“Abang, hujung minggu ni tak nak pergi mana-mana ke?” Aku buat baik je bila nak tanya tang berjalan.
“Balik rumah Umi lah. Kan, Isnin ni raya Haji? Boleh tolong apa yang patut dekat sana. Kalau tak silap, Umi cakap Abang Ipin dengan Kak Suraya pun balik sini raya ni,” jawab Abang Hafiz tanpa mengangkat muka.
Aku menghela nafas perlahan. Rasa nak je ajak dia ni pergi ronda JB. Bukannya nak cari apa pun. Saja cuci mata. Tapi, nak cakap apa lagi? Keputusan di tangan dia.
“Kenapa?” Tanya dia bila aku diam. Dia ni macam boleh baca fikiran aku je.
“Nope! Tak ada apa.” Aku pandang balik kertas soalan dekat depan. Tapi fikiran masih melayang di bawa angin.
Abang Hafiz meletakkan pen ke atas meha. Dia mengalih pandang ke arah aku. “Ni mesti ada apa-apa ni. Kalau tak mesti tak tanya sebab Lisa patut tahu yang kita akan balik rumah Umi. Kan?”
Aku sengih. “Tak ada apalah...” nak tak nak je aku jawab.
“Nur Alisa...” Aish... Aku buat muka. Dah macam dekat kelas je dah bila dia panggil nama penuh aku. Meleret pulak tu.
“Tak de... Lisa rasa nak berjalan. Boringlah duduk rumah...” ‘Kalau Lisa keluar dengan member, nanti abang bising pulak!’ nak je aku sambung ayat macam tu. Tapi nasib baiklah aku ni baik sikit.
“Boring? Hai? Dah ada abang pun boring lagi ke?” kata Abang Hafiz. Aku assume ajelah dia buat lawak terus aku buat-buat gelak walaupun dia tak gelak.
“Nak jalan ke mana? Selama ni kalau abang ajak pergi bandar ke... minimart ke beli groceries Lisa tak nak? Takut orang jumpalah, itulah, inilah.” Sempat pulak dia membebel.
“Minimart nak buat apa...” Tapi memang betul pun yang aku malas. Takut terjumpa orang yang aku kenal.
Dengar nada aku macam orang sedih agaknya, Abang Hafiz senyum. “Hrm... dah agak dah nak ajak berjalan. Lisa nak pergi mana? Ada barang ke Lisa nak cari?”
Wahhh... Kenapa aku rasa suara dia ni lembut semacam ni. Muka aku rasa panas tiba-tiba. Cis! Apahal ni? “Kita pergi JB nak?”
“JB?” Dahi dia dah berkerut. “Nak pergi mana?”
“Jusco?” cadang aku sambil mematah-matahkan jari.
“Jusco mana? Tebrau?” dia tanya lagi.
Aku menggeleng. “Permas Jaya best jugak!” Ceh, cakap ajelah kan nak pergi Jusco Permas Jaya nun. Lagi mahu berkias-kias cakap bestlah itulah, inilah.
Abang Hafiz memanggung kepala dengan tangan kanan dia sambil tengok aku. “Ada nak cari apa-apa ke?” soalan yang sama tadi dia tanya lagi.
Aku dah mula nak angin. “Banyak tanyalah abang ni.” Aku merungut. “Kalau tak nak, tak payah.” Tiba-tiba rasa nak merajuk. Sedihnya! Bila ada ustaz seorang dalam hidup aku, nak pergi mana-mana pun dah tak boleh! Terus aku sambung balik belajar.
Aku nampak Abang Hafiz senyum dari hujung mata.
“Alah... merajuk pulak!” usik dia. Aku diam.
“Ok, kita pergi. Pagi eh? Lepas tu terus balik rumah Umi.”
Aku dah sengih sampai ke telinga.
***
“Kenapa tak pergi Jusco yang dekat je? Taman U kan ada?” Abang Hafiz menyoal masa kami dalam kereta.
“Tak naklah! Dekat sangat. Nanti jumpa orang yang kenal, nak cakap apa?” Mata aku leka tengok kereta dekat depan.
