik hari tu pun tuanku hantar. Kalau Hairi tahu, marah dia nanti.”
“Kenapa kamu mesti risaukan dia marah?”
“Jangan ditanya soalan yang tuanku dan tahu jawapannya...” kataku sebelum berjalan meninggalkan Putera Danial yang masih duduk di atas rumput. Sempat aku mengangkat tangan ke arah Joe yang sedang berdiri-diri tidak jauh dari tempat kami berbaring tadi.
Aku menghela nafas perlahan. Siapa sangka dulu aku berlari menjauhi tuan putera tu, sekarang aku boleh duduk berbual dan terima segala pemberian dia? Aku memandang coklat dan biskut di tangan. Salah ke apa yang aku buat sekarang? Kalau tak salah kenapa aku mesti takut kalau Hairi tahu semua ni? Tapi, bukan aku yang minta kan? Putera tu yang bagi. Heh, rasa macam perempuan murah pula terima segala macam pemberian orang. Nak kata Putera Danial tu kawan aku, aku sendiri menidakkan.
Aku berjalan perlahan-lahan untuk menuju ke stesyen MRT Pearl. Ipod yang mati aku hidupkan dan lagu-lagu Jasmine kembali berdendang di telinga. Jari jemari aku tanpa sedar membuka bungkusan coklat pemberian tuan putera. Coklat itu aku patahkan dan masukkan ke dalam mulut. Kemanisan coklat sedikit sebanyak membuatkan aku tersenyum.Hrm... betul kata Putera Danial, coklat membantu mengurangkan stres. Dan dia pun membantu jugalah. Kalau tak kerana dia, tak adanya aku dapat hilangkan stres dengan coklat ni. Aku tersenyum sendiri.
---
Ps: Saya update cepat sebab entry ni pendek sangat. Eheh. Insya Allah next update hari Jumaat. Terima kasih semua. ^_^

6 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Love is in the air! :) ahaha.. suka2.. Thanks. Tuan putera ku tiba juga akhirnya. (^__^)

eija said...

ambooii putera mcm berjodoh plk..asyik bertembung ngn adlin jer..hairi nape dia xcll lgsg..

Unknown said...

BEST.

Aziela said...

Adelle...bukalah hati... Cepatlah cerita masalah kat kampung tu. Soh prince masuk minang cecepat. Eh, Hairi dah lama x contact yer? So not like him... Hmmm...kerrrr...dah ada awek lain?

Azizah Abdullah 396 said...

best2..... saya sentiasa tunggu kedatangan tinta penulis...

Anonymous said...

best2.. sambung lg