::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

07 February 2012

Cerpen: Mencintaiku Seadanya...


#01 Bila saya update, tapi tak naik-naik. kenapa ye? :S
#02 Untuk memudahkan anda mencari sambungan, tekan 'ctrl' dan 'F' pada keyboard dan taip 10 untuk ke last part of this cerpen.
#03 I am using Manglish untuk sesuaikan dengan suasana dan keadaan.
#04. Terimakasihbanyakbanyak. Selamat membaca...

 01***
“Hi, all!”
Aku menegur beberapa ahli kumpulan yang sedang menunggu di dalam bilik kuliah. Malam ni, kami akan mengadakan rehearsal untuk drama yang bakal menyumbang 30% untuk keputusan akhir nanti. Masuk kali ini, sudah masuk kali ketiga kami mengadakan latihan, bagi memastikan masing-masing menghafal skrip dan tidak kaku semasa berlakon.
“Hi, Maria!” balas mereka ceria. 

Aku mengeluarkan sepasang kurung kedah dan sehelai kain batik daripada dalam beg. Tidak lupa juga, selendang yang aku pinjang daripada Hannah tadi. Memandangkan malam ni, full rehearsal, terpaksalah aku menyarung baju orang Melayu dulu kala ni. Rimas! Kan lagi senang kalau aku bawak watak budak bandar, cukup dengan baby tee dan jeans.
“Can we start now or we are waiting for someone? It’s already 8.15 pm, guys!” tegur aku setelah lima belas minit menunggu. Iphone 4s hadiah daripada papa aku campak ke dalam beg. Mata melilau memerhatikan sekeliling bilik yang serba putih, mencari muka siapa yang tak kelihatan. Heh! Dah agak dah. Mesti ada yang tak kunjung tiba lagi. Siapa lagi kalau bukan...
“Assalamualaikum...” suara garau itu menampar gegendang telinga.
Aku mengetap bibir. Geram pula bila tiga kali mengadakan latihan, tiga kali itulah wajah yang sama lewat tiba.
“Waalaikumussalam! Awal sampai, haji?” sindir aku. Mata menjeling Syed Farhan yang menayangkan muka selamba.
“Ana minta maaf. Tadi...”
“Kali ni, apa pulak masalahnya? Motor habis minyak hitam pulak?” sindir aku geram. Apa dia ingat, pakai kopiah dengan janggut sejemput cukup nak menyejukkan hati aku ni? Setiap kali buat rehearsal, setiap kali itulah terpaksa menunggu dia yang lewat tiba. Ini paling baiklah terlewat lima belas minit. Masa kali pertama rehearsal, lagi seronok! Lambat dekat sejam. Bila ditanya kenapa, jawapan dia ada meeting dekat masjid. Hee geram, geram!
“Asif jiddan. Ana terpaksa bawak roommate ana ke klinik tadi. Kena gastrik tiba-tiba. Maaf sangat-sangat,” Syed Farhan turut tertunduk-tunduk ke arah empat lagi kawan group aku yang lain.
Daripada empat orang itu, tiga orang berbangsa Cina manakala lagi seorang India. Malu aku bila Pak Aji seorang ni lambat tiba. Kan bagus kalau aku ni bangsa Cina ke, India ke. Buat memalukan kaum ajelah! Memang betul agaknya Melayu ni, kalau berjanji mesti datang lambat 30 minit. Memalukan!
“Tak apalah! Bukan you lambat sebab apa. We all ok je. So, how is your roommate? Sudah okay ka?” soal Jackie prihatin.
Aku hanya mendiamkan diri. Malas mahu ambil tahu! Lagipun, bukannya aku dengan dia baik sangat. Biaq pi lah dia.
“Ok. Thanks to Allah. Dia makan ubat, terus hilang rasa sakit perut. I have never faced that situation before, jadi kelam kabut jugaklah. Sorry again ya, guys!” pintanya sekali lagi.
Jackie, Wong, Caroline dan Vanitha hanya mengganguk, tanda maaf diterima. Hanya aku yang membatukan diri. Malas mahu melayan.
“Ok guys! Let’s start our rehearsal in five minutes. Remember tonight is our full rehearsal, so don’t forget your script, as well as the props that we need to use,” putusku selaku ketua kumpulan. Memang sengaja aku menawarkan diri untuk menjadi ketua. Risau kalau dapat ketua yang huru-hara. Tak naklah markah yang sepatutnya boleh dapat 29.99/30 tiba-tiba dapat 19.01/30. Memang anginlah aku nanti dengan siapa yang buat hal!
“Ok!” masing-masing menyahut. Mata aku sempat menjeling ke arah Syed Farhan yang sedang meletakkan beg sandangnya di atas kerusi kosong di sebelah pintu.
“Pak aji, make sure hari ni tak jadi macam semalam ya? Ni our last rehearsal tau! Jangan kaku sangat. Aku bukannya nak makan kau pun. By the way, ini kerja group. Jadi, semua main peranan penting. Dan yang paling penting...” aku berjalan ke arah Syed Farhan.
Syed Farhan sedikit kaget dengan mata memerhatikan langkah aku yang semakin mendekati.
“Dan yang paling penting, aku tak nak markah aku turun disebabkan benda-benda remeh macam ni. I aim an ‘A’ for this course,” tegasku sebelum melangkah keluar bilik untuk menuju ke bilik air. Perkara yang aku selalu lakukan sebelum berlakon ataupun bercakap di hadapan orang ramai, menenangkan diri dan membina confidence level. Cewah!
Sejam berlalu...
"Ok, we stop here." putusku sedikit bengang. Perhatian aku beralih pula ke arah Syed Farhan.
“Oh! Come on, Syed Farhan. Kenapa kayu sangat ni? Berlakon, kasilah real. Aku fahamlah kau alim, warak, beriman. Tapi bab belajar takkan tak boleh tak take it serious? Buat kerja tu, kasilah perfect sikit. Kalau tak melibatkan aku, aku tak kisah. Tapi ni, melibatkan markah aku, markah group kita,” marahku apabila kesemua ahli kumpulan yang lain sudah pergi. Tinggal aku dengan dia yang berdiri ditengah-tengah kaki lima bangunan ni.
“Sekalipun kau menjaga sangat pandangan tu, tak nak pandang aku, tak payah nak pandang kertas putih tu sepuluh kali. Kalau pandang je, tak apalah jugak. Ini pandang, lepas tu baca satu persatu huruf kat situ! Hayatilah sikit watak kau tu. Sudahlah asyik datang lambat. Ini last rehearsal, makin teruk pulak. Dengan skripnya tak hafal. Kau sedar tak kita kena perform lagi dua hari?” tembakku berkali-kali.
Terasa berombak dada aku menahan marah. Marah sebab sikapnya yang suka bekerja sambil lewa. Tak tahulah dia dapat mencerakinkan atau tidak ayat-ayat aku tadi. Geram betul aku bila teringatkan macam mana dia berlakon tadi. Walaupun budak group lain tak memberi apa-apa komen, aku boleh nampak daripada riak muka mereka yang tak puas hati dengan cara Syed Farhan. Argh! Geramnya!
Huh! Kalau bercakap tentang agama, dia sahaja yang bagus. Ingat lagi dia pernah menegur aku sebab ‘cat’ kuku aku tiga hari lepas. Walaupun teguran dia taklah menyakitkan hati, tapi bila mengingatkan hasil kerja dia yang tak pernah memuaskan hati aku sepanjang sama group dengan dia, perkara yang kecil itu jugaklah aku sakit hati.
“Insya Allah, ana cuba untuk improve diri ana. Ana memang kurang talent sikit dalam bab-bab berlakon ni. Ana janji, sampai masanya, ana cuba perform sehabis baik. Ana balik dululah, ya? Ada meeting ni. Assalamualaikum...”
 Syed Farhan sudah melangkah pergi. Aku mencebik. Sikit-sikit meeting, sikit-sikit ana-enti. Meluat sangat aku dengar. Bosan! Selendang yang tadi aku pakai ala kadar, aku lipat kembali sebelum dimasukkan ke dalam beg. Rambut yang panjang dilepaskan daripada ikatan. Sekali lalu, rambut itu aku ‘sikat’ menggunakan jari. Betul kata orang, rambut ni mahkota wanita. Nasib baiklah aku turun genetik rambut mak, lurus dan sihat. Lagi-lagi bila dihighlightkan sedikit dengan warna chocolate brown, dah brapa orang yang memuji. Aku tersenyum sendiri.
“Mary, are you going out tonight?” soal Vanitha dalam broken English sewaktu aku terserempak dengan mereka di ground floor. Ingatkan dah dia orang semua dah pergi tadi. Walaupun English kami taklah begitu hebat grammarnya, janji mesej yang hendak disampaikan boleh difahami dan kami tak malu hendak bercakap dalam bahasa itu.
“No lah. I have a date,” kataku sambil menjungkitkan kening dua tiga kali.
“Oh yeah? Who’s the lucky guy?” soal Wong. Jackie dan Carol turut mempaerkan riak muka ingin tahu. Aku sudah tersengih. Seronok jugak dapat mengenakan budak ni.
“Of course lah Jackie. Dear, you still remember our date tonight, right? You are the one who asked me to go out first. Remember?” usikku.
Muka Jackie sudah berubah. Carol sudah menjeling. Aku pulak sudah tergelak diikuti Vanitha dan Wong yang memahami usikan aku.
“Just kidding lah, Carol. Don’t worry. Jackie is a good man. Oklah guys! Got to go. My Alex dah lama tunggu tu. Kesian dia...” kataku akhirnya.
Masing-masing terlopong mendengar kata-kata aku. Mana tidaknya, inilah kali pertama aku declare hubungan aku dengan Alex setelah hampir dua bulan kami berkawan. Alex yang sekacak Alex Yong walaupun keduanya tiada pertalian darah. Aku sudah tergelak sendiri. Sekejap sahaja mood boleh berubah-ubah. Maria, Maria...
02***
“How was it?” soalan pertama Alex sebaik sahaja aku masuk ke dalam keretanya.
Aku mencebik. “Terrible! I tak tahulah real punya macam mana nanti. You know what? My ‘son’ datang lambat tau tonight. Oklah, I can acceptlah his reason tu walaupun that was for the third time. Tapi, yang I can’t accept is bila dia kerjanya membaca skrip. Hey, dia tu takkanlah dah nyanyuk kot! Dah 3 kali rehearsal pun, tak ada peningkatan. Tak fahamlah! Buat kerja tak pernah betul. Menyampah betul. Masa group assignment pun sama. Buat kerja macam sampah! Tak pasal-pasal I pulak yang kena edit part dia satu malam. Hish! Menyakitkan hati betullah!” panjang berjela aku membebel mengenangkan watak Syed Farhan. Geram... geram!
Entah apa malang nasib aku terdapat pula budak sekumpulan yang ambil ringan semua benda. Pula tu, lima tahun aku hidup dekat negara matahari terbit sebab ayah kena hantar kerja di sana oleh syarikatnya, secara tak langsung, budaya buat kerja dengan sempurna dah jadi ikutan aku. Jadi, bila orang mula buat kerja tak sempurna, akulah yang terpaksa memangsakan diri untuk menyempurnakan semua tu.
“Hushhh... calm down, dear...” pujuk Alex. “Breath in.... out...” katanya lagi.
Aku mengikut kata-katanya. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan kemudiannya. Cuba untuk merungkai rasa marah yang mula bersarang. Huh! Makin lama aku kena bekerja dengan dia, makin cepat aku kena darah tinggi muda-muda ni.
“Feeling better?”
Aku mengangguk.
“Boleh I drive sekarang?” usik Alex lagi. Lancar bahasa Melayunya kerana sudah banyak bergaul dengan masyarakat Melayu.
Aku tergelak perlahan. “Sure, dear!” balasku lembut.
Mata aku masih tak beralih daripada memandang Alex disebelah. Kerutan yang tiba-tiba muncul di dahinya membuatkan aku semakin lama memandang dia.
“I perasan, you look a bit older now. Dah mula ada wrinkle dekat sini...” Alex menunjukkan ke arah hujung mata aku. “You tak jaga kulit ke? Girls kena jagalah imej, nanti tak cantik, I lari, macam mana?” ujarnya serius.
Mata aku membulat. Biar betul? Selama ni, tak perasan pulak aku kalau ada kedutan baru. Pelik juga kalau Alex lagi teliti daripada aku ni. Alahai...! Laju tangan menarik keluar cermin daripada dalam beg. Lampu kecil di dalam kereta aku nyalakan. Ketawa Alex mula kedengaran. Kali ini, dahi aku pula yang berkedut. Eh? Betul ke ni?
“Dear, just kidding, ok? Janganlah serius sangat. Tapikan kalau you asyik angin dengan Syed tu, I believe you akan nampak tua daripada sekarang...” kata Alex dengan ketawa yang bersisa.
Aku memuncung. Cermin dipegangan aku campak semula ke dalam beg.
“You ni kan....!” marahku.
Tawa Alex yang sudah mula perlahan kembali kuat. “It is only a joke, ok. I tak naklah you marah-marah. Tapi, apa yang penting, you look so funny just now. Kalaulah ada hidden camera yang record, mesti seronok. Cute!”
Aku tersengih. Seronok bila dipuji ‘cute’ oleh ‘Alex Yong’ aku.
“Yeah... I tahu...”
