::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

30 December 2013

E-novel: Oh, My Prince! 20



Oh My Prince 20
            Aku melangkah longlai ke bahagian arrival dengan seribu satu perasaan. Mujurlah bahagian arrival dengan departure dekat tempat yang berbeza. Tak perlulah aku memalukan diri depan Putera Danial lagi. Aku duduk di sebuah kerusi yang disediakan di tempat menunggu. Tadi tengok dekat schedule, penerbangan mereka dijangka tiba jam tujuh setengah. Ada lagi setengah jam nak menunggu.

            Aku mengeluarkan kembali novel yang tadi disimpan di dalam beg. Bahagian yang aku tanda buka dan fikiran cuba untuk fokus membaca ayat-ayat yang tertera. Entah kenapa, fokus itu tak mahu juga datang. Fikiran aku dah di penuhi dengan wajah Putera Danial yang dingin, sejuk beku tadi. Argh! Kenapa mesti aku teringat dekat dia ni?
            Tak berjaya membaca, aku mengeluarkan telefon pula. Jari jemari laju berlari di atas skrin. Nama Putera Danial terpampang. Patut tak aku mesej dia? Mesej tanya apa khabar buat-buat macam tak nampak dia tadi, tak jadi masalah kan? Tapi Adele, kau tu kawan dia ke nak tanya khabar tiba-tiba? Lepas tu, kalau sebenarnya tadi dia nampak kau tapi dia saja buat tak layan, lagilah kau malu.
Akhirnya aku menyimpan kembali telefon bimbit. Nafas dihela perlahan. Kenapa mesti perihal Putera Danial yang aku fikirkan? Dia bukannya siapa-siapa pada aku. Tapi bila disebabkan selalu kena ‘kacau’, sedikit sebanyak diri dia dah bagi kesan pada diri aku. Aku mengeluh sebelum menyandarkan badan ke tempat bersandar. Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu.Teringatkan sesuatu, dahi aku mula berkerut. Bukan Putera Danial pernah cakap,
“Kami akan buat sehingga kamu terima kami.”
Heh! Jangan cakap semua ni salah satu cara dia nak buat aku terima dia? Ikut aku mana pergi, spend masa dengan aku, ambil berat tentang aku dan sekarang ignore  aku macam tadi tu semua taktik dia untuk buat hati aku berubah kepada dia? Kalau betul... aku menggeleng perlahan. Dia berjaya sebenarnya. Tapi, tak apa. Aku dah nampak permainan dia macam mana. Aku tersenyum sendiri.
***
Aku bangun dan berjalan untuk melihat schedule bila jam sudah pukul tujuh setengah. Melihatkan pesawat Hairi sudah mendarat, aku berjalan pula ke arah pintu keluar mereka nanti. Kemudian, aku mengeluarkan sekeping kertas dari dalam beg. Kertas putih tertulis nama Hairi aku tayangkan di depan aku.
Hampir lima belas minit juga aku menunggu barulah aku ternampak kelibat Hairi diikuti Auntie Mai, Uncle Zaman dan Acha. Hairi sudah melambai-lambai ke arah aku dengan senyuman lebar. Bila mereka keluar daripada pintu, terus aku mendapatkan Auntie Mai dan Uncle Zaman untuk bersalam.
“Adele sihat ke? Susah-susah je datang sini jemput kami...” Auntie Mai sudah menggosok-gosok bahu aku. Wajahnya manis dengan senyuman.
“Sihat je auntie. Tak apa, bukan selalu pun...”
“Hrm... terpaksalah biasakan diri nak melayan kerenah Hairi, ya? Nanti dah kahwin nanti senang,” usik Auntie Mai. Aku dah segan sendiri jadinya.
“Ma, kalau dah kahwin nanti, tak payah jemput abang lagi, ma. Mana pergi abang bawa dia.”
