Oh My Prince 11
Kenangan menaiki sampan bersama
Putera Danial tidak dapat aku lupakan. Walaupun sudah hampir tiga hari berlalu,
terasa macam baru sebentar tadi aku menghabiskan satu petang dengan dia. Niat
hendak jogging petang Sabtu hari tu
terkubur selepas insiden aku melanggar dia.
Akhirnya
kami menghabiskan masa di atas sampan dan sempat dia belikan aku belon yang
seorang badut jual di tepi tasik sebelum kami balik. Belon yang ada gambar
puteri-puteri Disney pula tu. Dia yang pilih sendiri. Tiba-tiba aku rasa macam
kanak-kanak riang balik bila berjalan balik dengan belon di tangan. Itu pun aku
naik kereta Putera Danial untuk pulang.
Aku menggelengkan kepala
mengenangkan diri sendiri yang hilang fokus di dalam kelas. Mata menjeling ke
arah Hairi yang tekun mendengar kuliah. Aku menghela nafas perlahan. Rasa
bersalah pula bila teringatkan tuan putera bila Hairi ada dekat sebelah. Tapi,
bukannya kita orang ada apa-apa pun.
Kelas tamat dua puluh minit
kemudiannya. Aku mengajak Hairi untuk lunch
di kafeteria. Dalam perjalanan ke sana, mata aku terpandangkan Putera
Danial sedang melayan sekumpulan pelajar perempuan berbual di ruang legar blok
C. Kami berjalan melintasi kumpulan putera itu. Aku menjeling ke arah Putera
Danial yang sentiasa tersenyum melayan gadis yang ada. Tak sangka jelingan aku
berbalas dengan jelingannya. Aku tertunduk. Bibir membentuk senyuman di luar
sedar.
***
“Adele, cuti ni balik kampung kan?”
Hairi menyoal sewaktu kami baru nak menjamah manakan.
“Ha’ah. Kenapa?”
“Tiket dah beli dah?”
“Belum. Beli on the spot je lah.”
“Hrm... aku tak ada dekat Alamin.
Acha sibuk mengajak ke Hong Kong. Plus,
uncle Idho dekat sana. Seminggu juga kami pergi. Kau, take care,ok? Aku cuba untuk call
at least dua hari sekali,” terangnya lalu berjanji.
Aku sekadar tersenyum manis
mendengarkan kata-kata Hairi. “Ok. Jangan risau pasal aku. Enjoy your holiday, okay?”
Hairi mengangguk. Kami menikmati
makan tengah hari dalam suasana yang paling senyap. Teringatkan lagi beberapa
hari lagi untuk cuti tiba, aku menyentuh hujung rambut yang aku warnakan dengan
warna perang. Alamak! Mujur teringat!
“Kenapa?” Hairi memandang pelik.
“Aku nak kena pergi salon.” Mahu kena bunuh aku dengan Abang
Hadi kalau balik dengan keadaan macam ni.
“Hrm... bila? Nanti aku hantarkan.”
“Tak apa. Nantilah senang-senang.
Tak jauh pun dari rumah.”
Hairi hanya mengangguk. “Kau tak
pernah bagi aku hantar kau, setiap kali balik kampung, kan?”
Aku memandang Hairi yang meminta
jawapan. Aku menghela nafas perlahan. Akhirnya sudu dan garfu aku letakkan di
tepi pinggan.
“Aku jarang balik kan kalau cuti?
Kan kalau cuti aku selalu kerja part time
dekat sini.”
Kalau balik pun bukannya buat apa.
Rasa macam tak wujud je dekat rumah tu. Masing-masing dengan urusan
masing-masing. Ada saja kerja yang ke sana ke mari. Aku menggigit bibir. Tak
suka betul bila kena ingat kampung. Lainlah kalau kita balik, ada yang
menunggu.
“Habis tu kali ni balik pula?”
“Sebab Abang Hadi telefon suruh
balik. Dia kata ada perkara nak diuruskan.”
“Perkara apa?”