“Cakap ajelah yang betul. Bukannya berdosa pun!” selamba je dia bagi idea.
Aku mencebik je dengar Abang Hafiz punya idea yang tak bernas tu. “Abang cakap senanglah!” Aku ni? Ingat orang boleh terima ke kahwin masa belajar? Kalau dekat univeristi tu logiklah jugak. Ni SPM pun tak lepas lagi. Lepas tu nanti dekat sekolah pun budak-budak pandang aku lain je. Isk!
“Lisa, satu hari nanti orang pun tahulah pasal kita. Lagi-lagi kita duduk serumah.”
“Ha’ah kan. Betul jugak cakap abang.” Abang Hafiz dah toleh dekat aku bila dengar ayat yang keluar dari mulut ni. Bibirnya menguntum senyuman. Ceh! Berharap nak kitorang declare dekat semualah tu.
“Kalau macam tulah kan, bang. Kita tunggu ajelah satu hari tu. Yang penting bukan sekarang!”
Senyuman dia mati. “Iyalah... iyalah!” Dia mengalah. Aku tersengih menang.
Sampai di Jaya Jusco, tempat parking kereta dah mula nak penuh. Hujung minggu, memang selalu ramai orang kut. Aku sendiri jarang ke sini. Kadang-kadang je datang sini dengan mak ayah. Wah! First time dalam sejarah ni datang sini dengan ustaz aku ni! Boleh aku pow dia macam-macam. Hahaha... aku dah gelak jahat dalam hati.
Kedai pertama aku masuk kedai buku yang ada dekat pintu masuk. Abang Hafiz ikut je mana aku pergi. Aku membelek-belek novel yang berlambak dekat rak. Wahhh! Ada novel baru! Tapi, nak shopping novel macam malas dulu sebab tak sempat nak baca punya. Next week kitorang dah start gerak gempur, lagilah tak ada masa. Abang Hafiz duk leka membelek buku-buku agama yang dekat atas rak lain. Malas nak berlama-lama dekat situ, aku mencuit bahu Abang Hafiz dari belakang.
“Dah ke? Sekejapnya?” Dia tengok dekat tangan aku kut-kut ada barang nak beli.
“Tak ada apa nak cari.”
“Hai? Sikit punya banyak novel dekat situ? Takkan tak ada satu pun yang berkenan?” Abang Hafiz membuang pandang dekat rak novel yang aku tengok tadi.
“Ada. Tapi nantilah!”
“Lah... Baru ingat nak belanja. Tapi tak jadi pulak. Bagus jugak tu!” dia dah gelak. Macam gelak aku bila kenakan dia je bunyinya.
Sebelum kitorang pergi ke tempat lain, sempat Abang Hafiz mencapai buku yang dibeleknya tadi. Kemudian aku kena tunggu dia pulak nak bayar dekat kaunter. Lepas keluar kedai buku, kitorang melangkah pulak ke kedai menjual kamera. Abang Hafiz yang duk ralit tengok kamera display dekat dalam almari kaca tu. Aku? Mata melilau ke tempat lain. Hahaha. Bukannya minat sangat dengan kamera-kamera ni.
“Lisa, jaga mata...” tiba-tiba Abang Hafiz tegur. Tapi mata dia masih melekat dekat kamera dalam almari tu. Macam tahu-tahu je aku tengah leka mengusha budak lelaki yang tengah melayan adik dia. Comel je! Aku pandang dekat Abang Hafiz. Bibir menguntum senyum. Menutup kesalahan diri. Agaknya dia nampak dari cermin ni kut.
“Nak beli ke?”
Abang Hafiz menggeleng. “Tak perlu lagi,” kata dia. Aku malas nak fikir bila yang dia rasa dia perlukan kamera tu. Tunggu duit berkepuk dalam bank agaknya.
“Nak pergi mana-mana lagi?” Abang Hafiz tanya macam kitorang dah habis ronda dekat Jaya Jusco ni.