Perlahan-lahan kereta mula digerakkan keluar daripada parkir. Aku memerhatikan beberapa manusia yang sedang berjalan. Sekali-sekala, mata turut tercantap pada blok-blok akademik yang sudah mula gelap.
“So, you nak dinner kat dalam ke luar?” soal Alex sewaktu kereta hampir tiba di simpang.
“Kat luar jom? Boringlah dengan makanan dekat kafe. Sekali-sekala tukar angin, apa salahnya, kan?”
“Sekali-sekala? I rasa macam every night je kita makan outside. You punya taste, tinggi!” sempat Alex menegur.
Aku hanya tersengih. Nak buat macam mana? Lagipun, bukannya aku suruh dia belanja aku pun. Bukan nak membangga dirilah, tapi ada masanya aku yang lagi banyak belanja dia, tahu?
Tenang Alex memandu daripada keluar kampus sehinggalah kami tiba di restoran yang menyajikan makanan barat. Walaupun jam sudah hampir menunjukkan ke angka sepuluh, restoran ini masih lagi mempunyai pengunjung.
“Shall we?” Alex sudah membuka pintu di sebelah aku sebelum sempat aku hendak membuka sendiri. Bibir aku menguntum senyuman.
“Jom!”
Kami memilih meja yang sedikit tersorok daripada orang ramai. Selepas membuat pesanan, aku bangkit untuk ke bilik air. Sekilas, aku memerhatikan pantulan diri di cermin sehingga berpuas hati sebelum melangkah keluar.
“Tiba-tiba I terfikir masa you ke toilet tadi...”
Aku menjungkitkan kening bertanya. Kain berwarna putih yang terletak di atas meja aku ambil dan letakkan di atas riba.
“Apa dia?”
Alex diam. Seolah-olah memikirkan sesuatu sebelum bersuara.
“Syed Farhan tu, bukan ke budak yang baik-baik, selalu pergi masjid tu?”
Aku mengerutkan dahi mendengar soalan yang keluar daripada Alex. Hai? Macam mana si Alex ni pun tahu budak tu budak masjid?
“Hrm... dialah. How do you know?”
“Eh? Kan you pernah tunjuk pada I?”
Aku mengangguk. “Memanglah. But, how do you know yang dia tu selalu pergi masjid tu semua?”
Alex sekadar mengangkat bahu. “Pernah ternampak sekali dua...”
Sekali dua? Sekali dua itu yang dia cakap selalu? Pelik... pelik.
“Tapi peliklah. I thought dia tu taklah seteruk yang you cakap. Well, setahu I, Islam mengajar umatnya tentang kesempurnaan kan? Kalau boleh buat apa-apa kerja tu, buat bersungguh-sungguh? Bukan macam tu ke?”
Aku menggigit bibir. Iya ke? Entahlah. Aku bukannya pernah ambil tahu pun. Alex pula yang lebih tahu daripada aku. Isk!
“I am not so sure lah, dear. I bukannya tahu sangat apa Islam ajar ni. Yang I tahu, as long as I solat, puasa, enoughlah. Lagipun, kalau Islam ajar macam tu, kenapa masa I di Jepun dulu, I perhatikan orang Jepun lagi Islam daripada orang Islam? And of courselah diaorang tak sembayang apa semua. And even you, you are not muslim pun. Tapi macam mana you boleh buat semua assignment you kemas? Perfect? Takkanlah you ikut ajaran Islam kan?”
Aku cuba menyelamatkan diri dengan cara begitu. Lagipun, papa dengan mama bukannya tekankan sangat dengan agama. Bagi diaorang, cukup aku sembahyang dengan setiap tahun puasa dah cukup. Papa dengan mama pun dah dua tiga kali pergi Mekah buat haji. Apa lagi yang nak buat?
“Hrm... mungkinlah kot...” separuh hati Alex menjawab.
Matanya memerhatikan ke arah pintu masuk bagaikan ada sesuatu yang menarik di situ. Perbualan kami bersambung pula selepas pelayan menghantar pesanan ke meja. Kali ini dengan topik yang berbeza. Baik daripada tentang pelajaran, sehinggalah ke perihal keluarga. Baru aku tahu rupa-rupanya seorang abang Alex sudah convert kepada Islam.
 “Kenapa dia convert? Sebab nak kahwin dengan Malay ke?”
Alex menggeleng. Aku jadi kagum. “Then? Why?”
 “He said, dia dah lama belajar tentang Islam and he found that Islam is beautiful.”
Aku mengangguk perlahan. Apa yang cantiknya Islam sebenarnya? Aku sendiri tak pernah hendak ambil tahu.
“Baguslah untuk dia. Your parents tak mengamuk ke bila dapat tahu?”
Alex tersengih.
“Why? You risau ke kalau parents I tak restu our relationship?” tembaknya.
Aku memalingkan muka ke arah lain. Gelas berisi fresh orange di atas meja aku capai. Isk!
“Tak adalah. I nak tahu jugak penerimaan parents you bila he said dia nak masuk Islam.”
Alex mengangguk perlahan. “Awal-awal dulu, mengamuk jugaklah. My brother masuk senyap-senyap. He did not perform his solat at home. Then suddenly my parents found tafsir Quran in his room. Apa lagi, mengamuklah...” Alex memandang jauh ke jalan raya seolah-olah sedang cuba untuk mengulang kembali peristiwa itu di dalam fikirannya.
“But then, after several months my brother tried to convince them, alhamdulillah they accept. I pun pelik jugak, masa one of my uncle masuk tukar agama lain, they did not comment anything.”
Aku terdiam mendengarkan kata-kata Alex. Tadi kalau tak silap, aku macam terdengar Alex sebut alhamdulillah? Hrm... salah dengar agaknya.
“Oh. So, abang you sekarang buat apa?”
“Dia kerja sendiri. Business. Kadang-kadang jelajah satu Malaysia jugak, bagi sharing kalau ada orang jemput,” ceritanya mengakhiri makan malam kami. Aku terangguk-angguk mendengarkan ceritanya. Menarik juga kisah abang dia tu. Teringin pula aku hendak melihat tuan punya badan.
“Dah kahwin?” soalku spontan.
Alex menjeling aku tajam. “Kalau belum kenapa? I am not going to accept you as my sister in law ok?”
Aku memuncung. Ceh! Siapa nak kahwin dengan abang dia tu, cukuplah Alex seorang di hati aku! Cewah!
03***
“Apa ni?” tegurku apabila terpandang sepinggan spageti di atas meja belajar. Hannah yang sedang menyiapkan program di laptopnya menjeling sekilas.
“Spageti...”
“Iyalah.. tapi, dari mana? Untuk siapa? Buat apa?” soalku lagi.
“Dari kakak bilik sebelah. Untuk kau. Sebagai tanda kejiranan...” katanya sebelum tergelak.
Aku menggeleng. “Apa-apalah kau. Dia buat gathering lagi ke? Siap masak apa semua. Tiap-tiap minggu pulak tu...” kataku sebelum menjamah sedikit spageti tadi. Kemudian, tangan menekan suis laptop untuk menghidupkannya. “Kau nak?”
Hannah menggeleng perlahan sebelum kembali menumpukan kepada skrin laptop.
“Yesss! Akhirnya! Berpeluh otak aku nak menyiapkan satu ni je. Fuh! Finally...!”
“Program yang mana?”
Aku berlajan ke arah Hannah dengan pinggan di tangan. Skrin laptopnya aku pandang. Sebuah pop up kecil berwarna hitam keluar menandakan programnya berjaya.
“Ohho! Tahniahlah. Berjaya jugak kau ye. Berapa jam buat benda ni?”
“Tiga puluh minit,” jawabnya.
Aku mencebik.  Tiga puluh minit je dia cakap otak dah berpeluh? Kalau aku, dah krem dah otak dibuatnya. Suapan seterusnya dikunyah. Perut yang sudah penuh cuba untuk memuatkan makanan yang aku telan.
“Hannah, betul ke kau tak nak? Aku dah kenyang dah ni,” soalku cuba untuk mendapatkan pertolongannya.
“Tak. Aku dah makan tadi dekat bilik akak tu.”
Kunyahan terhenti. “Kau pergi bilik dia? Kau buat apa?”
“Saja. Segan jugak sebenarnya dengan akak tu. Every week bagi kita makanan, lepas tu tadi kebetulan masa dia masak, aku tengah ambil air. Dia pun ajaklah join sekali...”
Aku mengangguk perlahan. “Buat apa je kat sana?”
“Alah... tak ada apa sangat. Baca Quran, belajar terjemahan. Cerita pasal hari-hari yang berlaku minggu ni. Tapi tadi seronok jugaklah aku baru tahu benda baru...”
Aku memberikan isyarat untuk dia meneruskan ceritanya.
“Kau tahu tak sebenarnya Khalid al-Walid dengan Saidina Umar sebenarnya sepupu?”
Dahi aku berkerut mendengarkan kedua nama itu. Khalid al-Walid? Umar? Ok, Umar tu, biasalah jugak dengar dulu. Antara empat sahabat nabi yang terkenal. Umar, Uthman, Ali... lagi seorang siapa eh... Abu Bakar rasanya! Itu jelah yang aku tahu. Tapi, Khalid tu siapa pulak?
“Khalid al-Walid, panglima Islam masa zaman Rasulullah. Saidina Umar pulak, pemimpin Islam kedua selepas Saidina Abu Bakar merangkap sahabat baik Rasulullah,” terang Hannah ringkas. Macam tahu-tahu je aku tak tahu.
“Oh...” aku sekadar mengangguk. Malas mahu bertanya lebih-lebih. Lagipun, tak rasa menarik sangat pun bercerita pasal dua insan tu.
“Dia orang sepupu yang sangat rapat. Dua-dua sama kuat, sama hebat. Sebelum Islam, Saidina Umar ni, suka masuk pertandingan gusti dekat kota Mekah dan selalu jadi juara. Satu hari ni, adalah orang-orang yang dengki, nak kasi Khalid dengan Umar bergaduh. Mereka pun suruhlah dua-dua ni berlawan. Pemenang akan dapat ganjaran yang lumayan...”
“Mereka pun berlawan. Lepas tu, Khalid menang dan dapat hadiah. Umar pulak sedih sebab tak dapat jadi juara. Yang bestnya, bila Khalid al-Walid ni, pulihkan balik hubungan dia orang. Dia cakap, dia masuk bukan sebab nak jadi juara, tapi sebab nak ganjaran je. Dan title juara tu, dia bagi pada Umar. Tapi of courselah kenangan tu pahit buat Umar yang tak pernah kalah selama ni.”
Aku hanya mengangguk sekadar memberi tanda aku mendengar. Mata sibuk memerhatikan kalau ada apa-apa yang menarik di blog-blog bloggers. Siapa Khalid, siapa Umar, aku tak ambil peduli. Rasanya, tak ada apa-apa effect pun aku tahu atau tak.
“Tadi kau keluar dengan Alex ke?” Hannah menukar topik perbualan.
“Hrm...”
“Makin rapat kau dengan dia eh?”
“Bolehlah...”
“Setiap hari keluar pulak tu...”
“Alah... pergi makan je. Bukannya buat apa pun,” jawabku tanpa sedikit pun mengalihkan pandangan daripada skrin.
“Eh, Hannah, kau tolonglah habiskan. Aku dah kenyang sangat dah ni...” kataku merujuk kepada spageti yang masih berbaki separuh di dalam pinggan.
“Iyalah... iyalah...”
Dalam malas, akhirnya Hannah menurut juga. Botol air berisi air mineral aku capai dan minum. Kemudian, laptop ditutup dan tangan menarik getah yang mengikat rambut sebelum badan dibaringkan di atas tilam. Letihnya... esok kelas pukul lapan pagi pulak tu.
“Kau dah isyak ke belum, Maria?” tegur Hannah apabila terpandangkan aku sudah selamat berbaring. Aku mengenyeh mata yang terasa gatal. Nampak sangat mata pun nak tidur jugak.
“Nantilah kau kejutkan. Aku mengantuklah...”
“Maria... kalau Allah tak pulangkan balik nyawa kau masa tidur macam mana?”
Sayup kedengaran suara Hannah apabila aku sudah menutup telinga dengan bantal. Ah...! Bisinglah pulak budak ni.
***
Tepukan bergema di dalam bilik yang memuatkan 25 orang pelajar. Aku menarik nafas lega. Lega bila drama berkumpulan sudah selamat ‘ditayangkan’. Kami berenam tunduk, sebagai tanda hormat sebelum kembali mengambil tempat. Mata aku sempat menjeling ke arah Syed Farhan yang duduk di kerusi bahagian kiri. Nampak lain bila dia tak memakai kopiah rasmi dia. Rambut dia... aku menarik hujung rambut aku sedikit, cuba membandingkan. Hrm... sihat jugak rambut dia. Mujurlah lakonan dia nampak real kali ni. Pelik aku masa rehearsal dia buat macam sampah. Hish!
“Class dismiss...” ujar Sir James.
Bunyi kerusi ditarik dan bergesel dengan lantai memenuhi ruang bilik. Aku berjalan mendapatkan Jackie, Wong, Caroline dan Vanitha.
“Good job! Thank you guys!” ucapku ceria kepada ahli kumpulan aku. Tinggal Syed Farhan yang aku belum ucapkan apa-apa lagi. Sempat aku memandang dia yang sudah bersedia untuk melangkah keluar daripada kelas.
