::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

08 January 2016

Mininovel: Kasih Suci 14



Kasih Suci 14
“Kenapa Suhaila tolak? Suhaila tak percayakan abang?” soal Thaqif. Pasti dia baru mendapat perkhabaran tentang penolakan aku daripada Mak Cik Jas. Aku menghela nafas berat. Tak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Thaqif. Mujurlah aku berseorangan di bilik. Penat melayan Mak Cik Jas dan Pak Cik Yunus siang tadi menyebabkan aku mengambil keputusan untuk berehat saja di bilik malam ini.

“Bukan tak percaya tapi, apa orang kata kalau kita berdua bersama? Bertunang dengan Izzat, kahwin dengan abang ipar dia pula.”
“Suhaila, hidup kalau nak dengar dan ikut kata-kata orang, tak bahagia kita...”
“Ila tahu...” balasku pendek. Tak tahu apa lagi yang patut aku katakan. Tiba-tiba rasa kekok serba-serbi. “Lagipun, Ila belum bersedia lagi untuk jalinkan hubungan dengan sesiapa. Biarlah hati Ila terubat dulu...” tambahku lagi.
“Abang ikhlas masa minta mak sampaikan hajat abang. Bukan sebab abang rasa bertanggungjawab dengan apa yang Izzat dah buat. Tapi abang memang betul-betul ikhlas nak memperisterikan Suhaila. Jadi suami buat Suhaila. Kita bina keluarga kecil kita. Kita jadi ibu bapa yang terbaik untuk Irfan dan adik-adik dia kalau ada rezeki kita nanti...”
Aku tersenyum pahit. “Ada kemungkinan untuk Ila susah nak mengandung, abang... Mungkin itu salah satu sebab yang buat Izzat berubah hati...” jawabku lirih.
“Apa maksud Suhaila?”
Aku diam. Tidak terasa hendak menerangkan apa yang aku maksudkan tadi.
“Sudahlah, bang. Bagi Ila masa bertenang dulu. Kalau ada jodoh, insya Allah. Kalau tidak, ada yang lebih baik. Ila harap kita masih boleh berkawan macam biasa.”
“Suhaila... bagi abang peluang...”
“Abang, Ila harap abang faham maksud Ila. Jangan paksa Ila...” ujarku perlahan.
Thaqif mengeluh di hujung talian.
“Irfan tengah buat apa? Dia dah tidur ke?” soalku cuba mengubah topik.
“Ada ni. Ajak tidur, tak nak. Tengah tengok Robocar Poli dia.”
Aku tersenyum nipis. Rindu pula dengan keletah Irfan yang mencuit hati.
“Nak ajak abang main dengan dialah tu. Seharian tak jumpa ayah, malam-malam macam inilah dia nak bermanja...”
“Hrm... kalau ada Acik Ila dia, lagi seronok agaknya...”
Aku diam. Tahu niat Thaqif disebalik kata-katanya itu.
“Suhaila... abang bukan nak mendesak. Tapi abang minta sangat Suhaila fikirkan balik lamaran abang. Ambillah sebanyak masa pun yang Suhaila perlukan,” pujuk Thaqif.
Aku menghela nafas perlahan. Sedikit sebanyak perasaan aku terusik dengan kata-katanya yang lembut tadi.
“Iyalah. Nanti Ila fikirkan semula. Tapi bukan dalam waktu yang terdekat ini Ila beri jawapan.”
Balasan aku disambut baik oleh Thaqif. Aku jadi tertanya-tanya sendiri dengan sikap dia. Kenapa tiba-tiba dia mengambil keputusan sedrastik ini? Melamar aku sebaik saja pertunangan aku dengan Izzat diputuskan secara rasmi? Perbualan aku dengan Thaqif terganggu apabila kedengan suara riuh Irfan di hujung talian. Pasti dia tak puas hati kerana ayahnya tidak mengendahkannya. Tergelak kecil aku dibuatnya apabila mendengar Thaqif menimang Irfan. Dia memang ayah yang baik. Dan aku pasti, dia juga merupakan calon suami yang baik.
