::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

30 June 2015

E-novel: Cinta Luar Biasa 02

Cinta Luar Biasa 02
            Aiza terus meletakkan plastik berisi cakoi di atas meja kopi. Mood hendak makan pun sudah hilang entah ke mana sejak kemalangan kecil tadi. Dia membuka selendang yang menutupi kepalanya seharian. Lega rasanya bila sudah tidak bertudung begini. Sungguhlah mengikuti suruhan Tuhan itu bukan perkara yang mudah. Kalau iman dan taqwa itu tak sekuat mana, memang selamba saja berjalan keluar dengan kepala yang togel macam dulu. Moga Allah tidak membolak-balikkan hatinya selepas dia berhijab ni.

Dia mula memakai tudung pun bila tersentuh dengan tindakan Muna yang sering mengajaknya membeli-belah dan mencari tudung. Pada masa itu, Aiza masih lagi belum bertudung. Macam manalah nak bertudung? Mama dengan papa pun bukan hiraukan sangat kalau dia pakai apa pun. Kata mama, ‘Kak Ngah sudah besar panjang. Pandai-pandai Kak Ngahlah nak fikirkan mana baik, mana buruk.’ Tapi bila dia mula pakai tudung, gaya mama macam tak restu pula. Macam-macam dugaan nak buat kebaikan ni.
Jadi berbalik kepada cerita tadi, sewaktu dia menemani Muna membeli tudung untuk majlis makan malam syarikat, dia pun cubalah sarung beberapa jening tudung yang terdapat di kedai tu. Tiba-tiba dia rasa wajahnya lagi cantik sewaktu bertudung. Nampak manis dan sopan sangat. Lalu pada saat itu, satu perasaan muncul di dalam hatinya untuk cuba memakai tudung. Cik adik yang menjadi jurujual di situ siap memuji lagi dan mencadangkan beberapa helai tudung yang dia rasakan sesuai dengan kulit Aiza. Muna? Tersenyum lebar bila tahu Aiza memasang niat untuk berhijab. Lalu tiga helai tudung yang Aiza pilih Muna bayarkan sebagai hadiah.
Aiza merebahkan tubuhnya ke atas katil. Bunyi hujan yang menimpa bumbung rumah masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Housemate yang lain masih belum pulang dari kerja agaknya. Tiba-tiba ingatannya melayang kepada peristiwa di pasar malam tadi. Macam mana keadaan Zaid agaknya? Sudahlah hujan lebat tak reda lagi. Masih di kaki lima kedai ataupun sudah sampai ke destinasi dia tadi.
Aiza menghela nafas berat. Perasaan dia sewaktu mendengar bunyi dentuman dan motor jatuh tadi memang tak boleh digambarkan. Takutnya dia, gelabahnya dia, hanya Tuhan yang tahu. Mujur juga Zaid tak ada apa-apa. Keadaan motor Zaid saja yang dia tak tahu. Tapi, tak apa... dia sudah meninggalkan nombor telefonnya pada Zaid untuk Zaid hubungi kalau ada apa-apa hal. Dan yang lagi penting, mujur Zaid tidak memarahi dia dengan teruk. Pernah dia menyaksikan sebuah kemalangan kecil antara dua kereta, masing-masing bergaduh sebab tak mengaku kesalahan sendiri. Tapi tadi, Zaid tak marah, dia mengurat pula. Aiza ketawa sendiri. Geli hati bila teringatkan kiasan Zaid tadi. Alahai... encik Zaid.
***
Zaid membuka plaster yang ditampal cik gadis petang tadi. Aiza. Bibirnya tiba-tiba saja mengukir senyuman bila mengingatkan sepotong nama itu. Sebaik saja hujan reda tadi, dia terus mendapatkan mak dengan ayahnya yang sedang duduk di gerai menjual cakoi. Alhamdulillah, hujan lebat hanya berlarutan selama setengah jam. Sebaik saja hujan berhenti, orang ramai mula mengunjungi semula pasar malam di dataran.
“Kenapa dengan tangan kamu tu, Zaid?” tegur Mak Cik Marwah bila terpandangkan tangan anak lelakinya berbalut plaster. Zaid hanya tersengih.
“Jatuh motor tadi, mak. Tak perasan ada kereta tengah mengundur...”
