::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

23 June 2010

Semanis Kurma

“Kamu ni bila nak mula cari kerja? Dah dekat 3 bulan macam ni ajelah kerja kamu, makan tidur. Malam keluar dengan dengan kawan, balik lewat. Bangun lambat. Macam mana rezeki nak masuk?” Mak Bedah dah memulakan leterannya. Anak lelakinya yang sedang berbaring di atas sofa di pandang.
Azhar menarik nafas panjang. Dia dah mula dah. “Nanti-nantilah mak. Az kan baru je habis belajar. Tunggu lah sebulan-dua lagi,” mata masih tak lari daripada memandang skrin televisyen. Tom tengah laju mengejar Jerry.
“Sebulan dua?!” suara Mak Bedah dah meninggi.
Azhar menutup telinga kirinya dengan jari telunjuk. Nyaring jugak suara mak aku. Kalau dia masuk kelab koir kat universiti aku dulu mesti mantap. Memang koir universiti tu jadi johan je lah kalau masuk pertandingan apa-apa. Azhar dah ketawa di dalam hati.

17 April 2010

Ku Serah Cinta

Persiapan terakhir sebelum program esok pagi di perkemaskan. Jam sudah hampir ke angka 1 pagi. Nasib badanlah dah kena jadi ketua department majlis dan protokol. Setelah selesai rehearsal, Ayu menarik nafas panjang. Lega. Kalau malam ni dah uruskan semua, esok petang tak adalah kelam kabut masa program berlangsung.

Ayu membuang pandang ke arah keseluruhan dewan. Tiba-tiba dia terasa bahunya disentuh sesuatu. Spontan Ayu menoleh. Afiq disebelah hanya tersenyum menayangkan giginya yang tersusun. Iyalah! Baru je lepas tanggalkan ‘braces’. Senyumnya sampai ke telinga.

“Penat?” tegur Afiq.

02 April 2010

Aku rindu sayang kamu.

Arina menanggalkan kasutnya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Beg sekolahnya di letakkan di atas sofa. Kemudian dia menyalami tangan Puan Hamidah yang berdiri di hadapannya.

“Abang mana, Ina?” soal Puan Hamidah apabila kelibat anak lelakinya tak kelihatan.
Arina tersenyum. Mesti mama lupa ni. “Abang ada kelas ma. Kan dia dah cakap pagi tadi.”
“Habis? Ina balik seorang je la ni? Beraninya... Kenapa tak tunggu abang?”
Arina menggelengkan kepala perlahan. “Bukannya jauh sangat, ma. Lagipun kelas abang habis pukul 3. Tak laratlah Ina nak tunggu kat sekolah sorang-sorang.”

Puan Hamidah menggeleng melihat telatah anak daranya seorang itu. Sifat keibuannya membuatkannya sentiasa ingin melindungi. Meskipun Arina bukanlah darah dagingnya.

21 March 2010

Atas Nama Cinta

“Macam mana?” aku menongkat skuter dan berjalan menuju ke arah Afiq yang bediri di muka pintu. Dada rasa berdebar-debar menantikan kata-kata yang bakal keluar daripada mulut Afiq. Afiq yang setahun lagi muda daripada aku, baru sahaja mendapat keputusan SPM setelah beberapa bulan menanti. Cuti yang hampir 3 bulan dihabiskan dengan membantu Abang Man berniaga di gerai menjual burger.

Afiq hanya memandang ke arah aku yang berjalan ke arahnya. Entah apa yang difikirkannya pun aku tak tahu. Aku mengambil peluang memerhatikan wajahnya sepuas-puasnya. Lama tak jumpa budak. Semakin matang, semakin handsome! Masa sekolah dahulu wajah Afiq nampak sangat muka budak-budak. Sekarang? Terasa satu perasaan halus menyelinap ke dalam hati.

20 February 2010

Ana uhibbuka!

Mataku tercantap pada seorang pelajar lelaki yang sedang berjalan seorang diri. Pelik. Sudah banyak kali aku perhatikan dia. Selalu berseorangan. Jarang aku nampak dia berteman. Biasanya orang kalau tak berjalan beramai-ramai, mesti ada seorang teman di sebelah. Tapi terbalik pula dengan lelaki ni. Kalau nak kata mengejar masa, macam tak logik pulak. Jalannya sama seperti orang lain. Tak nampak pula gaya mengejar masa.

