::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

05 December 2013

E-Novel: Oh My Prince! 11



Oh My Prince 11
            Kenangan menaiki sampan bersama Putera Danial tidak dapat aku lupakan. Walaupun sudah hampir tiga hari berlalu, terasa macam baru sebentar tadi aku menghabiskan satu petang dengan dia. Niat hendak jogging petang Sabtu hari tu terkubur selepas insiden aku melanggar dia.
Akhirnya kami menghabiskan masa di atas sampan dan sempat dia belikan aku belon yang seorang badut jual di tepi tasik sebelum kami balik. Belon yang ada gambar puteri-puteri Disney pula tu. Dia yang pilih sendiri. Tiba-tiba aku rasa macam kanak-kanak riang balik bila berjalan balik dengan belon di tangan. Itu pun aku naik kereta Putera Danial untuk pulang.

            Aku menggelengkan kepala mengenangkan diri sendiri yang hilang fokus di dalam kelas. Mata menjeling ke arah Hairi yang tekun mendengar kuliah. Aku menghela nafas perlahan. Rasa bersalah pula bila teringatkan tuan putera bila Hairi ada dekat sebelah. Tapi, bukannya kita orang ada apa-apa pun.
            Kelas tamat dua puluh minit kemudiannya. Aku mengajak Hairi untuk lunch di kafeteria. Dalam perjalanan ke sana, mata aku terpandangkan Putera Danial sedang melayan sekumpulan pelajar perempuan berbual di ruang legar blok C. Kami berjalan melintasi kumpulan putera itu. Aku menjeling ke arah Putera Danial yang sentiasa tersenyum melayan gadis yang ada. Tak sangka jelingan aku berbalas dengan jelingannya. Aku tertunduk. Bibir membentuk senyuman di luar sedar.
***
            “Adele, cuti ni balik kampung kan?” Hairi menyoal sewaktu kami baru nak menjamah manakan.
            “Ha’ah. Kenapa?”
            “Tiket dah beli dah?”
            “Belum. Beli on the spot je lah.”
            “Hrm... aku tak ada dekat Alamin. Acha sibuk mengajak ke Hong Kong. Plus, uncle Idho dekat sana. Seminggu juga kami pergi. Kau, take care,ok? Aku cuba untuk call at least dua hari sekali,” terangnya lalu berjanji.
            Aku sekadar tersenyum manis mendengarkan kata-kata Hairi. “Ok. Jangan risau pasal aku. Enjoy your holiday, okay?
            Hairi mengangguk. Kami menikmati makan tengah hari dalam suasana yang paling senyap. Teringatkan lagi beberapa hari lagi untuk cuti tiba, aku menyentuh hujung rambut yang aku warnakan dengan warna perang. Alamak! Mujur teringat!
            “Kenapa?” Hairi memandang pelik.
            “Aku nak kena pergi salon.” Mahu kena bunuh aku dengan Abang Hadi kalau balik dengan keadaan macam ni.
            “Hrm... bila? Nanti aku hantarkan.”
            “Tak apa. Nantilah senang-senang. Tak jauh pun dari rumah.”
            Hairi hanya mengangguk. “Kau tak pernah bagi aku hantar kau, setiap kali balik kampung, kan?”
            Aku memandang Hairi yang meminta jawapan. Aku menghela nafas perlahan. Akhirnya sudu dan garfu aku letakkan di tepi pinggan.
            “Aku jarang balik kan kalau cuti? Kan kalau cuti aku selalu kerja part time dekat sini.”
            Kalau balik pun bukannya buat apa. Rasa macam tak wujud je dekat rumah tu. Masing-masing dengan urusan masing-masing. Ada saja kerja yang ke sana ke mari. Aku menggigit bibir. Tak suka betul bila kena ingat kampung. Lainlah kalau kita balik, ada yang menunggu.