Mak Cik Marwah menggeleng mendengarkan jawapan Zaid. Bukan baru sekali Zaid jatuh motor kerana kemalangan kecil. Sudah berkali-kali! Itu pun masih leka semasa menunggang. Tak serik-serik! Mujur jugalah tak apa-apa. Kalau terpelanting ataupun dilanggar kereta dari belakang? Nauzubillah. Moga Allah melindungi anak lelakinya ini. Anaknya bukan ramai benar. Cuma si Zaid inilah yang menjadi harapan keluarga untuk membantu adik-adiknya yang lain.
“Hati-hati bawa motor tu, Zaid. Orang bukanya perasan kalau kita menyelit celah-celah kereta. Mujurlah kamu tak apa-apa...” ujar Pak Cik Atan yang sejak tadi menjadi pendengar bersuara.
“Iya, ayah. Zaid akan beringat lepas ni.”
“Habis tu, boleh ke tolong kami ni? Kalau tak boleh, kamu baliklah sajalah dulu. Nanti malam sikit kamu datang, tolong ayah dengan mak kemas semua ni.”
“Boleh rasanya tolong sikit-sikit. Tak payah baliklah, ayah. Bukan teruk sangat lukanya. Malas pula rasanya nak balik,” Zaid memerhatikan sekeliling gerai, mencari apa-apa kerja yang boleh dia bantu. Mak Cik Marwah sedang melayan seorang pelanggan yang meminta cakoi.
“Kalau macam tu, kamu sambung goreng cakoi ni. Ayah nak pergi solat Asar sekejap. Tangan tu jangan lupa basuh. Kita meniaga ni, nak beri orang makan. Bila beri orang makan, buat macam mana kalau kita sediakan makanan kita. Bersih.”
Sempat Pak Cik Atan menasihatkan anak lelakinya itu sebelum bergerak ke surau. Zaid terangguk-angguk mendengarkan amanat ayahnya itu. Kalau difikirkan, cerewet! Tapi disebabkan perkara itu juga ramai yang suka dengan cakoi Pak Cik Atan. Berkat agaknya bila meniaga dengan niat yang baik. Selepas membasuh tangan dengan sedikit air pair yang dibawa ayahnya, Zaid bertukar tempat dengan Pak Cik Atan. Mana cakoi yang sudah siap di masak diangkat.
“Motor kamu macam mana? Teruk ke? Kereta tu pula?” soal Mak Cik Marwah ingin tahu. Tadi perbualan mereka terganggu bila ada pelanggan datang membeli cakoi. Inilah baru dia dapat menyambung soal siasatnya terhadap Zaid.
“Motor adalah pecah-pecah sikit. Tak ada apalah mak. Dah settle dah dengan perempuan  tu tadi,” jelas Zaid ringkas. Malas hendak bercerita lebih-lebih tentang keadaan motor dan kereta Aiza memandangkan tiada apa yang serius.
“Perempuan ke yang memandu? Hrm... itulah dia. Berangankan apa pun tak tahulah!” bebel Mak Cik Marwah.
Zaid tersengih sendiri. “Hai, mak? Kutuk kaum sendiri nampak?”
“Tak adalah. Tapi, macam mana sampai boleh terlanggar kamu? Itu kalau tak cuai itu apa namanya? Tak berhati-hati...!” tambah Mak Cik Marwah lagi. “Habis tu, dia tak bagi apa-apa duit saguahati ke nombor telefon ke?”
“Hish mak ni... Zaid pun salah. Tapi adalah dia bagi nombor telefon kalau apa-apa...”
Zaid mengeluarkan sekeping kertas dari dalam kocek seluarnya. Kertas putih yang tertulis nama Aiza juga nombor telefonnya dilayangkan sekali lalu di hadapan maknya. Kemudian dia masukkan kembali ke dalam kocek seluar. Hish. Harta berharga ni. Tak boleh hilang.
“Hah. Nanti apa-apa telefon je dia. Jangan biar dia lepas tangan lepas langgar orang. Kita bukan boleh percaya sangat orang ni. Biar dia bertanggungjawab sikit.”
“Iyalah... iyalah...” balas Zaid pendek. Tak suka bila maknya beranggapan yang bukan-bukan sedangkan dia yakin Aiza sendiri turut terkejut dengan apa yang berlaku tadi.
Itu kisah petang tadi sewaktu tiba di gerai cakoi mak dengan ayahnya. Teringatkan nombor telefon Aiza, Zaid mencampakkan plaster dan kapas di tangan ke dalam bakul sampah. Tangannya menyeluk kocek seluar. Eh? Tak ada? Mana pula aku letak kertas tadi ni? Zaid membuka seluar jeans yang dipakai. Puas dia membelek satu demi satu kocek yang terdapat di seluarnya. Namun hampa. Kertas yang dihulurkan Aiza petang tadi tiada padanya. Hatinya mula rasa gelisah. Aduh! Baru sebentar tadi dia tersenyum lebar mengingatkan wajah Aiza. Kali ini, senyumannya pudar bila wajah itu mula menjadi samar-samar dan menjauh. Argh! Peluang untuk mengenali Aiza hilang begitu saja.
