::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

18 January 2011

Suami Aku Ustaz?! 13

Aku tengok jam, lagi sepuluh minit nak pukul 2. Kelas tambahan start pukul 2 tepat. Tadi dah makan mee sup dekat kantin sekolah. Mee sup yang tak seberapa nak sup. Air masak campur ajinomoto je yang aku rasa. Jadilah untuk alas perut sampai habis kelas petang pukul lima nanti. Telekung aku lipat kemas sebelum aku letak dekat almari.

“Jom?” Aku mengajak Wati setia menunggu aku sejak tadi. Sempat dia ni tidur nak menunggu aku solat. Beg di sebelah Wati aku capai. Langkah diatur keluar surau. Elok lepas memakai kasut, mata terpandangkan langit yang dah mula nak gelap. Gaya macam nak hujan lebat je petang ni.
“Hai.. mengantuknya!” ujar aku sambil menguap.
Tangan menyeluk kocek baju kurung sekolah. Gula-gula HACKS aku keluarkan lalu aku masukkan ke dalam mulut.
“Aku...” kata-kata Wati terhenti.
Aku pandang Wati yang tiba-tiba bersuara. “Apa?” aku menyoal.
“Aku pelik kena kau suka makan gula-gula sekarang,” sambung Wati.
Dahi aku berkerut. “Kenapa?”
Bibir Wati membentuk senyuman.
“HACKS je pulak tu yang kau makan. Sebelum ni engkau lah yang paling jarang makan gula-gula ni walaupun mengantuk macam apa,” komen dia.
Aku tersengih je dengar kata Wati. Dalam hati, mak oi! Mengalahkan orang berlari 100 meter je dengar Wati cakap macam tu.
“Sebab hari ni dah start busylah sayang. Lagipun dah ada dalam kocek ni. Takkan nak buang pulak kan?” Aku menjawab. Memang takkan sesekali aku cakap gula-gula ni ustaz tu yang bagi.
“Iyalah tu.”
Aku diam. Kalau menjawab nanti panjang cerita, semua rahsia terkeluar. Habis rahsia sulit kerajaan aku nanti.
“Lisa, jangan lupa eh, hujung minggu ni.”
Aku pandang muka Wati blur. “Ada apa eh?” Dia tak cakap lagi apa benda pun aku dah lupa dah.
Wati pandang aku macam nak telan. “Kenduri akak akulah! Isk kau ni...” rungutnya.
Aku tergelak. Aduh! Lupa pulak anak saudara Wati nak cukur jambul. “Oh! Ok... ok.. Tapi aku tak janji lagi dapat datang ke tak.” Kalau ustaz dekat rumah tu tak bagi keluar, takkan aku nak keluar jugakkan? Ada jadi kes lain pulak dekat sekolah nanti. Cukuplah sekali tu aku kena.
“Lah, kenapa pulak kau ada hal ke?” Wati menyoal.
Masa tu kitorang dah nak naik tangga menuju ke kelas. “Tak adalah. Sebab kalau tiba-tiba ada aral melintang ke... mana kita tahu?”
Aku dengan Wati dah berdiri kat depan pintu masuk kelas. Pa’an tiba-tiba berdiri depan kami dengan tangan di pinggang.
“Lambat!” Suara dengan muka Pa’an dah macam suara Cikgu Linda tiap kali ada pelajar yang lambat.

Aku dengan Wati tergelak-gelak. Tak lama lepas tu, muka Pa’an tiba-tiba berubah cuak. Laju je dia berjalan masuk ke dalam kelas. Aku dengan Wati berbalas pandang. Kemudian aku menoleh ke belakang. Terpandang Cikgu Linda yang elok berdiri dibelakang kami. Erk! Bulat mata aku. Laju aku tarik lengan baju Wati untuk masuk ke dalam kelas. Habislah kau Pa’an... Baru nak berlakon jadi Cikgu Linda... dah terkantoi. Aku dah rasa nak tergelak berdiri je dekat sini.

***

Buku-buku latihan Biologi milik pelajar seramai 32 orang aku angkat ke bilik guru. Angkat pun separuh je sebab lagi separuh Joe tiba-tiba jadi gentleman nak tolong. Angkat ni pun sebab tadi Cikgu Linda yang minta tolong. Agaknya sebab aku duduk dekat kawasan depan tadi, muka aku ajelah yang dia nampak. Hujan dah mula renyai. Dari pukul 2 tadi gelap, baru ni nak hujan. Aku mengeluh. Nak kena laju pulaklah bawak motor petang ni. Kalau tak, adalah yang terperangkap dalam hujan.