            “Habis tu kali ni balik pula?”
            “Sebab Abang Hadi telefon suruh balik. Dia kata ada perkara nak diuruskan.”
            “Perkara apa?”
            Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu menahu urusan apa yang Abang Hadi maksudkan. Aku pun tak berminat nak ambil tahu. Hairi tidak bertanya lanjut. Selepas makan, kami berjalan pula menuju ke Pustaka Ilmu.
            ***
Aku melangkah keluar daripada salon dengan imej aku yang asal. Rambut aku kembali lurus dan hitam warnanya. Harap-haraplah Abang Hadi tak nampak sangat rambut ni tak senatural seperti selalu. Sebab bila dah guna teknik rebonding, rambut lurusnya nampak kejung sikit.
Aku baru nak melangkah ke stesyen MRT Sapphire bila terpandangkan Reventon merah berhenti di sebelah aku. Kereta yang sama yang pernah aku lihat dulu di kawasan rumah aku. Kereta milik Putera Danial. Ah, Adele! Macamlah ada sebuah je kereta ni dekat Alamin. Aku terus melangkah tanpa menghiraukan kereta itu sehinggalah aku terdengar nama aku dipanggil kuat.
“Adlina!” jerit kali pertama.
“Adlina Hani!” jerit apabila jeritan kali pertama aku tidak endahkan.
Mendengarkan nama penuh aku dipanggil, barulah aku menoleh memandang ke arah Putera Danial yang sudah tersenyum manis. Aduh! Macam manalah dia boleh ada dekat sini. Tahu-tahu je aku pergi sini. Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Banyak mata-mata yang memandang ke arah dia. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Pasti ramai yang dapat mengecam putera kedua Alamin ni. Mujur masa naik sampan hari tu, wajahnya sedikit tertutup dengan topi dan hoodie. Cermin mata yang dia pakai pun menyebabkan rupa dia lain sedikit.
Aku teragak-agak untuk melangkah ke arah dia apabila melihatkan mata-mata yang memandang. Tak ada wartawan rasanya dekat sini. Takut juga kalau muka aku keluar muka depan surat khabar nanti. Hish! Minta simpang! Tak pasal-pasal kecoh satu kampung tengok keadaan aku macam ni dekat Amanjaya.
“Adlina Hani!”
Putera Danial memanggil lagi bila matanya menangkap pergerakan aku yang perlahan-lahan meninggalkan dia. Apabila melihatkan perhatian orang ramai mula beralih kepada aku, aku melangkah mendapatkan Putera Danial yang masih setia menunggu. Tak mahu makin lama, makin ramai orang yang memerhatikan kami. Akhirnya aku masuk juga ke dalam kereta dia.
“Macam mana tuanku boleh ada dekat sini? Saya rasa kawasan ni bukan kawasan untuk tuanku nak membeli-belah?” soalku sebaik saja dia masuk ke dalam kereta. Putera Danial memandu perlahan-lahan ke jalan besar.
“Jadi tempat macam mana untuk kami membeli belah?”
“Hrm... Dubai? Paris? London?”
Putera Danial ketawa mendengarkan jawapan aku. Kemudian dia menarik keluar sunglass yang tergantung di bajunya dan dia pakai. Tiba-tiba aku nampak dia sangat cool dan handsome.
Aku mengetap bibir. Kenapa sejak dua menjak ni, aku dah tak melarikan diri daripada dia? Perasaan aku pada dia pun dah mula berubah. Tiada lagi rasa meluat dan menyampah macam dulu. Pada aku dia ni sama je macam orang lain yang aku kenal. Tengok saja macam mana aku dengan rela hatinya boleh ikut dia naik sampan di tasik hari tu. Kalaulah Hairi tahu...
“Kamu mahu ke mana?”