“Syed, wait.”
Syed Farhan menoleh. Mukanya serius memandang aku.
“Thanks a lot for today. Sorry kalau selama sekumpulan dengan aku satu semester ni, kau tak puas hati dengan aku..” aku menyusun ayat-ayat di minda. “Aku tak tahu kenapa, bila aku kerja dengan kau, ada je yang tak kena. Sorry to saylah, aku ni perfectionist sikit. Semua benda nak nampak sempurna. Tapi bila bekerja dengan orang macam kau je, mesti buat kerja cincai-cincai. Sampai pernah ada orang tanya aku, Islam ajar buat kerja macam tu ke? Manalah aku tahu. Iyalah, aku ni tudung pun tak pakai, kuku pun warna warni. Jadi, orang-orang macam kaulah yang kena terangkan kalau orang tanya.”
Kening Syed Farhan terangkat sebelah sebelum dia mengalihkan pandangan ke tempat lain. Perhatian aku juga sudah teralih apabila terpandangkan Alex sudah berdiri dan bersandar di pintu.
“So, aku dah cakap apa yang aku nak cakap. Itu jelah. By the way, you have done a very good job. Serius. Selama ni masa rehearsal kau sengaja agaknya. Oklah, thanks eh! See ya!” terus aku melangkah mendapatkan Alex sebaik sahaja menghabiskan ayat aku. Alex sudah tersenyum daripada jauh.
“Happy nampak?”
Aku tersengih. “Of course! Dapat kerjasama semua pihak, happylah!” balasku ceria.
“I tengok jugak tadi. Tapi kenapa you pula yang macam kaku sikit?” soal Alex.
Aku menggigit bibir. Alamak? Obvious sangat ke? Semua salah Syed Farhan tadilah. Rupa dia nampak lain, aku pulak yang jadi kayu tadi.
“Serious? Was it too obvious? Habislah I...”
“Taklah. Tapi whenever scene you dengan dia mesti you macam pandang tempat lain, tak pandang dia. Dia, tak payah cakaplah kan. Tapi tak adalah obvious sangat tadi...” nada Alex sedikit memujuk. Tahu agaknya aku risau bila dia menguatarakan hal itu.
Aku diam. Hrm... Syed tu memang berlakon tak berapa pandang aku. Kalau ada dinding belakang aku, dinding itulah yang dia pandang.
“Hrmmm... forget it lah. Dah lepas. I have done my best,” kataku cuba untuk memujuk diri sendiri. “Eh, jomlah. I teringin nak makan sushilah. You nak ikut tak?” spontan aku menarik tangannya untuk mengikut aku. Alex menggaru-garu kepala sebelum menjawab. Matanya memandang mata aku dalam.
“I ada option lain tak?”
Aku dah tergelak. “Tak ada! You kena ikut. I malas nak drive.”
“I dah agak...”
Aku menoleh memandang Alex. Eh? Macam dah bosan melayan aku je?
            “Dear, are you okay? Boring dengan I ye?”
Alex kembali tersenyum. “I oklah. Tapi, halal ke?”
Aku mengerutkan dahi. Halal? “I don’t know. Selama ni I makan je. Why you ask?”
“Tak adalah. Sebelum makan apa-apa, you confirmkanlah halal or not. Tak adalah makan benda-benda yang tak tahu asal-usul.”
Aku memandang Alex pelik. “You ni kan...”
Alex menjungkitkan kening, bertanya.
“Kalah Syed Farhan tau! Dia pun tak pernah kisah apa yang I makan.”
Alex sudah tergelak. Nasib baiklah kami sudah sampai di kereta. Kalau tidak, mesti ada sahaja yang dia hendak jawabkan.
“I kenalah kisah. I don’t want because of me, parents you cakap I bagi pengaruh tak baik pada you sedangkan I sendiri tak biasa makan sushi...” balasnya.
Aku terharu mendengarkan kata-kata Alex. Walaupun dia tak menyatakan secara terus, aku boleh rasakan dia sayang aku dan jaga aku. Oh Alex, you are so great! Alex the Great!
04***
“You text siapa?” tegur Alex sewaktu jari-jari aku laju berlari di atas skrin iphone.
“Hei, drive kereta tengok depanlah. Bukan tengok I,” tegurku. Soalannya sengaja aku biar tak berjawab. Bibir menguntum senyum. Message sent. Ada sesuatu buat Alex nanti di bandar.
“So, kalau you tak nak makan sushi, apa kata kita pergi baskin robin? I teringin nak makan kek aiskrim pulak.”
Menggeleng kepala Alex mendengarkan kata-kataku.
“You ni, asyik ingat makan je! Nasib baik badan maintain!”
Aku sudah tersengih sampai ke telinga.

 “Happy birthday to you...! Happy birthday to you...! Happy birthday to Alex... Happy birthday to you...!”
Aku melangkah ke arah meja kami dengan membawa sebuah kek di tangan. Alex kaget. Tidak menyangka dengan kejutan yang aku dan kawan-kawan rancang untuk kami.
“Happy birthday...! Make a wish,” kataku.
Alex senyum. Matanya dirapatkan dan seketika kemudian, sebatang lilin yang menyala di atas kek ditiup.
“Alex, what do you wish for?” terdengar suatu suara menyoal. Sempat aku menjeling sekilas ke arah Alex. Wajahnya ceria.
“Quite a lot. But, I prefer to make it secret!” tegas Alex.
Kening aku terangkat sebelah. Teringin hendak tahu apa yang dia mintakan. Sementara Alex berbual dengan budak-budak lain, aku mengambil tugas untuk memotong dan membahagi-bahagikan kek ke dalam pinggan kertas.
“Ingatkan you lupa?” sempat Alex berbisik di telinga aku semasa aku memberikan sepinggan kek pada dia.
“Kenapa you cakap macam tu?”
“Tak adalah. You sibuk dengan drama you. Then, ajak makan macam tak ada apa. Sudahlah last night you tak cakap apa masa kita duduk dekat kafe.”
Aku menyembunyikan senyuman. Tak sangka Alex seorang yang sensitif dalam bab-bab birthday ni.
“Iyalah, I saja nak bagi you surprise. Penat tau rancang ni dengan your buddies. Sudahlah last minit tukar venue. Youlah tiba-tiba tak nak pergi sushi pulak.”
Alex menyeringai. Kemudian, tangannya memotong kek menggunakan sudu. Disuakan sudu itu kepada aku. Aku tergamam.
“John, camera please?” pintanya kepada John yang baru hendak duduk. Terpaksa jejaka itu bangun dengan Canon 550D di tangan.
“You, cepatlah... tak payah malu-malu...!” tegur Alex apabila aku masih lagi kaku disebelahnya.
Aku tersengih menutup malu. Perlahan-lahan, aku membuka mulut untuk menerima pemberiannya.
“John, another one. Make in the video mode,” arahnya lagi.
Aku terpinga-pinga. Isk! Nak kena berlakon lagi sekali ke? Seperti tadi, sudu disuakan kepada aku. Tidak sampai setengah saat aku membuka mulut, Alex dengan nakalnya menyuap kek itu ke dalam mulutnya. Dahi aku sudah berkerut.
“Alex...!” Alex ketawa.
Aku hanya mempu menahan geram. Malunya! Sudahlah jadi video. Alahai...!

Hampir sejam kami menghabiskan masa di dalam restoran ini. Kek yang aku simpankan untuk Hannah di dalam kotak kecil. Sudah masa untuk balik. Dahi Alex sedikit berkerut melihatkan kotak yang berada dipegangan aku.
“Untuk siapa?” akhirnya dia bertanya. Remote di tangan ditekan untuk membuka kunci kereta.
“For my lovely roommate,” ringkas aku menjawab.
“Hannah?”
“Siapa lagi...”
Aku mengambil tempat disebelahnya. Kotak berisi kek tadi aku letakkan di tempat duduk belakang. Tidak lama kemudian, Alex sudah mula hendak memulakan perjalanan.
“Dia tu, Sarawakian ke?” soal Alex tiba-tiba.
Sarawak? Bukan ke budak tu budah Melaka?
“Kenapa?”
“Ada Chinese look sikit,” komen Alex.
Aku diam. Mengingatkan rakan sebilik yang sudah hampir setahun setengah duduk bersama.
“Dia memang Chinese pun.”
Alex menoleh. Terkejut sungguh dia mendengarkan kata-kata aku. Aku mengangguk meyakinkan dia.
“Hannah. Hannah Tan nama penuh dia.”
“I tak tahu pulak dia Chinese. Dia convert jugak ke?”
“Ayah dia. Mak dia Chinese jugak. Tapi anak angkat orang Melayu.”
“Oh...” Alex sedikit kagum. “Patutlah. I thought dia tu Sarawakian. Rupa-rupanya...” Alex tidak menghabiskan kata-katanya. “I suka tengok dia. So cute in her pashmina,” puji Alex. “And her pashmina not like others. Just nice...”
Aku sudah mula rasa tidak senang duduk disebelahnya. Lebih-lebih lagi bila Alex mula memuji perempuan lain di hadapan aku. Cemburu? Semestinya! Aku pun ada perasaan jugak. Kalau si Alex ni dah puji orang lain lebih daripada aku, takkanlah aku nak diamkan je. Hati aku bukannya kayu!
“You ni...” rengekku.
Alex tersenyum nipis. “Cemburulah tu?”
“Mestilah! I bukan kayu tau tak ada perasaan!”
Makin lebar senyuman Alex. “You know what? Walaupun dia cantik, but I believe you lagi cantik daripada dia...”
Aku mula sedikit terpujuk. “Iya ke?” ujiku.
Alex mengangguk perlahan dengan perhatian masih tidak beralih daripada pemanduan.
“Betul... tapi kalau you pakai macam dia, mesti lagi cantik!”
Aku terdiam. Apa maksud Alex? Pakai pakaian macam Hannah? Fikiran aku cuba membayangkan pakaian Hannah setiap hari. Pashmina, blouse, jeans. Walaupun simple, tapi dia tetap style dan cool. Hish! Takkanlah Alex dah nak suruh aku pakai pashmina apa semua tu? Mesti buruk! Alahai Alex...! Belum kahwin lagi dah nak arah aku buat tu buat ni...
“I bukan suruh tau! I cakap je. Daripada apa yang I nampak dan I bayangkan...” kata-kata Alex memecah kesunyian. Aku masih tidak membalas.
“Oh ya! Tonight my parents nak datang, celebrate my birthday. So, kalau you free, I nak ajak you jumpa diaorang.”
Ayat terakhir itu berjaya membuatkan jantung aku berdegup kencang. Jumpa diaorang? Jumpa parents Alex? Aduh! Takutnya.
“You janganlah takut. Parents I tak makan oranglah! Sejak bila you takut nak berjumpa dengan orang ni? Selalunya, youlah yang paling cepat sesuaikan diri dengan orang. Kan?”
Aku tersenyum sumbing. “Ok, ok. Pukul?”
“Lapan. I ambil you. Terus ke restoran je nanti.”
Aku mengangguk bersetuju walaupun di fikiran sudah membayangkan yang bukan-bukan.
05***
“She is not the right person for you, Alex...”
Sayup-sayup aku mendengar mama Alex berkata-kata. Walaupun suaranya tidaklah begitu kuat, namun boleh ditangkap setiap kata-kata mamanya. Aku merapatkan diri ke dinding lagi, mengelakkan ada mata yang ternampak aku mencuri dengar perbualan mereka.
“She is a nice girl, ma. Try to get to know her first...” pujuk Alex.
“Alex, we can read a person personality from the way they dressed. You might say she is a nice girl, but for me as she does not dress properly as what her religion taught her, she is still not that good.”
Aku menelan air liur. Eh? Kenapa pula mama Alex yang beriya menolak. Bukan ke sepatutnya dia tak boleh kata apa? Bukannya dia Islam pun. Lagipun... aku menunduk, memerhatikan pakaian yang aku pakai. Tak adalah over mana pun. Biasa je aku rasa. Sopan jugaklah walaupun bukan baju kurung.
“Your brother has shown me, how a Muslim really is, Alex. If you really serious about this, find someone who can help you...” kata mama Alex lagi.
Aku dah tak sanggup hendak berdiri di sini. Kalau ada jalan lain yang boleh bawa aku keluar, aku sudah keluar daripada restoran makanan Cina Islam ini. Dada terasa sebak. Kenapa dunia sekarang mesti hendak judge orang berdasarkan pemakaian? Bukannya diaorang tahu macam mana kehidupan aku sehari-hari. Bukannya dia nampak kalau aku baca Quran sepuluh muka surat sehari. Oklah, hiperbola contoh yang aku bagi. Tapi, betul apa? Pemakaian tak melambangkan apa-apa pun. Ramai je orang-orang macam Syed Farhan tu, yang bila buat kerja tak pernah buat aku puas hati.
“She can change, ma. Just give her some times and support,” pujuk Alex kemudiannya.
Aku ke hadapan sedikit, hendak mengintai muka mama Alex. Sedihnya rasa bila kali pertama berjumpa sudah dicop yang tidak elok.
“It is all up to you. But as for me, mama is not going to approve her...” tegas mama Alex.
Aku menahan air mata yang sudah bertakung daripada terjatuh di pipi. Kemudian, aku kembali melangkah ke bilik air. Tisu di dalam kocek jeans aku keluarkan. Mengesat air mata yang tumpah juga akhirnya. Hampir lima minit aku cuba untuk mententeramkan perasaan aku, akhirnya aku melangkah keluar bilik air. Dengan kepala menunduk, aku tak sedar apabila aku terlanggar seseorang.
