Kasih
Suci 14
“Kenapa
Suhaila tolak? Suhaila tak percayakan abang?” soal Thaqif. Pasti dia baru
mendapat perkhabaran tentang penolakan aku daripada Mak Cik Jas. Aku menghela
nafas berat. Tak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Thaqif. Mujurlah aku
berseorangan di bilik. Penat melayan Mak Cik Jas dan Pak Cik Yunus siang tadi menyebabkan
aku mengambil keputusan untuk berehat saja di bilik malam ini.
“Bukan
tak percaya tapi, apa orang kata kalau kita berdua bersama? Bertunang dengan
Izzat, kahwin dengan abang ipar dia pula.”
“Suhaila,
hidup kalau nak dengar dan ikut kata-kata orang, tak bahagia kita...”
“Ila
tahu...” balasku pendek. Tak tahu apa lagi yang patut aku katakan. Tiba-tiba
rasa kekok serba-serbi. “Lagipun, Ila belum bersedia lagi untuk jalinkan
hubungan dengan sesiapa. Biarlah hati Ila terubat dulu...” tambahku lagi.
“Abang
ikhlas masa minta mak sampaikan hajat abang. Bukan sebab abang rasa
bertanggungjawab dengan apa yang Izzat dah buat. Tapi abang memang betul-betul
ikhlas nak memperisterikan Suhaila. Jadi suami buat Suhaila. Kita bina keluarga
kecil kita. Kita jadi ibu bapa yang terbaik untuk Irfan dan adik-adik dia kalau
ada rezeki kita nanti...”
Aku
tersenyum pahit. “Ada kemungkinan untuk Ila susah nak mengandung, abang... Mungkin
itu salah satu sebab yang buat Izzat berubah hati...” jawabku lirih.
“Apa
maksud Suhaila?”
Aku
diam. Tidak terasa hendak menerangkan apa yang aku maksudkan tadi.
“Sudahlah,
bang. Bagi Ila masa bertenang dulu. Kalau ada jodoh, insya Allah. Kalau tidak,
ada yang lebih baik. Ila harap kita masih boleh berkawan macam biasa.”
“Suhaila...
bagi abang peluang...”
“Abang,
Ila harap abang faham maksud Ila. Jangan paksa Ila...” ujarku perlahan.
Thaqif
mengeluh di hujung talian.
“Irfan
tengah buat apa? Dia dah tidur ke?” soalku cuba mengubah topik.
“Ada
ni. Ajak tidur, tak nak. Tengah tengok Robocar Poli dia.”
Aku
tersenyum nipis. Rindu pula dengan keletah Irfan yang mencuit hati.
“Nak
ajak abang main dengan dialah tu. Seharian tak jumpa ayah, malam-malam macam
inilah dia nak bermanja...”
“Hrm...
kalau ada Acik Ila dia, lagi seronok agaknya...”
Aku
diam. Tahu niat Thaqif disebalik kata-katanya itu.
“Suhaila...
abang bukan nak mendesak. Tapi abang minta sangat Suhaila fikirkan balik
lamaran abang. Ambillah sebanyak masa pun yang Suhaila perlukan,” pujuk Thaqif.
Aku
menghela nafas perlahan. Sedikit sebanyak perasaan aku terusik dengan
kata-katanya yang lembut tadi.
“Iyalah.
Nanti Ila fikirkan semula. Tapi bukan dalam waktu yang terdekat ini Ila beri
jawapan.”
Balasan
aku disambut baik oleh Thaqif. Aku jadi tertanya-tanya sendiri dengan sikap dia.
Kenapa tiba-tiba dia mengambil keputusan sedrastik ini? Melamar aku sebaik saja
pertunangan aku dengan Izzat diputuskan secara rasmi? Perbualan aku dengan
Thaqif terganggu apabila kedengan suara riuh Irfan di hujung talian. Pasti dia
tak puas hati kerana ayahnya tidak mengendahkannya. Tergelak kecil aku
dibuatnya apabila mendengar Thaqif menimang Irfan. Dia memang ayah yang baik. Dan
aku pasti, dia juga merupakan calon suami yang baik.
***
Dua
bulan berlalu begitu saja. Sepanjang dua bulan ini, aku menyibukkan diri dengan
urusan kerja agar tidak terperangkap dengan rasa kecewa akibat putus tunang.
Namun, tidak semudah itu untuk aku meneruskan kehidupan dan menganggap seperti
tiada apa yang berlaku. Sesekali, gatal juga tangan membuka Facebook Izzat.