Hairi memeluk bahu aku. Aku memandang Hairi dengan dahi berkerut. Kemudian aku menggelengkan kepala sedikit. Segan dengan Auntie Mai dan Uncle Zaman, aku menurunkan tangannya perlahan-lahan. Hairi hanya ketawa.
“Kita pergi dinner dulu ya, lepas tu baru hantar Adele balik.” Tiba-tiba Uncle Zaman bersuara. Aku sudah serba salah. Sudahlah dia orang baru balik berjalan jauh, tak pasal-pasal kena hantar aku balik.
“Tak menyusahkan ke, uncle?”
“Apa pula menyusahkan. Hairi ni hah yang menyusahkan Adele suruh datang ke sini. Rindu katanya...”
“Ayah...” tegur Hairi. Tangan dia menggosok kepala mengawal rasa malu.
“Ayah, mama... Abang pergi ambil kereta dulu. Acha teman ayah dengan mama. Adele, jom!” sebaik saja berkata begitu, Hairi mencapai tangan aku untuk mengikut dia. Tanpa bantahan, aku menurut. Kami menuruni eskalator untuk ke bawah, dan kemudian berjalan menghala ke pintu keluar, ke tempat parking kereta.
“Malu aku dengan mama dan ayah kau,” luahku.
“Nak malu apa? Kan dah jumpa hari tu?” dahi Hairi sudah berkerut.
“Hrm... memanglah. Tapi janganlah nak tunjukkan mesra sangat. Seganlah aku!” kataku merujuk kepada peristiwa tadi. Hairi hanya ketawa.
“Ye... baiklah tuan puteri! By the way, Adele...” Hairi tiba-tiba berhenti di pertengahan jalan. Dia menyeluk kocek beg sandangnya dan mengeluarkan sesuatu. Aku memandang dia dengan seribu persoalan.
“Ini ada hadiah untuk kau.” Hairi menghulurkan sebuah kotak kecil berwarna hitam kepada aku. Terkejut dengan pemberiannya kotak itu aku buka. Mata aku mengecil memandang seutas rantai dengan loket berbentuk puzzle. Pelik rasanya, tapi aku tetap menghargai pemberian dia.
Thanks, Hairi.” Aku menyimpan kembali rantai itu ke dalam kotak dan aku masukkan kotak itu di dalam beg aku. Kami meneruskan perjalanan kami untuk ke kereta.
Hairi mengangguk. “Sebenarnya rantai tu ada pasangan dia.
“Hah... tu la aku rasa pelik! Mesti couple necklace ni. Cute. Thank you, sayang. Yang lagi satu, mana?”
“Ada pada aku. Takkan aku nak pakai pula kan?” Hairi tersengih. “Nanti pakailah. Masa terpandang rantai ni, terus teringatkan kau.”
Aku mengangguk. Dia dekat sana pun dia teringatkan aku. Aku dekat sini? Habiskan masa dengan Putera Danial lepas tu fikiran pun penuh dengan Putera Danial. Waaa... bersalahnya aku. Sorry Hairi!
“Huh? Apa dia?”
Aku terpinga-pinga. “Apa dia, apa?”
“Macam kau ada cakap sesuatu tadi.”
Aku menggigit bibir. Dahsyat. Rasanya aku bercakap dalam hati je tadi. “Tak adalah. Kau salah dengar agaknya.”
“Hrm...”
Kami tiba juga di tempat parking kenderaan. Terasa jauh pula berjalan. Bila tiba di kereta keluarga Hairi, Hairi mengeluarkan kunci untuk membuka pintu kereta. Kami terus masuk dan Hairi memandu perlahan-lahan menuju ke jalan keluar dan seterusnya mengambil Auntie Mai, Uncle Zaman dan Acha.
Uncle Zaman memilih sebuah restoran makanan laut yang terdekat dengan Pangsapuri Seri Indah, tempat tinggal aku. Tiba di restoran, aku dan Hairi yang diminta untuk membuat pesanan dan memilih ikan. Dalam malu-malu, aku ikutkan juga kehendak Auntie Mai. Orang dah buat baik dengan kita, takkanlah kita nak buat perangai pula. Bersyukurnya rasa bila Auntie Mai boleh dijadikan kawan. Macam manalah penerimaan ayah dengan abang-abang aku kalau aku kenalkan Hairi dekat dia orang? Risau pula tiba-tiba.