“Sorry...” ujarku perlahan.
“Maria, are you okay?” soalan yang dikeluarkan insan itu berjaya menarik kepala aku ke atas. Mata aku melekat kepada muka abang Alex yang sedikit sebanyak membuatkan aku terasa segan sendiri. Dia taklah begitu menunjukkan ke-Islaman dia. Pakaiannya sama sahaja seperti lelaki-lelaki lain yang aku jumpa. Jeans dan collar tee. Bukannya jubah dan kopiah sepanjang masa. Tapi kenapa mesti mama dia hendak judge aku bukan-bukan hanya dengan pemakaian aku?
“I am okay...” balasku pendek sebelum kembali ke meja makan dengan senyuman di bibir. Tidak mahu mereka sedar perbualan mereka anak beranak aku dengar tadi.

“WHY are you so quiet?” soal Alex sewaktu kami di dalam kereta untuk balik ke kampus.
Aku tersenyum tawar. Fikiran sudah melayang mengingatkan peristiwa di restoran tadi. Nafas dihela perlahan. Mengeluh. Kalau sudah mama Alex sendiri tak approve hubungan kami berdua, apa lagi yang aku hendak katakan?
“Maria?” tegur Alex apabila aku masih mendiamkan diri. “Tadi dekat restoran you rancak je berbual dengan parents I, kenapa tiba-tiba on the way back you bertukar mood?”
Aku menyandarkan badan ke kusyen. Mata memerhatikan tiang-tiang lampu di tepi jalan. Memanglah aku rancak bercerita, bertanya itu ini. Semua tu sebenarnya nak menutup perasaan aku daripada terus-terusan terasa dengan kata-kata mama dia tadi.
“I am okay. Terfikir macam mana penerimaan parents you.”
“Mereka ok je. They can accept you as who you are,” kata Alex lembut.
Aku diam. Tipu! Alex menipu hanya sebab hendak memujuk aku. Bukan aku tak dengar bagaimana tegasnya mama Alex tidak mahu menerima aku. Walaupun Alex sudah meminta mamanya memberikan aku masa, dia tetap berkeras. Apa salah aku sebenarnya? Kalau kerana perbezaan agama, aku yakin itu bukan penyebabnya.
 “Your brother has shown me, how a Muslim really is, Alex. If you really serious about this, find someone who can help you...”
Apa yang dimaksudkan seorang Muslim sebenar, ya? Macam yang Alex pernah ceritakan dulu, abangnya cakap Islam itu cantik. Apa yang cantiknya? Aku tengok, ramai je orang Islam yang kononnya bagus dalam agama tapi tak hebat dalam bidang lain. Macam mana pulak tu? Kalau setakat cara pemakaian aku sudah hendak dipertikaikan, mana boleh. Itu tak adil untuk aku. Aku solat tak pernah tinggal. Selewat mana pun, aku tetap akan buat. Sebab aku rasa bersalah bila papa dengan mama tanya nanti.
Nak salah papa dengan mama aku yang tak pernah ajar pasal Islam? Tak boleh juga. Papa dengan mama sendiri sibuk dengan kerja. Kerja pun, untuk aku jugak. Bukan salah mereka. Tapi, tak ada seorang pun yang pernah cuba nak terangkan Islam sebenar dekat aku. Jadi bukanlah salah aku pun kalau tak faham. Ah, Maria. Sedangkan orang baru hendak membuka mulut bercakap pasal Islam pun, kau dah kata bising. Tapi, bukannya apa pun. Dia nak bercerita masa aku tak ada mood nak dengar. Salah timing.
“Maria?”
Aku tersentak. Hilang sudah segala debat-debat yang bermain di fikiran. Aku memandang ke sekeliling. Sudah sampai di hadapan hostel aku rupanya.
“Thanks, Alex...” kataku terus membuka pintu kereta. Handbag yang aku letakkan di tempat duduk belakang aku ambil sebelum terus melangkah ke arah tangga. Tanpa sedikit pun memandang Alex, mengucapkan kata-kata selamat malam seperti kebiasaannya.
***
Hari yang baru, semalam tinggal memori, akan datang masih menjadi misteri. Aku berjalan mengelilingi tasik buatan buat kali kedua. Entah kenapa, sejak semalam aku masih memikirkan kata-kata mama Alex yang aku dengar. Kata-kata yang mampu membuatkan hati aku terhiris bila mengingatkannya. Jadi, pagi ini aku mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran dengan memandang alam sekitar.
            Mata terpandangkan kerusi batu yang tidak diduduki sesiapa. Tanpa bertangguh, aku melangkah ke arah kerusi batu itu. Iphone di dalam kocek aku keluarkan, boleh aku ambil gambar tasik yang terbentang ni.
“Seronokkan pagi-pagi macam ni, berjalan keliling tasik.”
Aku tersentak. Siapa agaknya, ya? Suara dia jarang aku dengar. Perlahan-lahan aku menoleh ke arah insan disebelah. Dia tersenyum, dan aku turut membalas senyumannya. Akhirnya insan itu mengambil tempat di sebelah aku.
“Awak ada masalah ke, Maria?”
Aku diam. Patut ke aku menceritakan masalah aku pada dia? Dia bukannya siapa-siapa. Akhirnya bibir aku tetap tertutup rapat. Seolah-olah dia tidak wujud di sebelah aku.
06
“Dari tadi akak perasan, Maria macam ada masalah. Dua kali akak lalu sebelah pun, Maria tak senyum macam selalu...”
Kening aku terangkat sebelah mendengarkan kata-kata Kak Arina. Kakak housemate yang selalu memberi aku dan Hannah makanan hampir setiap minggu. Tak perasan bila masa aku berselisih dengan dia. Kalau dah fikiran melayang, mana nak perasan orang yang datang.
“Akak pun kalau ada masalah, suka datang ke sini. Tak kisahlah masalah apa pun. Masalah dengan kawan-kawan. Masalah dengan belajar, masalah dengan family, duit...” katanya dengan pandangan terus ke tengah tasik.
“Bila tengok alam ciptaan Tuhan, rasa tenang. Rasa Allah tu dekat. Rasa Allah sentiasa ada dengan kita kalau kita ada masalah. Sedikit sebanyak, fikiran pun ringan dan boleh buat kerja lain. Mesti Maria pun rasa yang sama kan bila duduk sini?” katanya dengan senyuman.
Aku membalas senyumannya seadanya. Sesekali air tasik berkocak apabila ada ikan-ikan yang bermain di permukaan air. Aku terus hanyut dalam lamunan aku sendiri.
“Sekecil-kecil ciptaan Allah, mesti ada hikmahnya. Kalau kita ambil contoh air. Mungkin 2/3 air di atas dunia ni banyak. Tapi tak semua yang Allah jadikan, kita boleh minum. Kalaulah Allah tu tak sayangkan kita, boleh saja dia jadikan air tu masin. Tapi, kita pula yang akan mati kehausan. Boleh juga kalau Dia hendak jadikan air semuanya tawar, tapi hilanglah segala hidupan laut. Dan boleh jadi kapal-kapal yang besar tidak mampu berlayar di atas air yang tawar. Nampak kecil, tapi kalau perkara tersebut berlaku... rasanya tak tahulah macam mana hidup kita sekarang ni. Kita je yang tak bersyukur dengan kurniaan Dia. Subhanallah, ada hikmah di setiap ciptaan Allah...” katanya lagi tanpa menghiraukan aku di sebelah.
“Allatheena amanoo watatma-innuquloobuhum bithikri Allahi ala bithikriAllahi tatma-innu alquloobu.” [13:28]
*maaf, saya tak jumpa tulisan Arab. Yang ada Cuma gambar. Maka, kindly open the Quran so that anda boleh baca dengan bacaan yang sempurna. ^^
Sayup-sayup dia membaca sesuatu. Aku menoleh. Kak Arina turut memandang aku dengan senyuman.
            “Sungguh, Tuhan yang menciptakan kita tak pernah memungkiri janji. Setiap kali kita mengingati Dia, dia berjanji hati kita akan tenang. Antara hendak atau tidak je kita berzikir kepada Dia...” Kak Arina sudah berdiri. Tangannya menepuk perlahan bahu aku, seolah-olah memberi semangat. Kemudian, dia berjalan, ingin melangkah meninggalkan aku keseorangan. Mungkin hendak memberi ruang untuk aku bersendiri.
“Apa perasaan akak bila ada orang judge akak sebelum dia kenal akak?” spontan pertanyaa itu keluar sebelum sempat dia menjauh. Aku memerhatikan Kak Arina daripada hujung mata. Langkahnya terhenti.
“Maksud Maria?”
Aku diam. “Macam mana kalau orang cakap akak ni extremis Islam? Walhal, akak bukannya pengebom berani mati pun. Sekadar pelajar dekat sebuah kolej yang tak memberi apa-apa efek pada dunia...” kataku berkias.
Kak Arina kembali mengambil tempatnya yang ditinggalkan tadi.
“Kadang-kadang saya bosan dengan orang-orang sekeliling. Lagi-lagi geng-geng yang baik-baik ni. Mesti pandang saya macam alien dari planet marikh bila tengok rambut warna perang, kuku kena cat sekali sekala. Tegur macamlah diri tu sempurna sangat. The way I dress, kalau ketat, seksi, bukak sana sini, bukannya saya cari pasal dengan dia orang. Hubungan saya dengan Tuhan, tahulah saya jaga. Yang dia sibuk-sibuk kenapa?” aku mengeluh.
“Agaknya akak masa first time nampak saya, apa pendapat akak? Mesti akak fikir yang bukan-bukan kan?”
Aku menghela nafas perlahan. Bosan jugak sebenarnya bila hidup dengan pandangan-pandangan manusia ni. Masing-masing hendak bagi komen itu ini. Macam diri sendiri dah cukup sempurna! Walhal sebelum ni, aku boleh tak ambil kisah dengan pandangan orang lain. Tapi bila mama Alex sendiri pandang aku lain, macam mana aku nak buat tak kisah?
 “Hrm... impression tu adalah normal buat setiap manusia, Maria. Maria pernah kena interviu untuk apa-apa tak? Kerja mungkin, masa lepas SPM?”
Aku menggeleng perlahan. Mata masih tak beralih daripada air tasik tadi.
Kak Arina tersenyum lagi. “Baiklah. Kalau tak pernah... Maria pernah dengar tak yang kita kena bagi first impression yang baik kepada interviewer kita?”
Perlahan-lahan aku mengangguk.
“Impression seseorang tu, adalah apa yang dia lihat pada penampilan kita. Kalau kita pergi interviu dengan pakai pakaian selekeh. Secara tak langsung, penemuduga kita dah ada mindset, orang ini tak kemas. Kotor. Tak mementingkan kekemasan kalau buat kerja. Mestilah mereka nak cari orang yang kemas dan bersih. Betul tak?”
Perlahan-lahan aku mengangguk.
“Jadi, impression orang dengan diri kita memang tak boleh nak elak. Macam adik cakap tadi, orang cakap akak ni extremis. Ialah, ada jugaklah yang kutuk akak macam-macam bila kita terbuat salah or silap dengan alasan, I’m wearing hijab and I should know that this or that is haram. Kalau bercakap asyik-asyik kaitkan dengan Quranlah hadis lah. But for me, I have done my part. So, it is up to them nak accept ke tidak...” kata Kak Arina.
“Kita tak boleh lari daripada impression orang, dik. Lagi-lagi zaman sekarang ni. Pada akak, boleh kalau kita mengabaikan impression orang pada kita. Dengan syarat, kita fikir dulu apa impression Allah pada kita. Sebab pandangan Allah pada kita, bukan macam pandangan manusia. Kalau kita ikut apa yang Dia suruh, cantiklah Dia pandang kita. Kalau kita langgar apa yang Dia larang, murkalah Dia pada kita. Itu yang kita patut lagi risaukan.”
“Kalau kat dunia ni ada 25 juta rakyat Malaysia, takkanlah 25juta pandangan mereka kita kena ikut. Jadi, solusinya, fikir apa pandangan Dia dulu. Sebab Dia yang jadikan kita, bukannya manusia. Kalau ada teguran manusia yang membawa kepada kebaikan for you, ikutlah. Kalau dia kutuk sebab nak menjatuhkan, pekakkan telinga. Sebab you have your own reason kenapa you buat benda tu. At least, bila Allah tanya dekat akhirat, why are you wearing like this or like that, kita boleh jawab sebab we want to please Him...”
            Erk? Terasa angin seolah-olah menampar lembut pipi aku. Sedikit rambut yang terlepas daripada ikatan turut beralun mengikut rentak angin. We want to please Him? Selama ni aku tak pernah terfikir kenapa aku buat begini buat begitu. Sebab, apa yang aku buat adalah untuk kepuasan hati aku sendiri. Kerana pada aku, mengikut trend sekarang untuk keseronokan sendiri. Biar orang tak cakap aku kolot dan ketinggalan zaman.
