::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

07 January 2012

Cerpen: Mencintaiku seadanya... part 8

08***
Aku melangkah lemah menuju ke bilik. Masih terbayang-bayang di fikiran apa yang berlaku sewaktu aku dengan Hannah sama-sama berjalan daripada blok akademik ke hostel. Jeritan suara yang memanggil seseorang membuatkan aku dengan Hannah sama-sama berpaling.
“Ai Ling!”
Aku tergamam. Bumi bagaikan bergoyang sehingga membuatkan aku terasa hendak pitam. Lagi-lagi apabila mama Alex berjalan ke arah Hannah dengan senyuman yang tak lekang daripada bibir. Kalau inilah Ai Ling yang aku hendak cari selama ini, maka tak perlulah aku hendak berkenalan dengan dia lagi kerana hampir dua tahun belajar di kolej ni, aku dengan dia sebilik.
Aku hanya memerhatikan Hannah berbual dengan mama Alex dalam bahasa mereka. Terasa dipinggirkan terus bila kehadiran aku di sebelah Hannah bagaikan tidak terkesan langsung pada mata mama Alex. Alex pula aku tak tahu ke mana. Takkanlah mama dengan papa dia datang hanya untuk berjumpa dengan Hannah? Aku menggigit bibir. Terasa hendak menangis bila mereka berdua rancak berbual. Akhirnya, perlahan-lahan aku meneruskan langkah ke hostel tanpa memberitahu mereka.
Tok... tok... tok...
Aku memerhatikan pintu yang tertutup rapat. Bunyi ketukan yang diselangi dengan suara Hannah membuatkan aku semakin malas untuk bangun dan buka selak pintu yang aku kunci. Ah! Bagusnya kalau aku boleh berpura-pura tidur dan tak sedar
“Maria... aku tahu kat kat dalam. Please, Maria. Open the door!”
Sekali lagi pintu diketuk. Aku memejamkan mata rapat-rapat. Biarlah Hannah diluar. Pandai-pandailah dia ke bilik siapa-siapa dahulu. Hati aku sakit! Tak sanggup nak memandang dia macam tak ada apa-apa. Huh! Ai Ling konon! Kenapa dia tak terus ikut sahaja kedua ibu bapa Alex ke mana-mana. Biarlah! Kalau Hannahlah yang memang hendak di’kenen’kan dengan Alex, aku sudah tidak mahu ambil peduli.
“Maria... please. Kau kena dengar apa yang aku nak cakap,” kata Hannah lagi. Dia masih tidak berputus asa memujuk aku.
Aku menutup telinga dengan bantal. Bukan setakat muka Hannah aku tak mahu pandang. Suaranya pun aku tak sudi dengar.
“Maria... please...”
Aku menarik nafas geram. Mata terpandangkan mug kaca yang terletak elok di atas meja belajar, di sebelah katil. Tanpa berfikir panjang, laju tangan mencapai gelas itu dan aku campakkan ke arah pintu.
‘Pranngg!’
Mug pecah. Aku tersenyum puas. Puas bila dapat melepaskan geram dengan cara macam tu. Tiada lagi bunyi ketukan dipintu. Hannah terdiam. Huh! Agaknya kalau dia masuk, ada mug tu kena kepala dia.
“Maria, don’t do something stupid ok? Aku sayang kau. Tapi disebabkan perasaan marah yang tengah kawal kau, aku...”
“Just go Hannah. I hate you!” jeritku.
Hannah tidak membalas. Selepas itu tiada lagi ketukan dipintu dan suaranya memujuk aku mendengar kata-katanya. Aku terasa serba salah sendiri.