Aku hanya mengangkat bahu tanda
tidak tahu menahu urusan apa yang Abang Hadi maksudkan. Aku pun tak berminat
nak ambil tahu. Hairi tidak bertanya lanjut. Selepas makan, kami berjalan pula
menuju ke Pustaka Ilmu.
***
Aku
melangkah keluar daripada salon
dengan imej aku yang asal. Rambut aku kembali lurus dan hitam warnanya.
Harap-haraplah Abang Hadi tak nampak sangat rambut ni tak senatural seperti
selalu. Sebab bila dah guna teknik rebonding,
rambut lurusnya nampak kejung sikit.
Aku
baru nak melangkah ke stesyen MRT Sapphire bila terpandangkan Reventon merah
berhenti di sebelah aku. Kereta yang sama yang pernah aku lihat dulu di kawasan
rumah aku. Kereta milik Putera Danial. Ah, Adele! Macamlah ada sebuah je kereta
ni dekat Alamin. Aku terus melangkah tanpa menghiraukan kereta itu sehinggalah
aku terdengar nama aku dipanggil kuat.
“Adlina!”
jerit kali pertama.
“Adlina
Hani!” jerit apabila jeritan kali pertama aku tidak endahkan.
Mendengarkan
nama penuh aku dipanggil, barulah aku menoleh memandang ke arah Putera Danial
yang sudah tersenyum manis. Aduh! Macam manalah dia boleh ada dekat sini. Tahu-tahu
je aku pergi sini. Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Banyak mata-mata yang
memandang ke arah dia. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Pasti ramai yang
dapat mengecam putera kedua Alamin ni. Mujur masa naik sampan hari tu, wajahnya
sedikit tertutup dengan topi dan hoodie.
Cermin mata yang dia pakai pun menyebabkan rupa dia lain sedikit.
Aku
teragak-agak untuk melangkah ke arah dia apabila melihatkan mata-mata yang
memandang. Tak ada wartawan rasanya dekat sini. Takut juga kalau muka aku
keluar muka depan surat khabar nanti. Hish! Minta simpang! Tak pasal-pasal
kecoh satu kampung tengok keadaan aku macam ni dekat Amanjaya.
“Adlina
Hani!”
Putera
Danial memanggil lagi bila matanya menangkap pergerakan aku yang perlahan-lahan
meninggalkan dia. Apabila melihatkan perhatian orang ramai mula beralih kepada
aku, aku melangkah mendapatkan Putera Danial yang masih setia menunggu. Tak
mahu makin lama, makin ramai orang yang memerhatikan kami. Akhirnya aku masuk
juga ke dalam kereta dia.
“Macam
mana tuanku boleh ada dekat sini? Saya rasa kawasan ni bukan kawasan untuk
tuanku nak membeli-belah?” soalku sebaik saja dia masuk ke dalam kereta. Putera
Danial memandu perlahan-lahan ke jalan besar.
“Jadi
tempat macam mana untuk kami membeli belah?”
“Hrm...
Dubai? Paris? London?”
Putera
Danial ketawa mendengarkan jawapan aku. Kemudian dia menarik keluar sunglass yang tergantung di bajunya dan
dia pakai. Tiba-tiba aku nampak dia sangat cool
dan handsome.
Aku
mengetap bibir. Kenapa sejak dua menjak ni, aku dah tak melarikan diri daripada
dia? Perasaan aku pada dia pun dah mula berubah. Tiada lagi rasa meluat dan
menyampah macam dulu. Pada aku dia ni sama je macam orang lain yang aku kenal.
Tengok saja macam mana aku dengan rela hatinya boleh ikut dia naik sampan di tasik
hari tu. Kalaulah Hairi tahu...
“Kamu
mahu ke mana?”
“Balik
rumah. Saya nak kemas barang-barang saya. Esok saya balik kampung.”
“Oh?
Kampung kamu di mana?”
Aku
mengerutkan dahi. Dia ni betul-betul tak tahu ke? Rasanya semua maklumat aku
ada dalam genggaman dia.