“Islam dah diputar belit sampai orang bukan Islam tak nampak Islam yang sebenar, dik. Islam is terrorist. Sampai ada keluarga Islam di luar negara dibunuh jirannya yang bukan Islam hanya kerana mereka Islam. Dengan alasan, takut mereka terrorist. Sedangkan mereka tidak. Isterinya pun tengah mengandung masa dibunuh. Islam cantik, Islam yang mengajar umatnya berkasih sayang jadi kotor bila impression-impression yang orang Islam bagi Sedangkan dengan bukan Islam pun, Islam tak pernah ajar untuk berkasar. Jadi, kitalah yang kena bersihkan balik impression-impression tu.”
“Tanggungjawab hendak memulihkan balik impression ni, bukan hanya terletak pada bahu ustaz dan ustazah. Kita ada kelebihan masing-masing. Contohnya, Dr. Danial Zainal Abidin. Dia ada ijazah bidang perubatan. Tapi, dia sumbangkan kelebihan untuk Allah. Contoh lain, Dr. Zaharuddin, bidang akaun. Tapi kelebihan dia, sumbangkan pada Islam. Dengan cara itulah baru Islam boleh dipandang tinggi dan mulia. Kalau kita gunakan kelebihan kita, kita boleh menutup kekurangan orang lain. Macam itu jugalah kekurangan kita, akan ada orang lain yang mempunyai kelebihan mereka. Jadi, menyumbangkan kelebihan kita pada Allah kan lebih baik?”
Kak Arina menepuk perlahan bahu aku.
“Akak dah nak kena pergi ni. Kelas pukul sembilan. Akak paling pantang orang yang tak tepat masa. Jadi, I have to show them a good side of me supaya mereka tersedar dan menjadi orang yang mementingkan masa jugak.”
“Oklah dik, jumpa dekat rumah nanti insya Allah. Jangan fikirkan sangat pandangan orang pada adik. Apa yang penting, pandangan Allah pada kita. I have got to go. Assalamualaikum...” katanya tersenyum.
Aku turut sama membalas senyumannya. “Waalaikumussalam...” balasku perlahan dengan mata memerhatikan langkahnya menuju ke hostel.
07***
“You nak pergi mana?” Pelik benar Alex memandang aku sampai tak berkelip.
Aku mengerutkan dahi. Eh? Bukan ke dia yang ajak keluar untuk cari jam untuk ganti jam dia yang rosak?
“Lah? You yang ajak I keluar kan. Pergi mana lagi?”
Alex tersenyum. “Well, I tahulah. But why so sudden?”
Aku menahan bibir daripada tersenyum. Faham dengan maksud Alex. Kalau Hannah sendiri terkejut, apatah lagi Alex.
“Bila I rasa I lagi cantik pakai selendang macam ni. Lagipun, you jugak yang cakap I lagi cantik kalau pakai, kan?”
Alex ketawa ceria. Bibirnya masih tidak henti-henti tersenyum sepanjang perjalanan kami ke shopping complex.
“Disebabkan you dah buat surprise untuk I hari ni, jadi I pun ada benda nak beritahu pada you...”
Aku menunggu Alex meneruskan kata-katanya.
“You ambil my wallet,” arahnya.
Aku menurut. Wallet yang Alex letakkan di sebelah handbreak aku capai.
“You nak suruh buat apa? You letak our picture ke dalam wallet you?” usikku.
Alex ketawa. “No.. Why should I?”
Aku mencebik. Geram mendengarkan usikannya. Mestilah dia sepatutnya letak. Kata aku ni girlfriend dia.
“Surprise I lagi bermakna daripada gambar kita, tahu?” katanya apabila aku tidak bersuara.
“Iyalah... iyalah. But what is it?” soalku lagi. Bukan menjadi kebiasaan aku membuka beg duit orang lain walaupun sudah berada dipegangan kecuali disuruh.
            “You bukaklah. Cuba tengok ada apa dekat situ...”
Wallet kulit berwarna coklat itu aku buka. Ada apa? Yang ada hanyalah beberapa keping not 50, lesen memandu, kad ATM dan IC. Eh sekejap!
“Alex? Since when?” soalku sedikit gugup. Terkejut apabila melihatkan kad bewarna biru itu tertulis sesuatu. Sesuatu yang membuktikan dia merupakan hamba Allah. Air mata mula bertakung serta merta. Aku tergelak perlahan.
“Since I masuk sini, Maria. I sengaja tak beritahu you...”
Aku menggeleng perlahan. Ya Allah, lelaki sebelah aku ni rupa-rupanya seorang muslim!
“Lelaki yang selalu you kutuk itulah yang jadi rujukan I kalau I tak tahu apa-apa. Ustaz Junaidi lah yang mengislamkan I kalau you nak tahu...”
Aku tertunduk. Sebaknya rasa bila dapat tahu kisah Alex. Entah kenapa, aku pula yang terasa sayu. Bukanlah sayu yang sedih atas keislaman dia. Tetapi sebak dan terharu dengan kisah dia.
“Alhamdulillah... good for you, Alex. Somehow, I pula yang rasa tak sesuai dengan you. I pun boleh dikatakan ‘baru masuk Islam’ jugak sebenarnya.”
Alex tersenyum.
“It’s alright, dear. We will complete each other,” dia meyakinkan. Aku turut sama tersenyum. Mengharapkan kata-katanya menjadi kenyataan.
“But why you didn’t change your name, eh?” kataku merujuk kepada namanya yang tertulis di atas IC. Alexander Chua Abdullah.
“I tanya juga Ustaz Junaidi. Possible ke if I tak tukar nama. Then he said, it is ok selagi nama tu tak bagi makna yang buruk. Plus, in arabic pun, my name is Iskandar. So, tak adalah beza sangat. Cuma, bunyi macam mat saleh lah sikit. Macam you...” usiknya.
Aku mengetap bibir. Geram bila dia mengungkit perihal nama aku. Isk! Sabar ajelah!
***
“Please, ma. I beg you...” perlahan suara Alex berbual di telefon.
“I believe, she will change one day. Alex pun not that perfect, ma...” kata Alex lagi. Kepalanya digelengkan perlahan. Seolah-olah tak bersetuju dengan kata-kata mamanya.
Aku mengeluh lagi. Tadi, Alex meminta diri untuk keluar sekejap sementara aku pula mencari-cari pencuci muka, sabun badan, sabun basuh untuk stok di hostel. Sehingga selesai membuat pembayaran pun, Alex masih belum habis berbual ditelefon. Aku pula, sengaja mengambil peluang mencuri dengar apa yang dia bualkan. Tak sangka rupa-rupanya Alex berbual dengan mamanya. Patutlah dia menjauhkan diri walaupun sebelum ni, dia tak pernah kisah mengangkat telefon di hadapan aku.
“Do you want to know something? She just started wearing scarf today...” puji Alex sedikit bangga.
“Ma... although she did it for me, it shows that she can change, ma.. Just give her support. Even I myself is not that good for Ai Ling.”
Aku mengerutkan dahi. Ai Ling? Ai Ling mana pula ni?
“No, ma. I love her. It is all about my happiness. Please ma, don’t force me to leave her. Ma... of course I love you more than her. But it doesn’t mean that I need to sacrifice my happiness, ma. Tell them, I love someone else. Ai Ling is not mean to be with me...”
Ai Ling lagi? Ai Ling is not mean to be with him? Apa yang Alex maksudkan? Ada apa-apa lagi ke yang aku tak tahu, yang Alex rahsiakan? Perasaan aku meronta-ronta ingin tahu. Siapa Ai Ling sebenarnya?
***
“Hai? Muram je muka, Maria? Selalunya, balik daripada jumpa Alex, kau menyanyi-nyanyi dalam bilik?” tegur Hannah apabila aku masuk ke dalam bilik dengan muka tak bersemangat. Aku hanya tersenyum tawar.
“Aku tak ada moodlah!” kataku lalu mencampakkan beg plastik berisi beberapa barang ke atas katil. Tanpa menunggu lama, badan aku pula aku hempaskan ke atasnya.
“Tak ada mood kenapa?”
Aku menghela nafas perlahan. Mata memandang terus ke siling. Sikap Alex yang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan aku membuatkan aku resah sendiri. Hendak bertanya, aku lebih suka dia yang mula bercerita. Tapi, inilah yang jadi... aku yang serba tak kena sana sini.
“Alex. Dia tu macam sembunyikan something daripada aku...” keluhku.
“Iya? Sembunyikan apa?”
Aku menukar posisi baring. Pashmina yang masih belum aku buka, aku tarik keluar.
“Apa perasaan kau, kalau boyfriend kau...”
“Aku tak ada boyfriend,” pintas Hannah dengan muka nakal.
“Kau ni...” aku mendengus geram. Aku tengah tension, dia buat main pulak.
“Ok... ok. Aku bergurau je. So, apa masalahnya?”
“Apa perasaan kau, bila lelaki yang kau sayang tiba-tiba berbual dengan mak dia, macam rahsiakan sesuatu daripada kau? Hah? Macam mana?”
            Hannah tergelak. “Alahai, kau ni... sensitif sangatlah!”
“Bukanlah sensitif. Tapi, bila berbual tu sudahlah macam bercerita pasal aku. Oklah, aku tahu mak dia tak approve aku dengan Alex. Tapi, cakaplah. Ini Alex sengaja buat macam aku tak tahu....” rungutku.
“Daripada mana kau tahu?” soal Hannah pula.
“Aku terdengar. Lepas tu tadi, aku terdengar jugak dia berbual dengan mama dia dekat telefon. Gaya macam mama dia ada someone untuk Alex je. Ai Ling kalau tak silap aku nama dia...”
Muka Hannah sedikit berubah. “Ai Ling?”
Aku mengangguk, mengiyakan.
“Alah... tak semestinya Alex setuju, kan?”
“Ialah... tapi, susahlah kalau mama dia tak approve aku. Kena pula nak kenenkan dengan perempuan lain. Ai Ling. Tapi, takkanlah budak tu convert jugak?” rungutku lagi. Hish! Teringin sangat aku hendak jumpa Ai Ling tu. Hebat sangat ke dia? Takkanlah sebab aku ni Melayu, Ai Ling tu Chinese, terus mama Alex tak terima aku? Duhai hati, sabarlah. Satu hari nanti, Alex mesti beritahu juga!
08***
Aku melangkah lemah menuju ke bilik. Masih terbayang-bayang di fikiran apa yang berlaku sewaktu aku dengan Hannah sama-sama berjalan daripada blok akademik ke hostel. Jeritan suara yang memanggil seseorang membuatkan aku dengan Hannah sama-sama berpaling.
“Ai Ling!”
Aku tergamam. Bumi bagaikan bergoyang sehingga membuatkan aku terasa hendak pitam. Lagi-lagi apabila mama Alex berjalan ke arah Hannah dengan senyuman yang tak lekang daripada bibir. Kalau inilah Ai Ling yang aku hendak cari selama ini, maka tak perlulah aku hendak berkenalan dengan dia lagi kerana hampir dua tahun belajar di kolej ni, aku dengan dia sebilik.
Aku hanya memerhatikan Hannah berbual dengan mama Alex dalam bahasa mereka. Terasa dipinggirkan terus bila kehadiran aku di sebelah Hannah bagaikan tidak terkesan langsung pada mata mama Alex. Alex pula aku tak tahu ke mana. Takkanlah mama dengan papa dia datang hanya untuk berjumpa dengan Hannah? Aku menggigit bibir. Terasa hendak menangis bila mereka berdua rancak berbual. Akhirnya, perlahan-lahan aku meneruskan langkah ke hostel tanpa memberitahu mereka.
Tok... tok... tok...
Aku memerhatikan pintu yang tertutup rapat. Bunyi ketukan yang diselangi dengan suara Hannah membuatkan aku semakin malas untuk bangun dan buka selak pintu yang aku kunci. Ah! Bagusnya kalau aku boleh berpura-pura tidur dan tak sedar
“Maria... aku tahu kat kat dalam. Please, Maria. Open the door!”
Sekali lagi pintu diketuk. Aku memejamkan mata rapat-rapat. Biarlah Hannah diluar. Pandai-pandailah dia ke bilik siapa-siapa dahulu. Hati aku sakit! Tak sanggup nak memandang dia macam tak ada apa-apa. Huh! Ai Ling konon! Kenapa dia tak terus ikut sahaja kedua ibu bapa Alex ke mana-mana. Biarlah! Kalau Hannahlah yang memang hendak di’kenen’kan dengan Alex, aku sudah tidak mahu ambil peduli.
“Maria... please. Kau kena dengar apa yang aku nak cakap,” kata Hannah lagi. Dia masih tidak berputus asa memujuk aku.
Aku menutup telinga dengan bantal. Bukan setakat muka Hannah aku tak mahu pandang. Suaranya pun aku tak sudi dengar.
“Maria... please...”
Aku menarik nafas geram. Mata terpandangkan mug kaca yang terletak elok di atas meja belajar, di sebelah katil. Tanpa berfikir panjang, laju tangan mencapai gelas itu dan aku campakkan ke arah pintu.
‘Pranngg!’
Mug pecah. Aku tersenyum puas. Puas bila dapat melepaskan geram dengan cara macam tu. Tiada lagi bunyi ketukan dipintu. Hannah terdiam. Huh! Agaknya kalau dia masuk, ada mug tu kena kepala dia.
“Maria, don’t do something stupid ok? Aku sayang kau. Tapi disebabkan perasaan marah yang tengah kawal kau, aku...”
“Just go Hannah. I hate you!” jeritku.