“Kenapa muram je, Adele? Ada masalah?” tegur Uncle Zaman. Aku yang tengah berfikir benda lain tersentak. Sebuah senyuman aku hadiahkan kepada Uncle Zaman.
“Adele ok je, uncle. Tengah fikir benda lain tadi.”
“Fikirkan apa? Adele cuti-cuti ni, duduk di Amanjaya je ke? Tak balik ke kampung?” soal Auntie Mai tiba-tiba. Aku mula gelabah bila soal kampung diutarakan.
“Balik sekejap je hari tu.”
“Iya? Apa khabar orang tua Adele?”
“Sihat je. Biasalah sihat orang tua...”
“Oh... mama dengan ayah Adele kerja apa?”
Sekarang aku rasa semua mata sudah memerhatikan aku. Berminat ingin mendengar latar belakang aku agaknya. Acha pun tak terkecuali walaupun dia selalu tak ambil endah dengan aku. Aku menelan air liur. Melihatkan wajah Hairi dah cukup menunjukkan dia berminat untuk tahu lebih lanjut.
“Err... ayah mengajar. Dia cikgu.” Aku terhenti seketika. Aku tak menipu kan? Ayah mengajar di madrasah. “Mama pula dah meninggal masa lahirkan saya.”
Wajah Auntie Mai berubah menunjukkan rasa simpati. Tangan aku dipegang dan digenggam lembut.
Sorry, auntie tak tahu...” katanya perlahan. Aku hanya tersenyum tanda tidak apa-apa.
“Tak apa. Auntie ni pun dah macam mama Adele juga. Kalau ada apa-apa masalah, jumpa auntie. Cerita pada auntie. Auntie sedia untuk mendengar. Kalau Hairi buat hal pun, cakap dengan auntie. Biar auntie basuh sikit  kepala dia.”
Kata-kata Auntie Mai disambut dengan ketawa di meja makan. Hati aku secara tak langsung sedikit tersentuh dengan kelembutan Auntie Mai. Watak arwah mak agaknya macam Auntie Mai ke? Boleh berbual dan berkongsi masalah aku? Ada sesi girl’s talk dari hati ke hati? Kalaulah arwah mak masih hidup, pastinya hidup aku akan jauh berbeza dengan sekarang.
Sambil makan, aku memandang kemesraan yang berlangsung di antara keluarga Hairi. Acha yang banyak mendiamkan diri bila bersama aku, nampak manja sekali bila dengan Hairi dan ibu bapa mereka. Aku tersenyum. Dapatkah aku menumpang kemesraan keluarga ni satu hari nanti?
xxx
Terima kasih anda-anda semua. *big hug*
Insya Allah next entry hari rabu ok?
ps:
#1 awal sangat nak suruh Danial pinang Adele. Relax dulu , hihi. Macam  mana kalau tiba-tiba Hairi pinang dulu? Kekeke
#2 nak dengan Adib? Erk! Nanti jadi suami aku ustaz versi Adele pulak. Kekeke... (^_^)v

5 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Adele mesti kuat! Tp kali ni xde surprise dr Putera Danial plak. Selalu tuan putera ni bg kejutan tetiba. Haha. Adele rindu la tu. :P

Anyway, thank you sbb update best2. Semangat masuk kerja baca cerita ni dulu! Makin advance. Yup, it still early for the prince to propose Adele. Takpe. Slowly :)

Anonymous said...

menarik.. agaknya siapa pilihan adele yea??? ermm..., nk putera danial..

eifa said...

nape dengan putera Danial? nak putera Danial sama Adele. Hairi simpan dlm peti. kakakakaka

Anonymous said...

nape putera danial buat cam tu kt adele..sian adele...klau boleh nk adele dgn putera danial..harap sgt..he3,,(*-*)

Anonymous said...

sambung lg..inak thu lbih lnjut lg,,,pasal putera danial...k