Ingin melihat perkembangannya yang terbaru. Namun hampa. Kali terakhir Izzat
mengemaskini laman Facebooknya pun sewaktu dia pulang ke Sarawak selepas
memutuskan pertunangan kami.
Aku
menekan pangkah di tetingkap Google Chrome. Mata menjeling jam sekilas. Sudah
hampir pukul enam. Masa untuk pulang. Selesai mengemas meja, aku bangun dan
berjalan ke arah pintu utama. Kad ID aku tapkan
di alat pengimbas sebelum aku keluar daripada pintu itu. Saat aku keluar dari
pintu pejabat, mata aku sudah terpandangkan kereta Thaqif yang menunggu di
tempat parkir. Lantas langkah aku hayunkan ke arah kereta lelaki itu.
“Lama
abang tunggu?” soalku sebaik saja duduk di sebelahnya.
Thaqif
menggeleng. “Tak lama pun. Adalah lima minit tadi.”
Aku
membetulkan duduk. Apabila melihat aku sudah selesa, Thaqif memandu kereta
keluar daripada tempat parkir.
“Nak
makan dulu ke, nak terus balik rumah?”
Belum
sempat aku menjawab, perut aku sudah terlebih dahulu berbunyi. Thaqif sudah
ketawa besar. Malunya! Rasa nak sembunyi saja sekarang ni. Aku mencubit diri sendiri.
Kurang asam jawa punya perut! Kena sangat masa dia berbunyi tadi.
“Kita
makan dululah kalau macam tu...” ujarnya tersenyum-senyum.
“Okey.
Tapi tak apa ke tak ambil Irfan dulu? Kesian mak cik jaga seharian.”
“Tak
apa. Mak tahu abang keluar dengan Suhaila.”
Jawapan
Thaqif bagaikan menjerut leher aku. Aku tak nafikan, sejak kebelakangan ni,
kami kerap keluar bersama. Tambahan pula, rumah kami dalam satu taman yang
sama. Jika tak keluar makan malam bersama pun, pasti Thaqif akan bertanya kalau
aku nak kirim apa-apa untuk dia hantarkan ke rumah. Sedikit sebanyak, hubungan
kami semakin rapat.
Tetapi,
bila dia menyebut perkara tadi, aku janji malu sendiri. Sudahlah putus tunang
dengan anak lelaki dia. Kemudian, dia risikkan aku untuk anak menantu dia ni.
Silap aku ke atas semua yang terjadi? Lama aku tidak jumpa dengan Mak Cik Jas.
Kali terakhir jumpa dia pun sewaktu dia datang ke rumah keluarga aku di
kampung. Bukan tak ada dia mengajak ke rumah dia. Cuma, aku je yang malu hendak
menunjukkan muka.
“Kenapa
tiba-tiba diam?” tegur Thaqif bila lama aku hanyut dalam lamunan.
“Hrm?”
“Suhaila...
senyap je hari ni?”
Aku
menghadiahkan sebuah senyuman buat lelaki itu. “Tak ada apa. Banyak kerja sikit
tadi. Letih...” keluhku perlahan.
“Jangan
bawa masalah kerja sampai ke rumah, Suhaila. Kena ada work-life balance. Ini dah berapa tahun ni kerja, sampai abang kena
ingatkan?”
Aku
ketawa kecil mendengarkan bebelannya.
“Ketawa
pula...” Thaqif menjeling aku sekilas. Namun sempat aku menangkat sebuah
senyuman yang terbit di bibirnya.
“Kenapa
abang suka panggil nama penuh Ila?” soalku ingin tahu. Dulu setiap kali dia
memanggil aku begitu, aku anggap ia sebagai formaliti.
“Hrm...
sebab setiap kali abang sebut nama Suhaila, abang teringatkan lagu Ways...”
Aku
tercengang-cengang. “Lagu apa ye?”
“Lagu
‘Keranamu Suhaila, akanku tunggu sampai bila-bila...’. Kan itu lagu zaman kita muda-muda
dulu. Tak ingat?”
“Zaman
muda? Sekarang dah tua ya? Ila muda lagi tau!” aku ketawa kecil.
“Muda
apanya. Beza umur kita lima tahun je...”
“Oh...
abang tiga puluh lima?” soalku sedikit terkejut. “Ingatkan empat puluh...”
“Kenapa?
Abang nampak tua sangat ke?”
