::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

09 January 2011

Suami Aku Ustaz?! 10

Pagi-pagi Subuh lagi, aku dah kena kejut dengan Abang Hafiz. Nak Subuh berjemaah. Bukan berdua, tapi berlima. Eh, campur aku ber-enam lah jadinya. Lepas solat Subuh, tiba-tiba Abang Hafiz panggil aku masuk bilik masa aku tengah curik rendang yang Umi masak semalam dekat dapur. Sedap pulak aku rasa masa tengah masak malam tadi. Bila masuk bilik, aku ingat Abang Hafiz nak bagi duit raya. Rupa-rupanya...

“Ada call,” kata dia.

Hancur harapan aku nak tambah duit poket. Tapi tak apa, kita tengok raya puasa nanti, dia bagi ke tak. Abang Hafiz menghulurkan handset ke arah aku. Tak berbunyi pun? Dia dah angkat ke? Handset bertukar tangan. Aku tengok skrin hendset. 1 missed call. Wah! Bagus betul ustaz ni tak tolong angkatkan! Ceh! Aku kutuk dia dalam hati.

Tengok je nama pemanggil, muka aku berubah. Ok, sekarang aku sangat bersyukur gila sebab dia tak angkat tadi. Baru aku nak menghendap dia dari hujung mata, handset berbunyi. Laju aku keluar bilik. Tak naklah jawab call depan ustaz ni. Pintu dapur aku bukak, lepas tu aku lepak dekat belakang rumah.

“Assalamualaikum. Hah, kau! Ada apa?” terus aku bertanya pemanggil lepas dia menjawab salam aku.
“Dahlah angkat lambat. Lepas tu terus terjah je. Anak dara siapalah ni?” Joe dekat sana dah bising.
Aku gelak je dengar dia membebel. “Yelah, sayang, intan payung. Kanda call adinda pagi-pagi ni ada apa? Orang sembahyang raya pun belum tahu?” aku dah bising. Apa taknya, baru pukul 7 pagi dia dah call. Tahulah dah 3 hari tak jumpa.
Joe gelak besar dengar ayat yang keluar dari mulut aku. “Kau beraya kat mana? Sorang je ke?” Dia bertanya bila ketawa dia dah ok.
Wah! Concern jugak mamat ni dekat aku. Aku senyum melebar. “Taklah. Aku balik rumah Mak Long akulah. Kan dekat je?”
“Oh...” Itu je jawapan dia.
“Kenapa tiba-tiba tanya? Kau rindu aku eh?” sengaja aku menyakat.
Joe gelak. “Ha’ah. Rindu gila wa cakap lu!”
Aku sengih je. Ada je budak ni melawaklah.
“Aku ingatkan kau beraya sorang. Baru ingat nak ajak datang rumah aku beraya,” dia berkata bila aku diam je tadi.
“Ohh! Terharunya! Ada jugak orang ingat dekat aku, anak perantauan ni eh?”
Joe gelak je. “Ada-ada jelah kau ni, Lisa. Kat sana ada siapa je?”
“Kat mana?” Aku terblur sekejap.
“Kat rumah Mak Long kau tu lah! Isk budak ni... taulah rindukan aku, tak payahlah blur sangat bila dapat cakap dengan aku.” Sempat dia mengutuk aku. Lepas tu Joe gelak.
Aku mencebik. Bila masa entah aku rindu dia entah! “Perasanlah kau. Lain kali cakaplah terang-terang.”
“Kat sini mak ayah aku jelah yang tak ada. Mak mentua dengan pak mentua, ipar duai semua ada!” jawabku spontan.

Joe ketawa. Mesti dia ingat aku buat lawak. Aku tepuk dahi sendiri bila tersedar aku terlepas cakap. Nasib baik jugaklah dia tak fikir apa-apa. Aku pun entah kena sampuk apa entah tiba-tiba terkeluar ayat tu. Ni mesti Ustaz Hafiz ada baca doa apa-apa masa bagi aku handset ni. Hahaha! Lepas habis call, aku bangun balik nak masuk rumah. Baru aku nak pusing tombol pintu, Umi terlebih dahulu bukak daripada dalam.

