“Banyakkan jelah bersabar, Fiz...”
Aku terdengar Umi bercakap dengan Abang Hafiz masa aku nak cari ustaz aku tu dekat dapur. Bila terdengar je Umi cakap macam tu, terhenti terus langkah aku. Telinga aku pasang, mahu mencuri dengar.
“Insya Allah Umi...” Itu sahaja aku dengar Abang Hafiz membalas. Hai? Macam dah habis berborak je? Ah! Ruginya aku tak datang sini awal-awal! Apalah agaknya ye yang Umi bualkan dengan Abang Hafiz?
“Eh? Lisa? Buat apa berdiri dekat sini?” Baru aku nak berpusing, jantung aku pulak macam nak terlompat keluar bila kena tegur dengan Abang Ipin. Terus aku mengurut dada aku. Abang Ipin tengok aku pelik.
“Lisa nak ambil barang tadi. Bila dah sampai sini, terlupa pulak apa yang ambil tadi.”
Abang Ipin gelak je dengar jawapan aku. “Apalah budak ni...”
Aku sengih. “Oklah. Lisa nak masuk bilik dulu. Nak kemas barang.” Risau pulak aku kalau tiba-tiba Abang Hafiz keluar dari dapur ni. Habis aku kena tangkap sebab curi dengar walaupun sebenarnya tak berapa nak dengar.
“Bila balik? Petang ni?”
Aku mengangguk.
“Awalnya balik?” Pelik Abang Ipin bila tahu kami balik awal. Iyalah, rumah sikit punya dekat. Bukannya macam Abang Ipin yang duduk KL nun. Dia pun balik lepas Maghrib nanti.
“Biasalah bang. Student...”
Abang Ipin hanya mengangguk tanda faham. Bibirnya tersenyum. “Iyalah Lisa... sekarang ni zaman Lisa belajar. Zaman abang dah lama lepas. Belajar ajelah elok-elok.” Dia memberi semangat. Lepas tu dia ke tepi, memberi aku laluan.
Masuk ke bilik, aku mengemas baju untuk dibawa balik. Johor cuti raya Haji sehari je. Pukul 6 ni dah nak gerak balik rumah. Esok dah sekolah balik. Kerja sekolah aku banyak lagi yang tak tersentuh. Walaupun kadang tu cikgu tak mintak, aku risau juga kalau tiba-tiba ada sport check. Kalau ustaz tahu, habis aku kena dengan dia nanti dekat rumah.
“Dah siap kemas?” Abang Hafiz bertanya bila dia melangkah masuk ke dalam bilik.
Aku menoleh.
“Baju Lisa yang last dah ni.” Aku tunjukkan t-shirt pada tangan aku ni dekat dia.
“Tinggal baju abang jelah belum. Abang kemas sendiri kan?” Aku tanya sebab masa ke sini, dia yang kemas baju dia sendiri.
Dia buat muka tak tahu. “Eh, apa guna ada isteri kalau baju kena kemas sendiri?”
“Lah? Masa datang sini kan abang kemas baju abang sendiri?” Aku mengingatkan.
“Itu masa datang.” Selamba je jawapan dia.
Aku buat muka geram. Ngee dia ni. Nak suruh aku kemaslah tu. Nak tak nak, lepas zip beg aku, beg dia pulak aku capai. Satu-satu baju dia aku lipat dan aku masukkan dalam beg.
“Buat kerja tu biar ikhlas. Daripada elok-elok dapat pahala, jadi sia-sia je nanti.”
Aku pandang muka Abang Hafiz. Macam tahu-tahu je aku merungut dalam hati. “Lisa ikhlas lah ni!” balasku geram.
Abang Hafiz ketawa. “Ikhlas tu tak payah nak cakap Lisa. Lagipun macam mana Lisa tahu Lisa ikhlas? Lisa lupa ya? Ikhlas tu kan ibarat semut hitam, yang berjalan di dalam batu hitam, dalam malam gelap gelita?” Panjang pulak dia bercakap. “Kalau buat kerja dengan muka berkerut macam tu... nampak sangat tak ikhlas.” Dia menambah lagi
“Mana tahu Lisa tak ikhlas?” Sengaja aku tanya dia balik.
Abang Hafiz terpinga-pinga.
“Ustaz Lisa cakapkan, ikhlas tu ibarat semut hitam, yang berjalan di dalam batu hitam, dalam malam gelap gelita. Macam mana abang tahu Lisa tak ikhlas? Abang nampak ke semut tu?”