***
Dua bulan berlalu begitu saja. Sepanjang dua bulan ini, aku menyibukkan diri dengan urusan kerja agar tidak terperangkap dengan rasa kecewa akibat putus tunang. Namun, tidak semudah itu untuk aku meneruskan kehidupan dan menganggap seperti tiada apa yang berlaku. Sesekali, gatal juga tangan membuka Facebook Izzat. Ingin melihat perkembangannya yang terbaru. Namun hampa. Kali terakhir Izzat mengemaskini laman Facebooknya pun sewaktu dia pulang ke Sarawak selepas memutuskan pertunangan kami.
Aku menekan pangkah di tetingkap Google Chrome. Mata menjeling jam sekilas. Sudah hampir pukul enam. Masa untuk pulang. Selesai mengemas meja, aku bangun dan berjalan ke arah pintu utama. Kad ID aku tapkan di alat pengimbas sebelum aku keluar daripada pintu itu. Saat aku keluar dari pintu pejabat, mata aku sudah terpandangkan kereta Thaqif yang menunggu di tempat parkir. Lantas langkah aku hayunkan ke arah kereta lelaki itu.
“Lama abang tunggu?” soalku sebaik saja duduk di sebelahnya.
Thaqif menggeleng. “Tak lama pun. Adalah lima minit tadi.”
Aku membetulkan duduk. Apabila melihat aku sudah selesa, Thaqif memandu kereta keluar daripada tempat parkir.
“Nak makan dulu ke, nak terus balik rumah?”
Belum sempat aku menjawab, perut aku sudah terlebih dahulu berbunyi. Thaqif sudah ketawa besar. Malunya! Rasa nak sembunyi saja sekarang ni. Aku mencubit diri sendiri. Kurang asam jawa punya perut! Kena sangat masa dia berbunyi tadi.
“Kita makan dululah kalau macam tu...” ujarnya tersenyum-senyum.
“Okey. Tapi tak apa ke tak ambil Irfan dulu? Kesian mak cik jaga seharian.”
“Tak apa. Mak tahu abang keluar dengan Suhaila.”
Jawapan Thaqif bagaikan menjerut leher aku. Aku tak nafikan, sejak kebelakangan ni, kami kerap keluar bersama. Tambahan pula, rumah kami dalam satu taman yang sama. Jika tak keluar makan malam bersama pun, pasti Thaqif akan bertanya kalau aku nak kirim apa-apa untuk dia hantarkan ke rumah. Sedikit sebanyak, hubungan kami semakin rapat.
Tetapi, bila dia menyebut perkara tadi, aku janji malu sendiri. Sudahlah putus tunang dengan anak lelaki dia. Kemudian, dia risikkan aku untuk anak menantu dia ni. Silap aku ke atas semua yang terjadi? Lama aku tidak jumpa dengan Mak Cik Jas. Kali terakhir jumpa dia pun sewaktu dia datang ke rumah keluarga aku di kampung. Bukan tak ada dia mengajak ke rumah dia. Cuma, aku je yang malu hendak menunjukkan muka.
“Kenapa tiba-tiba diam?” tegur Thaqif bila lama aku hanyut dalam lamunan.
“Hrm?”
“Suhaila... senyap je hari ni?”
Aku menghadiahkan sebuah senyuman buat lelaki itu. “Tak ada apa. Banyak kerja sikit tadi. Letih...” keluhku perlahan.
“Jangan bawa masalah kerja sampai ke rumah, Suhaila. Kena ada work-life balance. Ini dah berapa tahun ni kerja, sampai abang kena ingatkan?”
Aku ketawa kecil mendengarkan bebelannya.
“Ketawa pula...” Thaqif menjeling aku sekilas. Namun sempat aku menangkat sebuah senyuman yang terbit di bibirnya.
“Kenapa abang suka panggil nama penuh Ila?” soalku ingin tahu. Dulu setiap kali dia memanggil aku begitu, aku anggap ia sebagai formaliti.
“Hrm... sebab setiap kali abang sebut nama Suhaila, abang teringatkan lagu Ways...”
Aku tercengang-cengang. “Lagu apa ye?”
“Lagu ‘Keranamu Suhaila, akanku tunggu sampai bila-bila...’. Kan itu lagu zaman kita muda-muda dulu. Tak ingat?”
“Zaman muda? Sekarang dah tua ya? Ila muda lagi tau!” aku ketawa kecil.
“Muda apanya. Beza umur kita lima tahun je...”
“Oh... abang tiga puluh lima?” soalku sedikit terkejut. “Ingatkan empat puluh...”
“Kenapa? Abang nampak tua sangat ke?”
