huhuhu! maaf berjuta kali maaf! saya terlalu busy dua tiga minggu ni.
tak ada masa nak duduk depan laptop untuk menyusun ayat.
insya Allah last part paling awal pun minggu depan. bila saya dah kurang busy sikit. =(
09***
Sudah hampir 3 hari aku dengan Hannah begini. Begini yang
bagaimana? Begini yang membuat hal sendiri. Ada masanya, dia cuba juga hendak
berbual macam selalu, bercerita tentang perangai budak kelas dia yang
macam-macam kerenah, bercerita tentang seseorang yang dia minat dari jauh
tetapi bertepuk sebelah tangan, bercerita tentang keletah anak saudara dia yang
kembar itu. Cuma aku saja yang terasa awkward hendak membalas kata-katanya. Aku
bukannya apa, semenjak peristiwa hari tu, aku terasa segan hendak berbual
lebih-lebih dengan Hannah walaupun dia katakan dia tak ambil hati. Tapi,
mengenangkan luka yang meninggalkan parut ni, aku terasa serba salah. Akhirnya,
aku dengan dia sama-sama tutup mulut. Tak ada langsung soalan daripada aku,
ataupun penjelasan dia tentang Ai Ling ataupun Alex.
Aku memandang pintu bilik yang tertutup rapat. Dengan
teragak-agak tangan mengetuk perlahan pintu bilik itu. Ada orang ke tak eh? Aku
mengetap bibir. Tidak lama menunggu, terdengar jawapan daripada dalam bilik.
“Masuk...!”
Aku membetulkan beg sandang yang dah nak melurut jatuh.
Perlahan-lahan tombol pintu dipusingkan.
“Assalamualaikum, kak!”
Kak Arina menoleh. Bibirnya tersenyum. “Waalaikumussalam.
Maria... masuklah!”
Pintu bilik kembali ditutup. Langkah di atur ke arah Kak
Aria yang sedang duduk di meja belajar.
“Saya ganggu ke? Akak tengah belajar ek?”
Kah Arina menoleh dengan senyuman. Pensel mekanikal yang
terselit di jari diletakkan di atas buku tebal di hadapannya.
“Bolehlah... revision. Tak adalah ganggu pun...”
Aku turut sama tersenyum. Tanpa disuruh, dengan selamba
aku melabuhkan punggung di atas katilnya yang tersusun kemas. Beg sandang
diletakkan di sebelah. Aku bermain-main dengan jari sendiri. Bibir masih tidak
bergerak, seperti tidak tahu apa yang hendak dicakapkan.
“Maria ada problem dengan Hannah ke?”
Aku terkelu. Belum sempat aku hendak menyusun ayat
sesuai, Kak Arina sudah menyoal terlebih dahulu.
“Kenapa akak tanya?”
Buku ditutup. Kak Arina bangun dan berjalan dan duduk di
atas katil kawannya.
“Masa hari Maria terpijak kaca, Hannah duduk depan pintu
bilik. And if I’m not mistaken, she was crying on that day...”
Sekali lagi kata-kata Kak Arina membuatkan aku terkelu.
Perasaan bersalah semakin bertambah. Aku menunduk dan diam. Malas mahu
memanjangkan cerita.
“Masalah kawan lelaki ke?” soal Kak Arina lagi.
“Mana akak tahu?” soalku terkejut! Hannah cerita ke?
Melampau budak ni...
“Akak teka je. Allah yang gerakkan hati akak nak teka
benda tu,” ujarya dalam tawa. “Tapi, kalau masalah Maria dengan kawan Maria tu,
kenapa bergaduh dengan Hanah pula?”
Aku menarik nafas perlahan. Aku sendiri tak tahu apa yang
berlaku, ini pula nak terangkan pada Kak Arina.
“Mak Alex tak suka saya. Dia suka Hannah. Macam mana
Hannah boleh kenal pun saya tak tahu. Tak adalah dia bercerita ke apa. Diam je
selama ni...”