Abang Hafiz pandang aku macam nak telan. Lepas tu dia jalan ke arah aku. Aku buat selamba je tengok dia. Tangan laju melipat baju.
“Manalah tahu muka Lisa berkerut sebab sakit perut ke.. pelik cari baju abang tak jumpa ke? Fikir macam mana nak susun baju abang yang berlambak ni ke?” kata aku. Walhal baju Abang Hafiz ni sikit je. Bila tengok tak ada balasan daripada Abang Hafiz, aku mendongak. Serentak dengan itu, hidung aku kena tarik. Maaak!
“Sakitlah!” marahku bila dia dah lepaskan hidung aku. Tak lama lepas tu, terus aku terbersin. Hidung aku ni sudahlah sensitif yang amat.
Abang Hafiz gelakkan aku. Jahat je bunyi dia gelak. “Itulah, lain kali jangan banyak menjawab. Orang ingatkan dia, dia kenakan kita balik.”
Aku pandang dia tak puas hati. Pangkal hidung aku urut dua tiga kali..
“Sakit ke?”
“Tak!” geram je aku menjawab.
“Kalau tak, abang tarik lagi. Biar lepas ni beringat sikit.” Dia dah mengacah nak tarik lagi sekali. Spontan aku tolak tangan dia. “Tarik lagi, abang kemas sendiri,” ugutku.
Abang Hafiz ketawa. “Macamlah abang takut.” Dia mendekatkan tangan dia ke muka aku. Aku mengelak. Mata aku tutup. Abang Hafiz mencuit hidungku. Eh? Bila aku bukak mata, Abang Hafiz senyum je tengok aku. Tiba-tiba muka aku panas. Waaaa!
***
Tepat pukul 6, kami bertolak ke rumah. Umi dengan Walid tak cakap apa bila Abang Hafiz cakap nak balik awal. Umi pulak beriya bekalkan makanan untuk kami. Risau betul dia anak dia seorang ni tak makan. Duduk dalam kereta hanya diriuhkan dengan lagu-lagu nasyid koleksi ustaz seorang ni. Sesekali aku menguap. Bukannya mengantuk, tapi bosan sebab duduk diam je dari tadi.
“Abang?” Aku panggil Abang Hafiz bila terasa bosan duduk diam dalam kereta.
“Ya?” Dia menjawab dengan mata masih fokus dekat jalan raya.
“Kenapa kita kahwin?” Aku tak tahu kenapa aku nak sangat tanya benda ni.
Abang Hafiz menoleh dekat aku sekejap. Lepas tu dia kembali menghalakan pandangan ke hadapan.
“Kenapa?” Dia bersuara tiba-tiba. Ingatkan dah bisu kejap tadi.
“Kenapa apa?” Pelik aku dengan soalan dia ni lah.
“Lisa menyesal ke kena kahwin dengan abang?”
Aku diam.
“Still can’t accept me?”
Aku diam lagi. Waahhh, kenapa masa-masa sekarang ni baru mulut tak pandai nak menjawab?
“Lisa, kalau tak sekarang pun, satu hari nanti kita kahwin juga. Apa bezanya?”
Terpinga-pinga kejap aku dengar ayat yang baru keluar daripada mulut dia. “Kenapa abang cakap macam tu? Lepas tu, orang tanya satu soalan, sepuluh soalan dia tanya. Soalan orang dia tak jawab-jawab jugak.”
Tak puas hati betul aku. Dan Abang Hafiz hanya tersenyum. Isk! Satu benda yang aku tak suka dekat dia ni. Suka sangat macam tu. Buat aku tertanya-tanya sendiri. Straight to the point ajelah cakap tu.
“Yang Lisa tanya tiba-tiba ni kenapa? Memang betullah menyesal ni?”
Aku menggeleng. Bila tersedar ustaz kat sebelah ni tengah bawak kereta, laju aku menjawab. “Tak adalah. Cuma... Lisa tak ready lagi kut nak kahwin?”
“Tapi dah kahwin dah pun kan?” Dia sengih mengusik.
“Hrm... Tapi tak adalah terfikir secepat ni...” nak tak nak je aku menjawab. Lepas tu aku leka memerhatikan suasana kampung orang sementara nak sampai rumah.
“Kiranya Lisa perlukan masa lah nak prepare sebelum kahwin?”
Aku mengangguk. “Lebih kurang.”
“Masa macam mana?” dia bertanya.
Aku diam. Kalau cakap bercinta dan bercouple sebelum kahwin confirm aku kena balun dengan ustaz kat sebelah ni.
“Masa bercinta?” Dia serkap jarang.