Joe berjalan perlahan di sebelah. Saja nak teman aku katanya. Mengada betul budak ni. Tapi memang selalu pun kitorang balik sama. Nanti bila sampai simpang yang aku kena belok dan Joe kena terus, baru kitorang berpisah.
“Lisa, kau pernah bercinta tak?” Soalan daripada Joe buat kening aku terangkat sebelah.
“Apahal tanya soalan luar silibus ni?” Aku letak buku latihan atas meja tengah-tengah bilik guru. Lepas tu kaki melangkah keluar bilik.
“Thank you, Alisa.” Kata Cikgu Linda bila kami berselisih. Aku hanya mengangguk.
“Jawab ajelah soalan tu. Kau pernah bercinta ke tak?” Joe bertanya lagi bila kitorang berjalan ke garaj meletak motor.
“Cinta sebelum kahwin ke lepas kahwin?”
Joe gelak dengar soalan aku. “Kenapa? Kau dah kahwin ke?”
Erk! Aku buat-buat terbatuk dengar ayat yang keluar daripada mulut Joe. ‘Dah kahwin Joe... dah kahwin dah...’ aku menjawab dalam hati.
“Serius lah weh. Kau pernah bercinta?” Joe tak habis lagi dengan soalan dia.
Aku geleng kepala je tengok Joe. “Tak. Aku tak berminat pulak dengan benda-benda ni. Apahal kau sibuk sangat ni? Dah jatuh cinta pulak ke?”
“Oh... Kenapa eh tak minat?” soal Joe lagi.
Aku buat muka. Soalan aku tanya dia tak berjawab, aku pulak yang kena asak dengan soalan.
“Entah. Sebab aku rasa tak perlu kut semua tu. Nanti bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain, Buang masa aku je. Lagipun sekarang ni kan masa untuk belajar?” Nak tak nak aku jawab jugaklah. Lagipun Joe ni selagi tak jawab soalan dia, selagi itulah dia tanya.
“Oh...” tu je jawapan yang keluar daripada mulut Joe. Punyalah penat aku membebel panjang-panjang. Ceh!
“Oklah, aku gerak dulu. Lambatlah kau ni.” Kata aku bila tengok Joe tak start lagi enjin motor dia.

Hujan dah mula nak lebat. Ni ada naya je nak berjalan dalam hujan ni. Sudahlah aku memang jenis tak bawak baju hujan mana pergi. Sampai dekat traffic light, hujan dah mencurah-curah ke bumi. Aku dah rasa nak menggigil dekat atas motor. Terdengar Joe panggil dekat sebelah, aku menoleh.

“Berhenti dululah dekat bus stop. Hujan lebat sangat ni.” Dia menjerit.

Aku menggeleng. Hujan entah bila nak berhenti. Kalau duduk dekat bus stop nanti entah berapa lama pulak nak menunggu. Kena pulak berdua dengan Joe. Isk! Cari masalah je nanti. Aku terus pecut ke rumah. Pecut pun tak adalah pecut mana. Kalau silap pecut, mahu tergolek jatuh aku dekat atas jalan yang dah basah ni.

Sampai dekat rumah, aku dah basah kuyup. Hidung pun aku rasa dah merah sebab tadi je bersin macam apa masa bawak motor. Kalah betul aku dengan hujan ni lah. Aku berdiri depan pintu rumah, dengan tangan sibuk membuka helmet. Elok aku nak beri salam, Abang Hafiz dah bukak pintu dari dalam. Terkejut muka dia tengok aku.

“Kenapa balik dalam hujan ni? Apasal tak call abang?” laju dia menyoal.
“Nak membebel lepas ni ye? Lisa dah sejuk macam apa dah ni,” jawab aku.
Abang hafiz pandang aku geram. “Orang sikit punya risaukan dia, boleh dia jawab macam tu. Lain kali cuba belajar jawab elok sikit.” Abang Hafiz menegur.
Aku dah malas nak kisah dah dengan dia ni. “Yelah. Sorry.”
Elok menghabiskan ayat, aku terus terbersin lagi sekali. Kaki cepat-cepat melangkah masuk ke dalam rumah. Tempat pertama yang aku tuju semestinya bilik aku. Lepas ambil baju dengan tuala, aku terus masuk bilik air. Lepas mandi, aku duduk dekat meja makan. Bau sup dari arah dapur... fuh! Kena betul dengan aku yang tengah kesejukan ni.