“Balik rumah. Saya nak kemas barang-barang saya. Esok saya balik kampung.”
“Oh? Kampung kamu di mana?”
Aku mengerutkan dahi. Dia ni betul-betul tak tahu ke? Rasanya semua maklumat aku ada dalam genggaman dia.
“Pelik rasanya bila tuanku tak tahu.”
Putera Danial tersenyum. “Takkan kami kena tahu semuanya tentang kamu?”­­­­­`
Aku mencebik. Ye ye je. Entah-entah aku pergi salon ni pun dia tahu.
“Kamu tak jawab lagi soalan kami.”
Aku sedikit mengeluh.
“Tuanku tahu saya duduk di mana. Tuanku tahu nomobor telefon saya. Tuanku tahu saya pergi salon tadi. Takkanlah kampung saya tuanku boleh tak tahu?”
“Ada masanya, kami nak juga tahu tentang diri kamu daripada mulut kamu sendiri...”
“Buat apa? Siapa tuanku pada saya sampai semua perihal saya, saya kena ceritakan? Tuanku nak ambil tahu? We’re not even friends!” nada suara aku mula meninggi. Marah bila dia sibuk nak ambil tahu dan bertambah marah bila memikirkan yang dia buat-buat tak tahu.
“Oh! I thought we’re friends. Tak sangka kamu boleh mengikut stranger naik sampan bersama-sama di tasik hari tu,” katanya selamba.
Aku menggigit bibir bila terperangkap dengan kata-kata Putera Danial. Aduh! Terkena lagi aku. Akhirnya aku terpaksa mengalah.
“Tanjung Besar. Kat sana kampung saya.”
“Ok. So, are we friends now? Kamu dah beritahu kami di mana kampung kamu. I believe, you don’t simply tell strangers your hometown?
“Apa-apalah tuanku. Saya tak kuasalah nak melayan tuanku.”
Kata-kata aku menyebabkan Putera Danial ketawa besar. Tangannya tiba-tiba menarik keluar sunglass yang dia pakai dan digantungkan ke kolar bajunya. Pandangannya di halakan ke arah aku dengan senyuman yang cukup menawan.
“Kamu percaya pada takdir, Adlina?”
Aku diam.
“Kami yakin kamu percaya. Adlina, takdir dah menentukan kita untuk bersama. Walau jauh mana pun kamu larikan diri daripada kami, kita akan tetap bertemu. Kamu mungkin tak percaya kata kami, tapi satu hari nanti kamu akan percaya. Lagi-lagi bila kamu sudah menjadi puteri Alamin nanti. Masa tu baru kamu sedar dengan kata-kata kami.”
Putera Danial mengenyitkan matanya. Aku menarik muncung. Tak sudah-sudah putera ni dengan mimpi dia. Mimpi mahu menjadikan aku suri dia. Bermimpi sajalah tuan putera. Apa yang pasti, aku tetap tak teringin nak jadi puteri Alamin. Cukuplah Hairi putera hati aku, dan aku puteri hati dia. Tak perlu ada yang lain.
            “Jadi, kamu mahu ke mana tadi?” soal Putera Danial dengan senyuman mengusik.            Aku menayangkan muka geram. Dah cakap banyak-banyak dia boleh lupa aku nak ke mana? “Balik ke Pangsapuri Seri Indah!”
xxxx
Saya mohon maaf kalau entry ni pendek. Huhu. Insya Allah akan update cepat sikit ye.  :)

5 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Walau pendek tapi x pernah mengecewakan! Hihi..Keep it up. This story make my day.

Pasti tuan putera dpt memenangi hati Adele sedikit demi sedikit. Nmpk kesungguhan dia.. Adele pun dh x jual mahal walau ada ketegasan dlm diri dia.. I loike..

Unknown said...

BEST.....

Unknown said...

Xsbar nk tau kehidupan adele kt kpg

eija said...

aiii..pendek nya..hihi suka tgok telatah putera..ciut seh..sbug laju2 taw

nursyahira bt saiful said...

Makin best cite niee...keep it up ya :)