::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

26 March 2015

Oh, My Prince! Teaser 01



Berikut merupakan cover novel Oh, My Prince! Yang bakal terbit April 2015 terbitan Karyaseni. Nampak je dekat kedai, terus grab, ok? Hihihi... :)

Oh, nah teaser sikit. ;)

xxx


“Apa niat kau sebenarnya hah? Kau saja gunakan Danial, kan?”

Aku menghela nafas perlahan. Baru kaki melangkah masuk ke dalam bilik air, dah kena tengking dengan si Jasmine. Mana satu watak dia yang sebenar ni? Aku memandang Jasmine sekali lalu. Tanpa menghiraukan dia, terus aku masuk ke dalam toilet stall yang kosong.


“Hei! Aku cakap kau buat bodoh ajekan? Hah! Memang orangnya pun macam tu agaknya! Tahu nak ambil kesempatan pada orang lain!” jeritnya dari luar.

Aku menggenggam tangan kuat. Dalam hati dah berdoa je supaya ada pekerja kelab ni yang masuk nak bersihkan bilik air. Biar semua orang tahu perangai si Jasmine yang kuat menjerit dan menyakitkan hati. Si Jasmine ni, kalau aku terangkan perkara sebenar pada dia, belum tentu dia nak percaya, kan? Aku mengeluh. Kalau tak kerana Putera Danial, tak adalah aku terlibat dengan masalah yang macam ni. Buat serabut kepala otak je.

“Kau...” kata-kata Jasmine terhenti apabila aku membuka pintu dari dalam. Nak melepaskan hajat pun tak senang bila dia bising di luar. Aku berjalan ke singki. Bekas sabun yang tergantung di dinding aku picit. Sambil membasuh tangan, sambil aku berfikir bagaimana hendak menamatkan masalah aku dengan Jasmine.

“Perempuan tak guna! Dah ada lelaki lain, masih nak menempel dengan Danial. Tak cukup dengan seorang je ke lelaki dalam hidup kau? Aku kesian betul dengan family lelaki tu. Bodoh-bodoh kena tipu dengan perempuan macam kau!”

“That’s it, Jasmine. Enough. Aku dengan Danial tu, tak ada apa-apa pun…” kataku tak berperasaan. Selesai mengeringkan tangan, aku berpusing memandang Jasmine dengan tangan berpeluk tubuh.

“Heh, kau ingat aku nak percaya cakap kau?”

“Memang aku dah jangka kau tak akan percaya. Tapi sekurang-kurangnya aku cakap apa yang aku nak kau tahu. Aku dengan Danial tak pernah ada apa-apa.”

“Tak pernah ada apa-apa, sampai ke apartment dia? Dahsyat kau ni. Aku tak dapat bayangkan kau ni perempuan jenis yang macam mana…”

“You can go and ask Danial if you want to, Jasmine. Tapi aku yakin dia akan cakap bertentangan dengan apa yang aku cakap. Nak tahu sebab apa? Because he is sick with you,” aku sudah mula berkasar dengan dia.

“Apa yang kau tahu pasal aku dengan dia?”

“Well, dia dump kau sebab kau sibuk dengan kerjaya kau. Lepas tu baru kau sedar kau buat silap dan sekarang tengah berusaha nak tarik perhatian dia. Betul tak?” aku menyimpulkan apa yang aku dapat daripada Safwan. Mujurlah lelaki tu tak lokek berkongsi cerita masa aku ajak dia minum lepas balik daripada universiti.

“Itu je yang kau tahu? Sekali pun aku kena dump, kau tak tahu yang aku ni calon menantu pilihan family dia? Bila-bila masa aku boleh buat Danial balik pada aku, tau! Petik jari je!”

Aku tersenyum. Geli hati melihatkan keyakinan Jasmine yang tak pernah pudar. “Tahu… dan aku pun tahu yang kau bukan calon isteri pilihan Putera Danial,” sindirku. “Mungkin sepanjang kau tengah nak tarik perhatian dia ni, kau lupa petik jari, sebab tu dia tak datang-datang pada kau!” aku ketawa kecil. Jasmine membulatkan mata. Marah agaknya bila aku tak berhenti daripada menyindir dia.