“Assalamualaikum... Maria, oh Maria...”
Aku tersedar daripada tidur. Entah bila masa, aku terlena. Dengan mamai-mamai aku melangkah ke arah pintu tanpa menyedari serpihan kaca yang masih elok berada di atas lantai. Tanpa sempat mengelak, kedua-dua belah kaki sudah terpijak kaca yang bertaburan di situ. Aku terjerit.
“Maria? Maria ok ke? Kenapa tu?” suara Kak Arina sayup-sayup kedengaran di luar.
“I’m okay... bukalah pintu tu. Dah tak berkunci...” kataku dalam menahan sakit.
Pintu dibuka daripada luar. Belum sempat Kak Arina hendak melangkah masuk, laju aku memberi amaran tentang kaca yang berada di situ.
“Ya Allah... Maria, kau ok?” risau Hannah bertanya.
Aku mengangguk. Perlahan-lahan, aku mengesot ke tepi. Memberi laluan mereka berdua masuk.
“Elok-eloklah. Aku terlupa tadi nak kemas...” kataku, sedikit malu dengan kesilapan sendiri. Ikutkan sangat emosi, inilah padahnya! Akhirnya, kaca makan tuan.
“Takpelah kak, biar saya bersihkan kaca ni dulu.”
Kak Arina mengangguk. Tangannya mengutip serpihan yang tinggal manakala aku cuba untuk mengeluarkan kaca yang terbenam di dalam tapak kaki. Bibir digigit kuat. Sakit! Tak semena-mena air mata menitis ke pipi.
“Macam mana boleh ada kaca dekat sini, dik?” soal Kak Arina lembut.
Aku sudah tak tahu dekat mana hendak letak muka. Nak cakap, aku yang pecahkan? Takkan aku nak bercerita masalah aku dengan Hannah. Akhirnya aku mendiamkan diri.
“Oklah, dah bersih. Maria, darah tak habis lagi tu. Ada lagi ke kaca dekat kaki tu? Belah kiri dah habis?” tanya Kak Arina. Kemudian, dia menghulurkan surat khabar yang diletakkan kaca kepada Hannah, meminta dia membuangkannya keluar rumah.
Aku menggangguk perlahan. Menahan rasa sakit sampai tak larat hendak bercakap banyak.
“Sini, aku tengok...” kata Hannah sebelum sempat aku menegah. Dia sudah mengambil tempat duduk disebelah aku.
“Kita pergi kliniklah, Maria. Aku risau...”
Hannah membelek kedua belah tapak kaki aku yang sudah dibasahi darah. Jika dia terjumpa serpihan yang halus tertinggal, tanpa rasa geli dia membuangkannya. Riak wajahnya risau. Risau yang bukan dibuat-buat. Melihatkan air mukanya, cukup membuatkan aku terasa sedih. Sedih kerana sudah mula hendak membenci sahabat aku sendiri.
“Tak apalah, aku tak rasa aku boleh jalan. Basuh, letak ubat ni oklah...”
Hannah menggeleng perlahan. Oklah, kita basuh dulu. Kalau agak tak ok jugak, kita pergi klinik. Manalah tahu dalam ke apa. Buatnya kena infection...”
Hannah meletakkan begnya ke atas meja. Pintu almari dibuka dan sehelai kain dikeluarkan dan sebotol kecil minyak gamat dia letakkan di sebelah aku. Kemudian, dia pergi pula ke bilik air, dan keluar dengan membawa gayung berisi air bersih.
“Kak Arina tak ada apa-apa ke? Tadi kata ada meeting dengan kawan?” soal Hannah pula.
Aku sekadar memerhatikan daripada hujung mata. Ralit matanya memerhatikan Hannah membersihkan luka di kaki aku. Bibirnya tersenyum.
“Ada. Setengah jam lagi. Tadi ingat nak singgah minimart dulu, kawan akak kirim biskut. Kalau tak ada apa-apa, akak gerak dululah, ya?” dia meminta diri.
Aku dengan Hannah sama-sama mengangguk.
“Terima kasih, kak...” kataku sebelum dia menjauh. Kak Arina menganggguk. Akhirnya tinggallah aku dengan Hannah berdua di dalam bilik.
“Maria, kau larat kita ke tengah sikit? Boleh tutup pintu?” soalnya.
Aku mengangguk. Masih terasa malu dengan Hannah. Hannah hanya berlagak selamba. Seolah-olah apa yang aku katakan tadi kepada dia tak terkesan langsung.
“Hannah, kau tak marah aku?” soalku lambat-lambat.
Hannah mendongak. Bibirnya tersenyum. “Aku tak layak nak marah kau, Maria...” balasnya pendek.
“Ok, done! Boleh tak nak gerak pergi katil ni?” Hannah memandang kaki aku yang sudah berbalut dengan kain dan katil berulang kali. Bagaikan tidak yakin aku boleh berjalan bila kedua belah kaki sudah terluka.
“Boleh rasanya...”
Aku cuba untuk bangun. Hannah menghulurkan tangan untuk aku berpaut. Akhirnya, dengan perlahan-lahan, aku melangkah ke katil dengan bantuan dia. Rasa pedih yang datang sedikit sebanyak membuatkan aku terfikir. Kalau ini rasanya sakit di kaki aku, macam mana pula rasa sakit di hati dia tadi?
“Kenapa kau layan aku macam tak ada apa-apa, Hannah?” soalku perlahan.
Hannah menoleh. Pandangannya pelik. Seperti soalan yang aku tanya tak difahami. Lama Hannah terdiam. Akhirnya barulah bibir dia mula tersenyum.
“Sebab aku sayang kau. Tujuan aku berkawan dengan kau, bukan sebab sebilik masa dekat kolej ni je. Tapi sebab...”
Hannah terdiam. Nafasnya dihela perlahan.
“Sebab aku nak berkawan dengan kau sampai ke syurga. Jadi, aku taknak benda-benda kecil macam ni rosakkan friendship kita. Kalau dekat dunia kita dah bergaduh, macam mana dekat akhirat nanti?”
Aku tertunduk. Buat kesekian kalinya aku menangis---maximum part 10. minimum, part 9. hehe. maaf2. =)

2 comments:

kleo said...

hehe :) macam mana tu? min 9, max 10. LOL!
best sangat ni kak! tenkiu2! sambung lagi ye, kak :D ;)

Anonymous said...

Oh , dah nak habis dh cite ni .
Yey ! Tak sabar nak tau last2 maria dengan sapa .
Hee~
Cepat2 sambung eh kak bila free .
Best sangat2 . Thumbs up ! :)

[syaza_nadiah]