Aku mengangguk. “Mungkin abang banyak berjemur, kerja site agaknya...”
“Mungkin juga.”
Diam. Aku memerhatikan jalanraya yang penuh dengan kenderaan sementara Thaqif leka dengan pemanduannya. Tiba-tiba telingaku menangkap suara Thaqif menyanyikan lagu Keranamu Suhaila dengan nada perlahan. Entah kenapa, setiap patah perkataan yang dia ungkapkan bagaikan ditujukan kepada aku. Aku menelan air liur.
“Suhaila...” panggilnya tiba-tiba.
“Ya?”
“Dah dua bulan. Lama lagi masa yang Suhaila perlukan?”
Aku terkelu. Tak tahu apa jawapan yang patut aku berikan kepada dia.
“Beri Ila sedikit lagi masa, abang...” pintaku.
“Ila tak percayakan abang?” dia mengulangi soalan yang pernah dia tanyakan dahulu.
“Bukan soal tak percaya. Kalau tak percaya, Ila tak ada dengan abang sekarang.”  
“Habis tu, sampai bila Ila nak hubungan kita tergantung macam ni? Tak manis kerap sangat kita keluar berdua macam ni, Suhaila...” ujarnya cuba memujuk aku.
Aku sedikit tersenyum apabila dia memanggil nama panggilan aku. Rasa lebih rapat dan mesra.
“Tunggulah sebulan dua lagi...”
“Kenapa mesti kita buang masa Suhaila kalau hati kita punya rasa yang sama?” Thaqif sedikit mengeluh.
“Suhaila, jujur abang cakap, sejak kali pertama abang jumpa Ila, abang dah jatuh hati. Tapi abang nafikan apa yang abang rasa. Sehinggalah Ila muncul sebagai tunang Izzat. Ila tahu tak betapa susahnya abang nak terima kenyataan? Lagi-lagi bila melihat betapa manjanya Irfan dengan Ila. Abang rasa nak memiliki diri Ila hanya untuk kami...”
“Tapi abang cuba pandang dari sisi yang lain. Abang anggap perasaan abang itu satu kesilapan. Silap abang yang memungkiri janji-janji abang dengan arwah Liana semasa dia masih hidup dahulu. Tapi ternyata tindakan abang itu silap. Abang tetap perlukan seseorang untuk bersama abang. Yang menjadi suri di hati abang, menjadi ibu buat Irfan. Dan kalau Ila perasan, sampai satu tahap abang cuba mengurat tunang adik ipar abang sendiri...” perlahan Thaqif menuturkan. Namun dia nampak tenang. Yakin dengan apa yang dia katakan.
Aku kehilangan kata-kata. Tak tahu hendak memberikan reaksi yang bagaimana. Tambahan pula, inilah kali pertama Thaqif menyuarakan seluruh isi hati dia yang dia simpan selama ini.
“Fikirkan Ila. Abang bagi Ila masa seberapa lama yang Ila perlukan...”
***
Hujung minggu itu, aku ke rumah Mak Cik Jas, melawat bakal mertua tak jadiku. Sempat aku singgah di warung dalam taman perumahan aku untuk membeli sedikit kuih-muih untuk dibawa ke rumah Mak Cik Jas. Keadaan rumah Mak Cik Jas sama saja seperti waktu-waktu aku menziarahinya dahulu. Tiada apa yang berubah. Selepas memberi salam dan dijemput masuk oleh Pak Cik Yunus, aku terus melangkah ke dapur, tempat yang aku yakin di mana Mak Cik Jas berada.
“Assalamualaikum mak cik!” tegurku sewaktu melangkah masuk ke dapur dengan niat hendat memeranjatkan wanita itu. Namun sebaliknya yang berlaku.
“Waalaikumussalam...” balas satu suara yang sedikit garau. Aku terkesima. Izzat sedang berdiri dengan memegang sebuah muk yang penuh berisi air.
“Ila sihat?” soalnya tenang.
Melihatkan ketenangannya, aku pula yang gelabah. Tidak terusikkah dia bila berjumpa dengan aku?
“Alhamdulillah. Izzat?”
“Alhamdulillah...” balasnya ringkas. “Duduklah dulu, mak pergi bilik air tadi. Sekejap lagi keluarlah tu,” sambungnya.