“Pelik
rasanya bila tuanku tak tahu.”
Putera
Danial tersenyum. “Takkan kami kena tahu semuanya tentang kamu?”`
Aku
mencebik. Ye ye je. Entah-entah aku pergi salon
ni pun dia tahu.
“Kamu
tak jawab lagi soalan kami.”
Aku
sedikit mengeluh.
“Tuanku
tahu saya duduk di mana. Tuanku tahu nomobor telefon saya. Tuanku tahu saya
pergi salon tadi. Takkanlah kampung
saya tuanku boleh tak tahu?”
“Ada
masanya, kami nak juga tahu tentang diri kamu daripada mulut kamu sendiri...”
“Buat
apa? Siapa tuanku pada saya sampai semua perihal saya, saya kena ceritakan?
Tuanku nak ambil tahu? We’re not even
friends!” nada suara aku mula meninggi. Marah bila dia sibuk nak ambil tahu
dan bertambah marah bila memikirkan yang dia buat-buat tak tahu.
“Oh! I thought we’re friends. Tak sangka kamu boleh mengikut stranger naik sampan bersama-sama di tasik hari tu,” katanya
selamba.
Aku
menggigit bibir bila terperangkap dengan kata-kata Putera Danial. Aduh! Terkena
lagi aku. Akhirnya aku terpaksa mengalah.
“Tanjung
Besar. Kat sana kampung saya.”
“Ok.
So, are we friends now? Kamu dah
beritahu kami di mana kampung kamu. I
believe, you don’t simply tell strangers your hometown?”
“Apa-apalah
tuanku. Saya tak kuasalah nak melayan tuanku.”
Kata-kata
aku menyebabkan Putera Danial ketawa besar. Tangannya tiba-tiba menarik keluar sunglass yang dia pakai dan digantungkan
ke kolar bajunya. Pandangannya di halakan ke arah aku dengan senyuman yang
cukup menawan.
“Kamu
percaya pada takdir, Adlina?”
Aku
diam.
“Kami
yakin kamu percaya. Adlina, takdir dah menentukan kita untuk bersama. Walau
jauh mana pun kamu larikan diri daripada kami, kita akan tetap bertemu. Kamu
mungkin tak percaya kata kami, tapi satu hari nanti kamu akan percaya.
Lagi-lagi bila kamu sudah menjadi puteri Alamin nanti. Masa tu baru kamu sedar
dengan kata-kata kami.”
Putera
Danial mengenyitkan matanya. Aku menarik muncung. Tak sudah-sudah putera ni
dengan mimpi dia. Mimpi mahu menjadikan aku suri dia. Bermimpi sajalah tuan
putera. Apa yang pasti, aku tetap tak teringin nak jadi puteri Alamin. Cukuplah
Hairi putera hati aku, dan aku puteri hati dia. Tak perlu ada yang lain.
“Jadi, kamu mahu ke mana tadi?” soal
Putera Danial dengan senyuman mengusik. Aku menayangkan muka geram. Dah cakap banyak-banyak dia
boleh lupa aku nak ke mana? “Balik ke Pangsapuri Seri Indah!”
xxxx
Saya mohon maaf kalau entry ni pendek. Huhu. Insya Allah akan update cepat sikit ye. :)
xxxx
Saya mohon maaf kalau entry ni pendek. Huhu. Insya Allah akan update cepat sikit ye. :)
5 comments:
Walau pendek tapi x pernah mengecewakan! Hihi..Keep it up. This story make my day.
Pasti tuan putera dpt memenangi hati Adele sedikit demi sedikit. Nmpk kesungguhan dia.. Adele pun dh x jual mahal walau ada ketegasan dlm diri dia.. I loike..
BEST.....
Xsbar nk tau kehidupan adele kt kpg
aiii..pendek nya..hihi suka tgok telatah putera..ciut seh..sbug laju2 taw
Makin best cite niee...keep it up ya :)
Post a Comment