“Umi ingatkan siapalah tadi duduk bersembang dekat belakang rumah,” dia bersuara bila ternampak muka aku.
“Siapa yang call pagi-pagi raya ni?” Umi bertanya.
“Kawan Lisa, Umi...” Aku menggaru pipi yang tiba-tiba terasa gatal. Kena gigit nyamuk agaknya tadi.
“Lelaki?” tanya Umi lagi. Macam tahu-tahu pulak aku bercakap dengan lelaki.
Aku mengangguk. Tapi dalam hati rasa tak sedap. Kenapa Umi tengok aku semacam je ni?
“Mesra betul berbual?”
Soalan Umi buat aku rasa macam kena hempap dengan batu bata dari atas. “Err, kitorang memang rapat.” Aku menjawab. Tapi tergagap sikit. Aduh!
Umi diam je tak cakap apa. Lepas tu aku mintak diri masuk ke dalam bilik. Duh! Nafas aku tarik dalam-dalam. Pandangan Umi menakutkan!

Masuk bilik, Abang Hafiz pulak yang tengok semacam. “Siapa call?”
Dia orang kedua yang bertanya selepas Umi. Tapi aku rasa dia tahu siapa. Kan dia sendiri yang bagi aku handset masa aku dekat luar.
“Anak orang.” Malas je aku nak menjawab soalan yang dia dah tahu jawapan.
Abang Hafiz diam. Dia pandang aku sekejap lepas tu dia pandang ke tempat lain.
“Perlu ke sampai angkat call dekat luar bilik? Kenapa? Takut sangat dengan abang?” Cara Abang Hafiz bertanya, ala-ala orang terasa hati je dengan aku.
“Kenapa pulak tiba-tiba ni?” Peliklah aku dengan dia ni.
“Tadi tu Johan kan?”
Aku mengangguk.
“Ada apa pagi-pagi lagi dah call?”
Aku tersengih. Kenapa aku rasa ustaz ni tiba-tiba macam cemburu? “Dia ajak beraya dekat rumah dia. Dia ingat Lisa seorang je.” Aku bercerita.
“Habis? Tak cakap Lisa beraya sini?”
“Eh, Lisa cakap. Siap cakap lagi Lisa beraya dengan mak mentua.”
Abang Hafiz pandang aku tak percaya. “Dia dah tahu? Pasal kita?”
Aku tergelak. “Of course not!”
Muka dia berubah balik.
“Dia ingat Lisa melawak. Siap gelak-gelak lagi.”
“Siapa Johan pada Lisa?”
“Apa jenis soalan tu?” Aku tarik nafas.
Abang Hafiz menggeleng. “Budak zaman sekarang, bukannya boleh percaya sangat!” tuduhnya.
Geram aku dengar ayat yang keluar daripada mulut ustaz ni. “Heh, macam mak ayah tak percayakan Lisa, kan? Sebab tu kena kahwin dengan abang!” aku dah mula nak marah. Benda kecik pun boleh jadi hal besar. Abang Hafiz aku jeling.
Abang Hafiz pandang aku macam nak telan. Tiba-tiba rasa bersalah.
“Sorry.” Lepas cakap, aku terus keluar bilik. Lemas!

***

Lepas Solat Sunat Aidiladha dekat surau kawasan kampung ni, kami bersalam-salam memohon maaf. Bukan hari raya puasa je yang bersalam pagi raya dekat rumah ni, raya Haji pun sama. Tapi aku tengok taklah sedramatik kalau bersalam masa hari raya puasa. Hari raya Aidiladha dekat sini pun, tak adalah semeriah mana. Adalah juadah special sikit nak membezakan hari biasa dengan hari kebesaran ni.

Aku pernah dengar orang cakap, raya Haji dekat pantai timur lagi meriah. Macam raya puasa kita. Hrm... dulu teringin jugak nak merasa meriahnya beraya dekat sana. Tapi sekarang tak dapatlah aku nak merasa sebab dah terkahwin dengan ustaz ni.

“Senaraikan dosa Lisa pada Abang. Kalau tak, abang tak nak maafkan.”
Haaah....? Ternganga aku dengar arahan dia. Aku buat muka. Tolonglah. Tolonglah faham ini bukan dekat rumah kita.
“Kata, dosa yang sebelum ni abang dah maafkan?” aku bertanya. Tangan masih tak lepas lagi ni.
Abang Hafiz angkat kening dekat aku.
“Hari ni tak ada ke?” sengaja dia nak provok aku.
Aku sengih geram. Kes pagi tadi tak selesai lagi ke? Ok, silap aku yang terus je keluar bilik. Pergi surau pun Abang Hafiz langsung tak tegur aku.
“Apa pun dosa Lisa, Lisa mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.” Kalut aku bersuara. Akhirnya itu yang terkeluar daripada mulut aku.
Abang Hafiz tergelak tengok muka aku. “Iyalah, abang maafkan.”
Tangan aku dilepaskan. Ceh! Sengajalah tadi tu mengenakan aku. Mood dia dah ok agaknya. Nasib baik dia tak buat hal kat sini macam masa dekat kelas hari tu. Tapi, pagi tadi dia memang terasa hati betul ke dengan aku?

