::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

07 January 2011

Suami Aku Ustaz?! 8

Bergerak jam 10 pagi ke JB tadi, kami tiba di rumah Umi jam satu petang. Halaman rumah Umi masih lagi kosong tiada kereta. Maknanya, Abang Ipin dengan Kak Suraya tak sampai lagilah tu. Abang Hafiz ni anak ketiga dari tiga beradik. Senang cakap, anak bongsulah. Tapi dia seorang je yang dah kahwin. Aku tak tahulah macam mana anak bongsu ni nak hidup dengan anak tunggal yang macam aku ni.

Satu perkara yang bagusnya dekat Abang Hafiz ni, walaupun dia ni anak bongsu, aku rasa dia nampak matured. Mungkin sebab pergaulan dia masa belajar. Kalau tak pun, sebab dia ni lagi tua dari aku. Haha! Bunyi cermin tingkap aku yang diketuk dari luar mengejutkan aku. Abang Hafiz memanggil aku suruh turun. Ceh! Tak romantik langsung! Paling koman pun, bukakkan lah pintu untuk aku.

“Lisa masuk dulu. Abang ambil barang sekejap” Dia cakap dekat aku lepas aku keluar dari kereta.

Aku tersenyum dalam hati sambil mata melihat Abang Hafiz yang dah berjalan ke belakang kereta. Lupa sekejap yang aku merungut pasal dia tadi. Bagus Abang Hafiz ni! Ada ciri-ciri suami mithali. Bekerjasama dengan isteri. Hahaha, aku ni pulak? Ada ciri isteri mithali ke tak?

Abang Hafiz membuka boot kereta untuk mengambil barang yang aku beli tadi. Aku beli, Abang Hafiz yang bayar. Betullah ayat aku kan? Barangnya sebenarnya tak adalah banyak mana. T-shirt 2 helai, seluar slack perempuan warna hitam 2 helai, track suit sehelai. Seluar slack tu pun Abang Hafiz yang ambil. Mulanya aku nak ambil jeans je yang macam aku selalu pakai. Tapi bila dia nampak, selamba je dia ambil dan letak balik dekat rak seluar tu.

“Perempuan tak elok pakai jeans.” Tu je yang dia cakap.
“Kenapa?” Bila aku tanya dia diam pulak. Tak faham aku. Lain kali tu, cakap ajelah terang-terang.
“Selama ni Lisa selalu je pakai?” Kata aku lagi bila dia diam je tadi.
“Lepas ni jangan pakai lagi. Sekalipun lelaki punya. Abang tak suka tengok.” Dia dah bagi kata putus.
Tanpa penjelasan pulak tu! Aku mencebik. Kali ni kuasa veto suami pulak yang keluar.
“Mencebik, mencebik. Tak menjawab dia buat muka pulak eh? Orang cakap benda yang betul...” tegur Abang Hafiz. Lepas tu aku tinggalkan je dia, jalan pergi tempat lain.

***

Aku memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Ruang tamu tak ada orang. Umi dekat dapur agaknya. Walid pun tak ada pun. Lepas letak sandal dekat rak, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Ringkas je hiasan dalam rumah Umi ni. Tak serabut mata tengok. Langkah aku hayun ke dapur. Bau asam pedas Umi membuatkan aku tersenyum. Asam pedas Umi dengan Abang Hafiz lebih kurang je rasanya. Sedap! Abang Hafiz menuntut daripada Umi kut.

“Umi?” aku menyapa Umi perlahan.
Umi menoleh dengan bibir tersenyum. “Dah sampai?” soalnya.
Aku menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Banyak ke shopping barang?”
Aku gelak je dengar soalan Umi. “Tak adalah shopping mana Umi. Saja je berjalan cuci mata.”
“Hrm... Umi dengar sangatlah cakap dia tu. Saja berjalan konon. Hari ni je dekat dua ratus duit Hafiz habis. Lepas ni sebulan sekali ajelah pun kalau nak bawak dia berjalan.”

Entah bila entah Abang Hafiz masuk ke dapur dia terus menyampuk. Abang Hafiz bersalam dengan Umi. Aku tengok je dia geram. Kalau boleh, aku picit-picit je ustaz seorang ni. Buat keropok lekor. Tapi bila dengar nak bawak aku berjalan sebulan sekali, rasa tak jadi nak buat macam tu. Tiap-tiap bulanlah aku beli baju, seluar baru. Walaupun duit mak dengan ayah bagi ada... tapi, buat apa susah-susah nak beli guna duit sendiri kalau ada orang nak sponsor kan?

“Siapa yang offer diri nak belanja dulu? Lisa tak paksa...” Aku menjawab. “Orang dah offer kan Umi? Kita ambil ajelah kan barang kita berkenan. Rezeki jangan ditolak. Betul tak, Umi?”
Umi tergelak je dengar jawapan aku. Abang Hafiz menggeleng je dah. Kemudian dia mengintai dalam periuk lauk yang Umi masak. “Wah! Lauk sedap!” sempat dia memuji. Mesti kuat bodek Umi dia ni.
“Bila Abang Ipin dengan Kak Su sampai, Umi?” Abang Hafiz bertanyakan soalan yang tadi ada dekat fikiran aku.
“Malam ni sampailah diorang. Ipin, hari ni ada kerja. Dia gerak dari KL lepas habis kerja dia cakap. Jumpa Su dekat Seremban.”