Hannah tidak membalas. Selepas itu tiada lagi ketukan dipintu dan suaranya memujuk aku mendengar kata-katanya. Aku terasa serba salah sendiri.

“Assalamualaikum... Maria, oh Maria...”
Aku tersedar daripada tidur. Entah bila masa, aku terlena. Dengan mamai-mamai aku melangkah ke arah pintu tanpa menyedari serpihan kaca yang masih elok berada di atas lantai. Tanpa sempat mengelak, kedua-dua belah kaki sudah terpijak kaca yang bertaburan di situ. Aku terjerit.
“Maria? Maria ok ke? Kenapa tu?” suara Kak Arina sayup-sayup kedengaran di luar.
“I’m okay... bukalah pintu tu. Dah tak berkunci...” kataku dalam menahan sakit.
Pintu dibuka daripada luar. Belum sempat Kak Arina hendak melangkah masuk, laju aku memberi amaran tentang kaca yang berada di situ.
“Ya Allah... Maria, kau ok?” risau Hannah bertanya.
Aku mengangguk. Perlahan-lahan, aku mengesot ke tepi. Memberi laluan mereka berdua masuk.
“Elok-eloklah. Aku terlupa tadi nak kemas...” kataku, sedikit malu dengan kesilapan sendiri. Ikutkan sangat emosi, inilah padahnya! Akhirnya, kaca makan tuan.
“Takpelah kak, biar saya bersihkan kaca ni dulu.”
Kak Arina mengangguk. Tangannya mengutip serpihan yang tinggal manakala aku cuba untuk mengeluarkan kaca yang terbenam di dalam tapak kaki. Bibir digigit kuat. Sakit! Tak semena-mena air mata menitis ke pipi.
“Macam mana boleh ada kaca dekat sini, dik?” soal Kak Arina lembut.
Aku sudah tak tahu dekat mana hendak letak muka. Nak cakap, aku yang pecahkan? Takkan aku nak bercerita masalah aku dengan Hannah. Akhirnya aku mendiamkan diri.
“Oklah, dah bersih. Maria, darah tak habis lagi tu. Ada lagi ke kaca dekat kaki tu? Belah kiri dah habis?” tanya Kak Arina. Kemudian, dia menghulurkan surat khabar yang diletakkan kaca kepada Hannah, meminta dia membuangkannya keluar rumah.
Aku menggangguk perlahan. Menahan rasa sakit sampai tak larat hendak bercakap banyak.
“Sini, aku tengok...” kata Hannah sebelum sempat aku menegah. Dia sudah mengambil tempat duduk disebelah aku.
“Kita pergi kliniklah, Maria. Aku risau...”
Hannah membelek kedua belah tapak kaki aku yang sudah dibasahi darah. Jika dia terjumpa serpihan yang halus tertinggal, tanpa rasa geli dia membuangkannya. Riak wajahnya risau. Risau yang bukan dibuat-buat. Melihatkan air mukanya, cukup membuatkan aku terasa sedih. Sedih kerana sudah mula hendak membenci sahabat aku sendiri.
“Tak apalah, aku tak rasa aku boleh jalan. Basuh, letak ubat ni oklah...”
Hannah menggeleng perlahan. Oklah, kita basuh dulu. Kalau agak tak ok jugak, kita pergi klinik. Manalah tahu dalam ke apa. Buatnya kena infection...”
Hannah meletakkan begnya ke atas meja. Pintu almari dibuka dan sehelai kain dikeluarkan dan sebotol kecil minyak gamat dia letakkan di sebelah aku. Kemudian, dia pergi pula ke bilik air, dan keluar dengan membawa gayung berisi air bersih.
“Kak Arina tak ada apa-apa ke? Tadi kata ada meeting dengan kawan?” soal Hannah pula.
Aku sekadar memerhatikan daripada hujung mata. Ralit matanya memerhatikan Hannah membersihkan luka di kaki aku. Bibirnya tersenyum.
“Ada. Setengah jam lagi. Tadi ingat nak singgah minimart dulu, kawan akak kirim biskut. Kalau tak ada apa-apa, akak gerak dululah, ya?” dia meminta diri.
Aku dengan Hannah sama-sama mengangguk.
“Terima kasih, kak...” kataku sebelum dia menjauh. Kak Arina menganggguk. Akhirnya tinggallah aku dengan Hannah berdua di dalam bilik.
“Maria, kau larat kita ke tengah sikit? Boleh tutup pintu?” soalnya.
Aku mengangguk. Masih terasa malu dengan Hannah. Hannah hanya berlagak selamba. Seolah-olah apa yang aku katakan tadi kepada dia tak terkesan langsung.
“Hannah, kau tak marah aku?” soalku lambat-lambat.
Hannah mendongak. Bibirnya tersenyum. “Aku tak layak nak marah kau, Maria...” balasnya pendek.
“Ok, done! Boleh tak nak gerak pergi katil ni?” Hannah memandang kaki aku yang sudah berbalut dengan kain dan katil berulang kali. Bagaikan tidak yakin aku boleh berjalan bila kedua belah kaki sudah terluka.
“Boleh rasanya...”
Aku cuba untuk bangun. Hannah menghulurkan tangan untuk aku berpaut. Akhirnya, dengan perlahan-lahan, aku melangkah ke katil dengan bantuan dia. Rasa pedih yang datang sedikit sebanyak membuatkan aku terfikir. Kalau ini rasanya sakit di kaki aku, macam mana pula rasa sakit di hati dia tadi?
“Kenapa kau layan aku macam tak ada apa-apa, Hannah?” soalku perlahan.
Hannah menoleh. Pandangannya pelik. Seperti soalan yang aku tanya tak difahami. Lama Hannah terdiam. Akhirnya barulah bibir dia mula tersenyum.
“Sebab aku sayang kau. Tujuan aku berkawan dengan kau, bukan sebab sebilik masa dekat kolej ni je. Tapi sebab...”
Hannah terdiam. Nafasnya dihela perlahan.
“Sebab aku nak berkawan dengan kau sampai ke syurga. Jadi, aku taknak benda-benda kecil macam ni rosakkan friendship kita. Kalau dekat dunia kita dah bergaduh, macam mana dekat akhirat nanti?”
Aku tertunduk. Buat kesekian kalinya aku menangis
09***
Sudah hampir 3 hari aku dengan Hannah begini. Begini yang bagaimana? Begini yang membuat hal sendiri. Ada masanya, dia cuba juga hendak berbual macam selalu, bercerita tentang perangai budak kelas dia yang macam-macam kerenah, bercerita tentang seseorang yang dia minat dari jauh tetapi bertepuk sebelah tangan, bercerita tentang keletah anak saudara dia yang kembar itu. Cuma aku saja yang terasa awkward hendak membalas kata-katanya. Aku bukannya apa, semenjak peristiwa hari tu, aku terasa segan hendak berbual lebih-lebih dengan Hannah walaupun dia katakan dia tak ambil hati. Tapi, mengenangkan luka yang meninggalkan parut ni, aku terasa serba salah. Akhirnya, aku dengan dia sama-sama tutup mulut. Tak ada langsung soalan daripada aku, ataupun penjelasan dia tentang Ai Ling ataupun Alex.
Aku memandang pintu bilik yang tertutup rapat. Dengan teragak-agak tangan mengetuk perlahan pintu bilik itu. Ada orang ke tak eh? Aku mengetap bibir. Tidak lama menunggu, terdengar jawapan daripada dalam bilik.
“Masuk...!”
Aku membetulkan beg sandang yang dah nak melurut jatuh. Perlahan-lahan tombol pintu dipusingkan.
“Assalamualaikum, kak!”
Kak Arina menoleh. Bibirnya tersenyum. “Waalaikumussalam. Maria... masuklah!”
Pintu bilik kembali ditutup. Langkah di atur ke arah Kak Aria yang sedang duduk di meja belajar.
“Saya ganggu ke? Akak tengah belajar ek?”
Kah Arina menoleh dengan senyuman. Pensel mekanikal yang terselit di jari diletakkan di atas buku tebal di hadapannya.
“Bolehlah... revision. Tak adalah ganggu pun...”
Aku turut sama tersenyum. Tanpa disuruh, dengan selamba aku melabuhkan punggung di atas katilnya yang tersusun kemas. Beg sandang diletakkan di sebelah. Aku bermain-main dengan jari sendiri. Bibir masih tidak bergerak, seperti tidak tahu apa yang hendak dicakapkan.
“Maria ada problem dengan Hannah ke?”
Aku terkelu. Belum sempat aku hendak menyusun ayat sesuai, Kak Arina sudah menyoal terlebih dahulu.
“Kenapa akak tanya?”
Buku ditutup. Kak Arina bangun dan berjalan dan duduk di atas katil kawannya.
“Masa hari Maria terpijak kaca, Hannah duduk depan pintu bilik. And if I’m not mistaken, she was crying on that day...”
Sekali lagi kata-kata Kak Arina membuatkan aku terkelu. Perasaan bersalah semakin bertambah. Aku menunduk dan diam. Malas mahu memanjangkan cerita.
“Masalah kawan lelaki ke?” soal Kak Arina lagi.
“Mana akak tahu?” soalku terkejut! Hannah cerita ke? Melampau budak ni...
“Akak teka je. Allah yang gerakkan hati akak nak teka benda tu,” ujarya dalam tawa. “Tapi, kalau masalah Maria dengan kawan Maria tu, kenapa bergaduh dengan Hanah pula?”
Aku menarik nafas perlahan. Aku sendiri tak tahu apa yang berlaku, ini pula nak terangkan pada Kak Arina.
“Mak Alex tak suka saya. Dia suka Hannah. Macam mana Hannah boleh kenal pun saya tak tahu. Tak adalah dia bercerita ke apa. Diam je selama ni...”
Kami kembali terdiam. Hanya bunyi kipas yang ligat berpusing di siling. Aku memerhatikan Kak Arina yang nampak tenang bila aku bercerita tentang apa yang berlaku.
“Mungkin Hannah tak tahu macam mana nak mula. Maria pernah tanya?”
Aku menggeleng.
“Tak apalah... nanti Maria tanyalah dia. Mesti daripada A-Z dia cerita...”
“Dia cerita sekalipun, bukannya boleh pujuk mama Alex. She just hate me. Peliklah! Selama berkawan dengan Alex, tak pernah pulak ada tanda-tanda mama dia tak suka ke apa ke. Sejak jumpa mama dia hari tu, terus dia tak suka saya berkawan dengan Alex...” rungutku. Tak puas hati juga bila tak pasal-pasal orang tak suka kita dengan sebab tak kukuh.
“Hrm... hati manusia ni, Allah yang pegang. Mungkin bila mama Alex tu tak suka, adalah salah satu cara yang Allah nak tunjuk, Maria dengan Alex tak serasi. Boleh jadi, kalau Maria terus berkawan dengan dia, Maria jadi lagi jauh daripada Allah. Mana tahu?”
“Kalau Maria teruskan jugak, sampai berkahwin sekalipun. Tolak keluarga mertua segala... kalau Allah kata ‘no’ tetap ‘no’. Sekarang ni, jangan fikirkan sangat pasal mama Alex. Kalau Maria memang serius, ‘rehatkan’ dulu your relationship. One day, if he really meant to be with you, Maria dengan dia tetap bersama...” pujuk Kak Arina.
Aku mengeluh. Bersama macam mana kalau mama Alex tak setuju. Mama dengan papa mesti tak sokong jugak kalau mama Alex menolak.
“Buat masa sekarang, betulkan dulu masalah Maria dengan Hannah. Satu je akak nak pesan pada Maria. Pada Hannah pun akak ada cakap hari tu. Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Jadi, kalau ada masalah dengan kawan-kawan, bincang elok-elok. Selama ni, akak tengok Maria dengan Hannah rapat betul. Macam kembar. Jadi, jangan sia-siakan friendship tu. Ok?” kata Kak Arina lembut.
Aku menggosok muka dengan tapak tangan berulang kali. Cakap memanglah mudah. Tapi, nak praktikkan... fuh! Tengok saja contoh mudah. Aku nak pakai pashmina mana pergi pun berperang dengan perasaan dah macam apa.
“Entahlah kak... tengok jelah macam mana nanti...”
Aku merebahkan badan ke atas katil. Mata tak berkelip memandang siling. Bilalah Hannah nak keluar ni. Bukan ke dia ada kelas lepas ni? Ini, kasut dia pun ada dekat luar rumah. Dengan kipas bilik terpasang... Confirm dia tak keluar lagi. Alahai...!
“So... Maria ada apa-apa lagi nak share?”
Erk! Laju aku bangun dengan memandang Kak Arina yang memandang aku pelik.
“Tak ada apa... err... oklah! Terima kasih ye kak. Saya balik bilik dululah...!” tanpa menunggu balasan Kak Arina, kaki sudah melangkah ke pintu. Tombol pintu dipulas.
“Maria...”
Aku menoleh.
“I you really serious about that, jangan minta Alex pada mama dia. Minta Alex pada Pencipta dia. Minta Dia yang lembutkan hati mama Alex. Ok?” sempat dia berpesan sebelum aku keluar. Akhirnya perlahan-lahan aku mengangguk. Mengiyakan saja semua pesanan Kak Arina.
 ***
“Lambat balik?”
Aku hanya menjeling Hannah sekilas sebelum meletakkan beg ke atas kerusi. Pin yang tersemat di pashmina aku buka. Soalannya aku biarkan tak berjawab.