Kami kembali terdiam. Hanya bunyi kipas yang ligat
berpusing di siling. Aku memerhatikan Kak Arina yang nampak tenang bila aku
bercerita tentang apa yang berlaku.
“Mungkin Hannah tak tahu macam mana nak mula. Maria
pernah tanya?”
Aku menggeleng.
“Tak apalah... nanti Maria tanyalah dia. Mesti daripada
A-Z dia cerita...”
“Dia cerita sekalipun, bukannya boleh pujuk mama Alex.
She just hate me. Peliklah! Selama berkawan dengan Alex, tak pernah pulak ada
tanda-tanda mama dia tak suka ke apa ke. Sejak jumpa mama dia hari tu, terus
dia tak suka saya berkawan dengan Alex...” rungutku. Tak puas hati juga bila
tak pasal-pasal orang tak suka kita dengan sebab tak kukuh.
“Hrm... hati manusia ni, Allah yang pegang. Mungkin bila
mama Alex tu tak suka, adalah salah satu cara yang Allah nak tunjuk, Maria
dengan Alex tak serasi. Boleh jadi, kalau Maria terus berkawan dengan dia,
Maria jadi lagi jauh daripada Allah. Mana tahu?”
“Kalau Maria teruskan jugak, sampai berkahwin sekalipun.
Tolak keluarga mertua segala... kalau Allah kata ‘no’ tetap ‘no’. Sekarang ni,
jangan fikirkan sangat pasal mama Alex. Kalau Maria memang serius, ‘rehatkan’
dulu your relationship. One day, if he really meant to be with you, Maria
dengan dia tetap bersama...” pujuk Kak Arina.
Aku mengeluh. Bersama macam mana kalau mama Alex tak
setuju. Mama dengan papa mesti tak sokong jugak kalau mama Alex menolak.
“Buat masa sekarang, betulkan dulu masalah Maria dengan
Hannah. Satu je akak nak pesan pada Maria. Pada Hannah pun akak ada cakap hari
tu. Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti
dia mengasihi dirinya sendiri. (Riwayat
Imam Bukhari dan Muslim). Jadi, kalau ada masalah dengan kawan-kawan,
bincang elok-elok. Selama ni, akak tengok Maria dengan Hannah rapat betul.
Macam kembar. Jadi, jangan sia-siakan friendship tu. Ok?” kata Kak Arina
lembut.
Aku menggosok muka dengan tapak tangan berulang kali.
Cakap memanglah mudah. Tapi, nak praktikkan... fuh! Tengok saja contoh mudah.
Aku nak pakai pashmina mana pergi pun berperang dengan perasaan dah macam apa.
“Entahlah kak... tengok jelah macam mana nanti...”
Aku merebahkan badan ke atas katil. Mata tak berkelip
memandang siling. Bilalah Hannah nak keluar ni. Bukan ke dia ada kelas lepas
ni? Ini, kasut dia pun ada dekat luar rumah. Dengan kipas bilik terpasang...
Confirm dia tak keluar lagi. Alahai...!
“So... Maria ada apa-apa lagi nak share?”
Erk! Laju aku
bangun dengan memandang Kak Arina yang memandang aku pelik.
“Tak ada
apa... err... oklah! Terima kasih ye kak. Saya balik bilik dululah...!” tanpa
menunggu balasan Kak Arina, kaki sudah melangkah ke pintu. Tombol pintu
dipulas.
“Maria...”
Aku menoleh.
“I you really
serious about that, jangan minta Alex pada mama dia. Minta Alex pada Pencipta
dia. Minta Dia yang lembutkan hati mama Alex. Ok?” sempat dia berpesan sebelum
aku keluar. Akhirnya perlahan-lahan aku mengangguk. Mengiyakan saja semua
pesanan Kak Arina.
***
“Lambat balik?”
Aku hanya menjeling
Hannah sekilas sebelum meletakkan beg ke atas kerusi. Pin yang tersemat di
pashmina aku buka. Soalannya aku biarkan tak berjawab.