“Beli?” aku bertanya.
Abang Hafiz menggeleng. Fahamlah tu maknanya masak sendiri. Baru aku hirup kuah satu sudu Abang Hafiz membuka mulut bertanya. “Mashita?”
Aku pandang Abang Hafiz dengan muka tak percaya. Mak aih! Ustaz pun cakap Korea! Lepas tu aku tergelak. “Hrm. Mashita!” pujiku.
Abang Hafiz senyum je lepas tu dia gelengkan kepala dia. “Lisa...” dia memanggil.
Aku menoleh. “Ye?”
“Next time bawak baju hujan.”
Aku angguk je dengar.
“Pakai jacket naik motor tu. Tak pun sweater.”
“Kenapa?”
“Hujan, baju putih, basah...” Dia berhenti sekejap. “Seksi?”
Erk?! Aku tersedak kuah sup. Nasib baik tak pedas. Air yang dihulur Abang Hafiz aku capai. Tak sampai seminit, gelas kosong diletakkan kat atas meja.
“Apalah abang ni.” Aku mengesat mulut dengan tisu. Tapi muka terasa panas jugak bila dia cakap tadi. Isk! Memang lelaki nampak dan fikir macam tu ke?
“I’m telling you the truth.”
“Iyalah.” Baik berhenti topik ni.

“Abang kena pergi kursus.” Barulah Abang Hafiz bersuara bila kami sama-sama tidak bersuara sejak tadi.
Aku hanya mengangguk. “Bila?”
“3 hari. 14, 15, 16 nanti.”
“Oh!” aku tak tahu nak jawab apa lagi. Tiba-tiba teringat mak dengan ayah dah nak balik. “17 mak dengan ayah sampaikan?”
Dia mengangguk. “Sempat kita pergi ambil lepas abang balik. Lagipun dekat Senai je.” Kemudian Abang Hafiz memandang aku. “Lisa nanti duduk rumah Umi ok?”
Aku diam berfikir bila dengar arahan keluar daripada mulut ustaz seorang ni.
“Malaslah. Jauh. Tak apalah, sekejap je kan kursusnya? Susah sangat Lisa ajak je Afrina tidur sini. Kalau nak berteman.”
Rumah Umi lagi menjauhkan jarak aku ke sekolah pulak nanti. Tak naklah pukul 6.30 pagi dah kena gerak.
Abang hafiz diam je. “Oklah kalau macam tu. Afrina tak apa. Lain-lain jangan.”
“Lain-lain?” Kening aku bertaut. “Johan dengan Farhan?” tanya aku dalam ketawa. Buat apa nak ajak mamat berdua tu.
Abang Hafiz diam. Kemudian dia memanggil lagi. “Lisa?”
Aku mengangkat kening tanda mendengar.
“Tak sedih ke kena tinggal?”
Terpinga-pinga kejap aku dengar soalan dia. “Kena sedih ke? Bukannya abang tak balik-balik langsung kan?”
Abang Hafiz menguntum senyum. “Kalau abang tak balik sedihlah?”
“Nanti Lisa fikir nak sedih ke tak,” terasa kalut je aku menjawab. Isk! Apalah dia ni cakap macam tu. Err... tapi Lisa, kalau dia tak balik langsung macam mana? Aku tergeleng-geleng. Ya Allah... mintak simpang!

7 comments:

sueada said...

alaaaa...
jgn la ada aper2 jadi kt hafiz...
sambung2...

aqilah said...

abg hafiz sedih nak tinggalkan lisa, yg lisa boleh buat main lak!!!!
apapun, bezzzzzzzzzz

umi kalsom said...

lisa ni kan... lmbt sgtlah nak feeling kat abg hafiz dia...

Anonymous said...

ape le lisa ni ..... blur betul la... sian gak kat si ustaz tu.. lisa ni nak ustaz x balik2 ke......pe2 pun cpt smbung yek....

sue atie said...

erk...ade ape2 ke nk jd kat hafiz nih....adush, jatuh cinta giler kt citer nih....

tarisuria said...

mcmmnela lau ustaz hafiz xbalik terus??

sAkEeNa said...

huuuuu..jgnlah jd something..huhu