“Kau tak ada kelas?” akhirnya aku pula bertanya bila perasaan bersalah kembali bersarang. Hannah menggeleng. Mata dia tak lari daripada memandang aku. Seolah-olah hendak bercakap tetapi tak berani hendak meluahkan.
“Kelas aku cancel...”
Aku tidak membalas. Badan diluruskan ke atas katil. Iphone dikeluarkan. Sebelas missed calls dan sepuluh mesej daripada Alex aku biarkan. Tak ada hati hendak berhubung dengan dia. Kemudian Iphone kembali diletakkan di sebelah bantal. Aku termenung menghadap siling. Tangan diletakkan di atas dahi, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu
“Maria... aku dah tak boleh tahan lagi dah. Pleaselah dengar dulu apa yang aku nak cakap. Aku dengan Alex tak ada apa-apa. Believe me. Aku tak pernah kenal dia pun. Dan kalau pasal Ai Ling tu...” kata-kata Hannah terhenti.
“Itu memang nama panggilan aku kalau dengan family ayah aku. Dan, aku sendiri tak tahu Iskandar yang papa aku selalu cerita tu Alex...!” tegasnya.
Aku mendengus geram. “Kalau tak tahu, macam mana pulak mama Alex boleh kenal kau?”
“Old friend papa aku. When he knew Alex dah revert to Islam, papa aku macam... well, kononnya nak satukan aku dengan dia. Believe me, Maria. Aku sendiri tak kenal siapa Alex tu sebelum ni. Dia duduk dengan abang dia. Kitorang pun tak pernah jumpa!” tegas Hannah.
Aku membungkam. Akhirnya, aku kembali duduk dengan memandang Hannah yang serius wajahnya.
“Entahlah Hannah. Aku tak tahu nak cakap apa...” kataku akhirnya. Sedikit mengeluh mengenangkan perkara yang berlaku akhir-akhir ini. Bukan hanya kerana Hannah yang membuatkan aku tawar hati. Tetapi, sikap Alex merahsiakan tentang Hannah dan mama dia yang tak pernah menyukai aku turut menjadi penyumbang.
“Kau tak payah cakap apa-apa pun, tak apa. Janji kau percayakan aku. Aku sedih bila kita jadi macam ni. Maria...” Hannah merenung aku. Mengharapkan aku memahami dirinya.
Aku membalas pandangan Hannah. Akhirnya aku tersenyum. Cuba untuk menenangkan hatinya. “Aku percayakan kau...”
Hannah terkesima.
“Aku percayakan kau. But i think, i have to put an end to it.”
“Meaning?” teragak-agak Hannah hendak bertanya.
Aku tersenyum tawar.
“Aku. Alex. The end. Aku boleh je kalau ignore his mother yang memang langsung tak boleh terima aku. Tapi, aku tak nak nanti mama dia cakap aku ni orang Islam yang teruk bila putuskan hubungan mak dengan anak. Dahlah memang mama dia pandang aku semacam...” kataku yakin.
Hannah tayang muka tak percaya. Apabila aku mengambil tuala untuk melangkah ke bilik air, dia masih memandang dengan riak tak percaya. Pintu bilik air aku tutup. Tuala disangkutkan di pintu sebelum aku terduduk di atas lantai. Am I that serious?
10***
“You are being unfair to me, Maria!” melengking suara Alex sewaktu aku berjumpa dengan dia petang itu. Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Ya Allah...! Malunya rasa bila ada mata-mata yang memandang ke arah kami berdua. Aku menundukkan muka dengan perasaan yang celaru. Betul ke tindakan yang aku ambil? Atau aku sekadar hendak melepaskan bebanan perasaan yang aku tanggung?
“It is not about being fair or not, Alex... Kalau I tahu you mom tak pernah suka our relationship, bukan hanya sekarang. Daripada awal lagi I dah jauhkan diri daripada you,” kataku lembut namun tegas. Hati aku mula terasa bersalah dengan Alex atas apa yang aku buat. Oh, tidak! Jangan nak berlembut, Maria. Nanti lagi buruk padahnya.
“Your mom already look down on me. I tak nak buat dia benci I pula bila jadikan you anak lelaki yang tak dengar kata? You mom make a right decision, Alex. She choose Ai Ling over me. She choose Hannah. For someone like you yang masih nak belajar banyak benda, how can someone like me help you in the future? Silly me...” kataku tergeleng perlahan. Aku dengan Hannah? Macam langit dengan bumi. Dia yang dibesarkan dalam keluarga yang ayahnya saudara baru jauh lagi Islam daripada aku.
Aku menjeling sekilas riak muka Alex yang nyata berubah sewaktu aku menyebut nama Ai Ling ataupun Hannah.
“You knew it?” soalnya teragak-agak.
Aku mengangguk perlahan. Mengiyakan.
“Everything...”
Alex meraup mukanya dengan tapak tangan. Aku pula sekadar menjadi pemerhati.
Tidak tahu hendak berkata apa lagi. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk pergi. Perlahan-lahan aku bangun, meninggalkan Alex berseorangan di meja kafe itu. Iphone di dalam kocek seluar aku keluarkan. Patah-patah perkataan aku taip sebelum aku hantar kepadanya.
I may be not a good Muslim. I admit that. So, I want someone that I love to be better than me. Be a good son. I know you will. Till then, assalamualaikum...
***
            Orang-orang ‘Arab berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". [49:14]
            Entah kenapa, berulang-ulang kali aku membaca ayat di dalam surah Al-Hujurat ni. Terasa sangat kena dengan diri sendiri. Dulu, ustazah kat sekolah pernah cakap. Kalau baca Quran, baca dengan hati. Hayati dan fahami maknanya. Kemudian, rasakan setiap ayat itu memang ditujukan untuk diri kita walaupun mungkin tertulis ditujukan buat golongan-golongan yang tertentu, kerana ada pengajaran dalam ayat-ayat tersebut. Dengan cara begitulah kita boleh ‘berkawan’ baik dengan Al-Quran dan tak rasa Al-Quran hanyalah kitab pada zaman Nabi s.a.w. yang kita akan dapat pahala bila baca.
Sejak kebelakangan ini, aku cuba untuk mengikut pesanan ustazah. Dan apabila terjumpa dengan ayat ini, terasa seolah-olah ayat ini terus masuk ke dalam hati. Agaknya inilah yang membezakan aku dengan abang Alex juga dengan Hannah. Islam tetapi belum sepenuhnya beriman. Kerana orang yang beriman sudah tentu akan mentaati segala perintah Allah sepenuhnya. Ya Allah, jauhnya perjalanan aku untuk menjadi sebaik itu. Aku mengeluh perlahan.
Al-Quran comel hadiah daripada Kak Arina pada semester lepas aku tutup. Kak Arina dah selamat menamatkan pengajiannya. Tinggal aku pula sedang terkontang-kanting meneruskan semester yang terakhir sebelum sekeping sijil diploma dibawa pulang. Aku duduk di kerusi meja belajar dengan mata memandang terus ke luar tingkap. Angin sepoi-sepoi yang beralun menggoyang perlahan pokok pelam di luar blok. Beberapa biji buahnya terjuntai turut bergoyang sama membuatkan aku teringat sedikit ilmu tauhid yang Kak Arina pernah kongsikan.
Salah satu cara untuk mengenal sifat Allah adalah dengan melihat apa yang kita alam sekeliling. Buah-buahan daripada pokok-pokok yang hidup, adalah mustahil kalau ia terjadi dengan sendirinya. Sudah pasti ada satu kuasa yang hebat melakukannya. Sedangkan pensel kecil yang terjatuh daripada meja pun, orang boleh mempertikaikan siapa yang menjatuhkannya, inikan pula bumi dan alam semesta yang terlalu besar. Tidak mungkin ia boleh terjadi dengan sendiri. Pastu ada ‘seseorang’ yang lebih hebat menciptakannya. Allahuakbar! Siapalah kita hendak bersikap sombong dengan Allah?
Aku tersenyum sendiri. Mungkin ada betulnya kata-kata Kak Arina dulu. Ada sebab kenapa Allah menggerakkan hati mama Alex untuk menolak aku. Boleh jadi kalau aku setia dengan Alex, aku semakin jauh daripada Dia. Sekurang-kurangnya sekarang ni, aku sudah mula mengenal Dia sedikit demi sedikit. Sekurang-kurangnya, aku sudah boleh memakai pakaian menutup aurat kerana sedar itu perintahNya, bukan mama Alex. Alahai, Maria... Sedihnya diri engkau dahulu! Agak-agaknya, bila Allah tayangkan balik video masa hidup jahiliah aku kat akhirat nanti, macam mana agaknya?
***
“Hannah, kita duduk tempat lainlah. Aku rasa tak best kalau duduk situ...” bisikku kepada Hannah lalu menarik tangannya menjauhi meja yang hampir kami duduki tadi. Hannah yang terpinga-pinga hanya menurut tanpa membantah. Mata aku sempat menangkap mata Alex yang tajam memerhatikan aku. Aku menelan air liur. Dada terasa bergetar hebat. Tipulah kalau dalam masa beberapa bulan ni aku boleh lupakan Alex. Mujur saja aku tak kena repeat subjek semester lepas.
I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand. If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am? Is there any way that I can stay in your arms?...
            “Damnlah...” spontan perkataan itu terlepas daripada bibir aku apabila terdengarkan suara seseorang menyanyikan lagu Inggeris yang popular dulu.
“Maria...” Hannah memanggil perlahan. Menegur setiap kali aku terlepas kata apabila gagal mengawal perasaan. Aku mengetap bibir. Astaghfirullah al-‘azim... kenapa pula aku nak terasa lebih-lebih ni?
“Aku tahu apa perasaan kau. Tapi, bila Allah tak makbulkan permintaan kau sekarang, mungkin dia akan bagi bila kau dah bersedia. Atau... boleh jadi dia akan beri yang lagi baik. Ok?” pujuknya.
Aku tersenyum tawar. Past year question yang aku ambil daripada senior aku buka. Cuba untuk memahami ayat-ayat yang tertulis di situ.
“Aku tak move on lagi, Hannah. Susah...” keluhku perlahan.
“Aku tahu. Tapi Allah tak uji kau kalau Dia tahu kau boleh lalui semua ni. Plus, dia  nak bagi kau peluang masuk syurga tu. Sabarlah. Orang-orang beriman kan selalu bersabar kalau hati dengan resah diuji?” katanya seperti selalu.
Aku tergelak perlahan. Terpujuk dengan kata-kata semangatnya. Ya, Allah nak bagi syurga tu. Perhatian aku terganggu apabila ada seseorang berjalan di belakang kerusi Hannah. Mata aku memerhatikan insan tersebut. Melihatkan dia turut sama memandang, aku menghadiahkan senyuman. Nanti kata sombong pulak bila jumpa tak tegur.
“Eh? Maria kan?” soalnya terkejut.
Kening aku terangkat sebelah. Eh, mamat ni berlakon ke apa? Aku mengangguk perlahan. Hannah pula memandang ke belakang, ingin melihat insan dibelakangnya. Kemudian, dia kembali membekukan diri.
“Yes... it is me. Hai, tak kan dah lupa kot? Ketua masa drama?”
Syed Farhan tersenyum. “How can I forget someone yang sound me directly about my attitude?” Erk! Terasa macam kena penampar sedar. Aku hanya tersenyum menutup kesalahan sendiri.
“Ouch! I am sorry. Saya kalau tak puas hati memang akan cakap directly dengan tuan badan. Maaflah ye kalau terasa hati. My bad... my bad... tak pandai nak tegur dengan berhemah.”
Syed Farhan mengangguk dengan senyuman yang tak lekang. “It is okay. For improvement.  I don’t really mind. Anyway, happy to see you like this. Semoga terus istiqomah ya? Assalamualaikum...” ucapnya sebelum meninggalkan kami. Aku mengangguk sambil menjawab salamnya di dalam hati. Tanpa sedar bibir menguntum senyuman.
“Lepas nampak dia terus senyum nampak?” tegur Hannah.
Aku tercengang. Senyum? Aku meraba pipi, memastikan kedudukan muscle-muscle yang aku menarik bibir. Biar benar aku senyum?
“Tak adalah... teringat kenangan masa drama. Hai... macam-macam!” Syed... Syed. Lama tak nampak ustaz seorang ni. Baru aku hendak kembali fokus, sekali lagi perhatian aku terganggu. Aku hanya mampu menunduk apabila sedar ada mata tajam memerhati sebelum dia berjalan mendapatkan Syed Farhan yang duduk di meja hujung. Oh Allah, please guide me...
***
“Mama tahu selama ni Maria ada kawan. Tapi, mama tak tahu pulak Maria cadang nak kahwin lepas belajar. Tak rasa cepat sangat ke, sayang?” ujar mama sewaktu aku menelefonnya petang itu. Dahi aku sudah berkerut. Kahwin? Siapa yang cakap?
“Ma... mana ada. Maria dah tak ada kawanlah. Bila masa pulak Maria cakap Maria nak kahwin awal ni?” aku sudah tergelak. Kahwin? Tak termasuk dalam cita-cita aku pun buat sekarang ni.
“Lagipun, kan Maria dah cakap, lepas diploma ni Maria nak sambung degree. Then, kerja dengan papa. How come my plan suddenly change ni? Mama saja je kan....?” Usikku diikuti tawa Mama, Kemudian terdengar pula usikan Along daripada jauh. Aku hanya menggeleng perlahan. Ada-ada sahaja!