Aku memerhatikan lelaki itu berjalan sehingga dia hilang dari pandangan. Tiba-tiba rasa tertarik pulak nak kenal dengan lebih dekat. Nama dia? Kos apa yang dia ambil? Umur? Nak kata senior, macam tak sebab blok yang dia pergi digunakan untuk budak batch aku. Tak apalah. Mungkin satu hari nanti aku tahu juga.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi sebelah Aina. Sementara menanti lecturer, aku menyelak-nyelak nota semalam. Cuba mengingati kembali apa yang aku belajar. Baru nak baca perkataan pertama, mataku terperasankan pelajar yang aku jumpa pagi tadi. Biar benar? Dia coursemate aku?

31 December 2009

Kerna ku sayang kamu

Seperti kebiasaan aku sampai di rumah awal malam. Sewaktu kereta masuk ke laman rumah, mak sudah terjenguk-jenguk dari tingkap. Mesti dia sudah lama tunggu. Maaf ya, mak! Aku mengunci kereta sebaik sahaja keluar daripada kereta. Di tangan terjimbit beberapa paperwork yang perlu disiapkan segera.

“Baru sampai Nurul?” soal mak sebaik sahaja menyahut salamku. Tangannya kucium.
Aku tersengih. Mak ni. Dah nampak lagi mahu buat-buat tak nampak pulak.
Kemudian, aku mendapatkan abah yang sedang menonton Buletin Utama. “Pergi siap salin baju. Kita makan sekali,” arah abah.

Aku hanya mengangguk. Otak ligat berfikir kenapa mak dengan abah tak makan malam lagi. Selalunya aku makan seorang je. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, aku meletakkan paperwork yang penuh di tangan ke atas meja. Tuala yang tersangkut di ampaian aku ambil lalu berjalan masuk ke bilik air.

“Banyak sangat ke kerja kamu, Nurul?” Abah memulakan bicara.
Aku mengunyah nasi di dalam mulut sebelum menjawab. “Banyak jugaklah. Tu yang terpaksa buat OT. Lagipun, ada 2 orang arkitek je kat company. Nurul dengan seorang lagi. Macam mana tak banyak kerja.”
Mak hanya menggeleng mendengar. “Esok kamu boleh balik awal sikit, Nurul?”
Aku diam sejenak. Berfikir. “Tengoklah mak. Nurul tak boleh janji. Kalau boleh siapkan kerja cepat, dapatlah balik awal. Kenapa? Ada orang nak masuk meminang ke?” usikku.

08 May 2009

Aku-Dia-Kamu

Aku-kau-dia
“Abang sayang Rina lebih daripada seorang adik Rina!”
Aku menggeleng-gelengkan. Tak percaya dengan apa yang aku dengar! “Abang. Cukuplah. Rinakan adik abang.”
Abang Hisham mengeluh. “Adik sepupu Rina. Bukannya adik kandung. Kita bukan muhrim, Rina. Tak salah kalau kita bercinta!” Perkataan muhrim di tekankan.  
Aku diam menyusun kata.
“Rina?” tegurnya.

23 April 2009

Maafkan mama

“Anak kamu tu bila nak berlaki? Kamu tak takut ke dia jadi anak dara tua?”
Suara Mak Nah dapat aku dengar dari bilikku. Rumah kampung yang dibina daripada kayu pasti membolehkan suara menembusi dinding rumah ini.
“Entahlah, Kak Nah. Saya pun dah tak tahu macam mana nak nasihatkan si Sarah tu. Bila saya tanya bab kahwin je, pandai dia mengelak,” keluh mak.
Aku mendiamkan diri. Sengaja hendak mendengar perbualan mereka.

10 April 2009

Si Baju Biru

Si Baju Biru
“Minggu depan junior masuk.” Aina dah tersengih penuh makna.
“Hrm...” balasku pendek.
“Boleh usha,” katanya lagi.
“Ah, kau. Junior je. Apalah sangat?” kataku sedikit meluat. Junior? Dah lah muda setahun. Kalau senior last year nak usha tak apalah jugak!

01 April 2009

Sijil Untuk Abah

Sijil Untuk Abah
Laman web Jabatan Perkhidmatan Awam ku tenung lama. Cursor di skrin monitor aku main-mainkan di link untuk memohon Program Ijazah Lanjutan Luar Negara. Aku memikirkan tindakan yang akan aku ambil. Sama ada mengisi borang itu atau tinggalkannya dan menganggap seolah-olah tiada apa-apa.
Keputusan SPM yang aku terima beberapa hari lepas melayakkan aku untuk memohon biasiswa ini. Namun, abah sering mematikan niatku untuk belajar di luar negara. Walhal, dia tahu betapa fanatiknya aku dengan universiti-universiti di luar negara ini.