“Kau tak ada
kelas?” akhirnya aku pula bertanya bila perasaan bersalah kembali bersarang.
Hannah menggeleng. Mata dia tak lari daripada memandang aku. Seolah-olah hendak
bercakap tetapi tak berani hendak meluahkan.
“Kelas aku cancel...”
Aku tidak membalas.
Badan diluruskan ke atas katil. Iphone dikeluarkan. Sebelas missed calls dan
sepuluh mesej daripada Alex aku biarkan. Tak ada hati hendak berhubung dengan
dia. Kemudian Iphone kembali diletakkan di sebelah bantal. Aku termenung
menghadap siling. Tangan diletakkan di atas dahi, seolah-olah sedang memikirkan
sesuatu
“Maria... aku dah
tak boleh tahan lagi dah. Pleaselah dengar dulu apa yang aku nak cakap. Aku
dengan Alex tak ada apa-apa. Believe me. Aku tak pernah kenal dia pun. Dan
kalau pasal Ai Ling tu...” kata-kata Hannah terhenti.
“Itu memang nama
panggilan aku kalau dengan family ayah aku. Dan, aku sendiri tak tahu Iskandar
yang papa aku selalu cerita tu Alex...!” tegasnya.
Aku mendengus
geram. “Kalau tak tahu, macam mana pulak mama Alex boleh kenal kau?”
“Old friend papa
aku. When he knew Alex dah revert to Islam, papa aku macam... well, kononnya
nak satukan aku dengan dia. Believe me, Maria. Aku sendiri tak kenal siapa Alex
tu sebelum ni. Dia duduk dengan abang dia. Kitorang pun tak pernah jumpa!”
tegas Hannah.
Aku membungkam.
Akhirnya, aku kembali duduk dengan memandang Hannah yang serius wajahnya.
“Entahlah Hannah.
Aku tak tahu nak cakap apa...” kataku akhirnya. Sedikit mengeluh mengenangkan
perkara yang berlaku akhir-akhir ini. Bukan hanya kerana Hannah yang membuatkan
aku tawar hati. Tetapi, sikap Alex merahsiakan tentang Hannah dan mama dia yang
tak pernah menyukai aku turut menjadi penyumbang.
“Kau tak payah
cakap apa-apa pun, tak apa. Janji kau percayakan aku. Aku sedih bila kita jadi
macam ni. Maria...” Hannah merenung aku. Mengharapkan aku memahami dirinya.
Aku membalas
pandangan Hannah. Akhirnya aku tersenyum. Cuba untuk menenangkan hatinya. “Aku
percayakan kau...”
Hannah terkesima.
“Aku percayakan
kau. But i think, i have to put an end to it.”
“Meaning?”
teragak-agak Hannah hendak bertanya.
Aku tersenyum
tawar.
“Aku. Alex. The
end. Aku boleh je kalau ignore his mother yang memang langsung tak boleh terima
aku. Tapi, aku tak nak nanti mama dia cakap aku ni orang Islam yang teruk bila
putuskan hubungan mak dengan anak. Dahlah memang mama dia pandang aku
semacam...” kataku yakin.
Hannah tayang muka
tak percaya. Apabila aku mengambil tuala untuk melangkah ke bilik air, dia
masih memandang dengan riak tak percaya. Pintu bilik air aku tutup. Tuala
disangkutkan di pintu sebelum aku terduduk di atas lantai. Am I that serious?
2 comments:
huhuhu! akhirnyaa! saspens, saspens!
tak sabar nak tahu ending dia. btw, thank you kak sudi meluangkan sedikit masa untuk menulis. terima kasih banyak-banyak! nanti sambung lagi ye, kak! chaiyok! ;)
Yey ! Lama dah tunggu cite ni .
Thanks eh kak ! Suka cite ni sangat2 . Tak sabar nak tau last2 Maria dengan sapa . Sambug cepat2 tau bila akak dah free . Hee .
[syaza_nadiah]
Post a Comment