***

“Walid?”
Walid mengalih pandangan daripada kaca televisyen ke arah aku. “Ye Lisa?”
“Kenapa ye dekat Malaysia raya Haji lambat sehari daripada Mekah? Bukan ke sepatutnya kita raya 10 Zulhijah?”
Walid senyum je tengok aku. “Lisa rasa kenapa?”
Aku termangu. Ceh! Aku jugak yang kena tanya balik. Baik tak payah. Last-last, aku jongketkan je bahu. “Entah?”
Senyuman Walid masih tak hilang. “Sebab kita kan awal 5 jam daripada Mekah?”
Aku blur. Lepas tu aku pandang Abang Hafiz yang duduk sekali dekat sebelah aku. Muka tak faham aku tayang. Tolonglah explain sikit ustaz!
Abang Hafiz tengok aku. Lepas tu dia sengih. Kening dia naikkan. Ceh!
“Tak fahamlah, Walid?”
“Kan kita awal 5 jam daripada Mekah. Kan raya haji mesti lepas jemaah haji wukuf di arafah?”
Otak aku ligat berfikir. “Maknanya?”
“Maknanya, kalau kita dah masuk 10 Zulhijjah, dekat Mekah masih 9 Zulhijjah. Takkan kita beraya dulu baru Mekah? Kan raya haji disambut lepas wukuf?” baru Abang Hafiz membuka mulut.
Aku hanya mengangguk. Tapi fikiran masih ligat berfikir. Cuba mengaitkan satu persatu dengan keterangan yang aku dapat.
“Nanti satu hari nanti, abang nak pergi sana.” Perlahan je dia cakap dekat sebelah aku.
Aku terpinga sekejap. Hilang dah semua benda yang aku fikir tadi.
“Apa dia?” aku tanya balik sebab tak dengar apa yang dia cakap tadi.
“Abang cakap, satu hari nanti abang teringin nak pergi sana.”
Dahi aku berkerut. “Sana tu mana?”
“Mekah.”
“Oh....”
Abang Hafiz tengok aku tak puas hati. “Oh je?”
Aku pening kejap. Ada masalah ke dengan jawapan aku? “Kenapa?”
“Ingatkan Lisa nak tanya abang. Tak nak bawak Lisa ke?”
Aku gelak dengar jawapan dia. “Siapa lagi nak bawak Lisa pergi sana kalau bukan orang tu.”
“Orang mana?” Dia senyum mengusik.
“Suami Lisalah!” aku dah naik geram. Ada sahajalah dia ni nak mengenakan aku.
“Manalah tahu kalau Lisa maksudkan orang lain...”
Aku pandang dia. “Orang lain?”
Abang Hafiz hanya menjongketkan bahu. Isk! Banyak sangatlah berahsia ustaz seorang ni. Tak faham aku!

13 comments:

Hafia Hana said...

nk lg
makin sronok

Unknown said...

suke2,,,

cactaceous opuntia said...

hafiz2..

sAkEeNa said...

mkin syok!!!addicted dgn citer ni

aqilah said...

suka banget!!!!!!!!!!!!!!! lisa...lisa......
confirm akak beli novel ni!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

lagi3..... x puas lg ni rs cam sikit sgt.....

fatim fatimah said...

buatler en3 setiap hari,,hehehe

umi kalsom said...

very nice... gambate!
dua-dua pun suka... tpi malu2 nk ngaku straight fwd... suka!!! ^^v

Anonymous said...

best.......

IVORYGINGER said...

kenapa la hafiz xterus terang yg dia mmg suka lisa. xla lisa tu dok main2. dah la ada pesaing yg cuba rebut hati lisa. so abg ustaz kena la lebih romantik. br la lisa tangkap lentuk. ahaks... ;D

Unknown said...

ok jer...best giler!

dee_ms said...

dah kuar...compem beli!

Anonymous said...

omo~~**cair2....nape la hafiz tu baek sgt~~hoho~~klu die xnk, pas kt sye bole??keke
good job writer!!!
ten thumbs up!!!!!!!