Aku
mengangguk. “Mungkin abang banyak berjemur, kerja site agaknya...”
“Mungkin
juga.”
Diam.
Aku memerhatikan jalanraya yang penuh dengan kenderaan sementara Thaqif leka
dengan pemanduannya. Tiba-tiba telingaku menangkap suara Thaqif menyanyikan
lagu Keranamu Suhaila dengan nada perlahan. Entah kenapa, setiap patah
perkataan yang dia ungkapkan bagaikan ditujukan kepada aku. Aku menelan air
liur.
“Suhaila...”
panggilnya tiba-tiba.
“Ya?”
“Dah
dua bulan. Lama lagi masa yang Suhaila perlukan?”
Aku
terkelu. Tak tahu apa jawapan yang patut aku berikan kepada dia.
“Beri
Ila sedikit lagi masa, abang...” pintaku.
“Ila
tak percayakan abang?” dia mengulangi soalan yang pernah dia tanyakan dahulu.
“Bukan
soal tak percaya. Kalau tak percaya, Ila tak ada dengan abang sekarang.”
“Habis
tu, sampai bila Ila nak hubungan kita tergantung macam ni? Tak manis kerap
sangat kita keluar berdua macam ni, Suhaila...” ujarnya cuba memujuk aku.
Aku
sedikit tersenyum apabila dia memanggil nama panggilan aku. Rasa lebih rapat
dan mesra.
“Tunggulah
sebulan dua lagi...”
“Kenapa
mesti kita buang masa Suhaila kalau hati kita punya rasa yang sama?” Thaqif
sedikit mengeluh.
“Suhaila,
jujur abang cakap, sejak kali pertama abang jumpa Ila, abang dah jatuh hati.
Tapi abang nafikan apa yang abang rasa. Sehinggalah Ila muncul sebagai tunang
Izzat. Ila tahu tak betapa susahnya abang nak terima kenyataan? Lagi-lagi bila
melihat betapa manjanya Irfan dengan Ila. Abang rasa nak memiliki diri Ila
hanya untuk kami...”
“Tapi
abang cuba pandang dari sisi yang lain. Abang anggap perasaan abang itu satu
kesilapan. Silap abang yang memungkiri janji-janji abang dengan arwah Liana
semasa dia masih hidup dahulu. Tapi ternyata tindakan abang itu silap. Abang
tetap perlukan seseorang untuk bersama abang. Yang menjadi suri di hati abang,
menjadi ibu buat Irfan. Dan kalau Ila perasan, sampai satu tahap abang cuba
mengurat tunang adik ipar abang sendiri...” perlahan Thaqif menuturkan. Namun
dia nampak tenang. Yakin dengan apa yang dia katakan.
Aku
kehilangan kata-kata. Tak tahu hendak memberikan reaksi yang bagaimana.
Tambahan pula, inilah kali pertama Thaqif menyuarakan seluruh isi hati dia yang
dia simpan selama ini.
“Fikirkan
Ila. Abang bagi Ila masa seberapa lama yang Ila perlukan...”
***
Hujung
minggu itu, aku ke rumah Mak Cik Jas, melawat bakal mertua tak jadiku. Sempat
aku singgah di warung dalam taman perumahan aku untuk membeli sedikit kuih-muih
untuk dibawa ke rumah Mak Cik Jas. Keadaan rumah Mak Cik Jas sama saja seperti
waktu-waktu aku menziarahinya dahulu. Tiada apa yang berubah. Selepas memberi
salam dan dijemput masuk oleh Pak Cik Yunus, aku terus melangkah ke dapur,
tempat yang aku yakin di mana Mak Cik Jas berada.
“Assalamualaikum
mak cik!” tegurku sewaktu melangkah masuk ke dapur dengan niat hendat
memeranjatkan wanita itu. Namun sebaliknya yang berlaku.
“Waalaikumussalam...”
balas satu suara yang sedikit garau. Aku terkesima. Izzat sedang berdiri dengan
memegang sebuah muk yang penuh berisi air.
“Ila
sihat?” soalnya tenang.
Melihatkan
ketenangannya, aku pula yang gelabah. Tidak terusikkah dia bila berjumpa dengan
aku?
“Alhamdulillah.
Izzat?”
“Alhamdulillah...”
balasnya ringkas. “Duduklah dulu, mak pergi bilik air tadi. Sekejap lagi
keluarlah tu,” sambungnya.