            “Iya? Tapi lelaki tu kata, Maria kawan dengan dia dah lama. Bukan ke ada sekali tu, Maria memang nak kenalkan someone dekat mama dengan papa?” soalnya pula. Aku terdiam. Ingatan aku melayang kepada Alex. Ah! Sudah-sudahlah Maria! Tak payah hendak ingat perkara yang lepas.
“Betul mama. Tak ada. Dengan kawan Maria tu pun, dah putus. Mama dia tak suka kat Maria. Iyalah, siapalah kita ni...”
Mama terdiam. Terkejut mendengar keluhan aku agaknya. Sudahlah aku jenis kurang bercerita dengan dia tentang masalah aku. Semuanya aku selesaikan sendiri. Hendak membuktikan aku boleh hidup berdikari macam adik-beradik aku yang lain mungkin.
“Eh? Takkanlah lelaki tu menipu pula? Nampak baik budaknya. Cakap pun sopan je. Dia datang dengan mak ayah dia malam tadi. Katanya nak merisik-risik dulu...”
Aku diam. Ligat otak berfikir siapa yang mama maksudkan. Isk! Baik dan bercakap sopan? Siapa je kawan-kawan aku yang macam tu? Takkanlah Syed Farhan pulak? No, no, no! Tak mungkin! Impossible!
“Siapa ma lelaki tu? Nama dia?”
“Iskandar.”
Iskandar? Aku tersentak. Sepotong nama itu cukup membuatkan aku resah. Kalau tadi masa mama memberitahu kedatangan ‘lelaki itu’, aku tak rasa apa-apa. Tapi bila Iskandar yang datang, adakah...
“Iskandar? Alex ke? Alexander Chua?” kataku sedikit gementar.
“Hah. Betullah tu. Maria kenal ke?”
Aku terdiam. Kepala terasa berpusing. Aduh! Apa maknanya semua ni?
***
Lama aku menunggu panggilan untuk diangkat. Sudah masuk kali ketiga aku mendail nombor Alex. Namun, sehingga masuk ke voicemail, panggilan aku tidak berangkat. Aku mengurut-urut dahi. Aduh! Mana pula pak cik  ni pergi? Aku menarik nafas perlahan. Sabar... sabar! Luahkan kemarahan masa Alex angkat nanti. Sekarang, kita cuba buat kali keempat. Sekali lagi aku mendekatkan Iphone ke telinga. Akhirnya panggilan bersambut. Aku mendengus geram. Marah!
“What do you think you’re doing Alex?! We are done! Finish! Berapa kali I nak cakap, tolonglah jangan disebabkan I hubungan you dengan mama you problem. I tak nak disebabkan I yang memang teruk ni, lagi dipandang teruk! Lagipun, dah berapa bulan kita tamat. Kenapa tiba-tiba datang rumah I? Siapa bagi you permission ni?” melengking suara aku.
“Assalamualaikum, Maria...”
Aku terdiam. Tiba-tiba terasa peluh sejuk mula keluar. Kenapa bukan Alex yang mengangkat telefon? Kenapa suara perempuan? Mama Alex ke? Aku bertambah cuak. Aduh! Sekali terlajak kata, memang tak boleh dibuat apa.
“Wa... waalaikumussalam. Saya minta maaf. Saya ingatkan Alex. Err... can I speak to him?”
“Alex... dia tak ada. Baru keluar sekejap tadi. His phone tertinggal ni...”
“Oh. Kalau macam tu, it is okay. I’ll call him later. Err... sorry again. Thank you ya, auntie...” potongku sebelum mamanya menghabiskan ayat. Tak sanggup rasanya hendak bercakap lama-lama dengan mamanya. Bermacam-macam perasaan aku rasa. Risau, resah, takut, kecewa, semua bercampur baur.
“Maria...” Baru aku hendak menamatkan perbualan, terdengar suara perempuan itu memanggil. Aku cuba untuk mengembalikan semangat untuk bercakap di telefon.
“Yes, auntie?”
“Auntie nak minta maaf...”
Aku terkelu. Kenapa dalam sehari dua ni terlalu banyak perkara yang mengejutkan aku? Apa yang aku nak jawab ni?
“Auntie tak salah apa-apa pun dengan saya...”
“Ada Maria, ada... Sekalipun dosa-dosa auntie selepas masuk Islam diampunkan Allah, but I’m not happy until I ask for your forgiveness. Dosa dengan Tuhan kita bertaubat. Dosa dengan manusia, Tuhan tak akan ampunkan selagi kita tak minta maaf daripada dia...” sayu suara mama Alex. Air mata aku turut bergenang mendengarkan kata-katanya. Hilang sudah segala perasaan kecewa yang selama ini aku rasa terhadap mama Alex. Terbanglah, pergilah, tinggalkan aku buat selama-lamanya.
“Tak apa auntie. Saya faham. Semua tu untuk kebaikan Alex...”
“Dan kalau Maria faham, auntie harap Maria boleh terima dia balik semula...”
Aku terkelu. Mimpikah aku? Semudah itu kah mamanya berubah untuk menerima aku? Namun, aku tak nafikan, aku gembira dengan kenyataan dia. Ya Allah, betapa sayangnya Kau terhadap aku. Bila aku jauh, kau tarik balik. Bila aku baru hendak belajar menjadi hamba-Mu, kau beri kegembiraan yang tak disangka-sangka. Air mata yang tadi bergenang akhirnya menitis ke pipi.
***
“Bulan cantik. Jom?” Alex menghulurkan tangannya kepada aku. Aku menurut dan kami berpimpinan menuju ke arah tingkap. Kemudian, dia mengarahkan aku untuk duduk di salah sebuah kerusi yang menghadap tingkap manakala dia berjalan ke arah tingkap untuk membuka langsir seluas yang mungkin. Cahaya bulan melimpah masuk ke dalam bilik. Subhanallah, cantik!
“Jangan lupa ye, you have a lot of things to share with me...” sempat aku bersuara.
Alex menoleh. Bibirnya tersenyum. Kemudian, dia mengambil tempat di kerusi sebelah.
“Of course I remember, sayang. You nak I start daripada mana?”
Aku diam. Berfikir.
“Start daripada mama revert. Maria terkejut betul bila ada perempuan angkat phone call. Teragak-agak nak jawab salam mama, tahu?” ceritaku.
“Ok. Now, close your eyes and follow my instruction...”
Aku mengerutkan dahi. Pulak dah? Tadi bukan ke aku mintak dia bercerita? Apa hal pulaklah suami aku ni. Macam-macam! Mata dipejamkan. Menunggu arahannya.
“Ok. Now, try to imagine sayang duduk depan tv...”
Aku diam. Fokus untuk mendengar.
“Dan bayangkan tv tu terpasang dan...” Alex diam. Aku terus menunggu kata-katanya.
“Lagi? Keluar muka you ke?” kataku bila rasa terlalu lama menunggu.
“Syyyhhh...” tegurnya. Aku mengetap bibir. Geram.
“Dan bayangkan apa yang I nak cerita ni, macam drama tv. Ok? Barulah live sikit. I’m not good in story telling, you know?” Alex akhirnya ketawa. Mendengarkan suara Alex, laju aku membuka mata dan menayangkan muka geram. Sabar, sabar! Tangan berjalan pantas. Tak lama kemudian, terdengar suara Alex menjerit, menahan sakit.
“Sayang... tak soleh buat macam tu, tahu?” tegurnya bersungguh.
Aku mencebik. “Youlah, sengaja je nak mengusik. Punyalah I ikut cakap you beriya-iya... rupa-rupanya dia kenakan kita. Sabar je lah. Lagipun, I cubit you tak kuat pun, kan? Saja je nak mengada ni...”
Alex ketawa lagi. Suka betul dia hari ni. Dengan siang tadi tersenyum sepanjang masa, malam pun nak senyum sekali. Tak reti penat ke dia senyum? Muscle pipi aku pun dah letih.
“I saja nak tengok muka you masa tak bercakap. Kalau tak, mulut tu bergerak je...” sempat dia mengenakan aku.
Aku mengetap bibir. “Iyalah... I senyap je lepas ni. You cepatlah cerita...”
“I bukan nak suruh you jadi pendiam. I sendiri start suka you bila you ni peramah sangat tegur I...” pujuknya.
Aku kembali tersenyum.
“Oklah, I start cerita. Mama revert tak lama lepas kita break, bila papa slow talk dengan dia yang papa tertarik dengan Islam. Mungkin sebab banyak perhatikan abang agaknya. Tak lama lepas tu dia orang pergi pejabat agama uruskan apa yang patut. Alhamdulillah, hati papa dengan mama lembut. Masa tu, I was having my hard time. Iyalah, boleh pandang but tak boleh dekat, tak boleh sentuh. Belajar rasa teruk... I talked to Syed Farhan. Dia cakap satu je. Kalau memang betul suka, maka kena usaha. Usaha minta pada Allah. Usaha dengan cara yang halal, bukan dengan cara macam kita dulu...”
Aku tersipu. Segan mengingatkan kenangan lama.
“Then, I start my first move. I slow talk dengan abang Adri. And abang Adri yang tolong cakapkan dengan papa and mama. Dan masa tu, I pelik juga bila mama tak bising. Baru I tahu Hannah rupanya ada orang lain...”
Aku diam. Sedikit terasa seolah-olah aku pilihan yang kedua. Ah, Maria! Allah gerakkan hati mama untuk terima kau pun dah sangat syukur. Terasa bagaikan mimpi bila siang tadi aku selamat menjadi Mrs. Chua. Walaupun semuanya berlaku mengejut, aku tetap rasa majlis doa selamat tadi sempurna dan cukup meriah. Mama dengan papa aku tak bagi bertunang lama sebab aku dengan Alex sudah terlalu lama berkawan. Jadi, hanya sebulan diambil untuk persiapan majlis. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Teringat reaksi Kak Arina sewaktu aku menelefonnya, bertanya tentang kad yang aku poskan.
--
“Siapa Mariam?” soal Kak Arina lurus Aku tergelak. Siapa Mariam? Siapa lagi kalau bukan...
“Sayalah kak. Nama penuh, Mariam binti Anuar. Tapi, saya suka orang panggil Maria. Glamour sikit,” kataku dalam ketawa. Mat saleh, lah sangat! Kak Arina turut sama ketawa.
“Akak ingatkan kakak awak. Manalah tahu. Hai, mengejut dapat kad tiba-tiba ni. Tak sangka betul! Langkah bendul ni!” usiknya.
“Itulah kak. Mama dengan papa tak bagi bertunang lama. Ini berebut nak siapkan semua. Walhal, belajar ada lagi 4 bulan nak habis. Iyalah, 4 bulan tu macam-macam boleh jadi. Akak doakan yang terbaik buat saya, ya?”
“Insya Allah... akak selalu doakan yang baik-baik untuk semua orang yang akak kenal. Apa-apa pun, dik... akak nak pesan. Dah kahwin ni, apa-apa pun put Allah first in your heart. Insya Allah, kalau buat apa-apa pun... kita akan follow His guidance. All the best for you in your new life, ok?” pesannya.
            “Insya Allah, kak. Akak bila lagi?”
            Dan soalan aku hanya dibalas dengan ketawa. Siapalah yang tahu jodoh tu sampai bila melainkan Dia.
--
“Hannah sukakan Syed Farhan rupanya. Maria pun tak sangka. Pandai dia sorokkan perasaan dia. Tapi, tak sangka rupa-rupanya pandai jugak mintak tolong ustazah sampaikan!” kataku ketawa.
Siapa sangka Hannah yang nampak cool rupa-rupanya berani buat keputusan macam tu. Perigi cari timba? Rasanya taklah sangat. Sebab Hannah kata, lepas habis pengajian nanti mereka nak bertunang. Mesti Syed Farhan pun ada perasaan pada Hannah jugak, kan? Cuma dia tu je jenis tak reti nak mulakan first move. Tak macam my Alex. Cewah, pandai-pandai aku saja buat cerita. Mentang-mentanglah tengah bahagia, kata orang.
“Setiap orang ada pasangannya. Cuma, cara kita berjumpa dan bersama dengan pasangan kita tu je, halal atau tak. I’m glad that Allah give us some times to be separate and turned to Him before we married. Insya Allah, I will always take care of you and we will complete each other...” Alex meluahkan harapannya. Aku turut sama mengharapkan perkara yang sama. Akhirnya kami sama-sama memandang ke arah langit yang dihiasi bulan yang penuh. Tenang, damai. Antara nikmat yang Allah kurniakan buat hamba-hambaNya yang berfikir. Alhamdulillah... Thank you so much, Allah.

2 comments:

Syaza Nadiah said...

Lama dah tunggu sambungan cite ni . Hari ni , baru tergerak hati nak bukak blog ni . Ingatkan tak sambung lagi . Hehe . Cite ni sangat2 best . Banyak pengajaran . Pas tu , sweet plak tu . Lega gila ending Maria dengan Alex jugak . Best2 ! Double thumbs up la untuk akak ! Terus hasilkan karya mcm ni ek . :)

fadhilah said...

baru baca cerita yg ni. bgus sgt.alhamdulillah. bnyak dpt bnde baru.untung ada bakat menulis sbb secara x langsung boleh smpaikan dakwah. good for u!! teruskan usaha!! :)