“Tak kisahlah apa pun, yang penting semua tu tak bagi kesan dalam hidup aku. Aku rasa, kau lagi kenal sikap Danial tu macam mana berbanding aku yang baru kenal dia beberapa bulan ni. Kau pun tahu dia tu jenis nak semua ikut cakap dia. Termasuklah aku sekali. Dan sebab sikap dia itulah kita berjumpa dekat apartment dia tu. Kau ingat aku nak sangat ikut dia?”

“Perempuan macam kau, takkanlah nak menolak kalau ada lelaki macam tu depan mata. Harta ada, pangkat ada, rupa ada…”

“Macam kau juga, kan?” soalku selamba. “Sebab tu sampai sekarang kau tak boleh nak move on. Well, lelaki yang ada pangkat, harta dan rupa… siapa yang tak nak?” aku mengenakan Jasmine kembali.

Riak wajah Jasmine berubah muram. Bila dia tidak membalas kata-kataku, aku mengambil keputusan untuk keluar. Sesak rasa bernafas dalam bilik air lama-lama. Macam mana sesaknya nafas aku bila terpaksa bernafas dalam satu ruang yang sama dengan Hairi dan Putera Danial.

Aku sedikit tersentak bila terpandangkan Hairi berdiri bersandar di dinding di luar bilik air. Bulat mata aku memandang dia yang seolah-olah sedang menunggukan sesuatu. Alamak! Dia dengar ke segala percakapan aku dengan Jasmine tadi? Dia tahu ke aku pernah pergi apartment Putera Danial?

“Hairi?” panggilku sedikit cuak.

“Lamanya? Risau aku kau tak balik-balik…”

“Lama?” Aku melihat jam di tangan. “Tak sampai sepuluh minit pun lagi, Hairi…” rungutku. Hairi tersenyum. Tanpa berkata apa-apa, dia menarik tangan aku supaya aku mengikut langkah dia.

“Jom…” kata dia perlahan.

Aku menarik nafas lega. Mujur Hairi tak dengar apa yang aku dengan Jasmine katakan tadi. Kalau tidak, memang dah bergaduh dekat sini.

“Eh? Nak pergi mana ni? Ni bukan jalan nak balik dewan?” aku menegur bila terperasankan kami sudah melencong ke tempat lain. Aku memerhatikan kawasan sekeliling. Cantik landskap tempat ni walaupun pada waktu malam. Setiap lampu perhiasan yang dipasang berjaya menaikkan seri tempat ini. Aku sedikit kagum.

Kami melangkah masuk ke dalam taman yang terletak di tengah-tengah bangunan kelab ni. Bulat mata aku memerhatikan air terjun yang disinari cahaya lampu berwarna putih. Cantiknya!

“Kenapa tiba-tiba pergi sini?” soalku bila lama kami menikmati pemandangan di depan mata. Aku memandang ke arah Hairi yang berdiri di sebelah. Kami berbalas pandangan. Tanpa sebarang jawapan, dia hanya tersenyum memandang aku. Lama. Sehingga aku tersipu sendiri direnung macam tu.

“Hairi...” panggilku bila tak tahan direnung begitu.

“Happy birthday, Adele. Aku tak wish betul-betul pun hari ni, kan?” ujarnya kemudian.

Aku mengangguk. “Thanks... Wish je? Hadiahnya mana?”

“Nak bagilah ni...” Hairi tersenyum.

Aku pula sudah terjenguk-jenguk kalau-kalau dia ada menyembunyikan sesuatu di belakang. Tak ada. Melihatkan ke sekeliling pun tak ada nampak tanda-tanda kotak hadiah atau apa. Dalam aku sibuk mencari hadiah, Hairi tiba-tiba melutut di hadapan aku. Jantung aku tak semena-mena berdegup laju. Gaya ni! Gaya ni selalunya lelaki akan buat bila... aku menelan air liur. Rasa gementar tiba-tiba bila Hairi mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluarnya.
xxx
Saya pernah tanya dulu, macam mana agaknya kalau Hairi melamar dulu? Hihihi.
Insya Allah last teaser akan ada nanti. Kasi pembaca semua 'panas'. ^_^
Bila menulis watak Jasmine mesti saya terbayangkan watak UEE dalam You're Beautiful. National Fairy. Hihihi. >_<
Dapatkan novel Oh, My Prince! Bila dah berada di pasaran nanti, ya?
Bagi yang belum pernah baca sedutan OMP, saya alu-alukan baca bab 1 sehingga 38 di blog saya. ^_^


2 comments:

meeka42 said...

Cover cantik ;)

Anonymous said...

Cantik.. x sabar nk beli..