Aku
mengangguk tanpa sebarang kata. Teringatkan kuih-muih yang aku beli tadi, aku
menghulurkan ke arah Izzat. Kalau dia boleh berlagak selamba seperti tiada
apa-apa, kenapa tidak aku? Izzat memandang bungkusan plastik yang aku hulurkan.
“Kuih.
Ila beli tadi dalam perjalanan nak ke sini...”
“Oh...
okey. Terima kasih Ila...”
Aku
mengangguk. Baru hendak menghayunkan langkah ke ruang tamu. Namun belum pun
sampai tiga langkah, aku berpatah balik.
“Izzat?”
panggilku perlahan.
Izzat
yang sedang memindahkan kuih-muih ke dalam piring menoleh. “Ya?”
Aku
menelan air liur. Teragak-agak untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati.
“Kenapa kita jadi macam ni? Ila rasa tak adil dengan apa yang Izzat dah buat
pada Ila,” ujarku meluahkan rasa hati.
Izzat
merenung aku lama. “Dah dua bulan lebih, Ila. Move on. Izzat dah cakap hari tu kan yang Izzat cintakan Nabihah?”
Aku
menggeleng. “Secara tiba-tiba? Lepas Izzat bagi Ila harapan, Izzat hancurkan
sekelip mata je. Apa yang ada dalam fikiran Izzat ni?” marahku. Entah kenapa,
rasa marah membuak-buak. Benar seperti apa yang Izzat katakan. Aku masih belum move on. Kalau sudah, masakan aku selalu
membuka profil Facebook miliknya?
“Abang Thaqif perlukan Ila. Dan Ila cintakan dia...” kata
Izzat yakin.
“Hah!
Tiba-tiba timbul isu Abang Thaqif pula?”
“Ila
pun cintakan dia, kan?” uji Izzat.
Aku
melan air liur. “Siapa Izzat nak menjangka
hati Ila? Mana Izzat tahu siapa yang Ila cinta, siapa
yang tidak?”
Izzat
tenang. “Daripada cara Ila berinteraksi dengan Thaqif dan boleh nampak. Abang
Thaqif sendiri mengaku sayangkan Ila dan minta maaf pada saya. Ila...”
Aku
sedikit terkejut. Tak sangka seberani itu Thaqif meluahkan perasaan dia
pada Izzat. Aku menggeleng
perlahan. Tak percaya dengan kata-kata Izzat. Tetapi,
teringatkan perbualan bersama Thaqif tempoh hari, ada kemungkinan apa yang
dinyatakan Izzat itu benar.
“Sampai satu tahap abang
cuba mengurat tunang adik ipar abang sendiri...”
“Tapi
Izzat tak bincang dengan Ila dulu. Izzat terus ambil keputusan untuk putuskan
pertunangan kita...” keluhku perlahan.
“Bukankah
itu keputusan yang terbaik, Ila?”
Izzat
merenung aku tepat ke dalam mata aku. “Izzat rasa Izzat yang jadi orang ketiga
di antara abang Thaqif dengan Ila. Lagipun Ila, kita baru di fasa perkenalan.
Sedangkan Abang Thaqif dengan Ila sudah mesra dan ada persefahaman. Terima
hakikat, Ila... Izzat yakin, Abang Thaqif yang selayaknya menjadi suami Ila...”
Aku
kehilangan kata-kata. Nafas aku hela perlahan. Tanpa sebarang pamitan aku
berlalu ke ruang tamu. Namun, langkah aku terhenti. Masih ada sesuatu yang aku
hendak bertanya kepada dia.
“Jadi,
Nabihah hanya sebagai alasan?”
Izzat
terpempan. Lama baru dia membuka mulut untuk memberikan jawapan.
“Bila
kita sayang dan kasihkan seseorang tu, Ila... tak bermakna kita kena kahwin dan
hidup dengan dia seumur hidup. Tetapi mendoakan dia bahagia dalam hidup dia
itulah bukti yang paling besar yang kita sayangkan orang tu,” balas Izzat.
Aku
sedikit terharu. Perbincangan dengan Izzat kali ini sedikit sebanyak membuka
mata aku. Semakin jelas keputusan yang bakal aku ambil. Wajah Thaqif terlayar
di minta.
“Jangan
biarkan Nabihah menunggu lama-lama. Dia gadis yang baik,” ujarku sebelum
berlalu ke ruang tamu.
2 comments:
Mestilah rindu....hannah dhaniah
waaa. sis best2! ila kena terima. hahaha. thanks sis for the update
Post a Comment