Abang Hafiz mengangguk faham. Aku pulak, dengar ajelah. Tadah telinga. Lepas tu aku keluar pergi belakang rumah. Umi ada bela kucing. Comel pulak tu. Siap ada sangkar lagi.
“Hafiz ok ke?” Sambil berjalan telinga aku terdengar perbualan Umi dengan Abang Hafiz. Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati dengan soalan tu. Ada kena mengena dengan aku kah?
“Ok je Umi.”
Aku buat-buat tak dengar je diorang berbual. Abang Hafiz sakit ke? Tapi takkanlah? Aku tengok dia sihat binti afiat je dekat rumah tu. Tak adalah pulak nampak dia makan ubat ke apa. Ke Umi tanya dia ok ke kena kahwin dengan aku?

Aku berhenti mengelamun bila terpandangkan Jojo, kucing yang berbulu coklat cair tu tengah baring sambil menyusukan anak dia. Wah! Laju aku bukak sangkar Jojo, aku curik anak dia seekor. Jojo ni jenis jinak dan baik. Kalau tak, mahu aku kena cakar dengan dia ni.
“Lisa?” Abang Hafiz dah keluar dari rumah cari aku. Eh? Baru aku hilang sekejap dah rindu ke? Hahaha. Tak adanya aku nak cakap macam tu dekat ustaz ni.
“Ye?” aku jawab sambil tangan sakan bermain dengan anak Jojo. Cutenya! Kalaulah aku boleh bela seekor kat rumah ni.
Abang Hafiz geleng kepala tengok aku cium anak Jojo. “Macam main dengan baby!” tegurnya.
Aku sengih. “Ni baby apa. Baby kitten.”
Abang Hafiz diam. Dia tengok je aku. Tiba-tiba aku jadi segan.
“Kenapa cari orang ni?” aku tanya bila teringat yang tadi tiba-tiba dia keluar cari aku.
Abang Hafiz tersentak. “Apa dia?”
Aku buat muka. “Berangan je!”
Dia senyum je dengar aku merungut. “Jom solat? Dah dekat satu setengah dah ni,” dia mengajak.
Aku tengok jam dekat pergelangan. Tak sedar masa berjalan pantas. Lepas masukkan anak Jojo ke dalam sangkar balik, aku pergi dekat dengan Ustaz Hafiz. Nampaknya Zohor hari ni berimamkan dia.
“Agaknya kalau ada baby sendiri nanti macam manalah pulak ye?” gaya dia cakap macam cakap dekat diri sendiri.
Aku buat-buat tak dengar walaupun masa tu dia dekat sebelah aku. Spontan kepala aku rasa panas.
“Hah? Abang cakap apa-apa ke?” aku bertanya.
Abang Hafiz menggeleng. “Tak ada apa. Dah, pergi siap.”

Nasib baik dia tak explain balik ayat dia tadi. Kalau tak, memang aku pelangkung dia depan-depan Umi ni. Isk! Dia ni merepeklah. Cukuplah aku kena buat benda yang merepek dalam hidup aku masa aku kena kahwin dengan dia. Ni dia cakap pasal baby-baby pulak. Sudahlah perancangan hidup aku untuk sepuluh tahun jadi tunggang langgang.

Dulu, ceh, tak adalah dulu mana pun. Masa awal tahun nak naik form 5, aku siap buat mind map lagi. Perkara-perkara yang aku nak capai dalam tempoh sepuluh tahun. Dapat straight A untuk SPM, cari penaja, masuk IPTS, lepas habis belajar nak kerja. Kalau bab kahwin ni aku cadang umur 25 tahun sebab masa tu dah sesuai aku rasa. Ni, tiba-tiba dah jadi masa umur 17 tahun. Cukuplah perkara tu je yang dibawa ke depan. Bab baby tu biarlah lambat sikit ye ustaz! Ceh, agaknya ustaz tak fikir apa pun. Aku yang lebih-lebih. Itulah, banyak sangat tengok cerita Korea! Eh, ada kena mengena ke?