Aku mengangguk tanpa sebarang kata. Teringatkan kuih-muih yang aku beli tadi, aku menghulurkan ke arah Izzat. Kalau dia boleh berlagak selamba seperti tiada apa-apa, kenapa tidak aku? Izzat memandang bungkusan plastik yang aku hulurkan.
“Kuih. Ila beli tadi dalam perjalanan nak ke sini...”
“Oh... okey. Terima kasih Ila...”
Aku mengangguk. Baru hendak menghayunkan langkah ke ruang tamu. Namun belum pun sampai tiga langkah, aku berpatah balik.
“Izzat?” panggilku perlahan.
Izzat yang sedang memindahkan kuih-muih ke dalam piring menoleh. “Ya?”
Aku menelan air liur. Teragak-agak untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati. “Kenapa kita jadi macam ni? Ila rasa tak adil dengan apa yang Izzat dah buat pada Ila,” ujarku meluahkan rasa hati.
Izzat merenung aku lama. “Dah dua bulan lebih, Ila. Move on. Izzat dah cakap hari tu kan yang Izzat cintakan Nabihah?”
Aku menggeleng. “Secara tiba-tiba? Lepas Izzat bagi Ila harapan, Izzat hancurkan sekelip mata je. Apa yang ada dalam fikiran Izzat ni?” marahku. Entah kenapa, rasa marah membuak-buak. Benar seperti apa yang Izzat katakan. Aku masih belum move on. Kalau sudah, masakan aku selalu membuka profil Facebook miliknya?
“Abang Thaqif perlukan Ila. Dan Ila cintakan dia...” kata Izzat yakin.
“Hah! Tiba-tiba timbul isu Abang Thaqif pula?”
“Ila pun cintakan dia, kan?” uji Izzat.
Aku melan air liur. “Siapa Izzat nak menjangka hati Ila? Mana Izzat tahu siapa yang Ila cinta, siapa yang tidak?”
            Izzat tenang. “Daripada cara Ila berinteraksi dengan Thaqif dan boleh nampak. Abang Thaqif sendiri mengaku sayangkan Ila dan minta maaf pada saya. Ila...”
            Aku sedikit terkejut. Tak sangka seberani itu Thaqif meluahkan perasaan dia pada Izzat. Aku menggeleng perlahan. Tak percaya dengan kata-kata Izzat. Tetapi, teringatkan perbualan bersama Thaqif tempoh hari, ada kemungkinan apa yang dinyatakan Izzat itu benar.
“Sampai satu tahap abang cuba mengurat tunang adik ipar abang sendiri...”
“Tapi Izzat tak bincang dengan Ila dulu. Izzat terus ambil keputusan untuk putuskan pertunangan kita...” keluhku perlahan.
“Bukankah itu keputusan yang terbaik, Ila?”
Izzat merenung aku tepat ke dalam mata aku. “Izzat rasa Izzat yang jadi orang ketiga di antara abang Thaqif dengan Ila. Lagipun Ila, kita baru di fasa perkenalan. Sedangkan Abang Thaqif dengan Ila sudah mesra dan ada persefahaman. Terima hakikat, Ila... Izzat yakin, Abang Thaqif yang selayaknya menjadi suami Ila...”
Aku kehilangan kata-kata. Nafas aku hela perlahan. Tanpa sebarang pamitan aku berlalu ke ruang tamu. Namun, langkah aku terhenti. Masih ada sesuatu yang aku hendak bertanya kepada dia.
“Jadi, Nabihah hanya sebagai alasan?”
Izzat terpempan. Lama baru dia membuka mulut untuk memberikan jawapan.
“Bila kita sayang dan kasihkan seseorang tu, Ila... tak bermakna kita kena kahwin dan hidup dengan dia seumur hidup. Tetapi mendoakan dia bahagia dalam hidup dia itulah bukti yang paling besar yang kita sayangkan orang tu,” balas Izzat.
Aku sedikit terharu. Perbincangan dengan Izzat kali ini sedikit sebanyak membuka mata aku. Semakin jelas keputusan yang bakal aku ambil. Wajah Thaqif terlayar di minta.
“Jangan biarkan Nabihah menunggu lama-lama. Dia gadis yang baik,” ujarku sebelum berlalu ke ruang tamu.

2 comments:

zah said...

Mestilah rindu....hannah dhaniah

ana said...

waaa. sis best2! ila kena terima. hahaha. thanks sis for the update