“Abang Zaid...” tiba-tiba pintu bilik dibuka. Namun dengan cepat pintu itu di tutup. “Aaa...! Sorry! Imah tak sengaja!” terdengar suara Za’imah menjerit dari luar. Nasib baiklah tak nampak yang bukan-bukan. Fuh!
Zaid yang terkejut adiknya membuka pintu secara tiba-tiba terkaku. Haih! Nasib baiklah ada seluar lain aku pakai. Cepat-cepat dia mencapai kain pelekat yang dia campakkan ke atas katil petang tadi. Kemudian dia keluar dan mencari adiknya Za’imah. Za’imah yang berdiri di dapur hanya mampu menghadiahkan senyuman bersalah kepada abangnya. Tak sempat dia hendak melarikan diri, Zaid sudah menjentik dahinya kuat.
“Aduh...! Sakitlah abang!” marah Za’imah.
“Lain kali nak masuk bilik orang, ketuk pintu dulu. Bila orang cakap ‘okey, boleh masuk’ baru buka pintu. Faham?” tegur Zaid serius. Sudahlah dia kehilangan nombor Aiza, ini adiknya pula saja buat hal mencari kemarahannya.
Za’imah memuncung. Bukannya dia sengaja. Dia tak sengaja. Faham, tak? Sama juga dengan kes kemalangan abangnya petang tadi. Tak sengaja! Tapi dengan abangnya ni bukannya boleh menjawab. Nanti tak pasal-pasal kena jentik di dahi buat kali kedua.
“Ada apa cari abang?”
Za’imah muncung. Namun dia tetap menghulurkan sekeping kertas ke arah abangnya. “Ni. Kertas ni terjatuh tadi masa abang keluarkan keluarkan kunci dari kocek seluar,” katanya geram. Tak puas hati sebab dijentik tadi.
Zaid memandang kertas yang Za’imah hulurkan. Bercahaya matanya bila terpandangkan nama Nuraizzah di situ. Sebuah senyuman terbit di bibirnya. Tiba-tiba tubuh Za’imah ditarik ke dalam pelukan.
“Terima kasih, Imah...!” ujar Zaid lalu mengambil kertas itu. Kemudian, cepat-cepat berlari masuk ke dalam bilik. Telefon bimbitnya di capai dan nombor telefon Aiza dia tekan satu demi satu. Za’imah mengerutkan dahi. Apa ke peliknya abang aku ni malam ni? Takkanlah terjatuh motor sampai bagi kesan dekat otak, kut? Kepala bergetar ke apa ni?
***
Aiza yang baru terlena tersentak bila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia merengus perlahan. Sudahlah keletihan satu hari. Penat mental yang secara tidak langsung menyebabkan fizikalnya turut penat. Baru dia dapat berehat, ada pula orang yang sibuk memanggil. Menggagau tangan Aiza mencari telefon bimbit dengan mata terpejam. Baru jarinya menyentuh hujung telefon bimbit Samsung itu, telefonnya berhenti berdering. Aiza merengus lagi. Kacau! Dia sudah bersedia hendak tidur buat kali kedua bila dirinya dikejutkan dengan bunyi nyaring telefon bimbitnya. Haih! Ada apa ni? Akhirnya Aiza bangun. Dalam keadaan marah telefon itu dicapai. Nama Nizam terpapar di skrin telefon. Aduh... malas sungguh dia hendak melayan Nizam pada waktu-waktu begini.
“Assalamualaikum...” ucapnya sebaik saja panggilan dijawab. Mata memerhatikan jam loceng di kiri katilnya. Sepuluh setengah malam. Ada apa sajalah lelaki ni nak waktu-waktu begini?
“Waalaikumussalam. Dah tidur ke?” soal Nizam kembali. Dahinya berkerut mendengarkan suara Aiza yang bagaikan baru bangun tidur.
“Hrm... ada apa, Nizam?”
“Hai? Awalnya tidur? Baru pukul sepuluh setengah dah tidur? Takkanlah kerja dalam pejabat pun letih sangat? Kerja dalam air-cond kut?”
Nizam ketawa kecil. Mengusik. Namun kedengaran seperti menyindir di telinga Aiza. Soalan-soalan yang Nizam berikan pun membuatkan suhu kemarahan dia meningkat. Aiza menarik nafas dalam-dalam. Inilah satu yang dia tak suka pada Nizam. Suka sangat memandang rendah orang lain dan bajet bagus.