Kening aku terangkat. Abang Hafiz ni macam boleh baca je fikiran aku.
“Kan di antara kebesaran Allah tu bila Dia ciptakan suami isteri untuk berkasih sayang. Apa masalahnya?”
“Maksud abang?”
“Iyalah, bercinta lepas kahwin. Apa masalahnya?”
Muka aku panas. “Bila masa pulak Lisa nak bercinta dengan abang?” Wah.. nak ais.. nak ais...
Abang Hafiz ketawa.
“Lisa, abang tak pernah mintak apa-apa pun dari Lisa. Just focus on your study and capai apa yang Lisa nak. In the same time, Lisa boleh improve diri Lisa jugakkan? To be a good wife?” Dia cakap bila kami berdua dah diam sekejap tadi.
“Macam Afrina, bercouple dengan Farhan beriya-iya. Sepuluh tahun lagi belum tentu dia bersedia nak kahwin kan? Itupun kalau memang Farhan jodoh dia. Kalau tak?”
Terkejut aku bila dengar Abang Hafiz cakap macam tu. “Abang tahu?”
“Tahu apa?” dia menyoal kembali.
“Wati dengan Pa’an?”
“Wati?” Dahi dia dah berkerut.
“Afrina dengan Farhan.” Aku membetulkan ayatku.
Dia mengangguk. “Biasalah dekat bilik guru tu. Ada sahaja yang bercerita.”
Oh! Bahayanya jadi anak murid. Kalau aku rapat sangat dengan ustaz mesti ada juga cikgu yang membawa cerita. Agaknya sebab tulah yang dia nak sangat kitorang declare je. Wah... tak nak, taknak. Aku tak sedia lagi oh!
“Janganlah risaukan sangat pasal hal Lisa tak bersedia tu. Insya Allah kita ada banyak masa lagi. Abang yakin, satu hari nanti Lisa akan jadi isteri yang abang boleh banggakan.”
Berkerut aku dengar ayat terakhir dia.
“Amboi? Sekarang tak banggalah?”
Abang Hafiz tersenyum. Kemudian dia menggeleng. Wah? Sampainya hati! Kut iya pun tak bangga, janganlah jujur sangat!
“Bukan tak bangga. Tapi nak bangga macam mana? Seorang pun tak tahu kita dah kahwin kecuali saudara dekat?”
Ceh! Aku menarik nafas dalam. Mata terpandangkan rumah Ustaz Awang yang ajar aku mengaji masa kecik-kecik. Terpandangkan Isteri dia yang tengah menghantar anak dia nak balik agaknya membuatkan aku terfikir. Isteri macam mana yang dibanggakan Ustaz Hafiz ni ye?
Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)
***
Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:
1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.
Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v
***
Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:
1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.
Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v
::aku_dia's current status::
04.05.2016
Mencari momentum untuk menulis.
Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^
Mencari momentum untuk menulis.
Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^
11 January 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
seronok...betul jika ada kekurangan hendaklah sama-sama menegurkan untuk mengukuhkan lg rumahtangga...nak lg..!!!
mau lg,,
nak lagi2.......
tlg la jgn stop kn cte ni tgh2 jln...huu...i mean...harap entry ni akan di pos shingga tamat...huu
aku dah jatuh cinta dengan ceta ni...bestlah....
mau lagi...lagi..lagi...cepat! sukeee sgt sweet btul ustaz ni!
i just love this story...
ustza hafiz...sgtlah memikat. ;)
cantik
bestlah....cerita yg menyeronokkan
dam banyak menganndungi unsur
unsur nasihat dan contoh yg
baik utk pembaca...tapi cepat
sambung ye..bila ceritanya
syok mestilah kami pembaca2
dah tak sabar tapi masih
setia menantikan?????
hahaha... apa la lisa ni. xfaham ke yg mmg abg hafiz suka kat awk. tu dia ckp klu xkahwin skrg pun suatu hari mmg lisa kahwin dgn dia jgk. tu mnunjukkan mmg dah lama hafiz nk kat dia. dia xnk bcinta cam org lain sbb dia xnak bt pkara laqa'. tu sbb dia ajk kahwin supaya awk leh bcinta ngan dia. betul x??? ahaks...
hafiz beranggapan lisa masih tal dapat terima perkahwinan ini walhal.....lisa dah deeply inlove with her own ustaz.............please lisa........tell him ur feeling!!!!!!!!!!bezzzzzzzzzzz!!!!!!!!!!! nak lagi!!!!!!!!!!!!
isteri yang menyejukkan hati, wahai cik lisa. ^^
Post a Comment