***

“Lisa, cuba baca Al-Fatihah? Abang nak dengar.” Dia menyuruh aku elok lepas kitorang habis berdoa.
Aku blur kejap. Apahal tiba-tiba ni? “Kenapa?”
“Banyak tanyalah Lisa ni. Baca ajelah...” Aku pulak yang kena. Ceh!
Aku membaca daripada ayat pertama sehingga ayat ke tujuh surah Al-Fatihah. Dia mengangguk-angguk sahaja mendengarkan bacaan aku.
“Ok. Elok dah tu.” Itu sahaja komen dia.
Aku sengih melebar je dengar dia puji. “Thank you!”
“Puji sikit dah sengih melebar!” sempat dia mengenakan aku.
“Eh, dah orang puji? Kita berterima kasihlah kan? Nanti kalau tak orang cakap sombong pulak!”
“Hish. Orang cakap sikit, dia punya menjawab.... Lepas ni, pastikan bila solat baca macam ni jugak. Jangan depan abang baca ok, depan Allah baca tunggang langgang.”
Macam tahu-tahu je aku baca sikit punya cover tadi. Adoi! Terkena lagi. Al-Fatihah dengan surah-surah pendek bolehlah aku baca ok. Aku rasa kalau baca Al-Quran tu, mungkin tunggang langgang sikit. Bila Abang Hafiz bangkit, aku turut mengikut. Telekung aku bukak lalu aku lipat dan sangkut dekat rak. Sejadah, Abang Hafiz yang angkat dan tolong lipatkan.
“Lisa?”
Aku menoleh.
“Nanti, lepas maghrib jangan lupa ye?”
Aku pandang Abang Hafiz kosong. Apahalnya pulak dengan lepas maghrib ni? Ada dekat 5 jam lagi nak maghrib.
“Kenapa? Nak ajak pergi Angsana pulak ke?” saja je aku bertanya.
Abang Hafiz pandang aku geram. “Bulan depan pulak kalau nak! Lepas maghrib abang nak dengar Lisa mengaji.”
“Alah. Bang, kat rumah nantilah! Seganlah kalau Umi dengan Walid dengar. Lisa baca bukannya sedap pun sampai boleh cairkan hati diorang,” aku mengelak. Segan oh mengaji depan-depan orang ni. Walhal kat dalam bilik je.
“Ada pulak niat mengaji nak cairkan hati orang lain?” sempat aku kena marah. “Kalau bertangguh bila nak mula?”
“Iyalah... iyalah!” Malas nak menjawab lagi. Nanti aku yang kena. Baik aku duduk bawah, berbual dengan Umi.

Umi tengak duduk melipat baju sambil mata melekat dekat kaca televisyen. Aku duduk di sebelah dia sambil mencapai beberapa helai kain untuk dilipat. Umi senyum je tengok aku. Nak ambil hati mak mentua beb! Aku bukannya tahu kalau-kalau Umi tak suka dekat aku ni.

“Pak Long err.. Walid mana Umi?” aku bertanya sekadar tidak terlalu sunyi duduk sebelah Umi.
“Pergi ke kebun. Biasalah dia, hujung minggu.”
“Oh... Umi tak pergi pulak?” relaks je aku tengok Umi dekat rumah.
“Kalau Umi pergi, siapa nak masak? Hafiz tu, bukannya jenis makan dekat luar.”
Kata-kata Umi memberi input baru pada aku. Oh! Abang Hafiz ni suka makan dekat rumah rupanya. Kesiannya dia, bila duduk dengan aku banyak kena makan beli kalau weekdays.
“Lisa dekat rumah selalu masak ke?”
Aku menggeleng. “Tak sempatlah Umi. Ni belum start kelas tambahan apa semua,” keluhku. “Kalau dekat rumah Abang Hafiz yang selalu masak,” tambahku.
Umi senyum je dengar aku mengeluh. “Biasalah, Lisa. Umi ada pesan jugak dekat Hafiz jangan suruh Lisa sibuk buat kerja rumah pulak.” Ayat yang keluar dari mulut Umi buat aku terasa disayangi pulak tiba-tiba.
“Lisa belajar ok je?” Umi bertanya bila tengok aku diam.
“Oh. Ok je...”
Dia mengangguk. “Baguslah. Belajar ajelah elok-elok. Jangan fikirkan sangat benda lain,” nasihat Umi lembut. Ah! Tiba-tiba aku rindukan mak. Dengar tu Abang Hafiz. Umi suruh orang belajar je tau. Jangan fikir benda lain! Hahaha. Walhal fikiran aku yang banyak sangat merewang fikir bukan bukan!

8 comments:

IVORYGINGER said...

"hafiz ok je???"
correction : "hafiz ok ke?"

next post plz. ;D

sejuk ja baca ceta ni. ada suami nk tegur bacaan al-quran si isteri.
agak2 boleh ke dpt bakal suami camni??? hehehe... ;D

Anonymous said...

best giler

Hafia Hana said...

sukee bace cite ni..

Anonymous said...

bestnyer dpt suami cam tu kan...harap lisa dpt terima sepenuhnyer la laki nyer .......cpt n3 yek tq

hani said...

best betul citer nie...baca dari bab 1 hingga 8 sekaligus, bnyk unsur pgajaran....hope lisa dpt terima ustaz dia sbagai suami...nak n3 strusnya.

Anonymous said...

akak suka cita ni bertuah dpt suami seorg ustaz dpt juga bimbing ktk tapi klau blh post 2 n3 x sbr nk tahu ending tapi akak harap lisa n hafiz ending dia ada anak best bahagia hidup

umi kalsom said...

suka cerita ni
suddenly duk berangan... kawin dgn ustaz kan bgus...haha

good luck writer =)

fatin safi said...

seriusly cte nie best.. tahniah kt aku dia sb berjye wat sye meminati awk... ur karya so sweet...