“Awak bukannya kerja luar macam saya. Berpanas, berhujan...” sambung Nizam lagi.
“Iya, Nizam. Saya baru terlelap dan saya memang letih. Saya tahu awak kerja lagi teruk daripada saya. Jadi kenapa awak tak tidur lagi? Ada apa call saya malam-malam ni?”
Aiza membuat muka. Sebelum suhu kemarahan dia semakin meningkat dan menyebabkan termometernya meletup, lebih baik dia hentikan bebelan Nizam yang semakin lama semakin menyakitkan hati. Entah kenapalah dulu dia sambut salam perkenalan lelaki ni. Tapi itulah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi semakin dia kenal Nizam, bukan berputik rasa cinta, semakin menyampah dia dibuatnya. Huh!
“Tak ada apa. Saja telefon. Sejak bila saya tak boleh telefon awak, Aiza? Selama ni awak layan je saya tak kisah pukul berapa saya telefon awak?” persoal Nizam lagi.
Semakin lama dia merasakan Aiza semakin jauh daripadanya. Entah kenapa, niatnya untuk berkawan dengan Aiza dan mengenal hati budi antara satu sama lain bagai memberitahu mereka tak serasi. Tapi, dia tak sanggup hendak melepaskan Aiza terlalu awal. Masakan dalam masa setahun dia boleh mengenali Aiza luar dan dalam?
“Nizam... saya alami hari yang teruk hari ni. Saya minta maaf tapi saya letih sangat. Awak telefon lain kali, ya?” ujar Aiza cuba berlembut.
Hendak menceritakan tentang kemalangan kecik tadi, memang tidaklah. Nanti kalau dia cerita, entah apa pula kata-kata yang keluar daripada mulut Nizam yang akan membuatkan dia rasa menyampah. Pada Nizam, mungkin ia satu nasihat atau perkongsian atau apa-apa saja yang untuk kebaikan. Tapi untuk Aiza,  setiap kata-kata itu akan menjadi suatu yang akan merendahkan Aiza dan menunjukkan diri Nizam itu bagus serba-serbi. Siapa yang suka?
“Kenapa ya Aiza? Makin lama saya rasa makin jauh dengan awak...”
Aiza mengeluh. Tak faham-faham lagi ke lelaki ni? Bila aku menjauhkan diri tu maknanya aku tak berminat untuk serius dengan kau? Kenapa susah sangat nak faham?
Sorry Nizam. Saya memang betul-betul penat. Minggu ni saya memang sibuk sangat. Banyak kerja nak kena uruskan dan jadual saya penuh dengan meeting minggu ni. Kita jumpa weekend ni, ya?”
Nizam mengeluh. Susah bila berkawan dengan perempuan yang lagi workaholic berbanding dirinya. Bila sudah sibuk dengan kerja, diajak berbual pun sudah tak mahu lagi. Mungkin aku kena belajar menjadi lebih memahami, getus hatinya.
“Okey Aiza. Goodnight! Sweet dream, sayang...” lembut suara Nizam menampar gegendang telinga Aiza.
“Hrm... goodnight!”
Talian dimatikan. Aiza mencebik. Sayang. Mudah sangat berkata sayang sedangkan pada mulanya mereka bersetuju hanya untuk berkawan saja dulu. Tiba-tiba sekarang, Nizam sudah pandai menuturkan kata sayang. Dia tak suka. Dia tak rela menjadi ‘sayang’ orang yang dia tak sayang. Mungkin dah sampai masanya untuk dia berterus-terang kepada Nizam yang hubungan mereka tak akan ke mana. Titik!
xxx
Perasaan saya menulis CLB ni sama dengan perasaan saya menulis OMP. Haha.
Kalau OMP dulu siap dalam masa 8 bulan, mana tahu ini siap dalam masa 5 bulan? *wah berangan sangat!
Apa-apa pun, terima kasih kerana membaca dan jemputlah beri komen untuk saya bertambah semangat. Kikiki.
7Y.o.L dengan KS sat naaa... mood nak menulis tak mai lagi. Kita teruskan yg mana kita berkobar-kobar dulu. Haha! ;)

4 comments:

Unknown said...

Chayok2 ya..

aku_dia said...

Tq kak abby. :*

Basyirah Abd Rahman said...

Ahaa.. Ok cerita ni.. Tp dpt agak mst nnt berlaku konflik cinta tiga segi ni. hahah

ninaa said...

Best...nk lg