“Mestilah!” Aku buat muka. Baru 2 kedai masuk. Itupun kalau kira betul-betul 1 je sebab kedai kamera ni kitorang berdiri dekat luar je. Boring sungguh berjalan dengan dia nilah. Kalau aku keluar dengan Wati ke... Joe dengan Pa’an ke... mesti tak cukup sejam. Walhal lepak dekat bandar Pontian tu je pun.
“Ok. Nak pergi mana lagi?” Mata dia melilau melihat ke kedai-kedai lain.
“Masuk JJ kejaplah. Manalah tahu ada benda best ke yang boleh beli. Lagipun, bank bergerak Lisa tengah ada ni.”
Abang Hafiz tiba-tiba berhenti berjalan. “Bunyi tak sedap tu. Abang balik dululah.” Dia mengacah aku dengan berpatah balik.
Aku tarik tangan dia. “Sengallah dia ni,” marahku. Abang Hafiz gelak je. Dia ni, kalau serius, macam ustaz. Kalau datang main-main dia, dah macam perangai dia masa jadi abang sepupu aku. Eh, sekarang pun abang sepupu jugak kan?
“Eh? Ustaz Hafiz?” suara perempuan yang menegur tu macam biasa aku dengar dekat kelas. Aku dah cuak. Duh! Siapa pulak yang gatal sangat nak berjalan kat Jaya Jusco ni masa aku dekat sini?
“Eh? Cikgu!” relaks je Abang Hafiz membalas sapaan cikgu tersebut.
Aku memanjangkan kepala, nak melihat siapakah gerangannya di sana. Terpandangkan muka Cikgu Liana, berderu-deru darah turun dari muka.
“Alisa? Awak buat apa dekat sini?” Cikgu Liana memandang muka aku. Kemudian pandangan dia jatuh dekat tangan aku yang elok pegang tangan Abang Hafiz. Nampak dia tengok aku pelik, spontan tangan Abang Hafis aku lepaskan.
Caught red handed. Selalunya idiom ni aku guna kalau buat essay Bahasa Inggeris. Kali ni aku nak guna untuk diri aku sendiri boleh tak? Sebab dah kena tangkap dengan Cikgu Liana masa pegang tangan ustaz aku. Walaupun dia suami aku, bukannya orang tahu. Alahai... macam ada jodoh pulak ye cikgu Liana sampai kita jumpa sejauh ni. Tapi, jodoh dengan aku ke Abang Hafiz? Erk! Dah dah. Aku tak nak fikir bukan-bukan.
“Saya cari barang sikit.” Ringkas aku menjawab.
Cara Cikgu Liana pandang aku nampak sangat dia tak puas hati. “Dengan Ustaz Hafiz?” jengkel je bunyi dia bertanya.
Abang Hafiz tersenyum. “Erm! Kitorang berdua je.” Dia baik hati tolong jawabkan.
Riak wajah Cikgu Liana berubah dengar ayat penyata yang keluar dari mulut Abang Hafiz. Tiba-tiba aku rasa macam tengah shooting drama Korea pulak dekat sini. Kekasih hati berjalan dengan anak murid?
“Alisa ni sebenarnya...”
“Adik sepupu!” laju aku pintas. Buatnya ustaz seorang ni mengaku aku bini dia, mahu mati terkejut Cikgu Liana dekat tengah-tengah alam ni. Abang Hafiz tak bagi apa-apa komen. Nasib baik!
Kening Cikgu Liana bertaut. Duh! Kenapalah dia ni lambat sangat? “Ustaz Hafiz abang sepupu saya. Saya ajak dia teman ni nak cari barang. Mak ayah saya pergi Mekah.” Terpaksa aku terangkan lagi sekali.
“Oh!” Cikgu Liana mengalih pandang ke arah Abang Hafiz. “Pelik juga saya bila fikirkan ustaz keluar dengan anak murid,” kata dia dalam ketawa. Pelik ke cumburu? Usikku nakal dalam hati.
Abang Hafiz hanya senyum nipis. Kemudian dia mengalih pandang ke tempat lain.
“Cikgu seorang je?” Terpaksa pulak aku buat-buat ramah bila Abang Hafiz buat tak tahu je dengan Cikgu Liana ni.
“Eh, tak... saya dengan family. Saja berjalan hujung minggu,” katanya. “Adik yang kecik nak balik U. Dia nak cari barang sikit,” tambah dia lagi.
Aku hanya mengangguk tanda faham. Tak sampai seminit lepas tu, masing-masing meminta diri.
***
“Cikgu Liana tu ok jugakkan, bang?” sengaja aku uji Abang Hafiz dengan soalan macam tu.
Abang Hafiz senyum je.
“Abang tengok dia macam mana?” soal aku lagi.
“Macam tu lah.” Malas je dia menjawab. Pandangannya fokus ke arah jalanraya.
Balik dari Jaya Jusco tadi ada jugaklah barang aku dapat. 2-3 helai baju yang ditanggung sepenuhnya oleh Ustaz Hafiz. Itu pun dia yang pilih ikut citarasa dia. Nasib baik kena jugak dengan selera aku.
“Erm... Abang tahu tak dia minat abang?” straight to the point je aku tanya. Tadi berkias-kias dia macam tak ada respon je.
“Tahu!”
Jawapan daripada Abang Hafiz buatkan aku rasa jantung aku macam dah nak gugur. “Serius? Mana tahu?” ingatkan aku dengan budak kelas aku je yang perasan.
“Biasalah kalau dekat bilik guru tu. Ada je yang menyakat.”
Cerita daripada Abang Hafiz buat aku serba tak kena.
“Habis tu, abang macam mana pulak?”
Abang Hafiz toleh dekat aku. “Macam mana apa?”
“Abang tak suka dekat dia?” Berdebar rasa dada aku tunggu jawapan Abang Hafiz.
Abang Hafiz tergelak. “Kenapa? Lisa cemburu eh?”
Suka betul dia tengok aku serba tak kena. Tapi, nampak sangat ke? Hrm... cemburu? Isk! Cemburu tu tandanya sayang. Aku rasa tak adalah aku sayang mana dekat ustaz seorang ni. Hrm... Iya ke Lisa? Aku diam je tak jawab soalan Abang Hafiz.
“Perasaan dia Lisa. Biarkanlah. Abang buat tak faham je. Kalau dia nak minat abang pun, bukannya abang boleh paksa berhenti pun. ” Abang Hafiz memberikan signal kereta untuk ke kiri.
“Dan kalau orang tak suka kita, bukannya kita boleh paksa dia suka pun. Kalau boleh paksa, memang abang dah lama buat dah...” Dia buat ayat tergantung serentak masa kereta berhenti.
Eii dia ni! Cubalah belajar cakap habis-habis. Buat apa?
“Tak nak keluar ke? Kita minum kejap?” Abang Hafiz menyoal bila aku statik dekat tempat duduk. “Lisa?”
Abang Hafiz dah ketuk cermin tingkap.Laju aku membuka tali pinggang keledar. Tapi dalam hati merungut-rungut tak puas hati. Nak bertanya segan pulak. Ingatkan nak tunggu dia yang habiskan. Hrm... kalau macam ni, memang sampai esok belum tentu dia nak sambung.
--------
tq! ;)
Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)
***
Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:
1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.
Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v
***
Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:
1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.
Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v
::aku_dia's current status::
04.05.2016
Mencari momentum untuk menulis.
Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^
Mencari momentum untuk menulis.
Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^
06 January 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Wah bestnye,.
Nak lg kak:-)
akak ada FB x? Leh mNta almatnye?:-)
akak bru bc citer ni best la... murid khwin ngan ckgu... tp smpai bile la rhsia leh d smbunyi smbung cpt yek....
sukaaaaaaaaaaaaaaaaa =)
bezzzzzzzzzzzzzzznya!!!!!!!!!!!!!!
best sgt!!! 5 star bg u. hehehe... ;D
fall in love with ceta ni...best lah..
Post a Comment